Tuesday, September 29, 2009

Tandusnya Jiwaku

terlantar, terbiar,..

sepi sendiri melayani fantasi.

Resah, gelisah,.. nafsu mendesah minta diterjah.

Bisikan demi bisikan..,

berselirat, bersimpul membalut perasaan.

Pujukan demi pujukan..,

meruntuh, menguasai selapis iman..

Nota Kaki Bercagu: err, ada siapa-siapa nak tolong penulis ker? hak hak hak.

Monday, September 28, 2009

SMS oh SMS!


Raya kali ini, penulis kerap benar tersengih-sengih sendiri. Macam kerang busuk. Bukan apa, seronok melayan SMS yg masuk bertalu-talu. Kiriman dari anak-anak saudara, sepupu-sepupu, rakan-rakan lurus serta rakan-rakan PLU. Juga dari peminat-peminat (Wah! Gitoohh!). Dari timur ada. Dari barat ada. Dari utara, selatan, barat laut, tenggara. Pendek kata dari segenap penjuru!

Honestly, lenguh juga tangan menekan-nekan keypad handphone. Ikutkan hati nak call terus sahaja mereka semua. Masalahnya risau kalau-kalau bil melambung pula. Kalau seorang dua okaylah. Tapi kalau 8? 18? 80? Nak abaikan, diam tidak berbalas terasa bersalah pula. Penulis ni kategori makhluk yang bersopan santun dan berpekerti mulia. Orang berbudi kita berbahasa. Orang SMS kita, tandanya orang ingat pada kita. Hati orang yang ingat pada kita perlulah dijaga. Cara paling praktikal, SMS saja!

Dalam diri sendiri girang melayan SMS sahabat taulan, tiba-tiba masuk SMS dari Embi. Hati yg dah sedia berbunga, bertambah-tambah kembangnya. Sedia berbuah. Sampai bertandan-tandan. SMS yang lain penulis abaikan dulu. SMS Embi pula penulis utamakan dan balas dengan kadar segera. Kandungannya ringkas sahaja. Tapi agak manja (well, he is a bf of mine. So manja is a must!). Kami terus berbalas-balas SMS. Meluah rasa rindu, dendam, kasih, sayang, cinta bla bla bla... dan macam-macam lagilah!

Seketika kemudian masuk pula SMS dari Mr WSF. Jiran sekampung yang baru dua hari penulis kenal. Kami sekapal (baca: we are gays, you moron!+_+"). Yang penting, dia comel. Jadi seharusnya penulis taste tanpa ragu-ragu.

Dia tulis A. Penulis taip B. He sent me a C. I replied with D . And we continue sending several texts to each other. Seronoknya melayan kawan baru yang sekapal, comel dan penulis taste tanpa ragu-ragu ni.

~....no need to rush, orang kata senang nak dapat, senang nak lupa. I tak nak u lupakan I cepat sangat kalau dah dapat :p~

Antara kandungan SMS terakhir yang penulis taipkan buat Mr WSF. Selesai menaip, I pause for a few secs, read thoroughly the text, smile and quickly press the send button.

Apa pula kandungan SMS dari Mr WSF yang membuatkan penulis balas sedemikian rupa? Biarlah rahsia. Ahak hak hak.

Penulis sabar menunggu Mr WSF membalas SMS penulis, sambil tersenyum lawa (baca: sedang syok sendiri. Best mengayat ni u'oll!). Dalam diri asyik tersenyum lebar, penulis dikejutkan dengan bunyi deringan handphone.

Call dari Embi!

Embi?

Alahai! Orang baru nak enjoy berbalas-balas SMS dengan jiran yang sekapal, comel dan taste tanpa ragu-ragu (perlu ke aku nak ulang balik statement tadi lagi sekali?). Sibuk pula si Embi ni nak call. Tadikan dah SMS? Tak puas lah tu!

"Ya baby sayang, busyuk intan payung!"

Di sebelah sana, penulis dapat dengar Embi mendengus.

" Awak buat apa kat kampung tu? Awak hantar SMS bukan-bukan kat sapa ni? Lain macam je bunyinya! Melampau betul!! Saya dah agak dah! Memang tak boleh bagi muka kat awak ni!!!!"

Bulat mata penulis. Mulut terlopong. Tekak terasa kering. Shit!! I did a stupid mistake! Seriously, it was an unacceptable stupid mistake ever!

Penulis belek-belek handphone. Buka sent item dan lihat nombor handphone Embi diassign pada text terakhir penulis, instead of nombor handphone Mr WSF. Dan malam itu penulis tidur dengan wajah kelat, gara-gara berperang dunia ke 3 dengan Embi. Sambil-sambil tu, penulis tertanya-tanya dan sempat juga menyalahkan diri sendiri;

Macam mana boleh tersalah hantar ni? Padan muka aku.

Nota kaki bercagu: Lihatlah dunia. Betapa teknologi itu tersangatlah,.. bagus!

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Marah benar seorang pembaca ni.. gara-gara lama benar penulis hilang tidak mengupdate blog.. malaslah nak menulis u'olls.. Mood raya tu dah menebal dalam diri penulis..Ingat nak raya jer.. So di malam raya ni, penulis nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca Pena Penis.. thanks a lot for reading PP...

Tuesday, September 8, 2009

Terpakai



Balik dari kerja, kebiasaan penulis ialah terus tanggalkan baju dan seluar. Gantung pakaian di belakang pintu bilik dan melenggang kangkung dengan seluar kecik menunggu keringnya peluh. Kadang-kadang tak berpeluh pun (kerja dalam tempat berhawa dingin, bukan sawah padi!) tapi sebab dah jadi tabiat, nak tak nak mesti nak buat juga.

Samalah juga dengan beberapa hari yang lalu. Tapi kali ini penulis tak terus masuk ke bilik. Sebaliknya penulis ke beranda. Di beranda, cepat-cepat penulis tanggalkan pakaian kerja. Hajat di hati nak campak terus baju dan seluar ke dalam bakul pakaian kotor kami yang terletak di situ.

Sham, housemate (yang tak macam housemate) penulis juga baru pulang. Penulis pandang dia. Dia pandang penulis. Penulis cuba senyum. Yang paling tak ikhlas (kami tak ngam, dan tak bertegur sapa sangat pun, selalunya buat-buat tak kenal je, paling-paling mesra pun senyum pahit serba plastik)!! Dia balas senyuman penulis. Dan penulis tahu, senyuman dia pun 2x5 polyvinyl chloride a.k.a PVC.

Penulis perasan kali ini dia tenung batang tubuh penulis agak lama dari biasa. Nak kata tak biasa tengok penulis berseluar kecik, rasanya dah banyak kali. Mustahil dia tak lali (sila rujuk di sini). Nak kata dia taste kat penulis, tak kut!! Kalau tak dah lama dia ayat penulis. Penulis on je kerana dia pun boleh tahan jambu. Hakk hakk hak! Tapikan, apa masalah dia?

Lantaklah! Penulis nak berehat sementara menunggu waktu berbuka. Jadi penulis biarkan persoalan itu tidak terjawab dan masuk ke bilik.

"Encuk dah balik!! Yeay yeay! Encuk beli apa untuk B?" Tegur Embi yang sedang enak berlingkar di atas katil.

Penulis menggaru kepala yang tak gatal.

"Saya tak beli apa-apa pun. Kan kita nak berbuka dengan kurma je. Pastu nak gi makan kat restoran malam nanti"

"Eh, ha'ah! Lupa. Okay diam! Diam! Wadi Unung dah start!!"

Penulis panjat katil dan berbaring di sebelah Embi. Geram pulak tengok Embi tak berbaju. Nasib baik puasa. Terkawal sikit nafsu buas tu.

Embi diam. Penulis pun diam. Khusyuk benar kami menonton Wadi Unung. Sejujurnya penulis tak ikut sangat pun cerita ni. Jarang-jarang penulis tonton kerana kerja yang bersyif dan tak menentu. Jadi tak faham hujung pangkal dan jalan ceritanya. Embi lainlah. Wadi Unung memang cerita wajib dia.

"Wah, lawa seluar kecik! Tak pernah nampak pun. Baru beli ke?" Tegur Embi tiba-tiba.

"Baru beli mendanya. Dah lusuh dah ni. Bukan ke,.."

Alamak!

"...awak punya ke?"

Kening Embi berkerut "Taklah. Ni jenama Depi apa tah ni mana ada saya pakai."

Penulis terdiam. Seingat penulis, seluar kecik tersebut diambil dari ampaian sebelum penulis pakai untuk pergi kerja pagi tadi. Disidai elok saja bersama pakaian kami yang lain sebelah menyebelah. Jadi penulis memang yakin ianya memang milik Embi (err fyi, kami memang berkongsi everything.. theehehe..).

"Awak pakai seluar kecik Sham ke? Eeeeeiiiiiwwww" bisik Embi perlahan.

"Shhh! Shadap you B!"

Penulis tak tunggu lama. Penulis terus bangun ke tandas, tanggalkan dan cuci seluar kecik itu. Kemudian diam-diam sidai balik di tempat asal dan berlagak tiada apa-apa yang berlaku.

P/S: Agak-agaknyalah, Sham perasan tak? Shhhhh... Shadap B!! Bingit je telinga penulis dengar Embi gelak mengekek-ngekek kat belakang ni! Penulis rasa sham tak perasan kut. Ala, ada banyak lagi seluar kecik yang tersidai sama di situ. Mesti tak perasanlah.

B!! Shadap you!!!!!

Pena Testis?


Have you ever felt like you have done something wrong? Or felt like there has to always be something wrong with you? Kadang-kadang rasa kesal. Kadang-kadang rasa jauh. Jauh dari Dia. Dan kadang-kadang rasa hidup tanpa tujuan.

"Hidup macam lembu" kata seorang Ustaz pada seorang gadis dalam drama bersiri ' Cinta Sempurna' yang disiarkan di Astro Oasis.

Penulis tertawa kecil bila melihat reaksi si gadis yang tersentap sangat-sangat. She could not handle it and started to yell angrily. Hehehe. Ceteknya si gadis.

Jalan cerita ini agak cliche'. Tapi mesejnya terkesan di hati penulis. Terus penulis pandang diri sendiri. Bermuhasabah. Aku macam mana?

When I look back on everything I've ever written in my previous entries, I knew I was doing pretty well but still, deep in my heart I wanted to have a change of direction in Pena Penis, as well as in my own life.

Penulis fikir penulis mahu ubah Pena Penis jadi sebuah blog yang cerdik. Yang boleh inspire the readers supaya jadi insan yang lebih baik. Well, that is not easy. Pena Penis tak mungkin berubah dengan drastik (penulis juga). Jadi, sebagai permulaan, I will gradually remove all the inappropriate contents from Pena Penis.

From today onwards, you will see no more naked men standing, sitting, straddling showing their own penises or turning up the buttocks what so ever as my entry in Pena Penis.

Tetapi ini tidak bermakna penulis ingin jadikan Pena Penis sebagai Pena Tangan, Pena Kaki ke apa ke.. Pena Penis is Pena Penis. Tak akan di ubah namanya jadi Pena Testis. In fact, I am a notty boy. And I won't stop sharing the notty stories.

Akhir kata, selamat berhijrah!

Friday, September 4, 2009

Lahirnya Si Pena


Keluarga Pena besar. Pena anak lelaki yang ke 8. Secara keseluruhan, Pena anak ke 11. Berapa orang perempuan? Kiralah sendiri! Masa mak lahirkan Pena, umur dia dah masuk 43. Sebenarnya agak berisiko untuk mengandung kalau seseorang wanita itu sudah mencecah 40 tahun. Tapi mak kuat. Mak tabah. Mak tahu, Pena deserve to be born. Terima kasih mak sudi kandungkan Pena selama 9 bulan dan tanggung segala macam kesakitan masa lahirkan Pena.

Kata mak, Pena lahir bulan Rabiul Akhir. Masa tu dekat2 nak Subuh. Semua orang masih enak berdengkur, belayar di alam mimpi. Keadaan gelap gelita. Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik kedengaran sayup-sayup. Itupun sekali sekala sahaja. Ala, dah dinihari. Cengkerik pun reti penat.

Bila mak mula terasa senak, she knew something was not right. Cepat2 dia kejutkan abang.

Abang yang mana satu, mak?

"Tah! Mak pun tak ingat!"

Er, at that time, mak dah ada 7 orang anak lelaki. Jadi di saat-saat genting begitu, Pena faham sangat if she couldn't remember which one.

Abang (the forgotten one) pun bangun terkebil-kebil, dalam mamai, cepat2 berlari ke rumah mak bidan. Sejam kemudian, Pena pun selamat dilahirkan. Bukan main lagi Pena menangis. Terdiam semua cengkerik-cengkerik yang ada. Mesti mereka terpukul. Suara mereka kalah dengan suara Pena. Yang merdu bak buluh perindu. Hakkk!

Selepas diazankan ayah, pena dibersihkan dan dibungkus kemas dengan kain batik macam lepat pisang. Kemudian diletakkan di sebelah mak. Bukan main seronok Pena dibungkus. Hangat je rasanya. Ceh, macamlah Pena boleh ingat apa yang berlaku. Menurut mak, tak sampai 10 minit, Pena dah terlena. Tapi yang azabnya, lepas Pena bangun dari tidur, Pena menangis bagai nak rak.

Er, sebenarnya hobi Pena sejak lahir memang menangis pun. Pantang di usik, pantang lapar dan pantang segala-galanya. Sehari. Dua hari. Seminggu. Sebulan. Setahun. Orang Kelantan kata, manja kededek!

"Budak tu, kalau tak diam jugak, aku campak ikut tingkap!!" Tempik ayah suatu hari.

Mak yang sedang menggoreng ikan di dapur telan air liur. Dia mula kecut perut. Kak Long dan Kak Ngah yang turut membantu di dapur menikus. Cepat-cepat mak bagi isyarat pada Kak Ngah. Kak Ngah terus bergegas dukung Pena dan bawa ke luar halaman. Memujuk Pena agar diam. Mereka semua dah faham benar dengan ayah. Ayah memang bengis. Anak-anak semua takutkan dia. Yang penting, dia memang kotakan apa yang dikata.

Sekarang Pena dah berusia 24. Sihat walafiat. Tengah menulis entry terbaru untuk blognya sendiri sekarang. Yeay. Syukur Alhamdulillah. Sebab Pena tak kena campak ikut tingkap..

P/S: Motif? Bahasakan diri Pena? Oh ya, pengajaran cerita ini ialah jangan campak anak yang suka menangis ikut tingkap. Kesian budak tu. Dah la comel.. Hakk..

Migrain



Nyut......
Nyut......
Nyut......

Mula-mula rasa macam sepoi-sepoi bahasa sahaja. Jadi penulis abaikan. Penulis tahu, kadang-kadang itu sekadar gertakan manja. Sekejap-sekejap lagi eloklah tu.

Nyut.. Nyut.. Nyut..
Seminit dua kemudian, rasanya semakin kuat. Penulis tekan-tekan. Picit-picit bahagian yang sakit tu. Bila dah sampai tahap ini, penulis tahu, rasa ini tidak akan hilang dengan mudah. Pasrah ajelah.

Nyutnyutnyut!!!
Telahan penulis ternyata mengena. Setengah jam kemudian rasanya bertambah-tambah hebat. Sakitnya menjadi-jadi! Seksanya..

I could feel my body begins to sweat. Tapi penulis rasa seram sejuk instead of hangat. Suara makhluk-makhluk tuhan yang berbagai-bagai kedengaran hingar-bingar, bagai bertalu-talu masuk dan mendera kepala penulis.

Penulis angkat tangan kiri. Letak di atas meja. Kemudian perlahan-lahan mendahi berlapikkannya. Mendahi? Entah! Perkataan ciptaan sendiri kut? Mendahi maksudnya meletak dan menggunakan dahi untuk menampung kepala di atas meja dengan muka menghadap lantai. Orang akan nampak kita macam sedang tidur.

"Tidur??!!! Awak tidur lagi masa saya mengajar, saya suruh awak berdiri kat luar tu!"

Nyaring betul suara Cikgu Fatimah memarahi penulis suatu ketika dulu. Masa tu kelas amali Biologi.

"Saya,.. saya sakit kepala Cikgu!"

My classmates mencebik. Ada yang buat muka. Macam-macam rupa.

"Alah. Mengada-ngada je lebih tu Cikgu!" Keluar satu suara entah milik siapa.

Sakit hati ada. Geram ada. Rasa nak lempang orang pun ada. Tapi yang paling penulis rasa di saat itu, kecil hati dan sedih yang teramat .

Kisah ini cuma secebis daripada sekarung konflik yang perlu penulis tangani bila migrain menyerang.

People will not understand what i feel at that time. Especially those yang tak pernah kena dan rasa. Sakit migrain bukan seperti sakit biasa seperti yang kita rasa di kala demam. Sakitnya lain macam. Berdenyut-denyut. Mencucuk-cucuk di satu bahagian kepala. Biasanya penulis sakit di bahagian kiri. Kadang-kadang boleh melarat-larat sampai bahagian belakang kepala sampailah belakang tengkuk. Masa sakit tu, penulis cukup sensitif benar dengan bunyi dan bau. Pendek kata, be quiet and leave me alone!!

Penulis mula diserang migrain sejak di bangku sekolah. Sejak di tingkatan 4 kalau tak silap. Setiap hari, sebelah pagi, dalam pukul 9 ke atas, kepala mula berdenyut-denyut. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Peneman penulis hanyalah sebotol kecil Minyak Cap Kapak. Dan Panadol yang berpapan-papan banyaknya. Berkesan? Tak! Kadang-kadang sampai berjam-jam, sampai penulis terpaksa lari balik tidur di asrama..

Migrain ni juga bermusim. Maksudnya, penulis boleh kena attack for several consecutive days or weeks!! Dalam pukul 9 pagi ia menyerang. Kalau penulis cukup rehat dan makan pil, dalam sejam dua ia berhenti. On the next day, it will attack me again, probably around 9 0'clock juga. Begitulah rutin harian di musim sakit kepala. Habis musim sakit kepala, serangannya boleh berhenti selama dua tiga bulan. Paling lama penulis tak kena langsung, 5-6 bulan. Masa tu penulis rasa macam normal people, heaven sangat!! Kemudian datang lagi. Adoiyay.

Itu cerita dulu. Dilema budak sekolah kena migrain. Kemudian di Matrikulasi. Then di kampus. Well, bolehlah tahan. At least I still can skip the classes if migraine attacks me during daylight. Cuma yang azabnya, dua tiga minggu ni, migrain penulis datang menyerang lagi. Hampir setiap hari. Cabarannya penulis rasa berganda as I have to work. No ponteng-ponteng balik tidur di bilik. And puasa some more..

P/S: Penulis siapkan tulisan ni di tempat kerja, di kala migrain datang menyerang dengan bala tenteranya. Dalam pukul 3, sakitnya menjadi-jadi. So penulis terpaksa 'berbuka' lebih awal dengan segelas air dan telan sebiji ponstan. Tapi tak makan pun. Sebab tak berani. Penulis kemudiannya sambung puasa sampai waktu berbuka ^_^"

Tuesday, September 1, 2009

District 9


Sila click District 9.. This film was so good! Damn good. Ia bermain dengan analogi sifat manusia itu sendiri. Malaslah nak ulas. Tapi kepada yang suka berfikir, sila tonton.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails