Sunday, April 26, 2009

Look

"Buntut tonggek. Kaki Pendek. Jalan macam tak stabil je. Pasal tetek besar, tak padan ngan kaki. Dah macam ayam serama aku tengok. Kening pulak bercantum. Yang paling tak boleh blah, dia boleh senyum simpul kat si Kodeng. Aku rasa dia memang ada hati kat Si Kodeng ni.

Muahahahahahahhahaha!!!!!!!"

Ayat terakhir Mail disambut yang lain dengan ketawa yang bukan pendek deraiannya. Berdekah-dekah. Berair mata Junid penulis tengok. Boy menekan2 perut. Nasib baik tak berguling2 atas lantai tu. Samad pula menepuk2 meja. Penulis hanya senyum. Dan kening sedikit berkerut. Lawak sangat ke?

Penulis tenung Mail dari atas ke bawah. Bermula dari rambut, sehingga hujung kaki. Dia taklah besar sangat. Saiznya boleh dikategori sebagai normal, cuma sedikit boyak. Berambut kerinting. Berhidung kembang. Bibirnya sedikit tebal. Jerawat di pipi usah cerita. Yang bernanah ada, yang baru nak merah ada, yang dah pecah pun ada. Kawah dari yang sudah-sudah juga merata-rata.

Jadi, layakkah Mail mengata Susie (si Ayam Serama yang dimaksudkan)? Jika Mail parasnya persis Orlando Bloom pun, layakkah dia mengata Susie? Tentulah tidak. Siapa dia untuk menghina ciptaan tuhan? Walaupun awek dia, Nana itu seindah-indah ciptaan tuhan (sangat cun minah tu.. betul...), Mail masih tidak layak mengata Susie. Dan yang hairannya, macam mana Nana boleh melekat pada Mail selama 3 tahun? 3 TAHUN WOK!!

Selalu penulis dengar statement yang klise, how looks isn't important. Rupa awak saya tak kisah. Saya terima seadanya. Awak tak hensem, takpe.. janji hati baik. Awak, saya tak kisah awak tua. Saya suka kawan dengan awak pasal awak kelakar (dan banyak duit). Dan bermacam2 lagilah ayat semanis gula keluar dari mulut. However, trust me. Mulut kata lain, hati kata lain. Walaupun tak banyak, walau sedikit, tetap terdetik di hati kita, ingin mencari yang lawa, yang cantik dan yang elok2 sahaja. Awal2 perkenalan, masa online, ayat memang baekk punya. Bila sudah bertemu dan bersua, dapat rupa yang tidak berkenan, cepat sahaja mencipta 1001 alasan. Kena balik awal lupa nak bagi kucing makan. Nenek kat rumah tidak berteman. Adik nak pinjam basikal. Dan macam2 lagilah..

Lelaki (this is fact), baik straight mahupun songsang, sangat memandang rupa. Compared to females, males are more influenced by how physically attractive their partners are. Hati tu ingin yang elok sahaja. Oklah. Itu hak masing2 kan. Tetapi kalaupun rupa jadi syarat utama, tak usahlah mengata kalau tidak berkenan di mata.

Penulis tak kata penulis tidak mementingkan paras rupa. Yes, penulis akui, penulis juga memilih rupa. Penulis pernah bercinta dengan mamat yang meletop gila. Tetapi hubungan kami tak kekal lama. Penulis beralih kepada makhluk yang biasa-biasa. Malangnya hubungan kami tak ke mana. Kemudian penulis beralih kepada yang ada rupa semula. Bahagia pula sampai ke anak cucu.. Hak hak hak.. Maknanya, bagi penulis, manusia lawa is not necessarily shallow, manusia yang tak lawa tidak semestinya bagus. And vice versalah..

Penulis duduk termenung. Fikir-fikir balik, penulis rasa connection is the keyword. If you and your partner are connected, then he or she is beautiful to you. Mungkin Mail memang memandang Nana dengan mata miang, kerana itu dia memilih Nana (huh, gegar iman kalau fikirkan Nana yang gebu..Eh, terlupa penulis songsang!). Sebaliknya, Nana memilih Mail kerana dia memandang Mail dengan mata hati..

Sahabat, percayalah, love is not about look. Ia tentang personaliti. Tentang chemistry. Dan tentang hati.. (aish,... syahdunya..)

Friday, April 24, 2009

Talkshow

"Hai, anda bersama saya, Zain Eesqandar dalam Lelaki Hari Ini, episod 1, musim pertama yang bersiaran secara langsung dari studio 8, Sri Stage dan sudah tentu, di TV13.

Lelaki Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara terbaru, yang kami sajikan khas buat anda bagi mendekati dan menyelami dunia lelaki yang serba misteri, serta mengupas dan membincangkan isu2 semasa kaum Adam ini, yang sama ada kita sedar atau tidak sedar, penuh dengan kontroversi..."


Penulis terbayang satu set yang simple, tapi masih gah dan serba kreatif dengan suntikan kontemporari, serta penuh dengan elemen-elemen yang bercirikan lelaki urban. Penulis juga terbayang lampu2 spotlight yang terang benderang tu diletakkan di hadapan penulis. Silau lah! Dah lah panas! Dan juga sebuah teleprompter di hadapan penulis yang akan membantu penulis kalau2 lupa skrip atau tiba2 terkelu tiada idea. Kemudian penulis terbayang floor manager yang kelam-kelibut di belakang kamera, sambil mengarah runner ke sana sini, mengambil itu dan ini. Kasihan budak runner tu, berpeluh2 dan tercungap2. Biasalah, budak baru..

Sebenarnya kali ini penulis nak berangan. Berangan menjadi producer sebuah talkshow, Lelaki Hari Ini (LHI). Dan yang penting, penulis juga adalah hostnya. Dan juga penulis skripnya. Hak hak hak (gila kuasa!). Director bagi orang lainlah. Mati kering pulak penulis nanti. Sejujurnya, penulis tak ada pengalaman pun dalam bidang broadcasting ni.. Saja goreng2, berdasarkan pengalaman menonton movie dan drama tentang dunia broadcasting. So betulkan penulis kalau2 imaginasi penulis tadi salah..

Bercerita tentang talkshow, penulis minat betul dengan sebuah program yang dihostkan oleh Ally Iskandar, Ally. Cukup informative walaupun santai. Cukup menghiburkan walaupun kadangkala isunya berat. Dan penulis juga kagum dengan gaya penyampaian Ally yang bersahaja. (minat Ally juga as i think he's kinda cute! ). Ally membuatkan penulis rasa sangat tertarik hati untuk menceburi dunia penyiaran. Kadangkala, di kala menonton rancangannya, penulis tidak peduli tentang isu yang dibawa, tidak langsung ambil kisah dengan butir kupasannya. Yang penulis perhati ialah tutur kata Ally, vokal dan sebutan dia, pernafasannya serta body languagenya.

Terus sahaja penulis ke hadapan cermin dan berangan menjadi Ally. Dialog Ally, penulis ulang semula. Sambil2 beraksi, penulis tenung2 diri sendiri lama-lama. Hm, meletop juga penulis ni kalau masuk TV.

Tapi kenapa masa bercakap mulut senget? Kening pula terangkat2 macam Qhaud AF7? Hidung kembang kempis.. Tangan pula macam Karam Singh Walia? Dan yang penting, kenapa tergagap-gagap? And sometimes blur, no idea at all.

Aiyo.. susah rupanya mengendalikan rancangan televisyen ni. Penulis kembali semula duduk bersidai di hadapan TV. Menonton rancangan lain pula. American Idol. Bestnya kalau dapat jadi Simon Cowell. Fikiran penulis mula nak melayang lagi....

Tapikan, program bual bicara khas untuk makhluk lelaki jarang2 orang buatlah. Kalau ada pun, Oh Lelaki kendalian Nana AF dengan Farah Fauzana. Kan bagus kalau LHI penulis menjadi kenyataan. Bolehlah kami bersaing merebut rating..

Wednesday, April 22, 2009

Sinking


Penulis terbatuk2.. Sesekali terbersin. Dan terbersin lagi. Lagi. Dan lagi. Adoii, seksanya. Sesak betul nafas. Gara2 habuk dan debu yang tersangatlah tebalnya. Ye lah, sudah berbulan lamanya stor ini tidak dibersihkan. Dah macam hutan paya bakau penulis tengok. Bersepah satu hal. Berhabuk satu hal. Bersawang usah cerita. Baunya pula hapak dan kepam semacam. Memang durjana habislah baunya.

Apakah motif penulis meneroka 'hutan' ini? Sebenarnya, penulis ingin mendapatkan beberapa dokumen final year project ketika di kampus dulu. Itu sahaja niatnya. Nak mengemas dan membersih? Er, lain tahunlah ye! Korek punya korek, belek punya belek, tiba2 penulis terpandang sekeping foto. Foto penulis bersama seorang sahabat rapat. Foto yang mampu buat penulis termenung. Terkenang. Dan tersenyum. Sambil mengutuk diri sendiri (bodohnya aku masa tu)....

Klung klung klung..(sound effect untuk babak flash back)

Waja (bukan nama sebenar) dan penulis asalnya tidak serapat mana. Kala berselisih, melempar senyuman pun tidak, inikan pula bertegur mesra. Bercium mulut jauh sekali. Cuma kami pernah sama2 bekerja menjayakan beberapa program kolej. My first impression towards him; berlagak, besar kepala, perasan bagus, bangga diri dan segala2 yang negatif. Hensem ke? Hmm... Bolehlah. Tinggi dalam 172 cm, berat 65 kg, berkulit sawo matang dan berbadan cantik (mamat ni atlet). Kami mula rapat apabila berkongsi minat yang sama. Bersukan. Dan berzapin (budak ni Jawa dari Johor, memang pandai berzapin).

Dalam seminggu tu, selalulah jugak kami bertembung. Dan bermain dalam satu pasukan. Bila sudah sepasukan, kenalah bersahabat kan? Jadi penulis cuba2 bermain mata. Dari bermain mata, kami berbahasa. Dari berbahasa timbul mesra (getaran jiwa...melanda hatiku..).

Di awal perkenalan kami, nothing special happened. However, i have to admit, we both had so much fun together. Kerana kami sekepala dan serasi bersama. Waja ni jenis yang setiakawan. Pandai berkawan dan cukup bijak menjaga hati kawan. Okay, first of all, do not get me wrong ya, Waja is not a gay man. Jadi hubungan kami ialah hubungan sahabat lelaki yang normal dan straight (la sangatt..). Walaupun kami rapat, he has no idea at all that i am a gay man.

Entah macam mana, suatu malam kami berbalas2 sms (walhal bilik dia dua tiga meter sahaja dari bilik penulis..). Bercerita tentang masa depan (kononnya). Berkongsi pengalaman dan kisah perempuan (perempuan? penulis kan 'straight'). Dan berbincang tentang seks (urff,.). Tiba2 datang idea kotor. Penulis cabar dia lancap di depan penulis. Balasnya, dia cabar penulis lancapkan dia. Penulis pula membalas, boleh, tapi penulis lancapkan dia pakai mulut.. Ada berannn?

'Lu ingat gua takut bro? Datanglah kalau berani!' Wah, ini dah lebih..

Dan malam itu gelapnya semakin pekat. Suhu yang dingin menjadi hangat. Tatkala penghuni kampus nyenyak dibuai mimpi, kami pula sedang lencun, enak bergelut di ranjang, bermuafakat dan mencari kata sepakat (siapa nak pancut dulu. hak hak hak.)..

The next day, we woke up, and continued our own daily routines without saying anything. Neither me nor him mentioned or discussed about it. He pretended konon2nya tak pernah berlaku apa2 antara kami.

Unfortunately, things were not going so well on my side. My feelings towards him mula bertukar. Day after day, I could feel strange feelings inside me. Sampai pada suatu masa, penulis tak boleh dekat dengan dia. He aroused me greatly. Tidak pernah terfikir, i will have a crush on him (and nafsu as well). Dia pula, trying so hard to run away from me. Dari situ, penulis mula sedar. Sedar yang my feelings only make it worse. Penulis hanya bertepuk sebelah tangan :'( And since that day onwards, our relationship mula karam. Damn it!

Tiada lagi lepak2 bersama. Tiada lagi tidur bersama. Tiada lagi mandi bersama. Tiada lagi gelak tawa dia mengacau penulis study. Tiada lagi tengok TV sampai lewat pagi. Tiada lagi pergi ke gym bersama. Dan tiada lagi aktiviti renang berirama. Saat itu, andai diberi peluang, penulis ingin melompat kembali ke masa dulu. Masa malam terjadinya perbuatan terkutuk itu. I definitely won't sleep with him. Then, we can go back, being happy brothers again.

You guys out there, trust me. It is hard to maintain a friendship after sex. Lebih-lebih lagi dengan rakan karib anda sendiri. Keadaan lebih buruk jika salah seorang mula jatuh hati pada yang seorang lagi. Dan seorang lagi tidak menyambut cintanya. Hanya jika anda berdua jenis yang terbuka, atau jenis yang tidak mahu mengikat dan terikat sahaja yang mampu get through this awkward relationship. And remember, sex is capable of changing everything, including friendship. Cis! Elok2 kami berkawan..

Monday, April 20, 2009

Patah


Dia baik. Hatinya ikhlas, jiwanya penyayang. Tuturnya lembut, cakapnya sebutir-sebutir dan tersangatlah sopan. Berwajah abang-abang, dengan kumis manja dan kening yang lebat. Serta sedikit kawah jerawat di muka sebagai pemanis wajah. Umur? Hm, dia bakal menginjak ke usia 30 tahun beberapa hari lagi. Honestly, payah rasanya hendak dicari makhluk yang baik seperti Abang QQQ ini (malangnya mamat ni straight okay!)...

Roda hidup Abang QQQ akhirnya berputar sehingga ke pusingan dia berjumpa dengan seorang gadis, Kakak PPP. Bertudung litup, berasal dari pantai timur yang kaya dengan tatasusila, Kakak PPP memang manis dan bagi penulis memang calon yang sesuai dengan karakter Abang QQQ. Malangnya, hubungan mereka tidak menjadi (selepas beberapa bulan bertunang). Dan penulis lihat, Abang QQQ memang down ..Macam orang sasau. Macam orang gila talak pun ada.

Life goes on. Detik berlari. Hari bersilih. Bulan berganti. Hati yang sepi terisi kembali. Kali ini cinta Abang QQQ milik Kakak KKK, seorang gadis gebu lagi bergetah. Tetapi kisah mereka dari awal lagi sudah bermasalah as most of his best friends membantah. Termasuklah penulis. Gara-gara peribadi Kakak KKK yang sosial, terbuka dan serba terdedah. Masalahnya, Abang QQQ degil. Tetap nak cari penyakit.

"Kenapa harus membenci dia, andai saya mampu mengubah sikapnya? " Kata Abang QQQ. Oh.. Okay. Selamat maju jaya, abangku.

Kakak KKK ni kaki joli. Ramai kawan lelaki dan gemar pula berparti. Setiap malam ada sahaja aktiviti. Pendek kata, tak lekat di rumahlah. So Abang QQQ mula panas hati. Sesekali dia sound jugak minah senget ni, tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Sound dengan mulut tak jadi, Abang QQQ sound pula dengan tangan. Minah ni sentap dan ingin putus (tu belum sound dengan kaki...). Kasih punya pasal, Abang QQQ pujuk dia supaya kembali dan berjanji bersikap lebih terbuka (aih, penulis mula keliru, siapa yang mengubah, siapa yang diubah?). Dan begitulah rutin harian mereka. Berperang dan berdamai. On dan off.

Suatu hari penulis mendapat tahu Abang QQQ hilang tanpa khabar berita. Langsung tiada sms. Phone call pula tidak berjawab. Tiada sesiapa tahu ke mana Abang QQQ membawa diri. He even quits his job! Semuanya gara-gara dirinya tidak dapat menerima kenyataan. Kenyataan di mana satu majlis perkahwinan akan diadakan tidak lama lagi di antara Kakak KKK dengan lelaki lain. Lah, Abang QQQ dan Kakak KKK dah putus ke?

Semua tertanya-tanya, di mana Abang QQQ? Hampir dua bulan dia menghilang diri. Bimbang juga kalau2 dia buat perkara yang bukan2. Dia bukan bodoh. However, he tends to do stupid things. Teringat pula, bila putus tunang dulu, dia pernah berkata sudah give up dengan perempuan. Penulis anggap dia main2. Alah, statement orang putus cinta...Penulis tahu, Abang QQQ kuat semangatnya. Tinggi ilmu agamanya. Sehinggalah suatu malam, penulis terserempak Abang QQQ dengan seorang lelaki di Tasik Titiwangsa. Berpimpin mesra....



Thursday, April 16, 2009

B.O.T.T.O.M.O.L.O.G.Y

Penulis teringat pernah mengalami situasi ini suatu ketika dulu. Situasi di mana penulis dan si dia sudah siap sedia melayari bahtera. Warm up sudah. Foreplay pun sudah. Badan dah mula berlengas dengan peluh syahwat. The next activity is, fucking! Hehe, penulis sudah
membayangkan lubang gua si dia yang serba suam, serba ketat dan serba licin itu. Fuh!!! Gegar iman gua beb! Dan sedang penulis berkira2 hendak mula dengan posisi apa, si dia tiba2 membuka mulut dan berbisik manja,

"Kali ni awak jadi bottom la pulak ya?"
"Errk.."

Gulp. Penulis telan air liur. Sesungguhnya penulis tersangatlah tidak bersedia. Rasanya, memang agak lama penulis tidak dibottomi si dia. Sehingga penulis sudah selesa menjadi top, dan sudah lupa cara2 menjadi bottom. Penulis jadi gugup. Tapi akur.


Dan malam itu menjadi malam durjana sekali buat penulis. Sakitnya bukan kepalang. Urat jubur penulis bagai nak terputus. Lubang entrance tu rasa cam nak terkoyak. Menggeliat2 penulis menahan sakit. Dah macam terkena renjatan elektrik. So apa pengajarannya? Sebelum main, buatlah persediaan. Be prepared. Jangan main sondol je!

Jadi kali ini penulis ingin berkongsi beberapa perkara sebelum kita perform anal sex dan jadik bottomnya. Mungkin The Flexi sudah biasa mengamalkannya. Ye lah kan. Top pernah rasa. Bottom pernah rasa. So these kind of people tahu dan arif seni bermain buntut ni. Tetapi bagaimana pula dengan The Tops yang baru nak rasa, atau beginner yang memang jahil atau those yang very seldom jadik bottom macam penulis ni?

Sebenarnya, kalau anda rajin, just google kat internet je. Cuma taip anal sex, dan berbondong-bondong lah yang keluar. Bermacam tips dan petua, dalam pelbagai aksi. Dan bermacam2 scientific research. Err, jangan pergi masuk web porno pulak. Anda kenalah pandai pilih website. Tapi penulis tahu, most of us bukanlah kaki membaca sangat. terutamanya apabila melibatkan fakta, nombor dan something yang serious gila babeng. Untuk memendekkan masa diri sendiri, (penulis bukan rajin mana pun) penulis rumuskan ada 7 perkara penting yang perlu anda titikberatkan sebelum perform anal sex.


1) Makan makan makan!

Jaga makan anda. Jangan makan something spicy dan jangan makan banyak sangat on that day. Do drink a lot of water. Do eat more fibrous food like fruits and vegetables. Makanan yang fibrous ni sebenarnya membantu melancarkan sistem penghadaman anda. Senang nak buang tu satu hal. Masa main nanti pula takdelah anda tiba2 terceber (cirit birit). Kalau nak tahu, sebarang rangsangan pada dinding usus akan menggalakkan peristalsis (proses bahan buangan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam usus). So, kalau perut anda masa tu meragam, habisslahhh...... keceprett lah...


2) Cuci cuci cuci

Pernah tak anda mengalami situasi ini-sedang syok menghenjut, aroma najis tiba2 berkumandang (berkumandang? Excuse my BM). Nak lagi best, bila penis dikeluarkan, secalit objek berwarna coklat elok je melekat kat kepala penis. Bila dihidu, ghau,. ghau baunya....!! Bila disentuh, rasanya lembut dan empuk sahaja.-? Eiwwwwwwwwwwwwwwww. Penulis tak sampai hati nak proceed. Ni amaran keras ya. Sesiapa yang jadi bottom, sila cuci anus anda sebersih-bersihnya. Dan sewangi-wanginya!! Dan jangan pula hanya cuci di sekitar entrance sahaja. You should go deeper, inside the rectum as well. But how? Cara paling senang, gunakan hos getah. Salurkan air ke dalam anus dan rectum anda secukup rasa. Dan keluarkan air yang dah masuk tadi dengan cara meneran. Anda akan dapati segala yang tersimpan kat stor anda tu mengalir keluar bersama air. Ulangi step ini dua tiga kali sehingga air yang keluar sama jernih dengan air yang masuk.


3) Ringan ringan..


Ringan? Apa yang ringan? Makanan ringan? Takdemaknanya!! Ringan2 ni maksudnya macam foreplay lah. Buat aktiviti2 pemanas badan dulu macam berciuman. Berkucupan. Bergigitan. Berhisapan. Berjilatan. Kalau boleh, biar dua orang performer ni betul2 horny dulu. Biar penis tu tegang mencanak, kepala dia tu pula biar kembang semacam. Sebabnya, masa tu, entrance anus kita juga berada dalam condition paling sesuai untuk diliwat. Ikut kajian orang yang takde kerja (kaji tentang pembukaan lubang jubur orang), masa kita terangsang, otot2 anus juga menjadi relaks dan senang terbuka. So kuranglah sikit rasa sakit. Kepada yang jadi top, if tak kisah, anda juga boleh buat rimjob kat partner anda. Tongue fuck merupakan kaedah yang bagus untuk merangsangkan Encik bottoms yang masih takut2 untuk diliwat. Dah kena fuck ngan lidah, dah mula rasa sedap tu, dia akan mula merayu untuk difuck dengan kaki.. eh, penis..


4) Finger Fuck



Anus entrance sebenarnya dikawal 2 otot sphincter yang tersangatlah peka. Otot2 ini lah yang menentukan buka tutup lubang gua Mulu yang sempit itu. Dan untuk menjadikan anal sex semudah ABC, anda perlu belajar mengawal otot2 sphincter supaya lebih relaks. Dan finger fuck is the most practical method to train your sphincter muscles ni. Untuk perform aktiviti ini, tiada partner pun tidak mengapa. Agak2 bosan tanpa aktiviti kat rumah tu, apa kata anda finger fuck diri sendiri. Mula2 satu jari. Kemudian dua jari. Dan tiga jari. Hayati rasa yang anda alami apabila jari jemari tersebut berada dalam anus anda. Andai anus anda dapat menerima at least 3 jari tanpa rasa sakit, tahniah! Anda layak diliwat oleh sebatang penis. Sila practice kaedah ini banyak kali sebelum have a real anal sex ya. Practice makes perfect!! Huh huu..


5) Slowly and steady

Be patient! Otot2 sphincter ni sensitif sikit. Whenever you are about to have anal sex with a partner, ask him to finger fuck you first before proceed menggunakan the real penis. Ini penting untuk mengelakkan pakcik-pakcik sphincter terkejut beruk and it will lead to serious injury beb! The moment your partner insert his penis, tell him to do it slowly and part by part. Jangan main tujah je. Andai kata sakit, keluarkan, relakskan diri dan otot sphincter, dan bila kesakitan reda, masukkan sekali lagi dengan penuh berhemah. Research conducted in US find out that the most painless position to perform anal sex is squatting on 'the tops' as 'the bottoms' can simply take over and control the situation.


6) Lubricant, dan K.O.N.D.O.M!!

Peri pentingnya serta jenis2 lubricant pernah penulis ceritakan in my post, previously. Do apply a lot of lubricant bila2 sahaja anda terlibat dengan anal play. Apa jua anal play. Sendirian, atau bersama partner. Using fingers, dildos or penis. Dan jangan lupa kondom! Tu alat wajib tu.. Tidak usah meniru aksi bareback mat salleh yang selekeh tu. Ya tuhan. Susahnya penulis nak mengarang kalau di tempat kerja. Ada sahaja yang mengganggu..


7) Keikhlasan diri..

Maksudnya kat sini, anda memang rela diri diliwatlah. Kalau kena rogol, atau dipaksa, atau terpaksa, keseronokan itu memang jauh panggang dari api. Anda tidak akan capai kepuasan. Sebaliknya anda akan dapat kesakitan. Dan trauma as well! Penulis pernah membottomi seorang mamat top. Due to my pitiful ignorant in anal sex, dan dia pun tak pernah jadi bottom, tapi dah kena pujuk ngan penulis, finally dia jadi bottom tapi tak ikhlas. Our session ended up as his worst nightmare. Dia kata sakit giler! Dan dia serik jadi bottom! Hahaha.. I'm sorry Dee (memang nama sebenar).


Sesetengah The Tops akan kata "I top. Buat apa nak jadik bottom? Alahai, sesekali tu, cuba2 lah jadi bottom. Rasakan apa yang The Bottoms rasa. Be empathylah sikit.. And, at the same time, try to enjoy the moment your partner inserted his penis into your anus. Kalau kena cara, sedap tau! Manalah tahu, selepas ini, anda akan bertukar menjadi flexible? Lagipun apa guna jadi gayboy kalau buntut korang virgin? Ahak hak hak.

Saturday, April 11, 2009

Fakta @ Auta??

Cakap pasal main jubur atau bahasa sopan, anal sex, orang mesti ingat golongan gay sahaja yang suka anal sex ni. Hm, tak betul tu.. Di US, kajian menunjukkan 10% orang dewasa yang heteroseksual mengamalkan anal sex regularly. Maknanya, andai diconvert kepada nombor, apabila dibandingkan dengan bilangan golongan gay (1.15% of US population), bilangan manusia straight lebih ramai yang practice anal sex. Di Amerika Selatan, survey yang dijalankan menunjukkan 40-50% makhluk tuhan yang straight di sana familiar dan selesa dengan anal sex. Antara faktor yang popular ialah untuk avoid pregnancy, avoid blood during menstruasi dan nak selamatkan selaput dara. Itu kalau perempuan yang diliwat atau dimainkan juburnya. Masalahnya, zaman sekarang, yang lelaki pun suka lubang juburnya dibuat main walaupun dia straight. Maka berpeluh2lah si awek menujah2, menjolok2 lubang gua milik boyfriend dengan jari, timun atau carrot (dengan sabar dan tekun pulak tu). Kadang2 siap buat rimjob lagi kat laki dia tu. So persoalannya, kenapa kita suka main jubur dan suka jubur kita dimain?? (alamak, tiba2 penulis terstim pasal penulis memang suka seni bermain jubur ni). Jawapannya, hm..ummat akhir zaman!

Adegan2 Golongan Bekerja Yang Takde Kerja










Friday, April 3, 2009

Rabu..

Mata penulis berpinar. Telinga berdesing dan kepala rasa berpusing-pusing. Bagai ternampak bintang2 kejora. Kelibat manusia samar-samar kelihatan. Sesaat. Dua saat. sepuluh saat. Hampir seminit berlalu, dan barulah penulis boleh melihat dengan jelas kembali. Hayunan kencang bola yang tepat mengena kepala penulis (sebetulnya ditulis terkena muka penulis) membuatkan penulis biol seketika. Tetapi penulis masih mampu lagi tersengih-sengih. Ibarat kerang busuk..

Pada waktu itu, ketika itu dan saat itu, cuma ada satu yang bermain di minda penulis. Abang XXXX..

Malam Rabu hari tu merupakan kali ke 4 penulis join Geng Planet Hitam bermain bola tampar di Taman Tasik FFFFF. Fun habis. Di sana penulis boleh jumpa pelbagai telatah Encik Gayah. Gedik, macho, gecho (gedik tapi macho) dan bermacam ragam lagilah spesies PLU. Whatever it is, to me, this geng is unique as each member dare to step out of closet, showed his own character and showed how gay is he. Yang penulis respect, still maintain bermain like a pro! (walaupun kakaks kepits telur).

Masalahnya, sekarang bukan itu yang penulis nak cerita.. Pada waktu ini, ketika ini dan dan saat ini, cuma satu yang bermain di minda penulis. Abang XXXX.. heh heh heh (gelak jantan miang).

Penulis dah lama memerhatikan Abang XXXX ni. Dari hari pertama penulis membuat penampilan sulung (debut katanya). Tapi masa tu perasaan tak membuak lagi. Cuma terdetik di hati, 'hm,, sedap lah Abang XXXX ni!. Mesti rasa coklat vanilla'. Berbadan tegap, berkulit sawo, hidung mancung, matanya redup. Betisnya berisi (rasa cam nak geget jerr). Suaranya merdu. Macho dan jantan (kadang2 terlepas jugak suara kakaksnya-tak pelah, hati dah suka, dimaafkan).

Tika mata bertentang, penulis dah jadi tak tentu arah. Bagai jatuh dilambung, sakitnya tak terkira. Bagai luruh jantung, debarannya berganda! (Aiyo!berpantun pula!). Memang penulis tak senang duduk. Tatkala mata bertentang mata.... blup blup blup blup...(penulis sedang mencair). Dan mulalah main kelam kelibut.

Kali ketiga kunjungan penulis, perasaan di hati makin tak tentu hala. Dari pagi, bangun sahaja dari tidur- "Hari ni hari Rabu!! Volleyball!! Abang XXXX!!!" Di tempat kerja pula - "Volleyball!! Abang XXXX!! Batang Abang XXXX!!!" Itulah kerja penulis. Berangan. Hari tu masa seakan berlalu perlahan. Jam di monitor PC baru pukul 6 petang. Tapi penulis dah tak sabar2 nak balik (walhal game bermula pukul 9 malam). Bukan apa, penulis tak tertahan ingin menatap wajahnya, mendengar hilai tawanya dan menonton aksi hebatnya. Ah ah ah (bunyik jantan horny).

I don't really sure what is this. This feeling is created genuinely deep inside my heart towards this respective man. Rasa macam suka. Suka dan minat. Dan memujanya dalam diam. Crush? Hm.. Maybe I have a crush on him? I have a crush on Abang XXXX!!? Oh tuhan! Penulis dah lama tak menyimpan rasa ini. Rasa ini memang hebat. Dan menjerat. Dan berat...

When you have a crush on someone and you find out that he likes you, too, it's a wonderful feeling. Tapi bagaimana kalau it doesn't work out that way. Bukan senang beb nak jumpa manusia yang punyai rasa yang sama dengan kita. Itu yang berat. Penulis rasa, kalau penulis ikutkan sangat rasa yang membelenggu, makin penulis angau, makin penulis buat kerja bodoh dan penulis sebenarnya makin terancam. Terancam pasal kalau bertepuk sebelah tangan, i might feel rejected. This feeling will lead me to heartbreak! Kachiwa!! Penulis tak nak kecewa! Lagipun buat apa terhegeh2 kat orang padahal kita pun dah berpunya!! Bengap! Dah, dah!! Berhenti berangan dan balik ke alam nyata.

Langsung, pagi tadi penulis bangun dengan semangat yang berlainan. Semangat untuk hidup. Semangat untuk jadi insan yang lebih matang dari semalam. Tak main lah crush- crush ni. Ni budak2 punya cerita. Come on lah. Patutnya, di kala usia begini, penulis sudah mampu membezakan apakah cinta benar dan cinta monyet. Harusnya, penulis buang sahaja perasaan itu atau tolak jauh ke tepi..

Penulis dah kering idea. Tak tahu apa yang hendak dinukilkan. Sambil duduk berfikir, sempat pula penulis menyelak kalendar. Hm, hari ni baru hari Jumaat. 3 April. Hai, lambatnya masa berlalu. Lambat lagi la hari Rabu...

Wednesday, April 1, 2009

Dilema Embi..

Penulis demam. Dah seminggu. Mood untuk online tu dah takde. Kalau ada pun suam2 kuku ajelah kerana penulis memang tak larat nak tatap skrin komputer ni. Berpinar je mata. Dah la hari2 kerja menghadap skrin.

Merujuk kepada my previous post, ive mentioned about Embi and his moody day. Cari punya carik. Korek punya korek, dan gali sedalam-dalamnya, tak juga jumpa apakah yang buat Embi mencuka. Sehinggalah penulis terpandang rambut Embi. Dari depan nampak normal. Hensem. Kacak segak idaman PLU se Malaya. Pandang dari atas, baru nampak celanya. Rambut Embi boleh dibilang. Jarang dan kurang. Sehingga nampak kulit kepala. Owh.. Okay! I get it.

Kenapa rambut awak ni?

Dan Embi mula bercerita..

"Saya ke kedai gunting rambut Indon yang selalu kita pergi tu. Niat hati nak buat style mat rempit macam awak. Saya dah explain jelas dan terang. Nak buat macam ni, macam tu. Dan paling saya tekankan, kat atas jangan potong pasal rambut saya memang jarang kat bahagian atas. Kalau potong pendek, memang terserlah kebotakkannya. Masalahnya Si Indon blur ni pulak tak dengar cakap. Dia pergi tarah selamba. Tak sempat nak buat apa2. Itu yang saya hangin ni. Dah la susah nak ternak rambut ni.. Makin hari makin gugur adalah instead of tumbuh subur. Benci benci benci!!!!!!"

Hm, penulis memang simpati pada Embi. Pendapat yang berlegar di benak, botak aje lah B. Habis cerita. Lagipun awak nampak hensem jugak kalau botak! Tapi penulis tahu, Embi akan ketuk kepala penulis andai itu yang penulis sarankan.

"Apakata kita pergi Yun Nam? Tengok jadik ke tak?" Terkeluar dari mulut penulis idea itu.

"Tak jadi. Pasal kawan saya dah pergi. Habis beribu, hasil tadakk."

Kesimpulannya, our discussion end up at nowhere. Hari ke hari, semakin banyak rambut yang gugur. Di bantal, di tilam, dalam tandas, dalam kereta bersepah dengan rambut Embi. Embi semakin fobia. Dan semakin moody. Penulis pula semakin pening..

Dua tiga menjak ni Embi semakin obses pada produk menyuburkan rambut. Bermacam diborongnya. Minyak pelebat rambut lah. Syampu pengahalang rambut gugurlah. Lotion lah. Gel lah. Masalahnya, pakai tak sampai 2 minggu dah mula berkira2untuk membeli produk lain. Alasannya, tak berkesan.. Hallo!! Awak pakai baru dua tiga hari, macam mana nak tengok hasil. Koman2 pun 2 ke 3 bulan pakai baru boleh decide berhasil ke tak. Rambut tak tumbuh 5 cm sehari. Paling panjang pun 0.25 mm - 0.70 mm sehari ok!(sila rujuk wikipedia)

Dan dua tiga menjak ni juga, Embi menjadi fobia pada helmet pula. Katanya, helmet itu menyumbang kepada keguguran rambutnya. Ok. Alasan yang baik untuk mengelak dari naik Satria Cinta (motosikal kesayangan). Hasilnya, ke mana2, jika berdua perlulah berkereta even ke kedai makan yang jaraknya 2 marhalah je (err, 2 marhalah tu berapa ye? main sental je penulis ni). Kadang2 tu ada jugalah naik Satria Cinta, tetapi Embi tetap berkeras tak nak pakai helmet. Kalau dalam area rumah ni tak nak pakai helmet, boleh la. Dimaafkan. Tapi kalau keluar jauh ke KL atau Wangsa Maju, terpaksalah menggunakan Zax (walaupun traffic jam! Ya ampun!)

Kalau dulu sebelum tidur, penulis suka gentel Embi (jangan salah faham istilah gentel ini ya). Penulis suka peluk dan cium Embi. Kadang2 belai rambut Embi (adush, romantik bangatt). Sekarang, penulis tersentuh rambut, Embi menjerit ibarat terkena bara api. Dia punya marah bak halilintar membelah bumi.

"Janganlah pegang rambut! Gugur nanti!!!"

Owh, okay! Dan tidurlah penulis tanpa membelai Embi macam dulu2. Sambil hidung kembang kempis menahan bau hangit dan hancing (aroma minyak bijan apa tah yang Embi usap kat kepala sebelum tidur)..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails