Tuesday, December 28, 2010

Pix

Ada email daripada pembaca minta penulis uploadkan gambar mengiringi setiap entri yang dibuat.

Katanya, blog penulis tampak kurang menarik kerana tiada gambar hiasan.

Nasib baik banner di atas sekali tu jadi penyelamat.

Justeru katanya lagi, pelayar internet, khususnya yang mata keranjang tidak mahu singgah di PP kerana tidak ada gambar-gambar panas yang pernah penulis jadikan penghias, macam dulu-dulu.

Alahai..

***Kontiniu makan keropok lekor sambil usap janggut

Tuesday, December 21, 2010

Luk

Dengan hanya satu perkataan, dua suku kata yang tersusun daripada 5 huruf, rasa 'Cinta' mempunyai seribu satu cerita.

Kadang-kadang, kita mencarinya bagai nak gila. Langsung tidak sedar ia cuma di depan mata.

Kadang-kadang, kita mengejar orang yang kita suka. Malangnya orang yang dikejar tidak pula memberi bahagia.

Kadang-kadang, kita tidak pula berusaha. Sekadar menyalahkan takdir apabila tidak bertemunya.

Penulis sekadar menyebut tiga. Yang lain, anda tentukan skripnya.

Bulan ini bulan penulis hanyut dalam lautan asmara gara-gara dua teruna elok rupa.

Teruna yang pertama, biar saja dinamakan L.

L sebenarnya penulis kenal sudah lama. Sejak di bangku dewan kuliah. Entah kenapa, dia tidak pernah nampak penulis dan penulis hanya nampak dia tanpa rasa apa-apa.

Dua tahun berlalu, dia nampak penulis di Facebook dan penulis mengambil masa lima saat sahaja untuk meluluskan permintaannya menjadi rakan.

"I have this strange feeling when I'm looking at you. Have we met before?" katanya.

"Nope," jawab penulis sepatah, membiarkan tanda soal bertenggek di dahinya (dan tersenyum teringatkan imej dulu yang serba nerd, padanlah kau tak nampak aku).

L oh L.

L yang elok. L yang lawa. L yang ganteng. Orangnya bergaya, punya personaliti dan sangat daring.

Tak sampai lima minit tiba di rumahnya, penulis sudah dipeluk cium bagai nak gila.

Pemuda ini, penulis boleh simpulkan sebagai seorang yang bijak, kritis, berwawasan dan bercita-cita tinggi.

"Why you people do this? I prefer it to be like this so why don't you try that? I hate this. I love that, bla bla bla"

Malangnya, it's all about him.

"I bagi you buat apa sahaja pada body I malam ni. People would die for it, but you are the lucky one,"

Seorang yang cocky.

"I kategori yang hawt, petik jari ramai yang datang. And I know you are falling for me too,"

Dan over confident.

Dua kali bertemunya buat penulis berfikir untuk berkata tidak bagi kali yang ketiga.

Teruna yang kedua, biar sahaja kita gelar E.

"Eh u men volley ball kan? sapa nama eh? tatau pun.. tak penah borak so tak penah tau nama.. haha," tegurnya, juga di Facebook.

E sebenarnya penulis kenal baru beberapa bulan ketika di gelanggang bola tampar. Entah kenapa, dia tidak pernah menegur penulis dan penulis hanya nampak dia, juga tanpa rasa apa-apa.

Di Facebook, apabila dia menyapa, penulis dengan selamba menyambut.

E yang elok. E yang kiut. E yang comel. Wajah persis pelakon Filipina berdarah campur.

Dari sapa, bersambut kata. Dari kata, jadi bersahut. Lama-lama terbit suka.

Rasa suka penulis padanya terencat apabila suatu malam, penulis nampak dia bermesra dengan seorang sahabat rapat penulis, A.

"Kau ada hati pada E? Kau tak tahu ke E tu dengan A?" tegur pula seorang teman yang prihatin, menambah rasa sangsi.

Sejarah mereka berdua penulis belek-belek. Mereka berdua memang ada hubungan.

Mata penulis berpinar. Jantung penulis berdebar, siapa sangka E kaki putar?

Dan penulis hanya mampu mengeluh.

It feels good if there is a good looking fella looking at me.

However when I look back, this good looking fella got me looking for an answer.

Even though he is good looking, is he good enough to look after me?


Tepuk dada tanya selera.

Sunday, December 12, 2010

Ais Krim

"Awak nak ais krim" rengek seorang teman, A.

"Nak yang mana? Roti atau yang kon? Saya belanja" balas teman seorang lagi, yang merupakan pasangan si A, B namanya.

Air mata penulis bergenang. Pelik bukan?

Penulis boleh tersentuh hati mendengar perbualan dua orang teman mengenai ais krim.

Bagi sesetengah orang, perbualan itu mungkin biasa. Terlalu biasa sehingga tidak ada apa-apa yang luar biasa.

Bagi segelintir yang luar biasa, atau mungkin boleh kita anggap sebagai gatal, mereka mungkin berfikiran luar biasa dan menganggap perbualan itu luar biasa.

Dalam cerita ini, penulis harap para pembaca bersihkan minda masing-masing kerana tidak ada apa-apa yang luar biasa. Hanya ais krim semata-mata.

"Aku nak jugak. Belanjalah aku.." sampuk penulis, cuba-cuba untuk bermanja juga.

Respons yang menulis dapat adalah negatif. Harga ais krim itu hanya seringgit. Malangnya entah kenapa tidak si A, mahupun si B menyahut dan mahu melayan permintaan penulis.

Mungkin mereka menganggap penulis sekadar mengada-ngada. Mungkin mereka menganggap penulis sekadar merengek suka-suka.

Atau mungkin mereka menganggap penulis bukan siapa-siapa.

Air mata penulis bergenang lagi. Kali ini tumpah sedikit.

Penulis keluarkan dompet. Menarik keluar not seringgit dan cepat-cepat mendekati si penjaja ais krim.

"Abang, bagi saya satu ya. Sama macam kawan saya yang dua orang tu,"

Ais krim yang penulis beli itu, konnya tirus di hujung, dan punya tiga corong. Dengan seringgit itu, penulis dapat tiga scoop ais krim berperisa vanilla dan kelapa yang dilitupi dengan sedikit cairan karamel.

Tidak ada yang luar biasa. Fizikalnya sama sahaja dengan ais krim yang dibeli si teman tadi, tetapi penulis tetap memandang A dan B dengan rasa cemburu. Dan sayu.

Ya, bentuk dan rasanya sama sahaja. Vanilla dan kelapa bersama sedikit cairan karamel yang manis. Dan sejuk beruap.

Tetapi nilainya bagi penulis, beratus-ratus kali tidak sama.

Jika penulis di tempat A, penulis akan tersenyum bangga dan gembira bukan kepalang kerana mempunyai seseorang yang cukup menyayanginya iaitu B.

Jika penulis di tempat B pula, penulis juga akan tersenyum puas dan gembira bukan kepalang kerana mampu berbakti kepada seseorang yang cukup disayanginya iaitu A.

Sejujurnya, penulis berasa sayu kerana penulis pernah berada di tempat A dan B.

Ketika itu, penulis rasa sangat gembira dan bahagia kerana mempunyai seseorang yang sudi mencurahkan kasih sayangnya terhadap penulis.

Lebih bahagia, penulis juga berpeluang mencurahkan kasih sayang terhadapnya. Kami berdua saling sayang menyayangi.

Malangnya itu cerita dulu. Cerita yang tamat kira-kira tiga bulan yang lalu.

Penulis dan Embi, kami bukan lagi pasangan kekasih.

Itulah kenyataannya. Buat masa ini, sehingga cerita ini ditulis, penulis bukan siapa-siapa di hati siapa-siapa.

Penulis hanyalah seorang pemuda yang hidup sendiri-sendiri.

Tidak disayangi mahupun dicintai.

Membelikan ais krim yang berharga seringgit pun tidak ada yang sudi.

Thursday, December 2, 2010

Broken heart,
again..
Another lesson learned,
Better know your friends,
Or you will get burned
..


Wednesday, November 17, 2010

Selamat Tinggal

Rakan-rakan, Selamat Hari Raya Aidiladha.

Untuk pengetahuan anda, penulis akan bertukar ke cawangan Sarawak berkuat kuasa 1 Januari 2011 ini.

Selamat tinggal KL.

Thursday, October 14, 2010

Hikayat M & M (2)

Mail resah. Matanya terkebil-kebil tidak mahu tidur. Diliriknya jam bulat jenama Ikea yang tergantung di dinding.

Lima minit lagi ke pukul tiga pagi. Dia singkap gebar tebal, turunkan hingga ke buku lali. Dia capai bantal peluk yang panjang lebih kurang dua hasta lantas dikepitnya di celah paha.

Lima minit berlalu..

"Kenapa datang tak bagitau dulu?"

Senyap.

"Lain kali bagitau kalau nak datang. Buatnya abang sibuk? Sekarang pun abang sibuk. Tahu?" Sergah Mail, kasar.

Midah tunduk diam. Jari-jemarinya mengutis-ngutis hujung sarung bantal.

"Midah datang tak bagitau macam ni, abang nak jawab apa dengan kawan-kawan? Midah kena faham. Abang bukan boleh main angkut Midah masuk bilik macam tu je. Ini asrama orang lelaki."

"Midah rindukan abang. Rindu sangat-sangat."

Mail masam mencuka.

"Midah rasa macam nak duduk sini je, biar boleh tengok abang hari-hari. Kalau Abang Mail tak suka Midah.." Ayat Midah tergantung, terhenti di situ. Dia sebak.

"Midah cuma nak habiskan masa dengan suami..," ayat Midah tergantung lagi kerana kali ini tangannya sudah digenggam erat oleh Mail.

Mail tenung wajah Midah. Hatinya tersentuh. Dia memang cepat kalah dengan suara halus Midah. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah mulus Midah yang kemerahan setiap kali dipuji atau dimarahi.

Mail tahu bukan mudah perjalanan Midah ke kampusnya itu. Dari rumah Midah, wanita itu perlu menaiki LRT dan turun di KL Sentral. Dari sana, Midah perlu naik komuter pula. Kalau nasibnya kurang baik, Midah terpaksa berdiri, dan berhimpit-himpit dengan bermacam jenis orang sebelum berjaya sampai di Serdang.

Dari Serdang, Midah perlu naik bas Metro pula. Kemudian berjalan kaki pula untuk masuk ke kawasan asrama pelajar.

Pendek kata, untuk datang ke situ dan tercegat ayu di hadapan pintu masuk kolej Mail ibarat satu jihad di medan perang buat wanita naif itu.

Mail faham Midah bersusah payah semata-mata hendak jumpa dia. Kesediaan Midah menempuh seribu satu macam kesusahan untuk bersamanya itu membuat Mail terharu.

Sebab itulah Mail sayang Midah sungguh-sungguh. Sepenuh hati.

"Midah bawakan kari kambing untuk abang. Midah masak sendiri tau! Kalau abang nak, Midah boleh panaskan sekarang?" Midah bersuara memecah kesunyian.

Maka bertambah-tambahlah sayang Mail pada Midah.

"Oh ya. Baju kotor abang tu Midah dah cuci semua. Ada dalam beg ni. Jangan lupa keluarkan dari beg, berkedut nanti," sambung Midah.

"Abang penat sayang. Abang nak tidur dulu," ujar Mail sambil mengubah posisi membelakangi Midah.

'Midah tu terbaiklah Mail. Dahla gaji besar, pandai masak, rajin pulak tu! Siapa yang tolak cinta Midah memang bahlol!' Kata-kata kawan baiknya, Mahmud terngiang-ngiang di telinga Mail.

'Aku sokong! Orangnya pun boleh tahan. Punggungnya, pergh' Tokok si Mazlan, kawan baiknya yang seorang lagi pula.

Terbayang punggung Midah, nafsu Mail terus datang tiba-tiba. Nafasnya memberat. Dadanya berombak, anunya bergerak-gerak. Mail rasa bagai hendak terkam Midah dan nyonyot tetek wanita berpunggung lebar itu.

Dia cepat-cepat menghunus keris Taming Sarinya keluar dari boxer Renoma tiruan.

"I love you, Midah!" bisik Mail perlahan, antara dengar dengan tidak. Dia berkira-kira hendak bangun daripada perbaringan sambil tangannya meraba-raba, menjalar ke bantal sebelah tetapi~

Kosong..

Kembara lamunan Mail tamat di situ dan dia mula sedar, itu cerita dahulu. Kisah empat tahun lalu.

Sekarang, bantal sebelahnya kosong tidak berpenghuni. Mail mengeluh dan menyarung kembali keris Taming Sari ke dalam boxer Renoma tiruan itu.

Baru Mail teringat, sejak petang tadi, Midah belum balik dari parti tupperwarenya.

bersambung...

Tuesday, September 28, 2010

Hikayat M & M


Bukan sekali. Bukan dua kali. Tiga kali pun bukan. Empat lima kali pun tidak termasuk carta. Yang Mail tahu, sudah berkali-kali. Bilangannya sudah tidak larat hendak Mail kira kerana terlalu kerap dia ditolak Midah.

Ini bukan nikmat berumahtangga. Ini bala! Getus Mail.

Dia bukan minta yang bukan-bukan. Bukan minta harta. Jauh sekali wang belanja. Dia hanya minta haknya. Hak untuk bersama Midah.

Apa guna berkahwin, tinggal sebumbung berkongsi katil, tetapi tidak bersama.

Setiap kali Mail menggoda. Midah menepis manja.

"Sabarlah Bang Mail. Midah tak sedia."

Entah bila agaknya Midah hendak bersedia kerana kalau dihitung-hitung, sudah masuk dua tahun rasanya mereka tidak bersama langsung.

Empat tahun lalu, Mail dan Midah berkahwin atas dasar suka sama suka. Tidak ada siapa-siapa pun yang paksa mereka kahwin. Mail cinta dan kasih Midah. Midah cinta, kasih, dan tak boleh hidup tanpa Mail.

Mereka berkenalan dalam laman sembang di Internet. Ketika itu, Mail masih belajar. Umur baru 20 tahun. Midah pula bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat terkemuka. Usianya sudah cecah 30.

Sepuluh tahun jarak usia bukanlah penghalang cinta mereka. Buktinya, kenal tak sampai seminggu, Midah meminta Mail melamarnya.

Masih terngiang-ngiang lagi pujuk rayu Midah di corong telinga capangnya.

"Bang Mail, Midah ni umur semakin meningkat. Semakin lewat nanti jadi semakin senja. Kalau sudah senja, maknanya dah nak malam. Midah takut juga kalau-kalau malam yang datang tidak berbulan."

Mail ketika itu teragak-agak hendak menjawab ya atau tidak. Macam-macam yang Mail fikir. Dia fikirkan Mala. Dia fikirkan Maznah. Dia fikirkan Marina. Takkan mahu ditinggalkan sahaja awek-awek montok itu yang menjadi penemannya di kampus.

Sedar tak sedar terpacul perkataan 'ya' dari mulut Mail.

Dua minggu kemudian, mereka bertunang. Tak sampai sebulan bertunang, mereka diijabkabulkan. Meriah majlisnya. Berseri-seri wajah Midah ketika ditepung tawar. Tersengih-sengih dia setiap masa. Hajatnya hendak naik pelamin akhirnya tercapai. Yang paling dia puas hati, kumbang yang menyuntingnya bukan sebarang kumbang. Kumbang muda yang serba kekar.

Elok pula parasnya persis Nabil Raja Lawak.

Mail?

Masih tidak percaya dia berkata 'ya'. Aweknya, Mala hanya mampu telan air liur. Maznah pula bercucuran air mata sampai habis basah tilam dan bantal.

Marina paling teruk. Terpekik-pekik, terus pitam dan demam sebaik sahaja melihat namanya di'tag' pada gambar persandingan Mail dan Midah dalam facebook.

bersambung...

Monday, September 27, 2010

Pena who?

Pejam celik, pejam celik, hari berganti minggu. Bulan bersilih satu persatu.

Sedar tak sedar, semalam telah ditinggalkan menjadi sejarah. Esok yang menunggu entah muram, entah redup, entah mendung entah cerah.

Seakan terlalu sekejap masa itu berlalu..

Tiga bulan lalu, kreativiti penulis tidak terbatas. Penulis bebas berfikir dan bebas menzahir apa yang difikir.

Kini, selepas tiga bulan, haluan fikiran penulis jadi sehala. Tiada lagi cabang-cabang yang bercambah entah ke mana-mana.

Ketukan keyboard penulis pula jadi suram tidak berirama. Tidak lagi meriah dengan taipan huruf yang membentuk ayat puitis menjadi cerita.

Menjadi wartawan bagi penulis tidak mudah. Banyak yang perlu dikorbankan. Tenaga. Ringgit. Masa untuk keluarga. Ruang untuk si dia. Tidak lupa, maruah diri.

Bagaimanapun, persetankan semua itu dulu kerana penulis belum bersedia mengolah ceritanya.

Kali ini, kisahnya tentang penulis merasakan penulis bukan diri penulis.

Bukan lagi seorang penulis bebas yang teruja berpanglipur lara.

Penulis sekarang adalah seorang penulis berita yang terikat kaki dan tangannya tanpa kreativiti untuk berkarya.

Kami, wartawan di meja berita dididik menulis berita dengan gaya senada. Ayatnya padat, ringkas, tidak romantis tiada bunga-bunga.

Tolak ke tepi kreativiti. Yang penting fakta dan isi.

Jangan sekali-kali fikir untuk berimprovisasi. Andai berani, buatlah.

Yang pasti tetap diedit editor sampai hilang originaliti . Silap-silap, dibakul sampah jika nilai beritanya bertaraf alas kaki.

Tiga bulan penulis cuba menyesuaikan diri. Membuang bunga-bunga bahasa. Membuang identiti seorang blogger ber'hati kama'.

Sukar memang sukar, walaupun akhirnya penulis berjaya.

Hasilnya, I am no longer myself.

Itulah harga yang perlu penulis bayar untuk surat pengesahan jawatan yang baru penulis terima.

Nota: Entry ini mula ditulis sejak sebulan yang lepas :: Penulis mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya kerana otak penulis agak beku untuk mencipta ayat seperti dulu-dulu :: Bagaimanapun, penulis sedang berusaha untuk menjadi seorang blogger bergelar 'Pena Penis' semula.

Monday, August 23, 2010

A sign your boyfriend is gay

When he said,

"I am gay"

He meant it.

Trust me.

lalalala...

Friday, August 20, 2010

Bulan Keinsafan

Minggu ini adalah minggu extra sensitif bagi penulis di mana penulis

1) Mengalirkan air mata menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara dan menonton video presentation mayat bayi-bayi yang kena buang ketika hadir dalam satu kempen Kami Prihatin.

2) Mengalir air mata melihat seorang OKU membeli coke di sebuah stesen minyak dan terkial-kial membuka penutup botolnya sambil tersenyum kepada orang ramai yang lalu lalang.

3) Mengalir air mata semasa menatap dua gambar yang menceritakan dua senario berbeza di dada sebuah akhbar; gambar sederet kedai apek yang kosong tidak berhias apa-apa dan gambar seorang nenek tua yang duduk di hadapan rumahnya yang hampir runtuh tetapi masih mampu membeli jalur gemilang yang berharga RM4 untuk dikibarkan di hadapan rumah sempena bulan kemerdekaan.

4) Mengalir air mata ketika hadir dalam satu program meraikan anak yatim dan sebaik sahaja melihat gelagat mereka yang nakal dan ceria tanpa sebarang gundah gulana, penulis mula terkenangkan anak buah penulis yang masih kecil yang tak kurang nakalnya, yang juga baru sahaja bergelar anak yatim.

5) Mengalir air mata ketika berbuka puasa di sebuah hotel dengan hidangan lauk pauk yang mewah sehingga penulis terfikir betapa beruntungnya kita dapat menjamah makanan yang lazat-lazat tetapi pada masa yang sama terdapat ramai insan di seluruh dunia yang kebuluran tidak dapat makan semewah kita.

6) Mengalir air liur melihat pemuda-pemuda kacak dari pelbagai negara dalam satu persidangan remaja peringkat dunia.

Sesungguhnya, menjadi wartawan mengajar penulis memerhati, menerima, menganalisa dan menterjemah apa sahaja perkara yang tersirat untuk disuratkan kecuali yang nombor (6) pasal penulis tahu anda semua juga pasti meleleh air liur apabila menonton pemuda-pemuda segak berbadan kekar terutamanya dari Amerika Latin.

Wednesday, August 11, 2010

Di mana bapanya

Mukanya berpeluh-peluh. Berminyak, berkilat-kilat. Rambutnya yang ikal kusut tidak bersikat. Kulitnya kemerahan terbakar dek sinar matahari. Sesekali dia tersengih-sengih kerang busuk menampakkan giginya yang kuning rongak.

Baju T putih yang dipakainya bertompok-tompok dengan pelbagai warna. Hitam, kuning, merah, hijau. Seluarnya yang lusuh pula koyak di lutut kiri dan kanan. Badannya berbau masam. Entah mandi entah tidak.

Pendek kata, penampilan Camiey memang tidak terurus dan terjaga.

Tak ubah seperti anak kecil yang tidak berbapa.

************

Sekejap-sekejap dia lari sini sana. Sekejap-sekejap dia terlompat-lompat. Sesekali dia terkinja-kinja.

Beberapa ketika kemudian, dia hilang. Tahu-tahu sahaja, dia sudah duduk bertenggek di atas dahan pokok rambai. Kalau ditegur, dia akur. Dia turun dan cepat-cepat lari jauh ke dalam semak sambil mengelek anak kucing, Si Lobo di celah ketiaknya.

Kalau tidak dipantau, silap-silap haribulan Lobo sudah dicampaknya hidup-hidup ke dalam perigi buta di belakang rumah.

Bercerita tentang Camiey, Penulis sudah naik jemu melayan keletahnya. Anak buah penulis yang berusia tujuh tahun itu memang nakal.

Luar biasa nakalnya.

Tak ubah seperti anak kecil yang tidak berbapa.

***********

Jadi di manakah bapanya? Tidak hiraukah dia pada si anak kecil bernama Camiey itu? Atau, memang benar Camiey tidak berbapa?

Kata orang kebenaran kadang-kadang menyakitkan.

Ya.

Camiey memang si anak kecil yang tidak berbapa.

Baru sebulan bapanya meninggal dunia.

*************

Menoleh 20 tahun ke belakang, penulis sebenarnya berkongsi sifat yang sama dengan Camiey.

Nakal. Lasak. Dan buas.

Mujur penulis ada seseorang yang boleh dianggap seperti bapa untuk mengawal penulis. Yang garangnya macam singa jantan.

Jadi hendak tak hendak, penulis terpaksa mendisiplinkan diri kerana takutkan libasan rotannya.

Hari ini, penulis berkongsi nasib yang sama dengan Camiey.

Seperti ada sesuatu yang menyesakkan dada penulis untuk mengakui tetapi itulah kebenarannya.

Hari ini genap sebulan singa jantan itu meninggal dunia.

*************

Al Fatihah buat Abang Long. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Thursday, July 22, 2010

aku tahu

aku tak tahu apa yang aku mahu
aku tak tahu apa kamu mahu dan
aku tak tahu apa yang aku mahu
kamu tahu..

aku tak tahu apa-apa yang kamu tahu
aku tak mahu tahu apa-apa yang kamu tahu
apa yang aku tahu aku sendirian terlungkup dalam dunia sempitku

aku tahu hidup aku gelap serba tak tahu
jiwa aku malap serba keliru

aku tahu ada bisik-bisik
memberitahu aku
keluar dari jalan hitam kembali seperti dulu
kembali ke jalan putih jadi aku yang dulu
aku yang dulu yang tahu apa yang aku mahu

Tuesday, June 29, 2010

Bapa saya

1998

"Nama saya Azrul Bin Abdul Halim. Saya berasal dari Shah Alam, Selangor. Saya anak kedua dari tiga orang adik beradik."

Fikirnya sudah selesai. Jadi Azrul berkira-kira hendak duduk.

"Bapa kamu kerja apa?" Soal Cikgu Razak tiba-tiba.

"Doktor," balas Azrul, pendek.

"Ibu?"

"Ibu saya seorang guru."

"Bagus. Duduk Azrul! Okay, pelajar seterusnya! Saya nak kamu kenalkan diri, anak ke berapa, ayah dan ibu kerja apa, dan asal dari mana!"

Pena mula tak sedap duduk.

Abdul Ghaffur yang duduk di sebelah Azrul pula cepat-cepat berdiri.

"Nama saya Abdul Ghaffur bin Datuk Sulaiman. Saya anak tunggal. Ayah saya seorang ahli politik. Ibu saya pula seorang ahli perniagaan . Saya dari Kuala Lumpur."

Pena telan air liur.

"Bagus. Next!"

Abdul Ghaffur duduk tertib. Kini giliran Mail pula. Dia bingkas bangun dan perkenalkan diri.

Seorang demi seorang pelajar berdiri dan perkenalkan diri serta bercerita serba sedikit latar belakang keluarga kepada Cikgu Razak.

Pena pandang Daniel yang duduk di hadapannya. Kemudian dia toleh ke kanan, melihat Hafizi pula. Mereka berdua sedang kusyuk mendengar pelajar lain memperkenalkan diri.

Peluh jantan memercik di dahi Pena. Dia mula gementar.

Masa berlalu. Kini, sampai gilirannya pula.

"Nama saya Pena. Saya anak ke-11 dari 11 orang adik beradik. Saya berasal dari Kelantan."

Ayatnya terhenti di situ. Pena tidak pasti hendak teruskan atau tidak.

"Ayah kamu kerja apa?" Soalan itu ditanya juga.

Payah benar rasanya Pena hendak buka mulut.

"Ayah saya, err seorang petani."

"Ibu?"

"Errr, ibu saya..err, tidak bekerja, cikgu,"

Cakapnya putus-putus. Suaranya halus. Seakan berbisik.

Dia terasa kerdil. Terasa terasing. Terasa tidak layak belajar di sekolah elit itu.

Bukan sekali itu sahaja dia terasa begitu. Sudah berkali-kali. Sejak dari zaman sekolah rendah. Bersambung pula ke sekolah menengah. Kerap benar perasaan rendah diri membalut hatinya.

Bila ditanya tentang bapanya, Pena berat mulut untuk bercerita. Baginya, tidak ada apa-apa tentang bapanya yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih lagi apabila dia mula bersekolah di sekolah asrama penuh terkemuka, dikelilingi pula para pelajar dari golongan berada.

Bapa Pena cuma seorang petani tua yang punya tanah sekangkang kera.

Rumahnya rumah kampung berlantai dan berdinding papan.

Jika hujan turun, berceratuklah besen dan baldi di dalam rumah, buat menadah air hujan yang menitis dari bumbung yang tiris.

Bapanya tidak sekacak bapa Azrul. Seorang dotor yang rambutnya digunting pendek. Siap dengan persalinan serba putih dan bersih.

Bapanya juga tidak sesegak bapa Ghaffur. Seorang ahli politik yang sentiasa berbaju kemeja lengkap bertali leher dengan persalinan sut yang harganya beratus-ratus. Entah-entah cecah ribu-ribu.

Setiap hari, bapanya cuma berbaju T berjenama pagoda, berseluar lusuh dan bersemutar.

Sesekali, bapanya hanya berkain pelikat dan tidak berbaju.

Badannya berbau hamis.

Matanya merah bengis.

Nafasnya berbau tembakau.

Giginya kuning rongak.

Rambutnya kusut.

Misai dan janggutnya berserabut.

Wajahnya tua berkedut.

Seingat Pena, seumur hidup dia tidak pernah melihat bapanya melawa. Selekeh setiap masa!

Pena yakin, bapanya tidak boleh dibanggakan langsung.

Hendak diajak orang tua itu berjalan-jalan di bandar Kota Bharu pun terasa malu. Kalau adapun, sengaja Pena jalan jauh-jauh buat-buat tidak kenal.

Hubungan Pena dan bapanya juga tidak mesra. Mereka jarang bertegur sapa. Semenjak dari kecil sehinggalah dia besar, bapanya memang jarang menegur dia.

Bukannya Pena sombong atau tak hormat orang tua. Dia sedar, dia si muda yang patut mulakan bicara. Jadi, selalulah juga Pena ringan-ringankan mulut bertanya khabar dia. Bicara Pena panjang persis ucapan menteri, balas si bapa cuma sepatah dan tak beerti.

Itu yang buat Pena segan. Sakit hati pun ada. Nak buat macam mana, bapanya kalau dengan anak-anak memang pendiam.

Entah apalah yang Pena boleh banggakan tentang bapanya itu. Banyak sangat yang negatif dari yang positif.

Itu belum cerita bab perangai panas baran orang tua itu. Silap hari bulan, kalau ditulis, berperenggan -perenggan. Malah, berkajang-kajang.

Memang memalukan.

2010

Pena duduk melangut di hadapan televisyen sambil melahap ais krim. Telefon berdering tiba-tiba. Cepat-cepat telefon itu diangkatnya.

"Yo! Wassup Mum!" sapa Pena.

"Janganlah cakap orang putih dengan mak Pena oi!"

"Hee, assalamualaikum mak"

"Waalaikumussalam. Anak mak sihat?"

"Sihat dan boroi. Mak sihat?"

"Alhamdulillah. Mak sihat. Cuma ayah je yang sakit-sakit sikit. Biasalah dah tua"

Pena diam. Dia tarik nafas dan hembus lambat-lambat.

"Macam mana kerja baru?"

"Okay. Seronoklah mak. Tapi hari-hari balik lambat"

"Kamu kerja elok-elok. Kerja kat situ biar lama pun tak apa. Mak dengan ayah pun suka juga kamu kerja wartawan," ceria sungguh suara mak.

"Ayah kamu hari-hari duk cerita pasal kamu. Orang datang rumah je, diceritanya kamu jadi wartawan. Kalau pergi warung Mat Nor pun sama. Satu warung tu tenggelam dengan suara dia bercerita yang anaknya jadi wartawan.

Pena diam. Dia tidak pasti hendak memberi reaksi yang bagaimana.

"Pena, kamu kerja rajin-rajin ya nak. Biar bos nampak kamu. Biar cepat naik pangkat dan jadi orang besar. Takdelah malu ayah kamu duk canang-canangkan yang kamu tu hebat. Dulu, masa kamu cemerlang UPSR, apa lagi, ha.. PMR, SPM semua tu, dialah yang duk heboh-hebohkan. Kalau boleh satu kampung nak diberitahunya kamu tu otak geliga, belajar pandai."

Pena masih diam. Ada sesuatu yang mengusik hatinya.

"Ayah bagitau mak, kamulah satu-satunya anak dia yang selalu buat dia rasa bangga dari kamu kecil sampailah kamu dah besar panjang sekarang."


Nota kaki bercagu: Entah kenapa, penulis tak sanggup habiskan cerita ini. Para pembaca, biarpun siapa bapa kita, baik atau jahatkah dia, miskin atau kayakah dia, dia tetap bapa kita. Hargai bapa anda.


Saturday, June 26, 2010

PAC PTD M41

Penulis ingin berkongsi khabar terbaru dengan anda semua, penulis bakal menghadiri Program P.T.D. Assessment Centre (PAC) bagi memasuki perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 di INTAN Kampus Wilayah Tengah (Intengah), Jalan Elmu, Kuala Lumpur pada 3 Julai ini.

Semoga penulis berjaya kucar-kacirkan mental fasilitator di sana sebelum mereka kucar-kacirkan mental penulis.


Nota kaki bercagu : Sebagai seorang calon. Bukan sebagai media yang membuat liputan ya.

Tuesday, June 15, 2010

Dilema Budak Baru


Mata Pena terasa pedih. Sekejap-sekejap dia jegilkan mata. Sekejap-sekejap dia pejamkannya pula. Sesekali dia menggosok-gosok mata yang mula berair.

Lima minit kemudian, Pena berhenti menaip dan bersandar malas pada kerusi. Dia hela nafas panjang-panjang dan hembusnya lambat-lambat. Punggungnya mula terasa kebas di sebelah kanan dan kiri. Sendi-sendinya pula terasa sakit di sana-sini.

'Aduhai' keluh Pena.

Sempat juga Pena pandang sekeliling. Suara manusia bercampur-campur dengan deringan telefon dan bunyi ketukan jari-jemari pada keyboard menjadikan suasana hingar-bingar. Semua orang punya aktiviti masing-masing. Ada yang sedang menulis berita. Ada yang membuat homework mengkaji latarbelakang sesuatu isu. Ada yang sedang bercakap dalam telefon. Ada juga seorang dua yang kusyuk membaca suratkhabar.

Pena kembali menghadap komputer. Ditenungnya monitor komputer lama-lama. Huruf-huruf yang tersusun berbaris-baris seakan-akan bergerak-gerak. Melompat-lompat hendak keluar dari monitor.

Dia tarik nafas sekali lagi dan kali ini hembus cepat-cepat.

Baru Pena tahu. Bukan senang rupanya hendak menulis satu-satu berita. Ia perlu fakta yang sahih. Ia perlu kata yang tepat. Struktur ayatnya pula perlu disusun ringkas dan padat.

"Jangan salah eja. Itu pantang yang paling utama sekali!" Pesan bosnya suatu ketika dulu.

Bagi Pena, ejaan bukan masalahnya. Ejaan hanya perlukan ketelitian. Sebelum dihantar masuk ke dalam 'basket' untuk disemak penolong editor, dia hanya perlu baca dan semak sekali lagi berita yang ditulis untuk elakkan kesalahan ejaan.

Bagi Pena masalah dia yang sebenar ialah untuk mempelajari dan menyerap gaya penulisan atau housestyle Utusan Malaysia. Ia mencabar kerana 100% lari daripada gaya penulisan dia yang sewel dan gila-gila. Ayat-ayat berita perlulah bersifat pasif. Selain itu, bukan semua perkataan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Malah, ada perkataan yang langsung tidak diguna dalam penulisan berita walaupun perkataan itu lazimnya disebut dan digunapakai setiap hari.

Pendek kata, menulis berita ada seninya.

Hari ini, cabarannya Pena rasa berganda. Lebih sukar dari memahamkan kandungan RMK-10 yang berjela-jela panjangnya.

Pagi-pagi buta lagi dia sudah tercegat di hadapan Hotel Renaissance untuk menghadiri Konvensyen Sumber Tenaga Biojisim. Kali ini dia perlu jadi pelajar kejuruteraan biokimia. Dia perlu fahamkan konsep biojisim dan kelestariannya.

Balik ke office, dia perlu fahamkan teks ucapan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) serta estrak intipati utama ucapannya pula. Kemudian dia perlu terjemahkan ucapan itu daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan perkataan yang senang untuk orang awam faham. Dan susun sepadat-padatnya. Dan hias secantik-cantiknya.

5.15 petang! Sempat pula Pena menjeling sekilas masa yang terpapar di bahagian bawah sebelah kanan skrin.

45 minit lagi sebelum pukul 6. Entah kenapa, semangatnya langsung berkobar-kobar selepas melihat jam. Terus sahaja Pena betulkan duduk - tegak 90 darjah. Dan sambung tugasnya - menulis berita.

Sebenarnya Pena mengarang berita tentang 'biojisim' itu sejak dari pukul 12 lagi. Dia belum sempat lunch. Dia cuma harapkan tenaga daripada sisa-sisa sarapan yang masih belum dihadam di dalam perutnya.

Ah, Pena tak kisah!

Dia peduli apa perutnya lapar atau tidak. Yang penting, dia mesti habiskan kerjanya sebelum pukul 6. Kemudian keluar merokok. Kemudian duduk melangut tunggu penolong editor semak berita. Kemudian balik. Yay!

Di situ, waktu kerja mereka ialah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Tetapi ia adalah perkara yang sangat luar biasa andai seseorang wartawan itu berjaya pulang tepat pukul enam. Rata-ratanya hanya dapat pulang selepas pukul tujuh. Segelintir pula, pukul 9 atau 10 malam.

"Pena, kau tolong buat press release ni!" Sapa seseorang dari belakangnya sambil menghulurkan helaian kertas bersaiz A4.

Pena tidak menoleh. Sebaliknya mencapai helaian kertas yang dihulurkan dengan muka ketat.

Dia sedar, dia adalah segelintir yang akan balik pukul 9 atau 10 malam nanti.

Thursday, June 3, 2010

Kerja Baru

Oh..

Kerja baru penulis langsung tidak memberi peluang untuk penulis berkarya di sini. Penatnyaaaaaaaa!!

Thursday, May 27, 2010

idea oh idea

Entah kenapa, banyak pula perkara yang berlegar-legar dalam ruang fikir penulis yang bijak pandai ini. Terus, kepala penulis jadi biol dan sedikit ting tong. Takut juga kalau-kalau ruang fikir penulis yang bijak pandai ini terus tergendala dan jadi bodoh dungu. Manakan tidak, segala-galanya jadi bercelaru, berselirat dengan pelbagai isu.

Jadi apakah isu yang membelenggu ruang fikir penulis yang bijak pandai sampai jadi buntu ni? *Sengih nampak gigi*

Penulis fikir, dua tiga hari ini, idea untuk penulis menulis berduyun-duyun tiba. Bertandang tanpa diundang. Terlalu banyak yang ingin penulis sampaikan sampai tidak tahu yang mana patut didahulukan.

Penulis ada terfikir hendak menulis tentang pro dan kontra pasangan kekasih tinggal bersama seperti yang dicadangkan oleh seorang pembaca, Ali (mungkin nama sebenar) sedikit masa dulu. Nanti bolehlah penulis kongsikan bersama pembaca pengalaman kami tinggal bersama dan apa implikasi atau kesannya terhadap hubungan asmara kami. Penulis juga dapat idea untuk menulis cerpen bertajuk "bila Samad minta cerai". Jalan ceritanya sudah ada. Yang pasti, ia sarat dengan unsur-unsur humor yang mampu membuat anda gelak guling-guling, atau sekurang-kurangnya sampai terangkat-angkat ponggong.

Bercerita tentang ponggong, teringin pula rasanya berkongsi dengan anda, ke-obses-an penulis terhadap ponggong. Tak kisahlah. lelaki atau perempuan. Dua-dua boleh buat penulis tak keruan*blushing, pipi penulis yang putih melepak mula merah kemerahan*

Pada masa yang sama, ilham untuk menulis tentang peel dan watak-watak PLU pelbagai ragam turut datang bertandang. Bukan apa. Sesekali tu, dek kerana tiada kerja hendak dibuat, adalah juga penulis duduk-duduk dan perhatikan dalam diam dan buat sedikit kajian, serta tinjauan secara rambang terhadap gelagat-gelagat PLU dan perangai mereka yang ada di Malaysia ini. Hurm, menarik juga kisah ni, kan?

Kemudian penulis ingin ceritakan betapa gersangnya penulis setiap hari sehingga mula berani update status yang bukan-bukan di Facebook. Dan penulis ingin kongsikan bagaimana sukarnya penulis menahan dugaan dari digoda pelbagai macam ragam manusia di facebook itu. Setiap hari, ada sahaja yang mengirim mesej tawarkan yang bukan-bukan. Ada juga yang tunjuk baik semacam. Dan paling buat bergetar jiwa dan bergegar iman, apabila yang mengorat kita itu hawt dan memang sedap dimakan.

Selain obses dengan jantan, ada juga terlintas di fikiran, ingin menulis tentang betapa obsesnya penulis terhadap perkembangan sukan. Sukan apa? Apa-apa sahaja. Asalkan melibatkan pasukan negara kita. Wah, patriotik bukan? Walaupun prestasi mereka kadang-kadang ado, kadang-kadang non ado!

Dan sekarang, semua idea itu datang bertindan-tindan tanpa sempat penulis coretkan satu persatu. Lalu penulis akur. Penulis akui. penulis bukanlah penulis yang produktif. Jadi tiada satu pun yang idea yang ditulis di atas, mampu penulis kembangkan dan jelmakan menjadi satu cerita penuh*hee, sengih nampak gigi sambil berpeluh*

Nota kaki bercagu: Salah satu cerpen eksperimental penulis, yang pernah penulis siarkan di sini bahagian pengenalannya sedikit masa dulu telah terpilih untuk dimuatkan dalam sebuah antologi cerpen yang akan siap dalam bulan Ogos nanti. Jadi penulis minta maaf tidak dapat siarkan cerpen tersebut di sini sehinggalah antologi tersebut berada di pasaran. Oh ya, terima kasih kepada para pembaca yang sudi mengirimkan email maklum balas terhadap beberapa isu yang yang pernah penulis tulis. Terima kasih ^_^

Sunday, May 23, 2010

Guruku


"Awak boleh jadi wartawan"

Penulis kurang pasti sudah berapa lama dia tercegat di situ. Bersandar di dinding, memeluk tubuh dan memerhati gelagat penulis. Dan penulis juga kurang pasti hendak memberi reaksi yang bagaimana terhadap sapaan dia.

Jadi penulis hanya mendongak memandangnya beberapa saat, tersenyum lawa, tunduk dan kembali melakukan kerja-kerja menulis.

"Cepat betul awak mencatat. Kagum saya tengok awak, Pena. Saya gembira awak ikut dan buat apa yang saya ajar. Catat poin-poin penting dulu. Kemudian buat draf. Buat rangka. Dan yang buat saya tambah kagum, hasilnya pun bagus. Seronok dibaca."

Kembang benar lubang hidung penulis mendengarnya.

"Kalau diasah betul-betul, awak ada potensi untuk jadi penulis yang hebat"

Lubang hidung penulis 'menten' kembang. Kepala mula besar.

"Awak tak nak jadi wartawan?"

Kali ini anak tekak penulis yang mengembang.

Wartawan? Erkk!

"Jadi wartawan tak glamorlah! Saya nak jadi doktor, Cikgu"

"Eh, bukan ke hari tu kau cakap nak jadi arkitek?" Tegur Nuar yang duduk di meja sebelah.

"Err,."

Cikgu Syuk tertawa kecil.

"Si Pena ni memang macam ni, Cikgu! Macam lalang. Tak tetap pendirian langsung!"

Ya. Memang benar penulis seperti lalang. Jika ditanya tentang cita-cita, jawapan penulis sentiasa berubah-ubah. Hari ini ingin jadi doktor, besoknya bertukar jurutera. Lusa peguam. Tiba-tiba tulat berangan untuk jadi juruterbang pula.

Ketika itu penulis baru berusia 13 tahun, dan baru beberapa bulan bergelar pelajar tingkatan satu. Di usia 13 tahun, secara rasminya penulis sudah layak digelar remaja. Tetapi penulis kira minda penulis masih berada di alam kanak-kanak riang ribena. Tidak ada halatuju. Tidak bermatlamat dan tidak berpendirian tetap. Penulis hanya ingin yang seronok-seronok sahaja. Jadual harian penulis; bermain di asrama, bermain di kelas dan bermain di mana-mana sahaja. Bagi penulis, biarlah masa depan tercorak dengan sendirinya tanpa perlu kita merancang terlebih dahulu.

Dalam penulis seronok-seronok dan leka menikmati alam remaja, tahun itu tetap menjadi tahun yang gemilang untuk penulis. Penulis cemerlang dalam hampir semua subjek dan berjaya menempatkan diri di ranking pertama kelas. Bertambah-tambahlah sayang Cikgu Syuk pada penulis.

Ketika itu juga, baik benar dia melayan penulis. Tak berwang, dihulurnya wang. Tak bersarapan dibelinya sarapan. Tak berteman diajaknya bersembang. Sedang elok berjalan, dipelawanya tumpang. Oh, penulis rasa sangat bahagia menjadi pelajar kesayangan guru Bahasa Melayu kelas kami itu.

Cikgu Syuk pernah pesan, untuk jadi pelajar yang cemerlang, penulis perlu tetapkan matlamat hidup mulai dari sekarang. Bila sudah ada matlamat dan hala tuju, kita tidak akan buang masa dan sentiasa berusaha mengejar apa yang diinginkan. Penulis angguk tanda faham. Jadi penulis tetapkan, cita-cita penulis mulai dari saat itu ialah untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan penulis akan jadikan cita-cita itu sebagai realiti suatu hari nanti.

Cikgu Syuk juga ada pesan, pemikiran penulis masih bersih tanpa noda. Jadi jangan sekali-kali terjebak dalam budaya songsang di asrama. Katanya, hidup di asrama, yang pelajarnya lelaki semua, memang besar dugaannya. Penulis angguk juga walaupun kurang faham. Budaya songsang? Patutlah ada abang-abang senior yang tidak segan silu pegang-pegang tangan sesama sendiri di tempat awam!

Cikgu Syuk juga pesan, sentiasalah menulis dan mengarang walaupun tak disuruh kerana dengan cara itu ia akan mengasah minda dan bakat menulis yang ada dalam diri penulis. Ketika itu penulis betul-betul tak faham. Kenapalah orang tua itu beria-ia benar ingin penulis aktif dalam bidang penulisan. Penulis ingin jadi doktorlah!

Selepas beberapa bulan penulis rapat dengan Cikgu Syuk, ada juga kata-kata yang tidak enak untuk didengar singgah di telinga. Ada yang kata, penulis anak emas Cikgu Syuk. Bukan setakat anak emas, malah anak ikan emas. Ada yang kata bodi penulis sudah tergadai dek kerana budi. Dan ada yang pertikaikan seorang guru tidak sepatutnya pilih kasih dan fokus pada seorang pelajar sahaja. Tetapi penulis sedikit pun tidak ambil kisah. Biarlah. Sekurang-kurangnya ada orang ambil berat tentang penulis di sekolah. Dan syukur, Cikgu Syuk tidak pernah membuat perkara-perkara tidak senonoh terhadap penulis. Penulis yakin, cakap-cakap belakang tentang hobinya yang suka membela 'anak ikan' tidak benar sama sekali. Penulis yakin, dia memang ikhlas menjaga penulis.

Langit tak selalunya cerah. Hidup tak selalunya indah.

Tahun seterusnya, penulis bergelar pelajar tingkatan dua. Diri mula rasa sedikit gah. Sudah besar. Sudah punya junior di bawah. Perangai penulis pun mula berubah. Malangnya perubahan itu bukanlah perubahan yang positif. Lebih banyak buruk dari baiknya. Pelajaran terabai. Prestasi jatuh merudum. Matlamat yang ditetapkan semakin jauh hedak digapai.

Penulis dan Cikgu Syuk? Dia tidak lagi mengajar kelas kami. Jadi kami sudah mula jarang-jarang bersua.

"Saya tengok perangai awak dah lain sangat. Awak banyak berubah. Kenapa awak jadi macam ni? Pelajaran merosot. Bercampur dengan orang yang bukan-bukan. Buat benda tak elok. Langgar peraturan sekolah. Ini bukan Pena yang berwawasan, Pena yang saya kenal dulu!"

Ditempelak begitu oleh Cikgu Syuk pada suatu hari, penulis naik hantu. Entah di mana silapnya, di mana salah dia, buat kali pertama penulis rasakan Cikgu Syuk adalah seorang lelaki tua yang sangat suka menyibuk.

"Cikgu tak payahlah nak ambil tahu hal saya sangat! Rimaslah! Cikgu dah tak ajar saya. Apa kata cikgu ambil berat budak-budak form 1 yang cikgu ajar tu!"

Muka Cikgu Syuk mula merah.

"Lagipun, cikgu kan suka bela anak ikan yang jambu!!"

Kali ini muka Cikgu Syuk sudah merah padam.

Hubungan baik kami tamat di situ.

Sejak kejadian itu, penulis tidak pernah berbaik-baik semula dengan Cikgu Syuk. Dia juga tidak pernah berusaha untuk berbaik-baik dengan penulis. Kami akhirnya langsung tidak bertegur sapa sehinggalah penulis naik ke tingkatan 4. Kami juga tetap tidak bertegur sapa biarpun penulis sudah naik ke tingkatan 5 dan bakal tamat sekolah. Dek kerana ego, penulis langsung tidak terfikir untuk meminta maaf. Bagi penulis, kami berdua sudah berkerat arang berputus rotan.

Hari ini, sudah lapan tahun penulis meninggalkan bangku sekolah.

Kata orang, kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Memang cita-cita penulis ingin menjadi seorang doktor pakar bedah. Atau jurutera. Atau peguam. Atau juruterbang. Tetapi entah bagaimana, tidak ada satu pun kerjaya yang tersenarai dalam barisan kerjaya impian penulis, berjaya penulis capai.

Sebaliknya, kerjaya yang penulis fikir tidak glamor, tidak gah, kerjaya yang disaran oleh seorang bekas guru yang suka menyibuk suatu ketika dulu, bakal menjadi kerjaya penulis.

Bulan depan, penulis bakal bergelar seorang wartawan.


Nota Kaki Bercagu : Selamat Hari Guru kepada semua insan yang sentiasa mencurahkan ilmu kepada anak bangsa tanpa jemu. Terima kasih Cikgu Syuk. Ampunkan saya , halalkan makan minum saya dan yang paling penting, halalkan ilmu yang pernah cikgu curahkan.

Tuesday, May 11, 2010

Anak-anak

Sejak kebelakangan ini, naluri seorang bapa semakin menebal dalam diri penulis. Penulis mula bercakap seperti seorang bapa. Penulis mula berfikir seperti seorang bapa. Dan penulis mula bertindak seperti seorang bapa. Menjaga. Mendidik. Mengasuh. Dan mencurahkan kasih sayang.

Anda janganlah salah faham. Penulis mula berangan jadi bapa bukanlah kerana Embi sudah beranak. Bukan juga penulis sendiri yang selamat melahirkan anak (choyyy!). Penulis berangan kerana kami sekarang sudah punya dua anak jantan, si kecil yang berekor, yang kami namakan Encuk Jr. dan Embi Jr.

Encuk Jr si adik bulunya lebat, hitam berceloreng putih. Kepalanya kecil. Matanya besar. Bulat bercahaya. Perutnya boroi. Ekornya pendek berpintal. Kakinya juga pendek. Bulu-bulu putih di kakinya membuatkan Encuk Jr seakan-akan memakai stokin. Tapak kakinya lebar kerana jarinya sedikit luar biasa. Encuk Jr berjari tujuh!

Embi Jr si abang pula, saiznya sedikit besar dari Encuk Jr. Embi Jr berbulu putih di bahagian bawah dan hitam pekat di bahagian atas. Matanya galak, kecil sedikit berbanding Encuk Jr. Badannya tegap. Bulunya lebat. Ekornya kembang dan panjang. Kakinya biasa-biasa sahaja berjari lima.

Encuk Jr seekor adik yang sopan. Hobinya makan. Pantang benar dipelawa makan. Yang bagusnya tentang Encuk Jr, makannya tidak memilih. Hidanglah makanan jenama apa sahaja, dia akan makan dan makan sampai kenyang. Dek kerana hobinya makan, Encuk Jr jadi sedikit bulat. Dan dek kerana kakinya yang pendek, dan badannya yang berat, larinya terkedek-kedek dan cepat pula nampak penat.

Personaliti Embi Jr pula jauh berbeza sama sekali. Kalau Encuk Jr lagaknya santun, Embi Jr pula kerjanya melompat terlantun-lantun. Nakal dan degil yang amat. Karenahnya pelbagai. Tunggang terbalik jadinya rumah di segenap tempat. Makannya pula memilih. Kami mula gusar dan pusing bila dia tidak mahu makan biarpun disuap. Terpaksalah kami beli dan cuba macam-macam jenama semata-mata untuk melihat dia makan dengan lahap.

Orang kata, kalau dah sayang, sanggup buat apa sahaja. Begitulah jadinya pada kami berdua. Embi sanggup biarkan tangannya dicakar sampai calar-calar. Semata-mata hendak memandikan Embi Jr yang culas dan buas sepanjang masa. Penulis sendiri, sanggup biarkan najis terpalit di badan dengan hidung kembang kempis menikmati udara beraroma ketika membersihkan 'jamban' mereka yang sentiasa penuh. Gara-gara tabiat Encuk Jr, si adik yang kuat makan, yang kerap pula aktiviti beraknya.

Sekarang, hendak pergi kerja pun terasa berat hati. Bimbang anak-anak di rumah tiada penjaga. Sudahlah rumah kami letaknya di tingkat lima. Mereka pula suka bergayut-gayut di jaring hijau yang kami pasang di beranda. Kalau tergelincir jatuh bagaimana?

Hendak makan pun penulis masih teringatkan anak-anak. Sudah makankah mereka? Elok lagikah biji-bijian makanan yang kami letak di dalam bekas itu? Atau sudah lemau masuk angin? Sudah tidak rangup dan tidak sedap lagi? Bagaimana pula dengan susu? Entah-entah sudah basi? Sakit pula perut mereka nanti!

Hendak tidur pun sama. Fikiran tetap tertumpu pada mereka. Penulis sampai turun naik katil dua tiga kali. Semata-mata ingin menjenguk mereka. Risau kalau-kalau anak-anak ketakutan dan kesejukan dibiar bergelap di dalam sangkar (tetapi itu hanya berlaku beberapa hari lepaslah. Sekarang budak-budak itu sudah tidur di atas katil bersama kami. Lokasinya ialah di celah kangkang penulis atau Embi. Hak hak hak!)

Orang juga kata, kita kalau dah sayang, langsung tidak berkira. Penulis terpaksa akui, bulan ini poket penulis koyak rabak. Belanja untuk mereka memang banyak. Habis satu bulan gaji membeli-belah dan membayar kos perubatan. Mahal sikit tak mengapa. Semata-mata untuk melihat anak-anak hidup selesa. Tiada apa yang boleh membuat kami gembira dari melihat dua beradik itu bermain dengan sihat dan ceria. Pendek kata, kami hanya ingin jadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak yang tercinta.

Menyentuh tentang ibu dan ayah, fikiran penulis terbang melayang jauh ke kampung seketika. Apa khabar agaknya orang tua penulis di kampung? Sihatkah mereka? Sakitkah mereka? Peningkah? Kalau tak salah, sudah beberapa hari penulis tidak menelefon mereka. Anak-anak selalunya begitulah. Mudah benar melupakan ibu ayah. Walhal, ibu dan ayah, setiap masa fikirkan begitu-begini tentang kita.

Sekali sekala, apa kata kita renung-renungkan dan imbas kembali pengorbanan seorang ibu yang bersabung nyawa ketika melahirkan kita ke dunia. Bermula saat kita melihat dunia, merangkak, berjalan dan berlari, si tua beruban inilah yang menyusukan kita dan menyuapkan makanan. Tangan lusuh berurat hijau dialah yang mengayun buaian, bersengkang pula mata siang dan malam untuk kita, semata-mata untuk memastikan anak tercinta dapat tidur dengan nyaman.

Sekarang renung-renungkan pula kudrat yang disumbangkan oleh seorang lelaki bergelar ayah yang bekerja memerah keringat membanting tulang empat kerat dari pagi sampai petang, kadang-kadang sehingga malam, semata-mata untuk memastikan anak isteri di rumah cukup makan minumnya serta mampu berbaju baru sekurang-kurangnya setahun sekali ketika menyambut hari raya.

Pendek kata, jasa, pengorbanan dan kasih sayang mereka berdua tidak ada tolok bandingnya. Tidak mungkin kita mampu membalasnya biarpun kita berhabis beribu-ribu, berjuta-juta membeli barang-barang berharga untuk mereka.

"Adik dengan abang, besar nanti jangan nakal-nakal. Jangan merayau rumah orang dan buntingkan kucing betina orang sewenang-wenangnya. Jangan kencing merata. Jangan berak merata. Dan jangan cakar sofa! Yang penting, jangan lupakan Daddy dan Papa, orang tua korang berdua!" Kata Embi suatu hari kepada budak-budak itu.

Geli hati penulis mendengarnya. Tetapi kata-kata Embi sedikit sebanyak membuat penulis berfikir tentang sesuatu hakikat. Hakikat yang setiap daripada kita adalah anak-anak dan setiap daripada kita juga akan menjadi ibu bapa kepada anak-anak kita pula.

Kalau penulis dan Embi mahukan yang terbaik buat Encuk Jr dan Embi Jr, begitulah juga ibu dah ayah kita inginkan yang terbaik buat kita. Sebagaimana tinggi harapan dan besar impian kita agar anak-anak kita membesar menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada kita; orang tua mereka, begitulah tingginya harapan dan impian orang tua kita terhadap anak-anak mereka.

Para pembaca, sempena Hari Ibu yang baru saja berlalu dan Hari Bapa yang akan datang tidak lama lagi, penulis ingin berpesan kepada anda semua, hargai dan sayangilah, serta berbaktilah kepada kedua-dua orang tua anda. Dan kepada dua pembaca Pena Penis yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pesan penulis, jadilah ibu dan ayah yang terbaik untuk anak-anak anda.

Monday, April 12, 2010

Le Tua


Al kisah,.

Ramai yang mula perasan Pena suka orang tua. Orang tua? Dengan rupa gojes bak bintang kejora, kenapa memilih yang tua? Adakah yang muda-muda tidak cukup nafkahnya buat Pena??

Tidak semena-mena khabar angin pun bertiup. Membawa cerita buruk. Yang busuk dan tidak elok, konon-kononnya Pena hidupnya ditaja. Dia gemar ditaja. Dan selalu gigih mencari penaja. Sebab itulah Pena selalu terpikat pada si tua. Beza umur 20 tahun pun tak apa. Tak ada rupa pun tak apa. Kerana si tua biasanya kaya. Kaya biasanya suka menaja. Hiduplah Pena dengan mewah bak raja.

Itu kata mereka.

Arakian, termenunglah Pena bermuram durja. Mengenangkan kisah yang tidak benar belaka.

Hakikat sebenar, kekasih Pena, Embi memang sedikit tua. 10 tahun jaraknya. Tetapi Pena hanya hidup sederhana dengan Embi yang tak kaya-kaya juga. Mereka berdua hidup berkongsi. Rezeki yang mereka dapat mereka bahagi-bahagi. Pena bayar air. Embi bayar api. Pena bayar itu Embi bayar ini. Begitulah rutin mereka setiap hari.

Kalau betullah Pena mencari si kaya, buat apalah Pena habiskan masa bersama si miskin tidak berharta? Sudah 4 tahun Pena dan Embinya hidup susah bersama-sama. Awal bulan dapat gaji, mereka makan mewah di KFC. Sekali sekala ada juga mereka bertandang ke Tony Roma's dan TGI Friday. Tetapi setakat lalu di depan kedai sahaja. Dapat bau pun jadilah. Hujung bulan pula sambil tunggu gaji, mereka ikat perut masak sendiri. Makan ikan pari masin, celup sambal kicap cili padi. Dan telur rebus seorang sebiji.

Tua... atau seeloknya dipanggil berusia tak semestinya kaya. Ada juga yang papa kedana. Ada yang hutang kad kredit beribu-ribu, seiring dengan penambahan usia. Termasuklah si dia buah hati Pena. Ah, Pena peduli apa kalau poketnya rabak? Janji dia tidak meminta-minta. Pandai uruskan lubang yang digali dan tidak mengikis harta Pena yang sekangkang kera.

Tua,.. yang seeloknya dipanggil berusia, walaupun tak kaya menjadi pilihan Pena kerana dia sudah muak dengan yang muda. Semua hubungan Pena dengan yang muda, semuda Pena atau lebih muda, gagal. Bagi Pena, sebaya atau muda sama muda bukanlah hubungan yang sihat untuk dia. Dia lebih bahagia bersama yang berusia. Dan ada 10 sebab kenapa Pena memilih menjalinkan hubungan dengan yang berusia:

1) Si yang berusia biasanya pandai berdikari. Tidak perlukan Pena untuk uruskan dia itu ini.

2) Si yang berusia biasanya kool dan tidak mengada-ngada. Kalau sudah dikhabar bizi, dia diam tanda faham. Kalau yang muda, tidak menjawab panggilan atau membalas SMS, maka melenting lentunglah dia menuduh macam-macam.

3) Si yang berusia biasanya stabil dan tahu menguruskan kewangannya. Meski tidak berharta dan gaji cukup makan, mereka seboleh-bolehnya tidaklah sampai menagih simpati Pena dengan biji mata yang terkebil-kebil.

4) Si yang berusia biasanya banyak pengalaman. Senang untuk dijadikan sumber rujukan. Tanyalah apa sahaja, mereka mampu menerangkan kepada Pena dengan nasihat-nasihat yang berguna untuk dijadikan panduan.

5) Si yang berusia biasanya pendengar yang baik, berbanding si muda yang kebanyakannya bercakap atas bawah. Macamlah dia sahaja yang ada masalah.

6) Si yang berusia biasanya macam auntie-auntie. Bebelkan Pena itu ini menjadikan Pena lebih baik dan berdisiplin. Dan Pena mula biasakan diri untuk kemaskan katil setiap pagi.

7) Si yang berusia biasanya kurang romantik dalam berkata-kata, tetapi menzahirkan rasa cinta melalui perbuatannya. Oh, Pena memang suka!!

8) Si yang berusia biasanya penyabar, tidak tergesa-gesa dan berhati-hati membuat keputusan, jadi boleh dijadikan role model atau contoh yang baik buat Pena supaya segala tindak-tanduk tidak tersasar.

9) Si yang berusia biasanya mampu mengawal egonya dan tidak kisah untuk mengalah sekali sekala dengan si muda yang cute macam Pena.

Pena bukanlah pondan. Tidak pernah terlintas pun di hatinya untuk berdandan. Pena juga bukanlah sissy. Tidak pernah terdetik pun di hatinya untuk melentik-lentikan diri. Gedik? Adalah dia tergedik-gedik sesekali. Tapi gediknya bukanlah kerana pondan. Bukan juga kerana sissy. Pena cuma manja semulajadi. Siapa-siapa yang rapat dengannya memang tahu, Pena seorang yang manja. Dia suka benar bermanja-manja dengan orang. Suka benar dimanja. Lagi dimanja, lagilah Pena menggedik suka. Menggesel-gesel sana-sini. Sambil menggentel-gentel sekali.

Jadi sebab yang terakhir sekali kenapa Pena suka makhluk yang berusia, mereka biasanya pandai memanjakan Pena dan menyayangi dia sepenuh hati. Cinta mereka bagi Pena, berkualiti..

Seorang teman yang usianya 30 tahun lebih maju dari Pena pernah bercerita, dia tidak kisah untuk bercinta dengan orang yang lebih muda. Yang semuda Pena, dengan syarat hubungan itu seimbang dari segi memberi dan menerima. Jangan ada satu pihak yang kerjanya hanya memberi. Seorang lagi hanya menerima. Itu eksploitasi, bukan cinta. Dan dek kerana isu eksploitasi, sehingga kini dia masih gagal mencari yang benar-benar sesuai dengan jiwa.

Lagipun, katanya lagi, orang muda rakus nafsunya. Seminggu, sekurang-kurangnya 3-4 kali. Sedangkan dia sudah berusia, semakin perlahan dan selalu sakit-sakit badan.

Arakian termenung panjanglah Pena sekali lagi...

Ayat yang terakhir dari si teman mengingatkan Pena tentang masalah diri sendiri...

Monday, April 5, 2010

DCT.. I Lobiu..

ABPBH malam tadi penulis tak tonton pun. Lagho!! Tapi bila dapat tahu Dato' Siti Nurhaliza rampas balik title Bintang Paling Popular ABPBH, woot !! woot!!.. yariiba yarriiba!! oowoot oowoot.!! Penulis dah jalan kaki ayam lompat-lompat tepi koridor sambil nyanyi lagu madah berhelah dan puncak kasih!! Cayalah DCT.. Penulis rasa ^_^ sekali..

Dan penulis sedikit T_T bila dapat mengesan nada suara DCT bertukar sebak bila menyebut tentang peminat dan ulang tahun ke 15 penglibatannya dalam bidang seni. Penulis tafsirkan sebak beliau itu menunjukkan betapa dunia seni itu penuh pahit manis yang tak terkira bagi beliau dan betapa beliau menghargai sokongan peminat yang tetap setia menyokong beliau dalam industri biar dilempar dengan pelbagai tohmahan.

Tapi siyes, penulis tak minat DCT pown...percayalah...

Sunday, April 4, 2010

Gelora Cinta

Bila rumah tangga bergelora, PP merintih, bila mendatar, merintih, nah! sekarang bergolak gelora berombak tsunami kembali. Padan muka PP..

Thursday, March 25, 2010

Dataran Cinta

Kata seorang penulis, Tim Connor, "Loving is not an action but an attitude, it is a time for:

- giving not receiving,

- sharing not hoarding,

- letting go not holding on,

- believing not doubting,

- feeling not thinking,

- forgiving not grieving"

Pejam celik-pejam celik, bergaduh bertumbuk, caci maki, peluk cium, gesel-gesel gentel-gentel, sedar tak sedar hubungan kami sudah masuk tahun ke empat. Apa perkembangan? Sudah diijabkabul? Erkk. Anak sudah dua? Montel-montel? Urghh! Rumahtangga aman harmoni hidup bahagia? Hurm..

"Awak, rasa-rasa berapa lama kita boleh kekal berdua?"

"Selama-lamanya"

Itulah dialog penulis dan Embi suatu ketika. Ketika cinta baru nak mula. Ketika mabuk asmara.

Well, this is what we call LOVE. And it is powerful. Damn powerful!

Jadi, kekalkah kami berdua untuk selama-lamanya? Well, so far, kami masih bersama.

Kata penulis, cinta ibarat dadah yang mengkhayalkan. Arak yang memabukkan. Saktinya cinta, yang nampak di depan mata, hanya yang elok-elok belaka. Yang haokk, busuk macam kentut tetap dipeluk. Hatta yang buruk pun dikata elok.

Malangnya, kata penulis lagi, cinta juga seperti tayar kereta. Makin lama bergolek, makin haus, makin botak permukaannya. Maka hilanglah bunga-bunganya. Pemanduan jadi tidak selesa. Tidak selesa tidak mengapa. Bagaimana pula jika ia mula jadi berbahaya hingga hilang nyawa?

To be honest with you, my readers, my relationship with Embi lately is getting stagnant. Flat. Mendatar. Langsung tiada turun naik. No mess. No fuss. And no argument at all.

Jadi, kami hidup aman bahagia?

Tidak juga. Kerana hati penulis kata, penulis tidak gembira. Kerana pada masa yang sama, hubungan kami sudah mula hilang bunga-bunga cinta. Sudah mula malap percik-percik asmaranya. Tiada lagi bisik-bisik manja antara kami. Kami sudah jarang ketawa bersama. Peluk cium, gesel-gesel, gentel-gentel sudah tiada. I myself no longer enjoy Embi as my partner. Pendek kata, hubungan kami bukan setakat mendatar, tetapi turut hilang keintimannya.

Tulis seorang pakar motivasi, Jackie Woods di dalam satu artikelnya, "a relationship that grows stagnant is in real trouble".
Mula-mula, penulis kata 'hade haku kesah?!'

However she actually did makes me think deeply.

I started to realize, I'm growing tired and sick of sleeping next to a man who is sleeping a foot apart from me instead of working on his relationship with me. A man who often pretended to fall asleep everytime I seduced him with several sex tricks. A man who said no word, not even any single word when I wanted to discuss the issue. And guess what? He kept denying his problem and said "SAYA SAYANG AWAKLAH. SAYA TAK ADA MASALAH APA-APA" Apa? Dia ingat our relationship will be able to maintain itself without his participation ke?

"Grow up la nok! It's time for you to move on" kata seorang sahabat, FD.
Masih terngiang-ngiang di telinga penulis suara nyaring mak hayamnya itu (keji ko! sempat carut mak kata mak bodoh kan!!).

Membaca artikel Tim Connor sedikit sebanyak menguatkan semangat penulis. I would like to quote some sentences from Tim Connor sekali lagi, "There are moments in life when love is easy and there are also difficult times when you have to reach deep inside yourself to love those that may not seem worthy. You can solve your problems, but it will take effort, patience and a lot of love if you want to succeed"

Membina sesebuah hubungan memang mudah. Kita boleh jatuh cinta dengan mudah. Semudah ABC. Kerana memang tabii manusia itu sendiri yang ingin menyayangi dan disayangi. But when it comes to maintenance, itu yang payah. Penulis rasa, mengekalkan momentum cinta dalam perhubungan adalah cabaran sebenar dunia cinta.

Terfikir juga sekali sekala bagaimanalah Laila dan Majnun mengharungi rumah tangga mereka jika mereka dibenarkan bersama. Atau kekalkah cinta sejati Rumi dan Juli andai hayat mereka masih dikandung badan. Entah-entah, setelah 5 tahun bersama, pinggan mangkuk berterbangan menjadi senjata perang? Hurm..

Penulis akhiri entry kali ini dengan satu soalan untuk anda semua, is love all that matters, or is there more to have a successful relationships?

Nota kaki bercagu : FD, penulis memang ingin move on. Seperti yang FD nasihatkan. Move on, and grow up and go to the next level. Tetapi penulis tidak ingin bergerak sendiri. Penulis ingin melakukannya bersama dengan Embi (well, itu yang penulis rasa, so far).

Wednesday, March 24, 2010

Manikam Kalbu


Rangkaian pantun ini diambil dari sebuah novel karya Faisal Tehrani Manikam Kalbu yang baru PP beli beberapa hari yang lalu. Novel ini memenangi tempat pertama 'Sayembara Mengarang Sempena JUBLI EMAS DBP'. Sukalah!!! Best sangat ceritanya. Ceritanya disampaikan secara kreatif dengan menggabungkan tema, plot, watak, bahasa dan latar dari dua zaman berbeza tetapi berkongsi subjek yang sama ~ senibusana. Nak tahu jalan ceritanya, anda kenalah beli dan baca sendiri. Abang Faisal Tehrani, saya sangat mengagumi anda. Hee ^_^

Datang mencuci si kain putih,
setengah cuci sabun pun hilang,
tuan berbudi saya pun kasih
setengah kasih direbut orang

Itik bukan ayam pun bukan,
anak angsa memakan bertih,
adik bukan abang pun bukan,
sajalah saya hati nak kasih...

Monday, March 22, 2010

Housemate


Like any other typical apartment in KL, our house is considered as average-sized house. Not too small, and I'm pretty sure, not that big! It has 3 bedrooms and 2 bathrooms. Me and Embi, we own the master room. Bilik sederhana milik Mr X. Bilik paling kecil pula tidak berpenghuni sehinggalah tiga bulan lepas, Mr Y menyertai kami dan secara rasminya menjadi penunggu bilik itu.

Kami tinggal bersama dengan gembira.

Seperti satu keluarga.

One big (tidaklah sebesar mana) happy family..

Kami sangat rapat. Seperti ungkapan Melayu, bagai isi dengan kuku. Atau bagai kuku dengan cagu. Kami saling memerlu. Bantu membantu.

Our kitchen is small. Damn small. But we keep it clean and tidy all the time. Well, kami kerap bergotong royong membersihkannya selepas memasak. Kemudian menikmati juadah beramai-ramai sambil menonton televisyen di Surga. Rancangan kegemaran kami ialah 'Casa Impian' dan 'Deko Bersama Eric'. Kami gemar menonton rancangan seperti itu kerana ia boleh dijadikan sumber inspirasi untuk kami menghias rumah. Oh ya! Surga ialah nama panggilan ruang tamu rumah kami. Sengaja kami gelarkan ia Surga kerana kami memanfaatkan dan menghiasnya seperti syurga. Lagipun, kami memang mengaplikasikan konsep 'rumahku syurgaku'.

Okay! Cukuplah tu. Kindly ignore the above mentioned not-so-true story. Ia cerita bohong penulis semata2.

Realitinya, dua tahun yang lalu, ketika penulis mula-mula berpindah masuk, penulis dengar cerita yang kurang enak dari Embi. Mr X, he did not approve me to join the family.

"Pedulikan dia. Kita tak kacau hidup dia"

Kata-kata Embi umpama jaminan. Jaminan yang mengatakan penulis selamat di rumah itu. Walaubagaimanapun, penulis masih gusar. I still have a bad feeling about this issue.

Gusar penulis sebenarnya memang berasas. Ever since I moved in, penulis kerap dilontar pandangan tajam tanda tidak suka. Wajah Mr X setiap masa masam mencuka. Dia langsung tidak bercakap dengan penulis. Dan hingga kini, sehingga cerita ini ditulis, kami masih belum bertegur sapa.

Selalulah juga dia mengirim SMS kepada Embi, membuat aduan tentang karenah penulis seperti merokok dalam rumah, berpakaian menjolok mata (kadang2 tidak berpakaian langsung!), dan menjadi terlalu hawt (hak hak hak!!).

Tiga bulan lepas, Mr Y pula menyertai keluarga kami. Dari bertiga, kami kini berempat. Oh meriahnya!

Malangnya, kehadirannya tidaklah dialu-alukan sangat. Kami bertiga tidak tahu menahu. Yang kami tahu, dia sudah berpindah masuk dan memanfaatkan sebaik-baiknya ungkapan 'buat macam rumah sendiri'. Terima kasih kepada tuan rumah Abang Z yang sangat baik hati dan sudi menaja Mr Y (anak ikan dia you all!!!).

Hubungan Mr Y dengan Mr X memang dingin. Sedingin hubungan penulis dengan Mr X juga. Mereka tidak bertegur sapa. Adalah juga sesekali penulis terdengar Mr Y bercakap seorang diri. Kuat dan lantang. Keras dan pedas. Memerli Mr X. Tetapi tidaklah penulis ambil tahu hujung pangkal cerita. Ah, biarlah diorang!

Mr Y ini, walaupun mulutnya agak 'luas' dan gemar membidas, hubungan penulis dan dia agak menjadi. Kami sekepala. We both are bicthes. Kerap juga kami lepak bersama. Bergurau senda. Bergosip dan berkongsi cerita.

Malangnya hubungan Mr Y dengan Embi pula tidak menjadi seperti yang penulis harapkan. Embi hates him due to some reasons.

Keliru dengan cerita penulis? Let me make it simple.

Mr X, Mr Y, Embi dan penulis. Four of us. Living under one roof.

Mr X anti penulis dan Mr Y. Embi pula tidak suka Mr Y dan pada masa yang sama menyampah dengan perangai diva Mr X. Penulis? Benci sangat-sangat akan Mr X itu. Mr Y pula terang-terangan melancarkan perang saraf terhadap Mr X.

^_^" senang cerita, kami hidup saling membenci! Yay!!

Thursday, March 11, 2010

Salun 2

"Finish!" Ucap apek sepatah.

Pena rasa rupanya mirip sekali dengan David Beckham.

"Maa!!! @#$%$#$^&!!" Pekik si apek.

Nyonya vogue terkocoh-kocoh datang menghampiri dengan sehelai tuala kecil.

"Lengcai ikut saya. Kita cuci rambut dulu. Kena kasi bersih dulu baru boleh colour"

"Oh, eh? Okay!"

Pena membuntuti nyonya voque, pergi ke satu sudut di ruang belakang. Dililitnya tuala kecil di belakang leher Pena. Disuruhnya pula Pena duduk di atas satu kerusi aneh yang condong 120 darjah. Hujung kerusi melekuk berongga. Muat untuk satu kepala. Ia bersambung dengan sinki kecil yang juga nampak aneh.

Pena duduk. Was-was.

"Sandar ya" kata nyonya vogue.

Pena sandar perlahan-lahan. Masih was-was. Kepalanya mendarat tepat di tempat yang berlekuk

"Auntie, ini macam mau kasi potong kepala saya je?"

"Haiya! Ini mau kasi senang kita cuci kepala la Lengcai. Bukan mau potong kepala"

Nyonya tekun mencuci kepala Pena.

"Auntie pakai syampoo apa ni Auntie? Busuk!"

"Ini syampoo special. Herba punya. Baik untuk kulit kepala. Boleh cegah kemulumut"

"Kemulumut?"

"Iya.. itu putih-putih dekat kulit kepala"

"Oh, kelumumur la Auntie"

"Ya, kelumumut"

"Bukan kelumumut. Kelumumur la Auntie!"

"Ya, macam atas kepala Lengcai. Banyak. Ini sudah berapa lama tak syampoo kepala?"

Pena diam. Nyonya vogue memang nak kena libas. Sebut kelumumur pun tak betul. Ada hati nak perli orang!

Sunday, March 7, 2010

Salun

"Saya mau colour rambut la Auntie"

Pena perasan air muka nyonya vogue itu sedikit berubah. Ada riak tidak senang. Tidak selesa. Bengang dipanggil Auntie? Habis mahu dipanggil apa? Amoi cantik? Eiww!

"Aaa, ooo.. Buleh! Buleh! Duduk! Duduk!"

Pena patuh. Dia menurut dan terus duduk. Nyonya vogue berdiri di sebelahnya sambil memegang katalog pewarna rambut.

"Auntie tolong suggest. Saya nak colour rambut jadi perang. Tapi tanak yang terang sangat. Nanti boss marah"

"Okay. Cuba ini. Gold"

"Hish, terang sangat ni Auntie. Yang lain please!"

"Ini bagus. Mahagony"

"Aiyo! Auntie, ini kaler macam pussycat!!"

Nyonya vogue menarik nafas.

"Kalau mahu kurang terang, boleh cuba dark brown dulu"

"Tapi ini macam tak ada kesan je. Tak nampak sangat. Baik tak payah colour kalau tak nampak!"

Nyonya vogue tarik nafas lagi. Sambil pintal-pintal hujung rambutnya yang bergulung-gulung. Hilang punca.

"Habis macamana? Takkan mahu caolur itu rambut warna hijau!"

"Hish! Merapik la Auntie ni!! Saya mahu inilah. Gold"

"Tapi ini tadi awak cakap terang ma!"

"Takpe. Saya mahu nampak menyerlah"

Pena perasan ada aura membunuh terbit dari wajah nyonya vogue. Pena tersengih.

"Er, Lengcai punya rambut sudah manyak panjang. Kasi potong sikit la. Ambik pakej cut and colour. Pasal Lengcai rambut pendek, kita kasi murah. Ini offer sini saja. Lengcai pegi mana tempat pun tak dapat harga ini. Mau?"

Lengcai? Setahu Pena, Lengcai itu lelaki hensem. Terus saja Pena tersengih, nampak gigi sebaris. Hidungnya kembang kempis.

Pena bukannya tahu sangat berapa harga standard untuk potong dan warnakan rambut di salun. Kalaupun nyonya vogue itu mengencingnya, dia terima saja. Lagipun, nyonya itu baru panggil Pena Lengcai..

Lengcai?

Senyuman Pena melengkung lebar. Seronok benar dipanggil Lengcai.

"Okay. Bolehlah! Buat gaya mohawk ya. Saya mahu nampak brutal"

"Kalau macam itu, tepi ini saya suruh kasi potong manyak pendek ar.. baru nampak itu punya style"

"Ikut suka Auntie.."

"@#$%^&*!!" Laung nyonya vogue tiba-tiba.

Beberapa saat kemudian, muncul seorang apek boroi botak tengah dari bilik belakang. Dia hanya bersinglet hitam dan berseluar pendek paras lutut. Di pinggangnya tergantung bekas khas yang penuh dengan pelbagai gajet termasuk gunting dan sikat.

"@#$%^&* mohawk @#$%^&#$!!" kata nyonya vogue kepada apek si tukang gunting. Entah apa dialognya. Sepatah haram Pena tak faham. Yang Pena faham, dia sebut mohawk.

Dan tak sampai lima minit, mesin rambut merodok rakus kepala Pena. Menjadikannya sedikit gonjeng di kiri dan kanan dengan kulit kepala jelas kelihatan, indah berlapikkan lapis-lapis kelumumur yang memutih. Apek si tukang gunting hanya memandang dengan mata bulat buntang. Agaknya dia geli melihat kelumumur Pena yang banyak berkerak-kerak. Ah,!! Pena peduli apa.

Pena kan Lengcai..

Thursday, March 4, 2010

Mani! Mani!!

Sori. Bukan mani. Sebetulnya Money. Penulis nak share menda ni yang penulis dapat dari seorang rakan. Penulis malas nak edit. Punyalah pemalas kan. Hehehe..

SALAM..daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan???
mule2 mmg xcaye bnde ni,tp y not kite try kn sbb die XPERLU MODAL pn.XPERLU MODAL..
haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..
beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di catcheyes
jom..

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat
disini,

ya,mudah saja,klik2 iklan tak samapai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika
sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda
peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..

banyak tu .. awak tak nak ke? ayohlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda
free xkan tak boleh ajak..

untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah
mencecah 59,292 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan
penipuan..

Cara nak register, klik jer link nie:

http://www.catcheye.com.my/?r=79745


3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan:

soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)

5.klik agree and proceed..
Ok siap
kemudian apa perlu buat?

1.klik sign in

2.lepas sign in klik reward panel

3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.

4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.

5.postkan risalah saya ni di buletin facebook atau myspace & emailkan kepada kawan2.

6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.

percayalah!sebab benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP KITE KNE USAHA JGAK KN??
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
klik, klik, klik

*x berminat pn try je…anggap je main2 mne tau ade rezeki FREE JE...XTIPU... =)


So amacam.. rajin x? Kalau rajin mainlah.. Papai.. Penulis mahu sambung kalaoke.. lalalala

Thursday, February 18, 2010

Mr Roy 2

Pena terbaring gelisah. Sudah setengah jam dia cuba tidur. Matanya sekejap terbuka, sekejap terpejam. Terkebil-kebil serba tidak kena.

Manakan bisa Pena lelap! Suasana langsung tidak nyaman! Tidak kondusif! Silau cahaya dari peti TV mendera matanya. Hingar suara dari peti yang sama menyeksa telinganya.

"B, saya nak tidur ni" protesnya, pendek.

Embi yang sedang enak mengorek hidung pantas mencapai remote, memperlahankan volume.

"Nak tidur dah ke Cuk? Citer besh jap lagi! Rugi tak tengok!"

"Saya nak bangun awal"

"Motep? Besok awak bukannya kerja pun"

"Nak gi taman"

"Taman?"

"Nak joging! Mulai hari ni, saya akan start jaga badan balik. No more junkfood. No more makan lewat malam. Exercise everyday. Jogging 3 kali seminggu. Renang sekali seminggu"

"Kih kih kih kih kih.....Kih kih kih kih kih....Kih kih kih kih kih...."

Pena tak pasti berapa harakat gelak Embi. Yang dia pasti, hatinya panas! Niat murninya diperlekeh.

"Saya dah dapat six packs saya balik nanti, awak masa tu saya dah tak pandang! Huh!"

"Kih kih kih kih kih....Kih kih kih kih kih....Kih kih kih kih kih...."

"You just wait and see"

"Kih kih kih kih kih....Kih kih kih kih kih....Kih kih kih kih kih...."

"Sadapp B!!"

Entah pukul berapa dia terlelap. Pena tak pasti. Yang Pena pasti, dia terjaga pukul 2 suku petang. Cepat-cepat dia capai telefon bimbitnya dan dail nombor 1300.

"Hello. Good afternoon" kata Pena.

"Yes, my name is Pena" jawab Pena

"Yes, yes" jawab Pena lagi.

"Yup! Correct" entah apa yang dibualkannya.

"So, can I place my order now?" kali ini giliran Pena pula bertanya.

"And make it faster, please!! I'm damn starving right now!" sambung Pena lagi.

"1 large Mcvalue Meal Spicy Chicken McDeluxe, 1 Strawberry Sundae. 6 pieces nuggets, ala carte with BBQ sauce...Coke please. . And I want coke float.. " pinta Pena.

Notakakibercagu: "It is easy to set a goal, but to achieve the goal, it is not that easy. And it is not easy to resist Spicy Chicken McDeluxe. And Coke. And Strawberry Sundae. And Nugget with BBQ sauce. But to get them, it is soo easy!!" Pena anak Penis, si gojes.

Wednesday, February 17, 2010

Mr Roy

Usai bersiram, penulis melangkah keluar dari kamar mandi tanpa seurat benang. Air mandian masih melekat, berjejeh-jejeh di seluruh badan. Penulis peduli apa!

"Bibik! Towel please!"

Embi yang sedang enak menonton TV terkulat-kulat bangkit, malas tetapi tetap akur menghulur tuala kepada penulis. Mukanya masam.

"Awak ni! Lain kali towel amik siap-siap! Pastu lap kering-kering dulu baru keluar. Habis basah bilik ni" Rungut Embi. Tidak puas hati.

"Ah, apa susah. Bibik kan ada. Jap lagi tolong mop lantai ya Bik!"

"Hee, teruk betol! Selekeh! Duduk dengan orang utan lagi baik. Saya bla bla.. " rungutan Embi bergendang lagi.

Penulis diam. Menjawab tidak. Mendengar pun tidak. Penulis sibuk mengelap diri dengan tuala. Dari rambut ke muka, dari muka ke dada, dari dada turun ke paha. Dan betis. Dan kembali ke dada, sebelum berakhir di tempat mula; kepala. Dengan cara melilit tuala supaya elok melekat menutup rambut.

"Wanna be on top??" tempik penulis tiba-tiba, cuba memondan sambil pose ala-ala Tyra Banks. Peha dirapat, punggung diangkat.

"If you liked it then you should have put a ring on it! Woo ooo woo ooo!! Woo ooo woo ooo!!"
Kali ini penulis menonggeng pula. Tangan kanan dihulur ke depan, tangan kiri menepuk-nepuk punggung sendiri. Tergedik-gedik, terkinja-kinja membuat step tarian single ladies, berangan penulislah Beyonce Knowles.

Embi menjeling. Agaknya sudah tidak larat melayan karenah penulis yang pelbagai.

"Dah la cuk! Sakit mata saya tengok perut awak bergegar-gegar! Saya rasa perut awak tu dah semakin boroi. Membuak-buak. Hodoh benar!!"

Tarian penulis terencat.

Tangan penulis mengusap-usap perut yang membulat.

Mana pergi 6 pax aku!!?

Wednesday, February 10, 2010

FETISHOLOGY I




"Gua gila betul kat speedo"

"Speedo? You mean, swimming trunk?" kening penulis berkerut sedikit.

"Yup! Tapi bukan yang panjang macam boxer tu. Gua suka yang macam spender tu. Gua rasa gua dah fanatik kat speedo jenis tu"

Penulis menelan air liur.

"Gua suka betul pakai speedo masa gi renang. Kalau dapat tengok mamat kacak pakai speedo, laagi gua suka. Fuh, dia punya daya tarikan bisa buat puki gua meleleh. Selalu jugaklah gua suruh skandal gua pakai speedo pastu catwalk depan gua"

"Hai..Catwalk je?"

"Pastu jadi lauklah dia.. Time tu jugak gua terkam dia!! Muwahahaha!!"

"Wa.. dasyat la lu bro! Lunyai la budak tu bro? Eh, cuba lu hurai sikit kefanatikan lu tu bro? Gua punya curious ni membuak-buak pulak! "

"Entahla PP. Gua rasa memang gua dah obses gila dengan speedo. Sekarang gua dah ada 25 pasang speedo. Macam-macam warna ada. Macam-macam design. Macam-macam brand. Bukan setakat brand Speedo je. Ogival. Nike. Mizuno. Philosophy Men. Seed. Banyak lagilah! Dan yang penting, setiap kali gi renang, gua akan pakai speedo yang berlainan. Saja. Menunjuk-nunjuk yang gua ni ada banyak speedo. Hahaha.. Nah! Ni koleksi gambar gua!!"

Rex menghulurkan handphonenya kepada penulis. Terbukti, dia memang peminat swimming trunk. Dalam galeri gambar, terdapat berpuluh-puluh gambarnya beraksi dengan hanya memakai swimming trunk. Di kolam renang. Tepi pantai. Atas bot. Air terjun. Atas batu. Dalam bilik. Dalam hutan pun ada. Selain gambar dirinya, terdapat gambar-gambar lelaki lain juga. Yang mungkin diambil secara candid dan juga dari laman web.

Fuh! Berpeluh penulis. Penulis mula terliur. Penulis akui, badan Rex memang cantik. Kurus, tapi berotot. Jadi semua swimming trunk nampak elok melekat di badannya.

"Gua nak share satu rahsia dengan lu!" Sambung Rex lagi.

"Hah! Share! Jangan tak share!!"

"Kalau nak main, gua kalau cara biasa, cara normal, ambil masa sikit nak naik. Well, nak foreplaylah semua tu bagai! Tapi kalau gua pakai speedo atau partner gua pakai speedo, fuh! Tak payah foreplay. Terus naik mencanak! Kiranya speedo ni macam pemangkin utama darjah ke'stim'an gua" bersungguh-sungguh Rex bercerita. Air liurnya memercik ke muka penulis.

"That's what we call sexual fetishism" balas penulis.

"Ha?" Rex ternganga.

"Fetish. Tau fetish tak? Lu punya fetish ialah speedo"

"O.. Gua selalu gak dengar fetish ni. Tapi tak sure sangat fetish ni macam mana. Yang gua tau, janji gua sedap. Kih kih kih..," Rex tergelak, bergegar sedikit dada bidangnya.

"Sexual fetish ni macam perasaan lu terhadap speedo kesayangan lu ni lah. Kepuasan seks lu bertambah bila ada speedo kan?"

Rex diam. Beberapa saat kemudian dia tersengih-sengih. Mengusap-usap janggutnya yang sejemput.

"Eh, PP! Gua teringinlah nak tengok lu pakai speedo"

"Aiyo mamat ni. Dia punya miang! Aurat tu bro! Kita kan bukan muhrim"

"Hah! Poyo!! Jangan cakap pasal aurat! Lu pakai seluar pendek masa kat swimming pool ari tu boleh pulak!?"

"Er.. tu lain. Ni pendek sangat. Seksi dan seksa" jawab penulis malu-malu kucing.

"Cubalah bro. Lu mesti nampak hawt punya. Badan lu boleh tahan lawa" Rex memandang penulis dengan mata yang bersinar-sinar. Sinar yang dipenuhi harapan.

Penulis tersenyum. Tersipu-sipu anak teruna.

Penulis dan Rex, kami baru berkenalan. Itu kali kedua kami berjumpa. Kali pertama, kami melepak dan berenang bersama-sama di swimming pool di kawasan condonya. Dan penulis akui, penulis setuju untuk berkenalan dan keluar dengannya kerana penulis tertarik pada gambar yang dikirimnya melalui mms. Gambar dia yang hanya memakai swimming trunk di tepi kolam renang.

Kami sebaya. Cuma Rex nampak lebih muda. Imejnya imej mat rempit. Kulitnya gelap. Badannya tegap. Cakapnya sedikit kasar. Anak jati Melaka. Selalu juga penulis dengar, orang Melaka memang kasar boraknya. Ah, ada penulis kesah semua tu? Yang penting penulis tahu, Rex itu, walaupun kasar, hatinya baik. Romantik juga sekali-sekala. Lagipun dia jambu orangnya.

Jadi apa yang berlaku malam itu?

**Grin**

Penulis memang senang dipujuk.

**Grin**

Pertemuan kedua penulis dan Rex malam itu berakhir dengan Rex akhirnya berjaya memujuk penulis menari poco-poco dengan hanya berswimming trunk di dalam biliknya.

**Grin**

Notakakibercagu: Penulis kini berkira-kira untuk memiliki swimming trunk sendiri.. hak hak hak.

Monday, February 8, 2010

Interview2

Rentetan dari my previous interview last 2 weeks, which I think I screwed it up with my sarcastic answers yet reasonable, I finally manage to pass the first interview and last Friday, I've got a call to schedule the second interview.

So what happens? I have no mood to write it up right now. The second interview is today.. brrr brrr brrr (PP tengah nervous)

Monday, January 25, 2010

Interview


Besok ada interview kat KLCC. Semoge PP berjaya ^_^

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails