Wednesday, November 25, 2009

Hug hug hug!!

I just want him to fucking hug me. Really. Its all I want yet he seems not care enough to hug me. I haven't been hugged by my own spouse in a few weeks! It is fucking ridiculus!

Notakakibercagu: betul ke aku eja ridiculous tuh?

Monday, November 23, 2009

KFC


Pena menyelongkar meja studynya. Laci meja ditarik rakus. Benda yang dicari bersepah dalam laci tersebut. Pena tersenyum sambil gigih mengutipnya satu persatu. Licin bersih laci meja tersebut dikerjakan Pena.

Di dalam bilik yang sama, di atas katil pula, Azmi sedang duduk bersila. Khusyuk menghitung dan menyusun hasil pencariannya.

"Pena, dapat banyak tak?" Laung Azmi

"Tah! Aku tak kirapun lagi"

Pena menghampiri Azmi. Secekak 'hasil' yang berjaya dikutipnya ditaburkan di atas katil, betul-betul di depan Azmi.

"Oi! Oi!! Janganlah sepah-sepah!! Aku tengah susun elok tu!! Hish!! Bloody hell kau Pena!"

"Tolong kira ya! Aku nak tengok dalam loker aku pulak!" Balas Pena, tersengih nakal.

Pena bergerak ke lokernya. Meraba, meramas dan menggagau dalam poket setiap seluar dan baju kemeja yang tergantung di dalam lokernya.

"Cuba tengok bawah katil ngan bawah tilam kau. Mesti ada punya. Tadi aku angkat tilam aku, siap jumpa yang kertas lagi. Bawah katil aku lagi dasyat. Dah macam lombong bijih timah" Laung Azmi sekali lagi.

Pena bergegas ke katilnya. Terbongkok-bongkok, tertonggeng-tonggeng melilau mencari di bawah katilnya. Habuk dan debu yang melekat di badannya tidak langsung mematikan semangat Pena.

Mata Pena bulat, bersinar terang sebaik sahaja ternampak sesuatu.

"Mak aih! Weh bro! Gua dapat kertas merah!!!" Jerit Pena keriangan.

Kelekukk!!

"Adoimak!! Kepala aku!" Pena menjerit kesakitan. Dek kerana terlalu gembira, dia terlupa yang dia masih berada di bawah katil.

Berderai ketawa Azmi. Berdekah-dekah. Perutnya yang sedikit boroi bergegar. Katil buruknya bergoyang. Berkeriuk bunyinya.

"Adoila!!! Woii Miey! Dah berapa banyak dah? Dah segenap tempat dah aku cari. Penat la beb. Kepala aku pun dah weng ni!! " Keluh Pena sebaik sahaja keluar dari bawah katilnya. Kepalanya diusap-usap. Wajahnya berbedak debu. Rambutnya berhias sawang.

"Campur dengan yang baru kau jumpa, dekat 30 ringgit."

Wajah Pena yang sedikit lesu bertukar rupa. Nampak girang bercahaya.

"Siyes beb? Yahoooo! Cayalah rumet!!!!" Pena melompat ke atas katil Azmi. Dia memaut tengkuk Azmi. Mencium dahi jendul Azmi secara spontan.

"Woi woi! Habis terabur duit syiling ni. Aku baru je susun, bahlol!!" Azmi menujah manja dahi Pena.

"Jom Miey! Gua dah sangap ni!!"

"Jom!"


* * *


Langit terang benderang. Kepul-kepul awan putih berarak perlahan ditolak angin yang bertiup malas. Dedaun kering kelihatan berayunan lesu di ranting milik sang akasia tua. Menunggu masa saja untuk gugur. Melewati pokok akasia tersebut, Pena berjalan beriringan dengan Azmi menuju ke kantin.

"Miey, agak-agak kau, dengan 30 ringgit ni, berapa hari kita boleh bertahan?"

"Entah! Seminggu boleh kut. Kalau kita pandai jimat, dua minggu pun boleh. Tapi kena makan nasik dengan lauk telur je lah. Eh, Pena! Aku rasa baik kita beli megi. Satu pek baru 3 ringgit lebih!"

"Miey!"

"Yup!"

"Lapar la Miey"

"Iya! Aku pun. Kat kantin nanti aku nak bedal mee rebus!"

"Tapi Miey, aku nak makan KFC!"

Nota kaki bercagu: Kenangan manis ketika penulis di kolej matrikulasi ini tidak mungkin penulis lupa sampai bila-bila! Hey, kami betul-betul keluar ke pekan dan beli 1 set dinner plate KFC untuk dikongsi berdua!! (Menggunakan duit syiling! Hak hak hak!!). Dan hari-hari seterusnya, kami ikat perut lagi membalun mee segera. Apa apa pun, Miey, gua sayang lu bro!

Sunday, November 22, 2009

Biar aku



Angin
bawa aku bertiup kepadanya
biar dirinya nyaman

dibelai bayu rinduku


Hujan
bawa aku turun bersama
biar dirinya segar

dibasahi titis asmaraku

Mentari
biar aku jadi gantimu
biar dirinya bahagia

diterangi cahaya cintaku.


Sayang,
biar aku jadi kekasihmu
biar kita bersatu

berdua selamanya..

Saturday, November 21, 2009

First date


Penulis sarungkan sehelai long sleeve V-neck t-shirt dari People's yang berwarna biru lembut. Ia agak ketat dan menonjolkan susuk badan. Pasangan bottomnya, sehelai seluar panjang baggy berwarna coklat tua (hurm, kat mana la seluar baggy tu sekarang ya? Dah lama tak nampak). Kemudian cepat-cepat penulis ke depan cermin. Hasilnya, eeiw. It is so Cibu!!

Baggy pants tersebut penulis londeh, dan tanggalkannya. I quickly grabbed a pair of brownish-grey checkered short pants berfabrik cotton from my wardrobe. Ironi, penulis sedikit teragak-agak untuk menyarungkannya. Kerana hati sedikit ragu untuk berseluar pendek. Penulis jarang berseluar pendek jika keluar dari rumah (well, aurat beb! ngee ^_^"). Jadi penulis letak kembali short pants yang dibeli di kedai bundle tersebut ke tempat asal.

I kept on changing clothes and finally ended up the quest 15 minutes later by wearing a white Giordano short sleeve tee with a pair of so-called Levi's jeans (beli kat downtown je u'ols).

Yay! Setel masalah baju. Kemudian timbul pula masalah gaya rambut. Huh!! I took almost 10 minutes to style my short hair! Spiky, mohawk, sikat tepi ala nerdy, melepek ala adik-adik manja. Semua gaya penulis cuba. And finally I decided to wear a baseball cap. Boleh?

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat pertemuan pula, fikiran penulis sarat dengan pelbagai telahan. Pelbagai andaian dan pelbagai rancangan. How do I look? Nafas aku berbau tak? Ketiak aku masam tak? How am I supposed to act? ~Keras? Manja? Keras-keras, macho tapi manja or manja-manja tapi macho dan keras?~ Bla bla bla..dan bermacam-macam lagilah!

Itulah yang berlaku kepada penulis 3 tahun lepas ketika kali pertama bertemujanji dengan Embi. Dan sebenarnya ia bukan sahaja berlaku ketika bertemujanji dengan Embi, malah dengan semua temujanji pertama penulis dengan orang lain juga.

Okay. Cukuplah mengimbas semula kenangan lalu tu. Sejujurnya entry kali ini adalah untuk memenuhi permintaan saudara Aidil yang meminta penulis berkongsi tips menghadapi first date. Hey! Penulis bukan doktor cinta! Tapi apa salahnya berkongsi ilmu kan? Jadi berikut ialah 5 perkara yang patut kita lakukan apabila ingin bertemujanji, terutamanya untuk temujanji yang pertama.

1) Take it easy

Sahabat, kunci ketenangan untuk menghadapi temujanji pertama sebenarnya ialah just take it easy! Jangan terlalu menaruh harapan tinggi pada temujanji pertama. Kerana anda akan kecewa andai hakikat tidak seperti yang diharap. When you are taking it easy, anda tidak perlu risau bagaimana anda perform di hadapan si dia. Anda juga akan menjadi lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan buruk including rejection. Dan ini sedikit sebanyak akan membantu meredakan tekanan, sekaligus membantu anda menjadi lebih relaks.

2) Enjoy the date!

Pastikan temujanji anda itu adalah sesuatu yang boleh anda nikmati dengan rasa gembira. Rancang aktiviti bersama dan pastikan kedua-dua pihak bersetuju dengan aktiviti yang dirancang. Kalau ingin menonton wayang, pastikan movie yang ingin ditonton diminati kedua-duanya. Try to choose something that is fun and exciting for both of you. At least, andai temujanji anda dan si dia 'ke laut' sekalipun, anda tetap berpuas hati dapat bergembira. Oh ya! Why not anda anggap temujanji tersebut ibarat anda keluar bercanda ria bersama sahabat baru and you are going to have a good time no matter what happens.

3) Jadi diri sendiri

Klise bukan? But it's damn true. Jadi diri sendiri bukan bermakna anda tidak perlu jaga kelakuan. Do behave, but at the same time just be yourself. Tidak perlu tipu diri sendiri menjadi orang lain. Kalau top katakan top. Kalau bottom katakan bottom. Tak perlu menipu mendakwa diri versatile semata-mata ingin mengorat orang yang anda suka. Because it might lead you to the awkwardness. And the awkwardness might reflect to your next action. Mulalah nak menipu sana-sini. Menggelabah tak tentu arah. Hati pun jadi gundah. Dan hasilnya, hubungan anda berdua tidak mungkin menjadi indah. Nasihat penulis, biarkan si dia menyukai dan menerima anda kerana diri anda seadanya. Bukan kerana anda menjadi orang lain. Lagipun, sampai bila anda ingin menipu?

4) Jaga mulut puakamu itu, Cik Gayah

Mentang-mentang penulis mentioned jadi diri sendiri, jadi masa bercakap pun tak hengatt dunia. Statement yang dihambur semua berstatus puaka. Soalan yang diutara semua bersifat celaka. Sahabat, sila jaga hati si dia. Masa anda bersama dia bukanlah masa untuk berbincang tentang perangai ex boyfriends anda atau dia yang bersepah, masalah berat badan, masalah tempat kerja, masalah kewangan dan apa-apa jua masalahlah! Sebagai contoh; walau sekuat manapun perasaan ingin tahu anda kenapa si dia masuk ke outlet Yunnam untuk membeli sebotol cecair pelik berwarna hitam, lebih baik sekiranya anda simpan soalan sensasi itu untuk temujanji yang ketiga atau keempat. Contoh kedua; hati anda membuak-buak ingin bercerita tentang ex anda yang lari menikahi jantan lain. Lupakan sahaja hasrat itu. Your date is supposed to be a potential lover, not a therapist. Jadi pilihlah isu yang sesuai bila berkata-kata. Sambil-sambil tu, selitkanlah elemen-elemen humor dan jangan lupa, be a good listener too!

5) T & T

T & T stands for Tampil & Tepat. T & T ni sebenarnya 2 perkara yang tersangatlah common. Penulis rasa semua orang cukup maklum tentang itu. Even budak sekolah yang bertemujanji pun tau tentang dua perkara ini; Penampilan diri dan ketepatan masa. Berpakaian terlalu selekeh, date boleh lari. Kalau overdressed pun date boleh lari. Pandai-pandailah memilih pakaian ya. Ketepatan masa? Sendiri mau ingat! Senang cerita, follow these 2 simple rules - Pertama, jangan buat perkara yang menyebabkan orang tak suka kita. Kedua, jangan buat perkara yang kita tak suka kalau orang lain buat pada kita.

Looking back on the things I've done during my first date, I believe that handling that kind of date can be completely stressful. Ia berlaku kepada sesiapa sahaja. Tak kira tua atau muda, straight atau songsang, lelaki atau wanita. Because it is all about the first impression. Bila dah terlalu concern tentang first impression, mulalah diri rasa tertekan. Pendek kata hati tak senang, jiwa tak tenang. Dan jantung mulalah berdegup kencang.

Hahaha. Relaxlah bro. Just think postive. If the relationship does not happen seperti yang anda inginkan, itu tidak bermakna anda tidak bagus. Don't take it personally. It may not has anything to do with you. Lagipun kumbang bukan seekor!

Wednesday, November 18, 2009

Honey-moan


"So malam pertama dah berapa round? Ni mesti segenap tempat dah cuba ni. Dapur, toilet, katil. Kalau kau nak tahu, Zee ni rakus tau Pena!!" Riz memerli, sambil menyedut minumannya.

Penulis tersengih (baca: Oh, okay! Moteepp??)

"Of course! Semua ruang kami dah teroka. Ala Riz, kau kan dah rasa dulu. Bagilah aku rasa pulak!" Balas penulis. Penulis sempat menjeling tajam Embi. Dia buat-buat blur.

Balik ke motel, muka penulis masam mencuka. Kata-kata si Riz terngiang-ngiang di telinga.

"Kenapa ni? U look unhappy. Macam lembu mati bini je saya tengok" Tegur Embi.

"Yes, I am! Tapi bukan kerana saya lembu mati bini. saya unhappy sebab batin terseksa"

Silent.

"Awak sedar tak kita langsung tak bersama? Awak peluk saya pun tak. Dan awak sedar tak kita tidur asing-asing? Katil lain-lain? Sekarang dah nak masuk hari ketiga pun. Saya tak rasa pun kita ni couple yang sedang bercuti untuk berbulan madu"

Silent.

Embi bangun dari katil.

"Jom, kita cantumkan katil ni?" Jawab Embi sepatah.

"Dah tegur baru nak buat. Derr!"

Embi duduk kembali di katilnya.

"Awak, saya tak kisah kalau kat rumah hari-hari kita memang berkepit duduk bermanja. Masalahnya kat rumah awak kata awak busy. Peninglah. Stresslah"

Silent. Silent and silent.

"Okay! Enough with your silent-turn-back-go-to-bed-and-sleep trick. I don't buy it this time! Just talk to me! Tell me why?" tegang benar suara penulis kali ini.

Silent.

Seminit berlalu.

"Sayang, ini bukan cara selesaikan masalah. Just let me know why? Awak macam tak bernafsu langsung. Saya tak kisah kalau awak tak nak jadi bottom. It's okay. Let me be the bottom.." Suara penulis sedikit mengendur. Penulis tahu, Embi pantang ditengking. Lagi ditengking lagi dia diam. Langsung senyap sepi dengan muka masam.

Embi bersandar pada dada penulis, terlentuk manja dengan muka 'seposen'. Penulis belai rambutnya perlahan-lahan.

"Saya tak tahu. Saya tak ada mood"

Saat itu, ketika itu, penulis rasa kaki penulis ringan sangat. Kalau tak kerana sayang, dah lama kaki penulis masuk ke dalam mulut Embi.

So, what was our issue? (sigh)

To me, our so called 'honeymoon' has turned out into disaster. Why? Entah! Penulis sendiri tak tahu. Maybe I'm too selfish. Maybe i was pushing him too hard. Maybe it was not him. Maybe it was me.

Tapi penulis dah cuba bagi dia peluang. Tolerate. Sudah setahun 7 bulan kami tidak intim. Penulis tak tahu berapa lama lagi penulis nak bertoleransi. I don't know. I just don't know.

Okay! I'm done. I don't feel like writing at all. Sekian.

Nota kaki bercagu: Fyi, kami memang tak bersama langsung sepanjang percutian 4 hari 3 malam tersebut. Penulis bukanlah drama queen untuk merajuk lebih-lebih, maki hamun, baling-baling pinggan mangkuk what-so-ever. Jadi peristiwa tersebut penulis lupakan saja. Penulis cuba enjoy dengan aktiviti-aktiviti yang telah kami rancang sepanjang berada di sana. Lagipun bukan selalu kita bercuti kan? Tapi jauh tertusuk di sudut hati, penulis terasa hati. Makan hati. Jauh hati. Memang sakit hati. Lebih-lebih lagi yang memerli kami itu makhluk yang bernama Riz, Ex Embi sendiri. Grrr!!

Tuesday, November 17, 2009

Tunggu


Engkau di situ,
aku di sini,

Saling menunggu
saling bermimpi,

Entah datang
entah bila,

Entah sayang
entah suka,

Diriku malang,
bahagia tak tiba..

Nota kaki bercagu: I just realized that when I am not in a good mood, I don't feel like writing at all. Atau sebetulnya, I feel like an idiot. ^_^" Ilham oh ilham! Di mana kau?

Saturday, November 14, 2009

Jawapan


"Kenapa lately pendek sangat entry?" Soal seorang rakan.

"Hik" penulis tersenyum gedik.

Kerana penulis duk fikir nak honeymoon jer.. nak menulis pun jiwa kacau. Terbayang laut. Pantai. Terbayang ombak. Pepohon nyiur. Sunset. Sunrise..katil bla bla..

Nota kaki bercagu: Hey kawan. Penulis seorang lelaki. Ya. Penulis pasti. (sambil menyeluk ke dalam seluar sekali lagi, menggagau, memegang dan meramas sejambak bunga). Kenyataannya, penulis memang seorang lelaki.

Wednesday, November 11, 2009

Drama Sebabak


Embi masih di dalam Kamar Jentayu (jamban kitorang). Menyepi. Setitik air pun tidak kedengaran. Penulis biarkan. Buat-buat tak tahu.

Lantaklah engkau Bi. It is your personal happy time. Malaslah nak mengganggu!

Di luar, di atas katil sebetulnya, penulis terbaring layu. Penulis sebenarnya sedang kusyuk menonton drama bersiri 'kau dan aku' (kualitas drama ini quite sucks, hahaha jangan marah!).

Embi!!!!!!!!!!!!!!! Penulis memekik cemas. Ia berlaku tiba-tiba sahaja.

Pintu dibuka. Berkeriuk bunyinya. Sebelum..

'Gedegang!!' daunnya terlanggar dinding.

"Kenapa?" Embi menggelabah. Matanya bulat. Keningnya terangkat.

"I lobiu biey.. hak hak hak hak!"

"Ceh!" Lobiu too!" Embi masuk ke kamar Jentayu semula. Pintu ditutup pantas.

'Gedegang!!' Hai, rosak jugak pintu tu.

10 minit kemudian, pintu terbuka. Embi menjenguk keluar.

"Cuk...." Sedih benar suara Embi.

Kening penulis berkerut seribu. Pelik melihat muka Embi yang nampak sayu.

"Biey jatuh. Huuu"

"Jatuh? Teruk ke?" Penulis bingkas bangun.

"Meh saya tengok! Macam mana boleh jatuh? Awak jatuh dalam lubang jamban ke?"

"Tak!"

"Habis tu?"

"Saya jatuh dalam lubang cinta! Lubang cinta Encuk. Hak hak hak hak!!!!!"

Cis! Penulis terkena balik.

Monday, November 9, 2009

Koyak.. lagi!


Pena terjaga dari tidur. Perutnya terasa memulas. Dia sempat melirik jam yang dipakainya di pergelangan tangan. Pukul 1 pagi. Dalam mamai, dia bangkit dari katil, terkial-kial menyarungkan selipar jambannya dan melangkah longlai menuju ke Head.

Sebaik saja selesai melepaskan hajat, Pena ke sinki untuk mencuci tangan. Dia sempat melihat imejnya di cermin. Ditenungnya imej tersebut lama-lama. Mengamati dan menganalisa muka sendiri.

Muka Pena agak pelik. Tidak nampak Melayu sangat. Mungkin tempias darah Siam keluarga sebelah Mak. Tapi kulit Pena tidak secerah orang Siam. Kulitnya sawo matang. Dan sekarang kulitnya nampak rentung kemerahan. Mungkin hasil berjemur di bawah panas terik matahari siang tadi.

Mata Pena pula hitam pekat tetapi sedikit sepet. Pipinya cengkung dan hidungnya agak mancung. Bibirnya nipis. Giginya cantik. Elok saja tersusun sebaris tanpa berlapis. Badannya? Pena pusing belakang. Kemudian pusing balik ke depan.

Badannya sedap-sedap. Tidak kembang, tidak kempis.

“Mantap jugak badan aku ni. Hehehe”

“Oi, buat apa?” Sapa suatu suara.

“Er..”

“Tak tidur lagi ke?”

Pena lihat ke dalam cermin. Jalal, roommate kesayangannya yang mendajalkan dia petang tadi kelihatan berdiri di belakangnya.

Jalal ke sinki sebelah. Mencuci tangan dan mukanya.

“Pasal petang tadi, aku minta maaf Pena. Aku niat nak gurau je. Tak sangka midshipmen tu serius”

Pena diam. Dia malas hendak melayan Jalal. Dia terus mengatur langkah keluar dari Head. Jalal pula gigih mengejarnya. Mereka berjalan beriringan ke menuju ke bilik.

Tiba sahaja di bilik, Pena terus mendarat di atas katilnya.

“Pena”

Hish dia ni!

“Apa?”

Sorry tau! Kau okay tak?” Jalal sudah pun bertenggek di atas katil Pena, betul-betul di sisinya.

Well, aku hidup lagi ni. Siap tengah mengangkang depan kau”

Jalal tergelak. Bergegar badannya. Katil Pena berkeriuk. Berbunyi agak bising.

“Shhhh!!! Diam la bengong!! Sekarang patut dah pipe down!” Marah Pena.

“Aku suka tengok kau marah. Kau marah, tapi kata-kata kau lawak!”

Giliran Pena pula tersenyum. Tersengih nampak gigi.

Dia tenung wajah Jalal lama-lama. Jalal lebih cerah dari Pena. Agak kacak orangnya. Wajahnya sering mengingatkan Pena pada pasangan pemain bola sepak, si kembar Zaquan dan Zafuan. Wajah Jalal dan mereka saling tak tumpah.

Agaknya Jalal kembar ketiga yang telah lama terpisah kut?

“Aku memang tak reti marah. Lembut hati” Balas Pena.

“Hee..Mungkin jugak. Weh, boleh aku tanya kau satu soalan tak?”

“Nak tanya apa? Aku gay ke tak? Derr!! Cliche’!” Pena mencebik.

Jalal diam. Bermain dengan jari-jemari sendiri. Satu persatu dipatah-patah. Meletup-letup bunyinya.

“Aku tak kisah kau macam mana, Pena. Aku tetap terima kau sebagai kawan. Tapi jauh di sudut hati, aku teringin nak tahu kau macam mana sebenarnya” Kata Jalal.

Honestly, aku pun tak tau”

“Maksud kau?”

“Entahla. Aku pun tak faham lagi dengan diri sendiri. Aku rasa aku bernafsu tengok lelaki. Aku boleh stim kalau tengok badan lelaki. So, aku gay la kut? Dah! Puas hati ko?”

Jalal diam. Tersenyum lawa.

Pena mencair.

“Tapi kau janganlah takut. Aku tak akan rogol kau. Aku pun tak faham kenapa orang takut sangat dengan gay. Being a gay man does not mean that I am going to practice a gay life. Macamlah aku ni pervert and desperate sangat sampai nak kacau atau rogol lelaki!” Sambung Pena. Mulutnya muncung.

“Aku suka sikap lurus dan terus-terang kau. Nampak gentleman beb!”

Gentle-gentle jugak. Kau pehal pulak nak berkampung kat katil aku ni? Dah, dah! Aku mengantuk! Esok pagi kena muster pukul 5 beb! Kau pergi tidur sekarang! Aku gentel kang baru ta..”

Pena tidak sempat menghabiskan ayatnya. Kerana tidak semena-mena, Jalal dengan selamba mengucup bibir Pena.

Segala-galanya berlaku dengan pantas, langsung tidak diduga Pena. Dia tidak sempat mengelak. Matanya terbeliak, sebelum terpejam rapat. Pena akhirnya membiarkan saja bibir Jalal bertaut dengan bibirnya.

Seminit. Dua minit. Hampir tiga minit berlalu.

Mereka berhenti berkucupan. Jalal pandang Pena. Pena pandang Jalal. Mereka bertentangan mata.

“Pena, aku suka kau”

“Jalal..”

“Betul aku suka kau Pena! Aku tak tipu!”

“Jalal, aku..”

“Hari pertama aku tengok kau, aku dah suka” Sambung Jalal lagi.

“Jalal!” Pena telan air liur. Lagaknya seperti tercekik sesuatu.

“Ya. Napa Pena?”

“Aku dah stim!”

Nota kaki bercagu: Sedutan dari cerita pendek penulis; Koyak

Sunday, November 8, 2009

Koyak

“Kadet..”

“Tuan!” Lemah benar bunyinya. Masing-masing keletihan.

“Kadetttt..” Kali ini perkataan kadet ditarik panjang.

“Tuan!!!!!” Bunyinya lebih kuat. Lantang dan bersemangat.

Mereka tahu, mereka pasti akan dihell sekali lagi jika Tuan Arif naik angin. Jadi lebih baik mereka menyahut dengan memekik sekuat hati.

"Aku bagi korang masa 15 minit. 1800H dah siap muster kat depan ni. Lengkap berpakaian PO. Faham tu kadet!!?"

"Tuan!!"

‘Dari padang kawad ke asrama, dah ambil masa lebih dari 5 minit. Dalam masa 15 minit dah kena berbaris balik? Celaka punya Subby! Arahan yang cukup mengarut! Kau ingat kitorang ni boleh terbang ke?’ Getus Pena dalam hati.

Pena tahu, memang mustahil untuk dia dan rakan-rakannya berbaris semula tepat jam 6.

"Ada soalan? Ada apa-apa bantahan?"

Diam. Sepi.

Pena kerling kanan. Razif di sebelah diam tidak bergerak-gerak. Pena kerling kiri. Zamil di sebelah juga diam, tegak terpacak.

“Kadet!! Aku tanya ni!”

"Tak ada Tuan!!!" Semua kadet menjawab serentak.

"Dah! Dah! Aku tak nak tengok muka korang lagi! Squad leader! Suruh anak buah korang berambus!"

"Squad, attention!! Squad, dismiss!!"

Sebaik saja bersurai dari baris, semua pegawai kadet lari berterabur. Berasak-asak melalui jalan yang sempit. Ada pegawai kadet lelaki yang berani meredah belukar. Ada juga yang sampai memanjat pagar. Pegawai kadet wanita juga tidak terkecuali. Turut sama-sama bergasak sesama sendiri merebut laluan menuju ke asrama. Mereka semua ingin cepat sampai, cepat-cepat mandi, cepat-cepat bersiap dan cepat-cepat berbaris kembali.

Nota kaki bercagu: Berikut ialah page 1 yang penulis koyakkan untuk anda.. Nak penulis koyakkan page 2 tak? Tak payahlah ya.. Tak siap edit lagi..^.^

Saturday, November 7, 2009

Sumber Ilmu?

Bila kita minatkan sesuatu, kita akan usahakannya bersungguh-sungguh.

Erm. Penulis setuju. Sejak semalam, penulis mengarang, mengarang dan terus mengarang. Pantang ada masa terluang di tempat kerja. Di rumah, penulis sambung lagi dari 11 malam sehingga ke 5 pagi.

Sekarang penulis berjaya siapkan satu cerpen. Dan satu lagi dalam pembikinan. Yay!

Seronoknya tidak terkira. Kerana ini cerpen pertama. Tidak terlintas langsung sebelum ini untuk penulis berkarya.

Setahun yang lepas, penulis fikir, cukuplah sekadar membebel, berkongsi emosi di blog semata-mata. Kini penulis memasang impian untuk maju dalam bidang penulisan. Habis seantero dunia cyber penulis jelajah. Mencari sumber, menimba ilmu.

Hampa. Untuk Bahasa Melayu, ia agak terbatas. Tidak banyak laman web atau blog yang membincangkan Malay literature. Hanya segelintir blog, itupun secara ringkas.

Kat mana nak cari sumber ni? Heee!!!!

Library? Perhaps.

Thursday, November 5, 2009

Psiko


Hari Keempat:
Tangki simpanan penulis penuh. Terasa kembung bagai hendak pecah. Penulis mula tak senang duduk. Sekejap mengiring ke kiri. Sekejap ke kanan. Sekejap bersilang kaki. Sekejap melunjur ke depan.

"Adoiyay!!!" Penulis mengeluh.

"You..! Pergi je lah!" Jerit Sil, rakan sekerja.

"Okay! Okay! I pergi sekarang!" Balas penulis, meninggalkan kaunter. Melangkah malas. Berat benar hati penulis nak pergi ke tandas.

Penulis bukanlah jenis yang malas ke tandas. Cuma beberapa hari lepas, penulis berdepan dengan peristiwa yang membuat penulis kurang gemar ke tandas.


Hari Pertama:

Selesai saja lunch, penulis ke tandas seperti biasa. Membuang perkara-perkara yang patut dibuang. Memandangkan my outlet tidak mempunyai tandas, jadi kami biasanya akan ke tandas awam yang terletak tidak jauh dari outlet.

Penulis perasan sepasang mata memandang penulis dengan penuh minat sebaik sahaja penulis melangkah masuk ke tandas. Seorang lelaki Cina berusia dalam lingkungan 30-an. Dia bersandar di dinding seperti sedang menunggu seseorang. I just ignored him. Penulis faham, orang kacak memang selalu orang curi-curi pandang. Hakkkk!

Selesai melepaskan hajat, penulis keluar ke sinki untuk mencuci tangan. That Chinese guy masih di situ. Stood still. Merenung penulis. Tersenyum mesra.

Orang berbudi kita berbahasa. Memandangkan penulis ni sopan orangnya, I just smiled back at him.

"Hi!"

"Hi"

"Kerja sini ka?"

"Ya"

"Tu.."

"What?" Penulis mula rasa pelik.

"Tu.. lupa nak zip" Mulutnya muncung menunjuk ke arah kawasan larangan penulis.

"Oh! Oh! Thank you! Thank you bro!"

"Biar saya tolong" Dia mendekatkan diri, menghulur tangan. Hell no!!

"Takpe! Takpe! I boleh buat sendiri" Penulis berundur setapak. Menggelabah. Serba salah.

Sambil menarik zip, penulis melangkah laju keluar dari tandas kembali ke outlet. Gila betul!

Dah habis cerita? Belum.


Hari Kedua:

Selepas lunch, sekali lagi penulis ke tandas (sebenarnya memang habit penulis akan ke tandas setiap kali selesai lunch).

Selalunya penulis masuk ke dalam jamban. Unfortunately my favorite jamban was occupied. Penulis teruskan hajat dengan kencing berdiri saja di mangkuk urinal. At that time, there was someone standing right next to me, juga sedang kencing. Ada aku kesah??

A few secs later, I noticed that he was actually peeping at me. Penulis pandang sekilas. Damn! Chinese guy yang semalam tu!

Dia tersenyum lawa (baca: perasan lawa). Apa masalah mamat ni?

"Kamu punya besar"

What the Fuck! Darah penulis naik ke muka.

"Ko pesal? Nak kene hempuk dengan mangkuk tandas ke?" Lancar saja statement tersebut keluar dari penulis.

Muka mamat tersebut berubah. Mungkin tersentap. Penulis ke sinki. Cuci tangan dan berlalu pergi dengan wajah kelat.


Hari Ketiga:

Dari jauh, penulis sudah ternampak kelibat that peeping tom tu. Dia memang tahu penulis kerja di mana (Damn! I hate my uniform!). And he seems very familiar with my habit yang akan ke tandas selepas lunch break. Psikonya!!!

Penulis tak fikir panjang. Penulis terus melencong ke tandas aras dua. Biarlah jauh. Janji boleh kencing dan berak tanpa was-was.


Kembali ke Hari Keempat:
Langkah malas penulis terhenti. The peeping tom kini berada di tandas aras dua pula.. Gigihnya dia ni!

Nota kaki bercagu: Mamat psiko tu sebenarnya staff di sebuah outlet di situ. If not mistakenlah. Selagi penulis kerja di situ, selagi dia kerja di situ, selagi itu dia mengpsikokan penulis dengan renungan manjanya. Nak sound direct kang, takut disangka perasan pula. Grrr!! Tension!!

Monday, November 2, 2009

Rompak

Penulis tenung handphone lama-lama. Jauh di sudut hati, penulis teringin benar nak dengar suara mak yang serak-serak basah ala-ala Jamie Lee Curtis tu. Tapi pada masa yang sama, penulis risau. Penulis tak mahu mak susah hati. Perasaan penulis mula berbelah bagi.

“Assalamualaikum mak. Mak ngan ayah sihat?”

“Waalaikumussalam. Anak bongsu mak ke ni? Alhamdulillah. Mak sihat. Cuma kadang-kadang pening. Biasalah orang dah expired ni. Awok baru balik kerja ke ni? Kenapa suara lemah je ni? Tak sihat ke?”

Hati penulis berbunga indah. Suara mak kedengaran sayup, tapi sudah cukup mendamaikan jiwa yang serba gundah.

“Tak mak. Orang sihat je. Hari ni tak keje pun. Cuti. Mak masak apa hari ni?”

“Mak masak ayam masak merah dengan gulai ikan tongkol. Entah sedap entah tidak. Tapi ayohmu tambah sampai sampai dua pinggan. Sedap la kut. Hahaha..” Mak tertawa riang.

“Kucing Kak Long tu beranak lagi. Empat ekor anak dia. Comel-comel. Mak geram tengok yang sekor ni. Warna dia putih tompok-tompok hitam. Comell sangatt! Eh, awok balik tak raya aji nanti? Abang Wey awok telefon mak semalam, dah confirm dengan mak, ,dia tak dapat balik. Cuti pendek sangat katanya”

Panjang lebar cerita mak. Berubah-ubah. Melompat-lompat dari satu topik ke satu topik. Mak memang begitu. Dia cukup gembira setiap kali penulis menghubunginya. Dan masa tulah dia akan update segala cerita dan gosip-gosip terbaru yang berlaku di kampung sepanjang ketiadaan penulis.

“Orang tak balik kut mak. Budget dah lari. Bulan ni sesak sikit. Tapi tengok dululah macam mana. Cuti pun tak confirm lagi dapat ke tak!”

Mak diam sejenak. Penulis tahu bukan itu jawapan yang diharapkannya.

“Takpelah kalau tak boleh balik. Nanti mak kirim serunding kat awok ya”

Penulis tersengih kerang busuk. Mak memang tak pernah lupa makanan kegemaran penulis.

“Awok nak tahu, Kak Mas kene ragut semalam!”

“Ye ke? Kak Mas? Sape tu mak?”

“Sepupu awok la. Sampai terbalik moto dia kene tolak. Kesian. Berdarah-darah siku ngan betis dia kene timpa moto. Tu ada terbaring kat rumah tu. MC dua hari. Jahat betul budak-budak loni kan!?”

Penulis diam. Terbayangkan sesuatu.

“Mak risaukan abang awok, si Duwey ni. Dia ni jenis suka cari gaduh. Kawasan dia tinggal tu dahlah kawasan orang India. Mak risau dia kene pukul ke, kena rompak ke. Macam-macam boleh jadi kalau tinggal kat kawasan bukan orang kita ni”

Penulis masih diam. Should I tell her or just keep it secret?

“Minggu lepas, rumah Tuk Aji Awang kat kampong sebelah kena pecah. Tuk Aji tu kene tikam kat perut. Mujur tak mati orang tua tu. Orang cakap yang buat kerja tu cucu dia sendiri. Ya Allah. Gila benar manusia zaman sekarang. Tak ada agama ke?”

Silent.

“Hello! Anok bongsu! Dengar tak? Ish, dah putus ke? Hello! Hello!”

Penulis tersenyum geli hati.

“Ya mak. Orang dengar lah ni!”

Penulis dapat dengar mak menghela nafas, panjang dan berat.

“Macam ada masalah saja? Tak nak cerita ngan mak ke?”

Sekali lagi perasaan penulis jadi tak menentu. Serba keliru. Berbelah-belah serba salah.

“Orang cerita, tapi mak kena janji. First, tak boleh menjerit. Second, don’t get panic! Boleh?”

Last Friday, penulis pulang lewat ke rumah. Well, after work, penulis melencong ke Berjaya Times Square bersama seorang teman sekerja. Menonton midnite movie, Pandorum.

Kami keluar dari panggung sekitar jam satu pagi and my partner asked me to drop him at Jalan P.Ramlee. Then, I was stuck in the terrible traffic jam and only managed to reach my place about an hour later.

Penat, lesu, mengantuk dan tiba-tiba bengang. Itu yang penulis rasa sebaik sahaja penulis memandu masuk Zax ke kawasan rumah. Kerana sebuah kereta Iswara menghalang laluan utama menuju ke rumah penulis. Penulis turunkan cermin dan cuba intai kalau-kalau tuan punya kereta ada di dalam. WTF!! Nobody inside the car! The owner boleh simply parked his damn car at the main entrance!

Perlahan-lahan, penulis gigih cuba juga memandu masuk ke ruang yang sempit. Luckily, penulis berjaya masuk. Unluckily, Zax’s side mirror did kiss the car’s front door. Siot!! Calar!!

Pedulikan! It served him/her right for what he/she has done. Bodoh punya manusia! Siapa suruh park dekat laluan orang. Penulis terus memandu pergi dengan senang hati.

Yang penulis mahu sekarang, cepat-cepat park Zax, balik rumah, mandi dan landing di atas katil yang empuk. Yay!

Sayangnya, yang penulis tidak mahu, berlaku beberapa minit kemudian. Two Indian guys suddenly meluru datang towards me. Stopped my car and one of them quickly open the door dan melayangkan kakinya tepat ke badan penulis. Leher penulis dicekik kuat. He pulled me out of the car and locked me up with his strong arms, manakala seorang lagi mula memukul penulis bertubi-tubi. Sepak terajang, lempang, tumbuk dan segala-galanya yang ngeri hinggap di badan penulis. Handphone, wallet dan kunci kereta penulis dirampas.

Penulis blur! Why?

“Ko calarkan kereta aku. Ko boleh blah selamba ya! Ko ingat tu kereta bapak ko punya? Ko nak bayar ganti rugi ke ko nak pergi balai?”

“Okay! Okay! Just let me go first! I’ll pay you!”

“Aku nak 500!”

“Banyaknya! Calar sikit je you minta sampai 500? Lainlah kemik ke! Why not you hantar bengkel dulu, baru kita bincang pasal bayaran?”

Debik! Lagi sekali penulis kene tumbuk di perut. Senaknya tuhan saja yang tahu.

“Takde! Takde! Aku nak 500!” Balas si Samseng.

“I takde banyak tu. Okay, kita settle kat balai. Kita tengok siapa salah. You pun salah juga. Simply parked dekat entrance. Mana ada orang parking situ!” balas penulis pula.

Ping!! Berdesing telinga penulis. Kepala rasa berpinar dilempang. Bibir penulis mula berdarah.

“Kurang ajar kau! Kita pergi balai. Ikut kitorang. Naik kereta aku!”

“Tak. I naik kereta sendiri!”

“Tak boleh! Tak boleh! Aku nak ko naik ngan kitorang. Tinggal kereta ko kat sini!” Balas si Samseng lagi.

Penulis mula rasa lain macam. Ada sesuatu yang tak kena. Something smells very fishy in here.

“Gimme my phone. I boleh naik dengan you. But I still need to inform my family!

Gedebik!! Lagi sekali kepala penulis dipukul. Biol seketika.

“Diam!! @#$%^&*!!” Entah apa yang dibualkan sesama mereka.

Permintaan penulis tidak dilayan. Penulis ditarik pergi jauh dari Zax. Oh tuhan, kenapa tiada sebuah pun kereta lalu ketika itu. Penulis mula terbayang yang bukan-bukan. Penulis terbayang mereka bawa penulis ke kawasan belukar, pukul penulis sampai lembik instead of pergi balai polis.

“Can we make a deal? I’ll pay! But I need to go to ATM! And with my car!”

Mereka berhenti, berbincang sesama sendiri

“@#$%^&*%$$%^#@$!!”

Setengah jam kemudian penulis ditinggalkan bersama Zax beberapa puluh meter dari tempat asal kejadian. Si samseng turun, dan hilang dalam kegelapan malam bersama RM500 cash. Di saat itu, ketika itu, penulis blur sangat-sangat. Bagai tidak percaya penulis telah dibelasah dan dirompak begitu saja.

Mak mula menangis sebaik sahaja mendengar cerita penulis. Suaranya semakin serak dek rasa sebak. Dan tersekat-sekat.

“Keling tu binatang ke orang? Sampai macam tu sekali diorang buat kat anak aku!”

Penulis membisu kelu.

“Jahatnya keling tu.. Pukul anak aku... Teruk ke nak? Dah pergi hospital? Dah buat report polis? Mak suruh abang ko datang sana ya nak!”

Penulis terus diam. Mengawal emosi sendiri. Rasa kesal menyelubungi. Membuat hati seorang ibu susah, sehingga menangis tak henti-henti.

“Dah mak…. Orang dah buat apa yang patut. Mak janganlah risau. Orang.. okay. Tak payahla suruh siapa-siapa datang sini”

“Kalau ada apa-apa bagitau mak sayang. Jangan diam sorang-sorang. Ya Allah, selamatkan anak aku”

Penulis terkedu. Merenung sesuatu. Walaupun dilanyak, wang pula dikebas penyangak, penulis bersyukur kepada-Nya kerana masih diberi peluang mendengar suara mak.

“Mak minta maaf. Mak jauh. Mak tak boleh tengok anak mak sendiri. Mak minta maaf tak dapat nak jaga kamu. Mak minta maaf nak. Mak minta maaf. Ya Allah..” Suara mak tersekat-sekat.

Dada penulis sesak. Lemas dilanda sebak. Mata mula berkaca. Beberapa detik kemudian, takungan airnya tumpah juga mengalir di pipi.

Nota kaki bercagu: Trauma. Dan mula fobia pada lelaki India. Lock you car doors, readers.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails