Sunday, May 10, 2009

Cinta kami


I decided to move into Embi's apartment a year ago. We have 2 years (+,-) relationship history so we thought we could handle the stress and the typical issues when 2 gay men are living together under one roof. Malangnya kami silap. We even argued over simple things..

Me and Embi took approximately 6 months, sebelum kedua-duanya kenal perangai dan kehendak masing2. Damn! It was really tough during the first six months. Lebih-lebih lagi bila kedua-duanya mempunyai sikap negatif yang sama - panas baran dan ego. Dan soal hati adalah perkara yang paling rumit sekali. Nak jaga hati orang bukan senang beb. Lebih-lebih lagi when it comes to somebody that you love so much.

Sekarang masuk tahun ke 4 kami bercinta, termasuk setahun tinggal bersama. Well, masih awal untuk kata kami berjaya. But at least we've made it for 3 years. Jadi, macam mana kami melaluinya?

Sabar. Berbincang. Tolak ansur. Respect. Cinta...

Sabar ialah perkataan keramat yang penulis semat di dada setiap kali datangnya panas. Kalau tak sabar, bukan setakat mulut, kaki dan tangan juga ikut berperang. Jadi setiap kali penulis rasa tidak puas hati, marah atau rasa nak cekik embi, penulis akan keluar dari rumah, minum dan lepak until penulis rasa sejuk. Trust me, handling an issue ketika kedua-duanya sedang panas hanya memburukkan lagi keadaan. It can lead you to make a stupid decision that you will regret someday.

Berbincang is a must. Do not expect your partner has special ability to read your mind. Do not expect every time anda tarik muka masam, dia akan faham dan tahu apa yang terbuku di hati anda. Yes, he may notice you are not in a good mood, but because of what? Sahabat, your partner is not Matt Parkman of TV series - Heroes. Dia perlu diberitahu. Anda perlu bersuara. Gunakan bahasa yang paling lembut. Yang paling tak menyakitkan hati bila si dia dengar. Masukkan sedikit elemen2 reverse psychology dalam perbincangan. Paling penting, during discussion jangan balas herdikan dengan tempikan.

Next is tolak ansur. Bagi makhluk tuhan yang ego, tolak ansur adalah perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan.

"Kau fikir hati kau je terluka. Hati aku ni siapa pulak nak jaga?" atau "Kau ingat kau merajuk, aku nak pujuk? Pigida.. sah2 aku di pihak yang benar lagi lurus jalannya" atau "Selagi kau tak tegur aku dulu, jangan harap aku nak tegur kau" adalah antara perkara yang berlegar dalam minda seorang egois. Dan itulah juga yang penulis fikir (dulu lah..). Sekarang penulis dah berubah, lebih banyak bertolak ansur. Yes, he might do something awful that really pissed me off. Tetapi apa salahnya beri dia peluang? Tidak rugi bertolak ansur. Malah u can even gain respect from him later on..

Respect? Yes! Do respect each other. Respect ni luas rangkumannya. Respect his feelings. His hobby. His lifestyle. And do not even forget to respect his privacy! Lelaki paling pantang orang kacau privacy dia. Kawal pergerakan dia. To me, selagi dia tak abaikan penulis, penulis tidak akan kongkong dia dan campuri urusan peribadinya. Bila melibatkan sesuatu yang memerlukan keputusan bersama, do seek his opinions, dan sudah tentu, sila respect the opinions as well. Jangan buat keputusan seorang diri (ini satu lagi pantang lelaki sebenarnya).

Aisey, panjang pulak artikel penulis kali ini. Biasalah, banyak pula yang ingin dikongsi. Orang lama. Hak hak hak.. Mesti orang malas nak baca. Ah, tak kira.. i still want to proceed! Lagipun penulis menulis tentang perkara ini atas permintaan seorang pelawat setia di luar sana.

Last but not least.. Biar setinggi mana darjat si dia, biar seromantik manapun dia, wajah kacak bak Zaineesqandar (siapa tu?), bak masak dia expert gila, di atas katil dialah raja, kalau tak ada yang ini, hubungan tak kekal lama dik non oiiiii... Dan sebab utama kenapa penulis masih setia bersama Embi, tanpa sedikitpun rasa menyesal terdetik di hati, adalah kerana perasaan ini yang tak berbelah bagi. Selagi ada perasaan ini, selagi itu kami bersama. Percayalah, menunda sesuatu perhubungan memerlukan satu rasa yang murni, yang suci, yang ikhlas ini - rasa C.I.N.T.A , .. yang sejati.. (lagu my heart will go on berkumandang menutup tirai..........).

7 comments:

DarcyDiaries said...

Nicely written. For me, sabar and tolak ansur is really important and of course, it takes two to tango.

Only my two cents' worth of comment.

P/S; Nanti ajar saya menulis k?

Penapenis said...

ok darcy.. First of all, beli uniform dulu..class i special.. all students pakai uniform; red polka dots swimming trunk..
tiada yang berkecuali..

avegalion said...

wow.. standing ovation buat penulis... suatu yg jujur dari hati utk di kongsi!!

Penapenis said...

thanks avegalion.. u tak nak share cerita u?

faizjb said...

tahniah
smoga trus subur CINTA nya..

Yul@A.J.M.S.M said...

i know how that feel.
if we love someone we try to make it beautiful.
all that what u write here it's all true.
tanpa sabar cinta tak ke mana,
tanpa berbincang rumah tangga musnah sia-sia,
tanpa tolak ansur sendiri rasa sakit,
tanpa rasa hormat sebuah cinta jadi tidak bermakna,
lastly,
C.I.N.T.A tanpa cinta yang suci dari hati macam mana nak hidup gembira bersama.

one more, kepercayaan.

wish happy for both of you.

Anonymous said...

semoga allah merahmati kalian berdua.amin

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails