Saturday, October 31, 2009

Bau


Kaki penulis dah mula terasa lain macam. Lenguh tidak terhingga. Lutut terasa lemah tidak bermaya. Kebasnya menjalar hingga ke paha. Dari paha, rasa sengal merebak terus ke tulang belakang.

Penulis menjeling jam di tangan. Baru tiga jam berlalu. Tuhan... perut dah mula terkena angin senggugut (masuk angin lah!!). Bahagian pinggang ke bawah pula merayu ingin duduk! Penulis terus capai kerusi. Belum sempat melabuhkan buntut, penulis ternampak sesuatu. Barang baekk!

Usianya lingkungan 30-an. Pinggang sekitar 31-33 (ilmu meneka ukur lilit pinggang ini ditimba dari seorang rakan). Berkulit cerah. Bercermin mata. Berkening tebal. Berpakaian pejabat. Gayanya sedikit PLU. Rupanya pula saling tak tumpah Chen E Kin (pelakon popular Hong Kong, tak kenal sudahh!). Hurm,,.. taste!!

I stood up and quickly approached him (dengan gaya sehabis machonya).

"Good evening sir. XXX just launched a new product. And now we are having promotion bla bla bla bla.."

Sambil bercakap sambil mata tak berkelip merenung dia.

"Monthly dia berapa bang? Saya bla bla..."

Lah! Melayu ke? Ingat Chinese tadi.

FYI last few days, a roadshow was held by my company in one of the busiest shopping complex in KL. And unfortunately, dalam ramai-ramai staf di unit kami, penulis yang dipilih untuk join the roadshow. I've been assigned by my boss to help the sales and marketing people to promote and create public awareness of our brand especially our new products. Dan pada masa yang sama, penulis dikehendaki merekod segala feedbacks and complaints from our customers. So dengan kata lain, jadilah penulis seorang pegawai khidmat pelanggan dan promoter bidan terjun sekaligus. Isk isk isk.

Jadi abang Chen E Kin tadi dapat tak penulis pancing?

Haruslah dapat! Tapi itu bukan masalahnya. Masalah cuma terjadi ketika penulis sibuk menerangkan terms and conditions, procedures what so ever. Apabila perut penulis tiba-tiba terasa lain macam ketika itu. Seminit dua kemudian, penulis mula terasa senak. sesekali mencucuk-cucuk. Menghiris pedih. Terasa seperti ada angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dalam tali perut menuju ke lubang dubur.

"Mintak diri seminit bang. Saya pergi belakang jap."

Penulis beredar cepat-cepat. Melangkah laju menuju ke kaunter goodie bags. Otot dubur penulis kemut kuat-kuat risau kalau-kalau terlepas angin dalam perjalanan ke kaunter tersebut.

Prutt. Pruttttttttt Pruuutttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!Prut!

Di kaunter goodie bags, berdas-das akhirnya berjaya penulis lepaskan. Mengeluarkan gas yang terkumpul diikuti bunyi meletop-letop. Baunya? Tungkik dan durjana sekali!! Penulis menarik nafas menghidu kebusukan bau kentut sendiri sambil tersenyum puas. Bangga kerana setahu penulis, rahsia penulis tersimpan rapi di kaunter itu.

Apa yang penulis tidak tahu, ada makhluk tuhan yang lain sedang berdiri di belakang penulis. Dua orang gadis promoter.

"Eiiiiiiiii, busuknya!!!!! Awak kentut!!!!!Busuk! Busuk!! " Pekik salah seorang, spontan. Agak kuat suaranya kerana abang Chen E Kin juga menoleh.

"Ei... tak senonoh!! Jen, awak kentut manyak busuk!! Awak kentut depan kami!!!Huhuhu..." Jerit seorang lagi.

"Shhh!! Shut up! I'll buy Starbucks coffee for u guys nanti!"

Penulis sempat melihat sekeliling. Semua orang menutup mulut dan hidung. Termasuk abang Chen E Kin. Mereka memandang penulis sambil kening berkerut seribu. Penulis tersengih. Malu.

Busuk sangat ke bau kentut aku..

Nota kaki bercagu: Seingat penulis, baru dua hari penulis tak berak. Kenapa busuk sangat bau dia? Abang Chen E Kin? I closed the deal with him dengan muka tak bersalah. Biarlah. Ada haku kesah? Janji penulis dapat sales. Lalalalala..

Wednesday, October 28, 2009

Penat







Penulis kepenatan...................................................................................................................................................................................
Nak melancap pun tak larat...Apa kena mengena ngan kempen larangan merokok. Tah.. Saja letak.

Sunday, October 25, 2009

Fetish


"Kata orang, kalau dah suka tu, bau kentut pun bak perfume yang wangi. Kalau dah tak suka tu, perfume yang wangi pun disangka kentut" tempelak penulis apabila Embi mula mengadu tentang bau ketiak penulis. Ketika itu penulis baru sahaja pulang dari berjogging.

Penulis bukanlah jenis tidak boleh menerima kritikan. Cuma sekadar ingin menguji apakah jawapan yang akan Embi beri.

"Derr!! Awak, saya bukan macam tu. Kalau dah busuk tu saya kata busuk jugak walaupun saya sayang. Ni bukan busuk, ni dah bau tungkik! Pastu ada hati nak peluk saya. Dah! Dah! Pergi mandi. Jap lagi kita keluar makan!"

Penulis akur and quickly grab my towel. Pakaian yang basah dengan peluh cepat-cepat penulis tanggalkan. The last piece, Encik Seluar Kecik pula penulis campak ke arah Embi dan hinggap tepat di kepala dia.

"Eiiiwwww!!! Encukkkkkkkkk!!"

Hak hak hak hak..

Terus, insiden tersebut secara tak langsung mengingatkan penulis kepada kisah lama yang hampir-hampir saja penulis lupakan.

Klung klung klung...

5 tahun lepas, penulis masih belum aktif sangat dalam dunia PLU. Masa tu, penulis adalah pelajar pra-universiti di sebuah kolej jauh nun di N9. Belum mahir beronline, tidak kenal Myspace, Friendster, Guys4men etc, dunia penulis ketika itu adalah lebih kepada dunia akademik. Bangun pagi, celik sahaja mata, penulis terpaksa bergegas bersiap ke dewan kuliah. Malam, mata yang terpejam terpaksa disengkang, demi menyiapkan tutorial yang menggunung indah. Pendek kata memang tak ada masa nak cari jantan untuk sama-sama 'beriadah'.

Qie (bukan nama sebenar), tidaklah rapat sangat dengan penulis. Orangnya rendah. Bersaiz sedang-sedang, sedikit lembut dan agak menggelabah. Perutnya sedikit ke depan serba terdedah (baca: boroi ler tu..). Berasal dari Sabah, membesar di Sabah, bersekolah si Sabah. Tetapi terlalu ingin menetap di Semenanjung. Jadi, terdamparlah Qie di sini, menjadi my kuliahmate. Oh ya, Qie is my next door neighbor too.

Qie dan penulis adalah teman ilmiah yang sering sama-sama bersengkang mata menyiapkan tutorial dan assignment. Kadang-kadang penulis ke bilik Qie. Kadang-kadang Qie ke bilik penulis. Kalau dah menyampah sangat memandang antara satu sama lain, kadang-kadang kami masing-masing lepak di bilik sendiri sahaja.

Suatu pagi yang indah, penulis terjaga sejam lebih awal dari waktu Subuh. Sebenarnya sudah tiga hari penulis tidak pulang ke bilik (Well, tidur di bilik skandal, hakk..). Gara-gara ingin mencuci baju, penulis gagahkan diri menapak balik ke bilik sendiri. Tak boleh tidak, I have to go back as this is the perfect time for me to wash my clothes (biasalah hidup di hostel). Awal pagi macam tu, semua orang masih enak berdengkur. So, at that particular time, I can avoid hustle and jostle in the small washroom dengan budak-budak lain.

Malangnya penulis terlupa penulis tak punya sabun cuci baju.

'Alahai. Baju kuliah dah habis pakai semua ni. Kalau tak cuci sekarang bila lagi aku nak cuci' Penulis mengomel sendirian.

'Qie mesti ada stok dynamo!'

Penulis ke bilik Qie. Pintunya berkunci. Tapi penulis tahu, di mana Qie biasa letak kunci biliknya; Di dalam kasut (kami memang amalkan tinggal kunci dalam kasut) hak hak hak...

Perlahan-lahan pintu bilik Qie penulis buka. Penulis tidak mahu mengejutkan dia. Penulis juga tidak mahu disangka pencuri. So I just switched on the light. Dalam sibuk mencari sabun cuci baju, tergerak hati penulis untuk melihat si Qie yang sedang enak berlingkar..

Umangai!! Bosanya buntut!

Qie tidak berbaju dan hanya berboxer. Dia tidur mengiring ke kiri. He was sweating and snoaring like a roaring lawnmower. Buruk benar!

Seketika, mulut penulis mula ternganga sebaik sahaja melihat sesuatu dalam pelukan Qie. Tangan kirinya yang dirapatkan ke pipi kirinya kelihatan sedang memegang sehelai short berwarna merah.

'Biar betik?'

Cepat-cepat penulis kembali ke bilik dan terus selongkar baldi yang berisi pakaian kotor yang ingin penulis cuci nanti.

'whadda??'

Short merah penulis tiada dalam baldi. Penulis mula terbayangkan aksi tidur Qie tadi. Short merah yang dipegang dekat ke pipinya (yang gebu) saling tak tumpah short milik penulis. Jantung penulis mula berdebar. Peluh jantan mula menitik.

Damn! Damn! Damn!

Okay, rileks. Mungkin apa yang penulis fikir tak benar. Mungkin juga pelanduk dua serupa. Atau mungkin ilusi optik semata-mata?

Sekali lagi penulis ke bilik Qie untuk memastikan perkara yang kurang pasti itu. Penulis tenung betul-betul short merah itu. A series of 'natural' polka dots buat mulut penulis ternganga sekali lagi. Kali ini penulis pasti.

Niat penulis untuk cuci baju terencat. Selera penulis mati. Penulis berlalu pergi , balik ke bilik, memanjat katil dan bersembunyi dalam selimut dengan satu pertanyaan.

'Budak Qie tu syok dekat short aku ke? Alahai..'

Nota kaki bercagu: Jangan letak kunci dalam kasut ya kawan-kawan. Dua hari kemudian, short tersebut kembali semula ke dalam baldi penulis. I just pretended as if I have no idea what the hell just happened to my unlucky short. Cuma masalahnya, penulis tak boleh tengok Qie. Perasaan penulis bercampur-campur. Nak tergelak ada, tersipu malu pun ada. Seingat penulis, short itu memang kotor, berbau dan kali terakhir penulis pakai, penulis melancap dan pancut you-know-what di dalamnya.

Ngee ^_^"

Saturday, October 24, 2009

KDL

Ini yang penulis dapat dari Blog KDL. Cara untuk browse ke KDL in case anda tak boleh masuk. Penulis dah cuba dan ia berjaya.

1) Pergi ke http://www.bypassproxynow.com

2) Follow the steps as shown:

3) Akhir kata good luck dan selamat bersiar2 di blog orang! ^_^

Friday, October 23, 2009

Ntah..


"My 'front' part lost his virginity when I was 15. And my 'rear' part lost her virginity when I was 19. Well, I guess i'm too fragile to handle such temptations" Beritahu penulis, yakin.

Duduk bersantai di suatu sudut di kafe Starbucks di Times Square, berborak mesra sambil menyedut my favorite Mocha, Zee and I have a lot of stories to be shared about virginity, as we are going to spend the entire day studying and talking to each other.

"Fuyyo! Tak sangka saya the kids nowadays memang advance dalam bab-bab sex!" Balas Zee

"Hee.. Perli saya la tu. Awak pula bila pecah dara?" Soal penulis sambil mengusap dagu yang berjanggut sejemput.

"Masa saya umur 20-an. Tak ingatlah! Awak ni dari tadi cakap pasal dara, jomlah bincang pasal menda lain. Macam hobi ke.. Eh, awak suka tengok wayang tak?" Balas Zee. Dan kami terus bertukar-tukar cerita.

Zee? I met this man online, via online community and dating service for men - our 'late' Guys4men. Beberapa hari berkenalan, he finally asked me out on a blind date. Well, not that blindlah as we have gone through the photos exchange session for several times (thank god, he is not a scammer, neither me..).

Zee berumur dalam lingkungan 30-an. Kurus, tinggi lampai. Berkulit cerah pucat, bermata sedikit sepet, hidungnya mancung dan bibirnya merah mungil tanda bebas dari nikotin. Sekali pandang, Zee nampak macam orang Cina (omaigod, mana-mana kami pergi, amoi-amoi sales assistants mesti speaking dengan dia). Di mata penulis, yang paling menarik tentang Zee ialah dia bertindik di telinga kirinya. Macho sangat!! Kali pertama penulis melihatnya bersubang bling-bling, penulis terus jatuh hati (boleh?). Dan penulis juga senang dengan sikap gentlemannya yang sentiasa mendahulukan penulis.

Masa berlalu dengan pantas. Temujanji kami hampir tamat. Usai makan malam, penulis menyatakan hasrat untuk pulang.

"Awak, saya kene balik sekarang. Saya sepatutnya naik komuter terus ke Sungai Buloh malam ni. Balik rumah abang saya. Nanti dia bising dan bagitau mak, saya keluar merayau dan balik lewat malam."

Bulat mata Zee merenung penulis bagai tidak percaya.

"Oh okay. Saya pun nak ikut housemate pergi majlis pukul 10 nanti. Parti apa tah. Awak nak saya temankan awak ke stesen LRT?"

Damn! Penulis sangka dia akan pujuk penulis bertandang ke rumah dia.

Beberapa minit kemudian, kami menyusuri kaki lima sepanjang Jalan Imbi menuju ke Stesen LRT Hang Tuah. Zee diam. Penulis juga diam. Lidah kelu. Suasana mula membeku. Otak penulis ligat mencari idea. Mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu Zee, yang penulis ingin bermalam bersamanya. However, I was too shy to let him know, that I really want to have sex with him.

Ala...abang saya tak ade kat rumah. Dia pergi outstation.
Tett: Tiba-tiba je kan? Too obvious.

Saya rasa tak sedap badan la. Boleh saya rehat di rumah awak dulu?
Tett: Nampak tersangatlah desperate..

Awak, jom main?
Tett: Gila? Kalau dia tolak, buat malu je!!

Alasan apa aku nak buat ya?

"Why not awak bermalam je kat rumah saya malam ni. Dah lewat sangat ni if awak nak balik Sg Buloh. Lagipun saya macam tak sempat nak catch up train balik before 10. My housemate mesti dah pergi dulu ni" Tiba-tiba Zee bersuara.

Kali ini mata penulis pula bulat menatap Zee.

"Erm, okaylah kalau macam tu. Saya pun takdelah larat sangat nak travel sampai Sungai Buloh sebenarnya"
Tett: OMG! Dream comes true. Yayy!!!

I was really excited that finally, he managed to break the ice and offered me to overnight at his place.

Setengah jam kemudian, kami sudah berada di dalam bilik Zee. Naked, horny and after a brief foreplay, we proceed doing the you-know-what-activity. Ketika itu, kami saling menjadi top dan bottom secara bergilir-gilir. Jadi pecahlah dara perkenalan kami. Di hari pertama, pertemuan yang pertama.

Seminggu kemudian, Zee menghadiahkan penulis satu set of men's accesories and a diary. Di dalam diari, terselit satu kad yang tertulis satu soalan. Sudikah penulis menjadi kekasihnya?

And my answer was absolutely yess!

Apa yang penulis tidak tahu, Zee sebenarnya telah menipu penulis. Dan penipuan itu tidak langsung penulis sedar sehinggalah 3 tahun kami bersama. Hari ini, sebentar tadi, Zee tarik tangan penulis, dan kami duduk di atas katil. Kami bertentangan mata. Satu pengakuan ikhlas lahir dari mulutnya. Pengakuan yang membuat penulis tersentak, dan tersentap.

"Saya sebenarnya top, not flexi, versatile whatsoever. Ingat first date kita? Awaklah orang pertama yang memecahkan dara saya."

Hati penulis berbelah-belah.

"First time kita jumpa, saya jatuh cinta pada awak. To me, you are someone. Someone yang istimewa. Keistimewaan awak, awak lurus bendul. Dan saya suka tengok sifat lurus awak tu"

Hati penulis mula keliru.

"Saya tak nak kecewakan awak. Saya tak sanggup kehilangan Encuk saya. Jadi saya relakan diri jadi bottom untuk puaskan awak. Tapi, lama kelamaan, saya rasa saya memang tak mampu. Setiap kali kita bersama, saya rasa sakit sangat. Maafkan saya."

Hati penulis kian celaru. Now I understand why..

Nota kaki bercagu: Entahlah. Sekali lagi kami tidur membelakangi antara satu sama lain. Hati penulis berbelah-belah, keliru, celaru dan jadi buntu.

Wednesday, October 21, 2009

Tinggal

Dia aku tinggal
hati ku bawa lari,
Cinta aku tanggal,
perginya tak kembali..

Tidak guna sesal
andai itu dia cari
Baru aku kenal
jiwa kami tak serasi

Rasa itu kekal
jauh di sanubari
akan jadi bekal
ku simpan sampai mati..

Nota kaki bercagu: Jangan salah faham. Yang penulis tinggalkan, Mr 3rd party. Embi? Tetap di sisi.

Tuesday, October 20, 2009

69..

69, I just love it.. boleh tak kalau penulis nak maintainkan angka tu? Jangan tambah2 or kurang2 lagi? ^_^

Monday, October 19, 2009

Happy Couple


Beberapa hari lepas, balik dari kerja, sepanjang dalam perjalanan menuju ke rumah, minda penulis melayang jauh. Ke mana? Tidaklah sampai ke bulan. Tidak juga sampai ke Milan. Tapi cukuplah untuk kena hon bertalu-talu gara-gara tidak sedar lampu isyarat sudah bertukar hijau.

"Oi tidor ka!!?" Pekik Encik 'Manggis' (yang keretanya tadi berada di belakang penulis) sambil memotong laju di sebelah kiri.

Menggelabah juga sebenarnya. Tapi sekejap saja. Seketika kemudian, penulis kembali berangan. Mengatur pelan tindakan.

Sebelum bertolak dari tempat kerja tadi, penulis sempat belikan Embi makanan Jepun kegemarannya, yang digelar 'Tako Tao', sejenis bebola tepung yang berintikan seafood seperti sotong dan belut. Sedap. Cubalah! Rasanya macam .. Okay back to topic, you moron!!

Rancangan penulis, malam ni penulis nak goda Embi habis-habisan.. He he he he....(secara taktikalnya, bebola tepung yang berintikan seafood itu adalah umpannya).

Tiba sahaja di rumah, I sneaked quietly to the kitchen. Panaskan air dan bancuhkan secawan nescafe untuk Embi. Then, quickly go to bathroom. Mandi! Penulis sempat tuang shower foam segenggam dan sental segala daki di segenap celah, termasuk di celah bedah.

"Nak pergi mana ni?" Tegur Embi yang sedang berFB, sebaik sahaja melihat penulis keluar dari bathroom.

"Lah, tak pergi mana-mana. Nape B?

"Ye la, biasa balik kerja awak tak terus mandi. Ni macam nak keluar je?"

"Saja. Mandi awal. Badan berpeluh, berbau. Dah dah! Makan bebola tepung awak ni. Saya beli special untuk awak" Balas penulis tersengih gedik sambil menyuap ke mulut Embi.

Then I stepped away and went to open my wardrobe, took out my undies collection. Hm, which one should I wear. Boxer? Eww, tak sexy! Brief? Jock Strap? Lycra? Ke nak bogel jer? Allemak, gua lupa. Embi suka tengok gua pakai g-string!!

Cepat-cepat penulis sarungkan g-string putih yang penulis beli baru-baru ini. Next step apa eh?

Penulis kemaskan cadar katil. Nyalakan lilin aromaterapi dan buat-buat lalu-lalang di hadapan Embi sambil menayang punggung dengan harapan dia akan terkam penulis.

"Pakai senonoh sikit boleh tak? Ni Si Sham nampak nanti jadi issue pulak!"

Dish! Satu pukulan kata-kata hinggap di telinga.

Penulis diam tidak menjawab. Sebaliknya penulis berbaring di atas katil dan capai remote TV dan VCD. Penulis mainkan sebuah VCD adult movie terbitan Bel Ami. Tak sampai 5 minit, Zali (nama gelaran my own penis) dah menegak terpacak. Bacaan nafsumeter penulis naik ke paras tertinggi. Untuk menambah kesan sensual, penulis kuatkan volume, meramas Zali sambil turut mendesah dan mengerang sama sebagaimana pelakon-pelakon porno tersebut mendesah dan mengerang.

Embi? Masih kusyuk menghadap PC sambil bermain Farmville di FB.

"Awak.."

"Ye..."

"Nak.." Rengek penulis..

Embi reluctantly shut down the PC, memanjat katil dan berbaring di sebelah penulis. Penulis mula menjalankan tugas. I took off his clothes, kissed him, rubbed him, belai, peluk, gentel, dan segalanya macam aktiviti u-know-what-lah!

Embi hanya mengerang. Setengah jam berlalu, Embi masih berbaring lesu. Penulis mula perasan sesuatu. Badan penulis langsung tak disentuhnya. Penulis yang aktif menjalankan tugas, rupa-rupanya syok sendiri sorang-sorang sementara dia terus pasif, menyamar jadi kayu.

Damn! Dia langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya. My Zali? Zali Macam tak wujud. Even my g-string pun langsung tak disentuh dan ditanggalkannya.

Hello! Give and take lah!! Pekik penulis dalam hati.

Sabar! Sabar! Pujuk diri sendiri.

Nafsumeter penulis jatuh sedikit demi sedikit. Makan hati memikirkan respon yang ala kadar sahaja.

"Sayang. Lain kalilah. Saya tak ready" Bisik Embi apabila penulis mula meramas-ramas belakangnya.

"Saya bagi saya punya?" Penulis cuba tawar menawar.

"Awak.. Serius saya tak ready"

"Bila awak nak ready?"

Silent..

"Tunggu kita honeymoon kat Langkawi nanti. Saya bagi. Sabar ya sayang.."

"Awak sure ke kat Langkawi nanti awak boleh bagi? Kalau awak tak bagi jugak?? Sampai bila saya nak sabar? Saya manusia. Ada nafsu. Awak ingat tak bila kali terakhir kita? Tahun lepas okay! Sebelum saya mula kerja! Sekarang saya dah kerja. Dah confirm. Dah nak berhenti pun. Awak suruh saya sabar lagi?

silent...

Awak nak saya layan awak macam mana? Awak ada masalah ke? Mati pucuk? Tak bernafsu tengok saya?

silent..

Cakap lah B. Saya bosanlah hidup macam ni. Saya, awak ikat. Tapi apa yang saya nak, tak dapat!

silent...

Penulis tahu dia tak akan buka mulut. Penulis mula menangis dalam hati.

Malam itu kami tidak bertegur sapa. Kami tidur sambil membelakangi antara satu sama lain. Sambil-sambil berbaring, jauh di sudut hati penulis masih mengharap dia akan memeluk penulis dan membisikkan kata-kata manja memujuk.

....
..."Encuk sayang. Good Morning! Bangun! Cepat mandi. Dah lambat ni."

I woke up, looked at his charming face and smiled. I kissed his lips. We hugged each other. And we repeated the same routine as well- pretending like a happy couple,.. again..

Sunday, October 18, 2009

Zapin


Sejak kecil, sampailah besar, selalulah juga tengok Zapin di kaca TV. Tapi masa tu, penulis tak ambil peduli. Sehinggalah penulis bergelar mahasiswa (tapi feeling mahasiswi), penulis akhirnya dapat lihat secara live betapa indahnya seni budaya orang kita sendiri.

Semuanya bermula apabila kelab senitari universiti membuat persembahan pelbagai tarian Zapin di hadapan kami, para pelajar baru. Bunganya tertib dan tersusun. Gerak-geri, olah tubuh yang banyak tertumpu pada kaki nampak begitu cergas. Sesekali tangan terhayun kemas. Sesekali kepala pula terhingguk pantas. Wow! Penulis sangat kagum dan teruja. Penulis menonton sambil ternganga. Dan mula memasang niat untuk mempelajari Zapin.

Jadi penulis dengan machonya mendaftar masuk kelab tersebut? Tett.. Tidak.

Yupp, I did not join the club. Not even try to learn Zapin. Penulis terlalu takutkan tanggapan umum. Terutamanya kawan-kawan. Takut diejek, takut dihujani kutukan dan takut dicop pondan atau berminat pada golongan tersebut. Tetapi sekali-sekala, petang-petang selepas bersukan, penulis akan curi-curi cuci mata melihat adik-adik yang comel-comel berlatih Zapin. Hai..

Masuk tahun dua, penulis berkenalan dengan seorang junior. Kecil molek orangnya. Manja dan baik hati. Yang penting comel. Setelah beberapa minggu kenal, kami mula berpacaran. Biarlah penulis namakan si dia sebagai Mr JGa sahaja. Yang seronoknya, Mr JGa juga seorang yang pandai berzapin. Bukan setakat pandai, malah antara penari berbakat di universiti. Tett.. Impian untuk bercinta dengan penari tercapai jua akhirnya. Hahaha..

Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Di mana mengalirnya darah seni kalau tak kepada kekasih sendiri. Dari Mr JGa, penulis mula kenal dunia tari. Well, orang baru. Kerasnya penulis bak kayu. Sebagai permulaan, penulis belajar pergerakan asas, belajar mengira step dan belajar mengenal pola lantai. Dan lama-kelamaan, minat yang memang sudah lama terpendam jadi kian mendalam. Penulis mula jatuh cinta kepada Zapin.

Penulis dan Mr JGa kemudiannya sama-sama membangunkan sebuah kelab senitari untuk kolej supaya kami dapat masuk bertanding di peringkat Universiti. Kami pun mulalah mencari penari. Kareografenya - Mr JGa sendiri.

Dari merangkak, kami berdiri, bertatih dan dari bertatih kami berjalan sehingga akhirnya mampu berlari, memberi saingan sengit kepada kolej-kolej lain yang lebih senior dan tersohor. Penulis juga mula bersahabat dengan penari-penari hebat. Yes, most of them are 'sotong' sehingga penulis sendiri dipandang serong. Tetapi penulis tak pernah menyesal, malah rasa bertuah mempunyai sahabat yang setiakawan seperti mereka. Tett.. Impian penulis untuk terlibat secara langsung dalam senitari juga tercapai..

"Kau menari Zapin? Muwahahahahaha! Sejak bila kau jadi pondan ni??" Berderai gelak Mr J, seorang rakan se-ROTU apabila mendapat tahu penulis sudah pandai berzapin.

Bagi penulis, pendapat itu sangat tipikal. Orang kita selalunya melihat Zapin sebagai satu tarian untuk wanita dan golongan lembut. Pemikiran yang cetek bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Di kalangan lelaki straight pula, mereka labelkan penari Zapin lelaki sebagai pondan.

"Zapin? Hish! Kamu sukalah hidup bergelumang dengan dosa? Maksiat semua tu!" Tegur Mr Am, seorang lagi rakan yang alim dan warak.

Pendapat ini juga tersangatlah tipikal. Di mata golongan yang celik agama di kolej kami, Zapin ibarat dosa. Mereka menilai Zapin sebagai salah satu hiburan yang melalaikan dan berunsur maksiat. Senior-senior, baik lelaki mahupun perempuan yang ahli surau memberi amaran serta melarang keras junior-junior agar tidak mendekati kelab kami. Jadi agak sukar untuk kami merekrut ahli baru sebagai pelapis.

Dua pendapat di atas penulis sifatkan sebagai persepsi golongan yang tidak memahami nilai seni dan keindahan budaya sendiri. Mereka juga tidak berusaha untuk kenal apakah Zapin yang sebenarnya.

Kelab sosial yang lalai, kata mereka. Inilah yang mereka lakukan, terus sahaja membabi-buta menjatuhkan hukuman sendiri.

Penulis fikir usaha Yayasan Warisan Johor yang tidak pernah berputus asa dalam memartabatkan Zapin patut kita sanjung. Lagipun, di kalangan masyarakat Melayu Johor, Zapin dipandang tinggi, dijulang dan dirai. Mereka sedar, Zapin adalah budaya yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang kita yang patut dipelihara sampai bila-bila. Dan kalau diselak-selak kembali, sejarah Zapin sebenarnya berkait rapat dengan masyarakat Islam. Zapin lahir dari pedagang-pedagang Islam dari Tanah Arab yang bertandang ke Tanah Melayu suatu ketika dulu. Bagi masyarakat ketika itu, Zapin adalah salah satu cara untuk merekaberhibur, setelah penat bertani dan berdagang di sebelah siangnya.

Dalam Islam sendiri, menari hukumnya harus. Kerana menari juga adalah satu bentuk senaman. Menari boleh bertindak sebagai satu medium untuk seseorang meluahkan perasaan melalui setiap pergerakan yang dilakukan. Di samping menjadi satu senaman yang bermanfaat untuk tubuh badan, menari juga dapat mengisi masa lapang dan berupaya menghindarkan diri kita dari masalah sosial. Cuma adalah batas-batas yang perlu kita jaga seperti pergaulan dan pemakaian.

Dalam Zapin, walaupun berpasangan, tiada langsung pergerakan yang memerlukan lelaki dan perempuan bersentuhan. Setiap pergerakan juga bersifat sopan, tidak terkinja-kinja atau boleh menaikkan nafsu syahwat. Busananya pula direka longgar untuk tidak mendedahkan tubuh badan. Malahan penari perempuan juga boleh bertudung dan berselendang. Jadi, di celah mana pula timbulnya maksiat, Mr Am? Lagipun, bukankah maksiat boleh berlaku di mana-mana sahaja? Tidak sekadar di lantai tari? **winkk!

"Berkawad juga bercampur lelaki perempuan. Pakaiannya ketat dan agak mendedahkan. Yang perempuan berseluar menampakkan tubuh badan" Balas penulis membidas teguran Mr Am (dia pemegang pangkat Leftenan Muda Wataniah di kolej kami). Tett, Mr Am terdiam, mendengus dan berlalu pergi.

Amboi, serius benar entri kali ini. Hak hak hak.. Ala, sekali-sekala serius, seronok juga.

Sebenarnya terdapat 1001 jenis tarian yang membanjiri negara kita pada hari ini. Hip-hop, breakdance, shuffle, waltz, salsa etc. Golongan remaja lelaki dan perempuan memandangnya sebagai suatu yang cool. Hebat rasanya andai diri mampu berhip hop. Berbreakdance. Tetapi bolehkah dibanggakan pencapaian itu? Sahabat, masyarakat luar tidak memandang sebelah matapun kehebatan anda. Kerana mereka punya penari yang jauh lebih hebat dari itu. Bagi penulis, tarian tradisional seperti Zapin lebih cool kerana ia membezakan kita dengan masyarakat luar. Ia ibarat cermin identiti milik orang kita untuk masyarakat luar kenal, tahu dan sedar, seni budaya Melayu juga tak kurang hebatnya.

Tett.. siapa setuju??

Nota Kaki Bercagu: Hubungan Penulis dan Mr JGa tak lama. Genap setahun bersama, kami berpisah akhirnya. Tapi hubungan kami tetap baik. Kami tetap sama-sama bergandingan menggerakkan kebudayaan dan kesenian kolej. Sekarang? Entah, Mr JGa sudah lama tidak menghubungi penulis. **tersenyum pahit teringat kekasih lama..

Friday, October 16, 2009

Lara


rinduku tertinggal di pangkal semenanjung,

cintaku terpenggal tanggal tak bersambung..


Nota kaki bercagu: Lately not in a gud mood. I don't feel like writing at all.. I have fallen deeply in love with 3rd party. Yes, there is another guy and this is not right.


Wednesday, October 14, 2009

Cigarology..


Cigarette.. I really need it right now. Or else, I can't even close my eyes.. 7E, aku datang..


Er,.. and I need a man as well.. hak hak hak..

Monday, October 12, 2009

I Love Blog


~Macam mana boleh mula blogging? Best sangat ke blogging ni??~ Soal seorang teman pagi tadi di Facebook.

~dua tiga hari ni, I tak ada idea nak menulis. To be honest, soalan U tadi dah beri I satu idea. Nanti I jawab soalan U tu dalam blog I.~ Jawab penulis.

Penulis sedut asap rokok dalam-dalam. Menikmatinya seketika, dan hembus keluar semula apa yang disedut ke udara. Sambil menyedut, sambil memandang skrin. Mencari idea. Sambil tangan ligat menari di atas keyboard. Mengatur kata, bermain dengan bahasa.

Last year, sebelum penulis terjun ke dunia blog, I hate blogs. Seriously,.. as most of them are using jargons, short-formed words, bahasa yang entah apa-apa dan paling penting, syok sendiri. Berpinar mata penulis baca terutamanya blog yang mempunyai background yang berilustrasi serta huruf yang terlalu berwarna warni.

Suatu hari, pulang dari kerja, penulis lihat Embi kusyuk menghadap komputer, merekabentuk satu poster.

"Lawanya. Awak design untuk apa?" Soal penulis

" Untuk blog saya" jawabnya sepatah.

"Wow, awak ada blog? Nak tengok!" Sambil mengerut kening, dilingkari sangsi, kerana penulis tahu siapa Embi. Makhluk yang tidak suka menulis dan membaca.

"Tak de apa-apa lagi..Kosong. Baru nak mula."

Dan sampai sekarang Embi masih tak bermula. Blog miliknya sudah bersawang. Berhabuk dan mereput lapuk.

Okay. Let us skip Embi's tale and his dream to set up, and manage a blog.

Melihat Embi gigih menyiapkan poster (penuh dengan gambar-gambarnya seorang diri saja - he is a narcissist, indeed) untuk blognya, penulis mula teringin untuk mempunyai blog sendiri. Niat di hati, I wanted it to be my personal online diary. Jadi tak perlulah penulis simpan dan rendam apa yang yang terpendam. Luahkan saja buah fikiran dalam blog.

Thursday, September 18 2008, I posted my very first entry, in my very own blog.

Sebulan. Dua bulan. Tiga bulan. Blog penulis mula bersawang. Berhabuk dan mereput lapuk. Just like Embi's. Tak de masa nokks!

January 2009, penulis ditukarkan ke new branch. Persekitarannya sunyi. Sepi. I started to feel damn boring, as there is no case, no dispute and no issue to be handled at all (kerja penulis mengendalikan masalah pelanggan). Penulis mula teringat pada Pena Penis yang telah penulis bangunkan. Jadi langkah pertama, penulis bersihkan habuk dan sawang di dalamnya. Penulis mula curi-curi menulis. Masa tu penulis memang syok sendiri. I kept on posting my stories. Menulis dan terus menulis (sebetulnya menaip!). Entry demi entry.

Until I received my very first feedback from a stranger.

~ Love ur writing..keep it up. :-)

Hati penulis bertunas rasa bangga. Berputik rasa gembira dan berbunga rasa bahagia. I finally find out there is some one out there, read my entries, and he did love my blog as well. Thanks a lot Mr 'Sepi'.. Kamulah yang menyuburkan Pena Penis (^_^).

Jadi bermulalah hidup penulis sebagai seorang blogger. A discreet blooger ( those yang kenal I, sila diamkan diri** Wink2!)

Why I love blogging?

Sejujurnya, penulis cukup suka membaca feedbacks atau komen-komen dari pembaca. Ibarat ketagih, setiap hari sekurang-kurangnya 10 kali penulis signed in, untuk melihat kalau-kalau ada komen yang perlu diapprovekan. Simple rules! Adanya maklumbalas, maksudnya ada yang membaca! Pada masa yang sama, penulis juga cukup suka membaca entry di blog milik orang lain yang penulis follow. Sampai sekarang dah berpuluh blog yang penulis follow either publicly or anonymously.

Blog, to me is like a magic portion that can control my feelings every single moment. Sometimes, I laugh out loud. Sometimes I smile for miles. Sometimes it comes to grief. Sometimes anger arise (and sometimes it arouses me greatly, terutamanya blog yang agak panas.. hak hak hak)..

And what say you readers?

Sunday, October 11, 2009

Inginku..


ingin aku jerit,

pergi kau dari sini,..

ingin aku pekik,

ku tak perlu kau disisi..,

ingin aku hambat,

jauh-jauh rasa itu..

ingin aku lewat,

tanpa singgah disitu..

ingin aku benci,

kelibat dirimu..

ingin aku caci,

rasa cinta itu..

Namun aku tak mampu..


Nota kaki bercagu: Penulis manusia biasa..

Saturday, October 10, 2009

SatriaNeology

Sorrylah for those who are not into cars, wheels, engines whatsoever. Kerana entry kali ini penulis nak bercerita tentang sebuah kereta. Jom, kita belajar sejarah dia dulu (jangan skip! Must read! Penat I buat rujukan tau!).

Generasinya yang pertama dilahirkan oleh Proton pada tahun 1995 di bumi Malaysia. Diilhamkan dari hatchback 3 pintu - Mirage atau Colt yang dikeluarkan Mitsubishi, nama asal yang diberikan kepadanya ketika itu ialah Satria (diambil dari perkataan sanskrit yang bermaksud pahlawan).

Motif? Bercerita tentang Proton Satria?

(Buat-buat tak reti bahasa sambil terus menulis)

Seiring dengan masa, penambahan demi penambahan dilakukan untuk memantapkan Satria. Dengan bantuan teknologi Lotus Engineering, Proton akhirnya berjaya melahirkan Satria GTI pula. Dikatakan sebagai salah sebuah kereta keluaran Proton yang terlaju dan termaju ketika itu, Satria GTi boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 220 kmph/136mph.

11 tahun berlalu. Jun 2006, hasil improvisasi dari Satria GTI, lahirlah generasi kedua Satria yang dibangunkan dengan kos perbelanjaan hampir RM500 juta. Satria generasi kedua ini digelar Satria Neo. Dan Satria Neo inilah subjek utama untuk entry ini.

Wah, skemanya ayat aku, hakkk.

Pada awalnya, Satria Neo yang dikeluarkan dijana oleh enjin inline-4 twin Campro, dengan dua model utama, M-line dan H-line. Dan pada tahun ini, Proton telah melancarkan Satria Neo terbaru versi CPS dengan 1.6 litre Campro yang dilengkapi teknologi CPS dan VIM.

What is Campro? What is CPS and VIM? Otak penulis jammed. Tapi penulis tetap gigih mencari maklumat as i think i have fallen deepy in love with this Satria Neo.

Campro (cam profile) merupakan enjin pertama yang dibangunkan sendiri oleh Proton dengan bantuan Lotus. Enjin Campro dikatakan mampu menjimatkan penggunaan petrol, tapi masih mengekalkan tindakbalas kuasa yang hebat dan cepat. Campro juga dikatakan mempunyai tahap penghasilan bahan toksik yang lebih rendah, lebih senyap dan yang paling penting, kos penyelenggaraannya jauh lebih ekonomik.

CPS ialah singkatan bagi Campro Profile Swithing. Manakala VIM pula singkatan bagi Variable Intake Manifold. CPS dan VIM adalah dua teknologi tambahan yang dibangunkan oleh Proton sendiri untuk memperkasakan enjin Campro supaya lebih fleksibel dalam dua situasi yang berbeza dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan petrol yang rendah. Teknologi tambahan ini telah berjaya membantu meningkatkan kuasa sesebuah enjin Campro hingga ke 125hp @ 6,500rpm (150Nm kuasa putaran atau torque @ 4,500rpm), berbanding kuasa enjin Campro biasa (non CPS) iaitu 110hp @ 6,000rpm (148Nm of torque @ 4,000rpm). Untuk menangani kuasa dan output torque yang lebih tinggi, enjin Campro CPS biasanya mempunyai oil cooler tambahan.

Mata penulis mula berpinar-pinar gara-gara beberapa istilah dan jargons yang penulis kurang faham. Jadi penulis mula sedar, penulis bukanlah orang yang sesuai untuk menulis tentang kereta. Why not kita skip bab spesifikasi terus ke bab detik bermulanya kegilaan penulis pada Satria Neo. Hak hak hak.

4 tahun yang lalu, penulis bersama beberapa orang rakan sedang menunggu bas di tepi jalan di kampus apabila dia tiba-tiba melintasi kami. Dia tidaklah memecut laju. Dia cuma bergerak perlahan, tapi tetap nampak jantan. Berwajah segak. Bermata galak. Warnanya jingga keemasan. Dari jauh, penulis cuma mampu memandang dia berlalu pergi.

" Woww!! Siyes lawa. Body dia tegap! Kaler dia oustanding!" teruja penulis menegur, sambil menelan air liur. Tergoda dan tergiur.

"Hish, pelik je aku tengok. Ekzosnya kat tengah. It's kinda weird! Tu Satria kan?" Sampuk seorang rakan.

"Satria Neo." Sambung seorang lagi rakan.

On the next few days, penulis terserempak lagi si Jantan Jingga ini (nama gelaran yang penulis beri, hehe). Dia berhenti betul-betul di hadapan penulis. Wah! Sebaik saja pintu dibuka, keluarlah seorang makhluk Allah dari perut kereta.

Lah! Perempuan! Bertudung ayu dan berbaju kurung. Si gadis berjalan melepasi penulis sambil bercakap menerusi telefon. Penulis pandang si Jantan Jingga. Merenung setiap inci susuk tubuhnya yang ganteng tak hengatt.

"Tercabar pulak aku tengok perempuan tu drive ko. Kalau aku yang drive ko, mesti lebih meriah. Memang macho habislah.. " teruja penulis menegur si Jingga, sambil menelan air liur. Tergoda dan tergiur, sekali lagi. Penulis mula memasang angan untuk memiliki sebuah Satria Neo suatu hari nanti.

Setahun yang lalu, ketika penulis sedang berkira-kira hendak membeli kereta, penulis suarakan hasrat untuk membeli Satria Neo. Adik beradik menentang. Embi juga membantah. Beberapa orang rakan juga. Tidak berbaloi kata mereka. Kecil dan sempit. Lagipun harganya setara dengan kereta yang lebih besar dan selesa.

"You should buy a bigger car. For your mom's dan dad's sake. Macam mana nak bawa diorang? Takkan nak suruh Mak dan ayah terbongkok-bongkok dalam Neo yang rendah dan sempit?" Tegur seorang rakan. Hurm..

Untuk tutup mulut diorang, I ended up my car quest by buying Zax (definitely not a Neo lah..).

Hampir sebulan yang lalu, seorang kenalan (yang baru penulis kenal) memandu Satria Neo. Diam-diam, I was pretty happy to meet somebody who drives a Satria Neo (baca: I was so damn excited!!!). Lagipun dia memang jenis yang penulis taste. Memandu pula kereta yang penulis mahukan. Damn, what a temptation!!!!

" I beli Neo ni, my family tak suka. My brother lagilah. Tapi well, u know. It is you who drives that bloody car. Not them. I beli kerana I suka. That's it" kata si pemilik Satria Neo itu.

Terdiam penulis. Angan-angan untuk memiliki Satria Neo terpasang kembali. Sebagai permulaan, penulis mula study, mengkaji dan mencari fakta tentang Satria Neo dan versinya yang terbaru, Neo CPS. Dan sedikit sebanyak penulis kongsikan ilmu yang penulis dapat bersama anda di sini. Those who need extra information, penulis cadangkan anda bertandang ke http://www.paultan.org; http://www.proton.com and wikipedia as well. Er, entry kali ni boring kan?? Peace..

Nota kaki bercagu: “You just have to do your own thing, no matter what anyone says. It's your life.” ~ Ethan Embry, actor.











Wednesday, October 7, 2009

Analisa


PELITA hingar bingar. Macam-macam irama yang singgah di telinga penulis. Pinggan mangkuk berlaga-laga, sudu dan garpu berdansa, lantai dan kerusi bergeser manja. Pelbagai bahasa, dialek dan istilah penulis dengar. Pelbagai rupa, usia dan warna penulis lihat. Dan penulis hanya mampu tersenyum memerhati 1001 gelagat manusia. Well, inilah 1Malaysia.

Having my breakfast alone, with strangers all around the place (sorang pun aku tak kenal), I felt lonely at that time. However it gave me a chance to sit back and relax as nobody noticed my presence. Bolehlah penulis mengelamun panjang.

Beberapa saat kemudian, I started to think. Started to re-evaluate my perception and expectation towards my relationship with Embi in general; look back on how are we doing so far, my performance, his performance, apa yang penulis inginkan, apa yang dia mahukan, apa yang kurang, apa yang lebih dan penulis mula mengeluh letih.

Embi and I had an argument a week before raya. At the beginning, we actually argued over the remeh issues; domestic thingy, especially laundry. **sigh. Bermula dengan pertelingkahan pendapat, drama kami disusuli pula ungkit mengungkit. Dan mulalah melarat. Penulis yang hilang sabar, mula menyentuh isu yang terberat (tett..rahsia) and it finally ended with a 'cat fight'! Meeooowwww!!Grrr!! Hasilnya, dada penulis tercalar dicakar Embi. Daun pintu bilik pecah ditumbuk penulis. Juga dengan jeritan Embi minta putus...

#######################################################

So, putus macam tu saja? Hell no! Tidak semudah itu untuk 'mahligai' kami runtuh (penulis tak berani letak 'masjid' as i think 'masjid' is a sacred place and too suci to be metaphorically applied to our forbidden love). Then what happened? Kesan dari perang teluk itu, kami semakin renggang. Renggang dan terus renggang.

Sambil-sambil duduk termenung dengan sebatang rokok di tangan, menghadap secawan nescafe dan sepinggan nasi lemak yang belum terjamah, terdetik di hati penulis, masalah kami yang paling utama probably due to age gap.

Age gap relationship. Does it works? Uffh! I dont really know about it. Among straight couples, it works, and it was proven work accordingly as many of them live happily for many years. Gay couple? Well,.. no idea!

Dari pembacaan penulis, penulis rumuskan there are 3 major factors that can crash age gap relationship. Penulis juga cuba-cuba menganalisis hubungan sendiri, manalah tahu terkena batang hidung kami..

1) Apabila Si A mempergunakan B

Tak perlulah penulis hurai panjang. Senario ini biasanya berlaku kerana wang, prestiges, privileges etc. Payah benar nak lihat pasangan gay yang jarak usianya jauh, yang cintanya tulen. Yang selalu penulis jumpa, The Tua berduit dan berharta. So The Muda more likely get attracted to his assets, instead of his love.

Dalam kes penulis, age gap kami tidaklah jauh sangat. Almost 10 years. Okay. Okay! Jauh jugaklah (but he looks slightly younger than me!) . Jadi adakah cinta penulis kerana hartanya? (sambil kerut kening; Embi ni rumah sendiri pun takde, savings dalam bank takde, hutang kad kredit bertahun tak langsai2 bla bla..). Kesimpulan~ cinta penulis tulen. So ini bukan faktor kenapa kami tak sebulu sejak dua menjak ini.

2) A dan B terlalu berbeza.

When you are planets apart (seorang dari Marikh, seorang dari Pluto), lifestyle, interest, point of view, personality etc. are so fucking different. Memanglah mustahil untuk anda dan pasangan anda berkongsi pendapat yang sama dalam semua perkara. Normallah tu berbeza pendapat kan.. But when the polarity atau sifat berlawanan terlalu ketara, kita patut tahu hubungan tersebut tidak berada di landasan yang betul.

Penulis dan Embi? Tett! Our point of view sangat berbeza. Penulis sangat terbuka. Embi pula sangat tertutup. Gara-gara ingin menjaga hati dan terlalu sayang akan Embi, penulis mengambil langkah untuk membawa hubungan kami ke landasannya semula. I finally decided to close mana-mana yang terbuka. Walau kenyataannya, penulis memberontak dalam hati. Mungkinkah ini penyebab utama?? Next...


3) Lack of equality

Equality di sini bukanlah persamaan minat, personality atau gaya hidup. Equality yang penulis maksudkan ini lebih kepada kesetaraan atau sifat setanding antara A dan B. Equality ini merangkumi physical anatomy, degree of beauty, level of maturity and sexual desire.

The imbalance of physical anatomy and degree of beauty can lead to envious hatred and jealousy. Perasaan negatif inilah yang sedikit demi sedikit mencetus konflik dalam diri both parties.

Penulis dan Embi sama cantik, sama padan.. Hakk..

Level of maturity pula adalah penentu kepada hala tuju hubungan kekok ini. If someone is very immature yet older, jatuh hati kepada seseorang anak muda yang immature juga, their relationship might be completely disastrous.

Penulis dan Embi tahap kematangan agak berbeza.. Hurmm
Dan yang terakhir, equality in sex desire.

Penulis tak kuasa nak ulas yang ini. As i think lack of equality in sexual desire is the most crucial issue that hit us lately. Bencilah!!

"Abang, kerusi ni ada orang?" Soal seorang gadis di belakang penulis. She woke me up from my daydreaming..

"Err" Terkelu lidah penulis. Penulis diam, geleng tidak, angguk pun tidak. Penulis cuma tersenyum, dan hanya mampu melihat kerusi itu ditarik pergi.. Terasa seram sejuk seketika. Penulis terfikir, either Embi, or me, akan senasib dengan kerusi itu, soon or sooner, jika kedua-duanya tidak bertindak bijak sekarang...


Nota kaki bercagu: dekat tapi tak dapat, sebelah tapi tak diserah, sayang tapi tak dikenang, cinta tapi tak dirasa,.. lalalalalala...

Monday, October 5, 2009

Cinta Lara Si Pena

dekat tapi tak dapat, sebelah tapi tak diserah, sayang tapi tak dikenang, cinta tapi tak dirasa,..

rindu tersisip jemu, setia terselit curiga, bahagia tersulam derita, gembira terpalit duka....

jerit madah pujangga, "cinta itu buta",

pekik mereka tiba-tiba, "buta tapi bahagia",..

bisik dia pula " kadang kala sengsara",..

dan terdetik di hati hamba " mungkin patut ditinggalkan saja..?"

Friday, October 2, 2009

Wahai Mr L


Bencilah!!!..

....^_^

Apa??

...^_^"

Tu jelah penulis nak share untuk entry kali ni.. Kalaulah Mr L baca (Mr L sedang main sorong papan tarik papan dengan penulis)

Thursday, October 1, 2009

Tarik tali

Main tarik tali? Anda tarik dia tarik. Anda lepas dia lepas. Anda menonggeng di tempat yang sama. Jauh di sana, dia juga masih mengangkang sambil tersengih manja. Dua-dua enggan habiskan kerja yang dimulakan. Jadilah ia kerja yang sekerat jalan. Terbengkalai. Sampai bila? Sampai tali yang ditarik terputus, gara-gara dua-dua sibuk menarik? Atau sampai tali terlucut, gara-gara dua-dua rela melepas? Lantaklah korang!

Mr AA, rupanya sedap mata memandang. Cakapnya cepat, pedas tak ingat. Mr BB pun sedap mata memandang. Cakapnya manja, romantis pula. Diam-diam, satu kisah tarik tali telah berlaku di antara mereka. Dek kerana tidak pasti apa kata Mr BB di sana, dan Mr AA di sini juga tidak berani menghabiskan cerita, sudahnya hubungan mereka tidak ke mana.

Perkembangan terbaru yang penulis terima, Mr AA ke hulu bersama Mr CC. Mr BB ke hilir mencari ganti. Dalam hati, padan muka~ dua-dua sekali. Hee! ^_^"

" Aku sekarang baik ngan CC, tapi aku kesian kat BB. Serba salah aku. " Cerita Mr AA kepada penulis dalam telefon suatu hari.

Kesian? Serba salah? Ko ngan BB tak couple pun lagi kan?? So? Gumam penulis, sambil mengunyah keropok ikan Kelantan.

"Masalahnya Si CC tu housemate si BB"

Dan Mr AA mula bercerita "Aku ni... bla bla.. BB baik ngan aku..bla bla... bla......Dia banyak tolong aku.. bla.. bla.. "

Krupp krapp.. krupp krapp.. krupp krapp ( bunyi penulis gigih mengunyah keropok ikan Kelantan, tak henti-henti..)

"....Aku suka CC...bla.. bla... tapi takut BB tak boleh terima.. bla... bla..takut dianggap slut, kejap ngorat dia bla bla.. kejap ngorat housemate dia.. bla.. bla.. . ko faham tak cerita aku ni??"

Krupp krapp.. krupp krapp.. krupp krapp..

"Oii! Ko dengar tak apa aku cakap ni Setann!!?"

Ya ya.. Dengar.. Aku duk dengar lah ni. Sambil dengar cerita ko sambil makan snek, barulah feel!"

"Ko rasa macam mana? Ko tulis eh apa ko rasa kat blog ko. Tapi jangan letak nama aku plak! " Pinta Mr AA

Penulis rasa,. sedap! Bibit-bibit masin bercampur manis keropok ikan tadi masih terembes-rembes lagi di hujung lidah penulis.

Okay, be serious (selepas dilaha-natkan Mr AA)!!

Apa yang penulis faham, masalah utama Mr AA, dia menggedik menggatal dengan Mr BB. Alih-alih dia pergi bercinta dengan housemate Mr BB sendiri. Patutlah dia rasa serba tak kena. Dan mulalah dia main sorok-sorok.

Apa soalan Mr AA tadi? Oh ya! Apa rasa penulis?

Rasa penulis, Mr AA patut teruskan sahaja hubungan dengan Mr CC. Lagipun Mr AA pun dah kenal lama Mr CC. Dah kenal hati budi dia. Kalau rasa berbaloi untuk bersama Mr CC, just go with the flow.

Tentang Mr BB.. Hurm, hello Mr AA, anda bukan malaikat. Bukan wali. Anda cuma manusia yang ada hati, ada perasaan. Hati Mr BB memang perlu dijaga. Tetapi dalam apa jua keadaan sekalipun, you have a right to be happy. Lebih-lebih lagi Mr BB memang mengaku, buat masa sekarang dia tidak mahu terikat dan mengikat. Andai anda setia menanti, belum tentu Mr BB terbuka hati. Oh ya, jangan nanti ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan pula dek kerana menunggu Mr BB, Mr CC pula disambar orang (atau disambar penulis yang buas macam helang).

Sebenarnya tidak timbul masalah Mr CC terasa hati ke tidak. Memanglah janggal bercinta dengan housemate skandal sendiri. Tetapi tegas penulis sekali lagi; Wahai Mr AA, ikut sahaja kata hati, discover what makes you happy and pursue it. Sounds selfish? Ada penulis kesahh??

Setahu penulis, Mr AA memang matang. Macho dan nampak jantan. Lagipun dah besar panjang. Kalau Mr AA rasa tidak selesa, tidak keruan dan mula rasa gatal-gatal badan main sorok-sorok di belakang tiang, apa kata Mr AA aturkan satu pertemuan ringkas dengan Mr BB. Pertemuan empat mata untuk jelaskan mana-mana yang kurang jelas. Terangkan pada Mr BB, anda sekarang bersama Mr CC. Usah disorok hubungan itu. Mr BB bukan budak-budak. Dia boleh faham. Lagipun, lama-lama, bau masam ketiak Mr AA di bilik Mr CC pasti dapat dihidu juga Mr BB yang berada di bilik sebelah.

Akhir kata, you guys out there, yang tiada kena mengena dalam kisah dua mangkuk ni, jadikan iktibar dan kejar kebahagiaan masing-masing. Jangan main tarik tali lama sangat. Nanti terlepas. Mr AA, Mr BB.. Cukup-cukuplah! Sudah-sudahlah tarik-menarik, sorok-menyorok. Haiyoo!!

Nota kaki bercagu: Action may not always bring happiness, but there is no happiness without action ~ Benjamin Disraeli (politician, author)

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails