Tuesday, August 2, 2011

Terang

Tepat pukul empat, deringan telefon bimbit yang dikunci jamnya mengejutkan abang kacak. Butang 'tidur sebentar' ditekan. Dan abang kacak mengerekot kesejukan sambil menghabiskan baki-baki dengkur.

Lima minit kemudian, deringan encik telefon kembali membingitkan telinga. Mahu sahaja abang kacak campakkan encik telefon tak reti bahasa itu ke luar tingkap.

Bukan abang kacak tidak mahu bangkit dari tidur. Memang abang kacak sudah merancang untuk bersahur. Masalahnya, abang kacak terlalu sayang untuk mengorbankan waktu tidur. Terlalu mengantuk rasanya. Seolah-olah ada setan-setan mini yang bergantungan di kelopak memujuk mata supaya terus terkatup.

Tetapi setan semua bukankah sudah diikat sepanjang Ramadan?

Mahu tak mahu, abang kacak terpaksa membuka mata, meraba-raba dalam gelap mencari cermin mata supaya mata yang rabun kembali terang.

Entah macam mana, dunia abang kacak bukan sahaja tidak rabun, malah tiba-tiba bercahaya silau terang benderang.

2 Ogos bersamaan 2 Ramadan. Abang kacak bersahur pukul 8.

Monday, August 1, 2011

alkisah

Ada beberapa cerita yang ingin abang kacak kongsikan di sini. Ikutkan rancangan, abang kacak mahu kisahkan satu persatu.

Tetapi, memandangkan abang kacak sudah sama malas tahapnya dengan kucing garfield, abang kacak hanya akan menyenaraikan secara ringkas sahaja.

1) Mr Soh si landlord. Gojes sampai menjilat jari kaki dia ni (baca: oh man)

Sudah beberapa kali dia bertandang ke rumah. Dia semakin berani. Datang ke rumah, kononnya hendak membaiki lampu. Sebaliknya dia mengambil kesempatan mencabul abang kacak(salah abang kacak juga sebab pakai spender je masa orang tua ni datang).

Bagaimanapun, abang kacak halau dia balik.

Beberapa hari kemudian dia datang balik. Hadiahkan abang kacak pemain VCD.

Er..

"Kasihan sama you. Tengok TV sahaja. Astro pun tidak ada, amikla, saya hadiah," katanya penuh ikhlas.

Ceh.

Baiklah. Orang memberi kita merasa. Dia nak merasa kita? Hurm, jangan mimpila.

Selang sehari, dia muncul lagi membawa sebungkus koleksi VCD lucah. Bercampur-campur. Heteroseksual ada, homoseksual ada.

Perli abang kacak: Wah, kamu memang gay ka Mr. Soh? Suka tengok blue lelaki main sama itu lelaki.

Balas dia: Mana ada. saya tengok sahaja ma. kamu la gay. Sumping (tindik) telinga, rambut pacak-pacak.

Perli abang kacak: Kalau saya gay pun, kenapa kamu datang sini bawa semua ni, nak baik-baik sama saya? Kamu suka saya ka? Tak mengaku gay konon, ini apa ni, pakai thong lagi, mahu goda saya la ni? (dia pakai seluar londeh, nampak thong yang dipakainya). Lagi satu, itu hari kenapa peluk saya? Tak tahan tengok saya seksi ka? Saya bukan amoy ma!

Dia hanya diam. Kami sama-sama menonton VCD tersebut. Setengah jam kemudian dia pulang.

Itu kejadian dua minggu yang lalu, orang tua ni tak muncul-muncul lagi sehingga sekarang.

Dia tak ambil balik VCD playernya. Kesemua VCD lucah juga ditinggalkan begitu sahaja.

Syukurlah.

2) Kekasih yang menyisih

Abang kacak dah berpisah. Awal bulan Jun.

Salah siapa bukan persoalannya. Yang penting, hati tak suka, jiwa tak nyaman. Serasi tak ada, bahagia tak jumpa. Sebaik-baiknya kami berpisah.

Before he dump me, i dump him first.

Tidak dinafikan, perpisahan kali ini tidak mudah untuk diterima.

Entah kenapa, sehingga sekarang mata berkaca apabila berbicara tentangnya. Terlalu sedih sehingga tidak mahu langsung mengenangkan dia.

Dahsyat penangan orang Sarawak.

3) Rakan yang menghilang

Tujuh bulan sudah abang kacak merantau ke negeri orang. Rakan-rakan rapat yang keep in touch boleh dibilang dengan jari.

Oh tidak, jari ada 10. Yang ada sekarang, cuma seorang. maknanya boleh dikira dengan batang pelir sahaja.

Nasihat seorang sahabat jauh, orang tak cari kita biar kita cari orang.

Ya, abang kacak ikut nasihat itu. seminggu sekali mencari mereka supaya mereka tak lupa.

Abang kacak tak kisah. Biar bil melambung telefon. Janji mereka ingat abang kacak.

Sehinggalah peristiwa abang kacak berpisah.

Sebulan FB abang kacak tidak diselia, seorang pun rakan karib tidak bertanya.

Tiada yang memujuk abang kacak. Telefon tidak ada, jauh sekali sms bertanya khabar.

Abang kacak bergelut seorang diri melawan kesedihan sehingga naik berat 5 kilo (kalau sedih abang kacak kuat makan).

Saat itu, detik itu, abang kacak tersedar dari fantasi. Rakan-rakan untuk bergembira, ramai. Rakan-rakan untuk bersedih, ada seorang pun dah cukup baik.

Kazens konon. Ptuih!

4) Gadis yang ser-deyhh

Percaya atau tidak rebound love abang kacak adalah seorang gadis.

Entah apa yang mengetuk kepala abang kacak, tiba-tiba terbuka hati untuk mengenali seorang perempuan.

Permulaan kami agak baik. Dua hari kenal, abang kacak sudah dibawa bertemu keluarganya. Dipendekkan cerita, ibunya suka pada abang kacak sampai tak habis-habis ajak makan di rumahnya.

Anaknya? Muda remaja. Seksi bergaya. Minatnya pada kamera. Obsesnya pada kemilau cahaya glamoria.

Dan kaki jantan. Seteruk-teruk abang kacak yang kaki jantan jugak (hehehehe), tidaklah sampai bercinta dengan dua tiga jantan sekali gus dalam masa yang sama.

Berdasarkan kecenderungannya mencari jantan, abang kacak tidak berani menjadikan dia sebagai awek yang sah.

Abang kacak hanya ingin berkenalan serta mengambil pendekatan selamat iaitu tunggu dan lihat.

"I love u" katanya suatu hari dan dibalas senyuman hambar abang kacak yang meminta masa lebih panjang untuk memikirkannya.

"Mun kamek dapatnya, kamek sik akan mncari yang lain" tulisnya di wall FB pada hari yang sama dia lafazkan cinta.

Melalui analisis abang kacak, gadis ini tidak sesuai untuk abang kacak.

Bukan dari segi akhlak, sebab siapalah abang kacak untuk menilai akhlak orang kerana abang kacak sendiri pun tersipu-sipu kalau jumpa pak aji sambil tarik mini skirt bagi panjang sikit.

Kami tak sesuai dari segi mentaliti. Abang kacak seorang yang kacak. Sudah tentu. Pada masa yang sama, seorang pemikir yang kritis dan kreatif.

Isu semasa, politik dan ekonomi, sekurang-kurangnya tahu serba sedikit.

Dia? Zero. Ketua Menteri sendiri pun tidak diketahui namanya.

Dia ibarat gadis bandar yang lebih kampung dari gadis kampung yang ke bandar.

Setiap kali abang kacak menukar radio ke Hotfm, dia merungut dan mancari frekuensi Hitsfm.

Dia mendengar rentak disko rancak dilagukan para mat salleh. Malah dihafalnya bait-bait lagu tersebut.

Hakikat yang sebenarnya, sepatah haram pun dia tak faham apa yang dihafalnya.

Dia minat bidang memperaga. Baik berjalan kucing mahupun sesi fotografi dialah juara (tak malu).

Siapa model terkenal yang awak minat.

entah. kamek sik taoklah.

Tyra Banks?

diam.

Pernah sik nangga America's next top model.

Aoklah. Kamek maok jadi top model la.

........


^_^"

Sik. kamek madah, ada show di tv, America's next top model. Di sia, sidaknya diajar jadi model bagaimana nak bergambar atau catwalk. Kitak sik pernah dengar ka?

Oh yaka? Omputeh ka?

Aoklah.

Sik maok eh. Kamek sik faham.

Aie, kitak madah maok jadi model terkenal, kenalah belajar. Belajar skill, bukan setakat posing entah apa-apa macam budak sekolah, pastu dedah dada. At least, lebih berseni. Lagi satu, kitak must improve kemahiran berkomunikasi, terutama dalam english, kelak mun kitak dapat job besar, sidaknya semua klaka english. At least, kitak mesti faham apa dipadahnya.

Sik maok eh. Kamek sik suka belajar. Aie, kitak apa hal serius sgt ari tok. Kamek maok enjoy jak bah. sik maok stress stress.

....

^_^"


stubborn!

Apa ya? ikboh la klaka omputeh.

Sikda papa. Kamek madah kitak bimbo. bimbo-er than me. hehehehe.. Pas nya, mun kamek nasihat sik maok dengar. degil.

ei, kenja ah kitak.


Kitak kinektok masih muda. kacak. seksi. mun kitak dah tua, mana ada sidaknya maok amik kita jadi model. So, u need to equip yorsef with knowledge. Kitak kena ada ilmu pengetahuan.


Aie, kamek sik suka orang ceramah. boring. macam pakcik-pakcik.


Habis, mun 20, 30 tahun lagi, kitak sikda job, sik laku sebagai model, then sikda ilmu pengetahuan, macam mana maok survive? siapa maok sara kitak?


Mak bapak kamek ada.


Mun ya meninggal?


Hei, mulut. jahat. boh la padah macam ya. Kamek sik pernah fikir sampai macam ya.


Awek macam ni nak jadi lover abang kacak? No thanks. Baik buat u-turn, cari jantan.





Penulis

Sedar tak sedar, sudah beberapa bulan penulis tidak berkelakuan seperti yang sepatutnya, iaitu menulis. Bukan tidak mahu menulis, tetapi tidak tahu apa hendak ditulis.

Kalau ada pun isu yang hendak ditulis, mood untuk menulis tidak muncul-muncul. Duduk sahaja depan PC, penulis lebih cenderung melihat gambar bogel Brad Pitt daripada menulis.

Jadi mulai hari ini, penulis berpesan kepada diri sendiri supaya tidak membahasakan diri sebagai penulis lagi. Penulis tidak layak dipanggil penulis. Anda juga jangan panggil penulis, penulis lagi..

Panggil sahaja penulis, abang kacak.

Thursday, May 19, 2011

Sakitnya

Tatkala ditanya seorang sahabat, mudahkah mengharungi detik-detik perpisahan setelah empat tahun membina mahligai, spontan penulis menjawab, biasa-biasa je noks.

Itu jawapan di mulut, sedangkan jawapan di perut, tuhan sahaja yang tahu. Ini kerana jawapan sebenarnya adalah tak mudah, tak pernah mudah dan tak mungkin mudah.

Apa jua alasan, perpisahan sesebuah perhubungan yang dibina atas dasar cinta, lebih-lebih lagi yang memakan masa bertahun lama mampu membuat hidup insan yang menanggungnya serba tak kena.

Mungkin bagi segelintir, hikayat cinta kami yang sekadar berusia empat tahun memang tak terbanding rumah tangga orang lain yang adakalanya menelan waktu berpuluh-puluh tahun.

Apalah sangat hikayat kau Pena? Aku dengan BF lagi lama. 10 tahun.

Kepada yang berkata demikian, hey, ada penulis kisah? Ini cerita penulis. Suka hati i la! Kalau u nak bangga sangat, u tulislah blog u sendiri! Buewkkk!

Okay sambung balik.

Sejak kecil, sejak remaja, penulis terdedah dengan pelbagai jenis cinta. Cinta pandang pertama, cinta surat, cinta monyet, cinta separuh masak serta bermacam lagi.

Ketika itu, cinta datang dan pergi. Perpisahan ibarat mainan. Dan ketika itu, penulis masih mampu melambai-lambai ratu tanpa rasa gundah gulana (maklumlah orang hawt! heee)..

Bagaimanapun, keretakan rumah tangga yang penulis bina bersama Embi merupakan pengalaman yang paling mengerikan. Perpisahan kali ini bagi penulis amat menyakitkan meskipun ia berlaku untuk kebaikan kami berdua.

Ia ibarat harta yang amat berharga bagi penulis hilang dan tidak ada galang gantinya.

Ia ibarat separuh hidup penulis pergi.

Dulu, ketika mula-mula menjalin hubungan, perkara pertama yang berlaku ialah kami berkongsi perasaan. Cinta sama cinta. Suka sama suka

Perkara seterusnya, kami berkongsi suka duka. Dan berikutnya, kepercayaan mula terbina. Apabila sampai ke tahap itu, kami berdua saling bergantungan. Saling menyokong dan saling memerlukan.

Apabila sudah saling memerlukan, kami mula berjanji. Dan perkara yang berlaku seterusnya adalah kami sama-sama bermimpi.

Bermimpi? Ya, memasang impian adalah perkara normal bagi mana-mana pasangan yang sedang bercinta. Tanya pada diri, pernah atau tidak berangan untuk ke Milan bersama pasangan? Atau lebih murah, mungkin ke Langkawi untuk berbulan madu? Atau mungkin anda pernah bercita-cita untuk tinggal serumah? Atau bagi yang straight, bercita-cita untuk berkahwin, mempunyai cahaya mata, mengumpul harta, membesarkan anak-anak dan mengharungi hari tua bersama?

Pendek kata, setiap pasangan pastinya merancang dan mengharapkan sesuatu yang baik untuk masa depan.

Dan sebaik sahaja berpisah, perkara pertama yang terlintas sebenarnya, juga adalah masa depan.

Bagaimana aku dapat mengharungi hidup seorang diri? Siapa akan temankan aku shopping dan tengok wayang? Siapa sanggup jaga aku ketika demam? Siapa boleh masakkan untuk aku? Siapa yang aku boleh harapkan jika mengalami kesempitan? Siapa boleh tenangkan aku di kala keresahan? Siapa sudi belai aku waktu kesedihan? Siapa mampu tahan perangai aku yang baran? Siapa sanggup menonggeng ketika aku kegersangan?

Bayangan demi bayangan mengerikan pula mula muncul. Orang tersayang di dalam pelukan orang lain. Bersenggama, memadu kasih, membina hidup baru. Lebih ngeri, impian yang pernah dianyam bersama kini dikait berdikit-dikit bersama orang lain pula.

Sedangkan aku? Entah siapa yang mahu?

Dan seribu satu persoalan lagi terus menghambat sehingga penulis tidak mampu lari kecuali menyorok dan merintih di dalam tandas (kalau di pejabat) atau terbaring lesu di atas katil dan menangis sampai basah lencun satu bantal (kalau di rumah).

Apabila berpisah, hidup penulis tunggang langgang. Rutin harian jadi berubah. Penulis perlu membiasakan diri dengan situasi baru yang jauh berbeza berbanding sebelum-sebelum ini.

Pendek kata, perpisahan melontar penulis ke alam yang tidak pasti.

Alam di mana penulis meratapi masa depan yang tidak menjadi dan pada masa yang sama, merintihi kenangan yang berlalu pergi.

Lalu cuba anda terangkan, bagaimana penulis hendak menghadapinya sekali lagi?

:'(

Tuesday, April 12, 2011

Cuci Mata


Setiap kali terpandang lelaki kacak mengikut takrifan penulis, hati ini bukan sahaja jadi tidak keruan, malah diri pasti menggedik meliuk lentuk walaupun ketika itu duduk semeja bersama kekasih hati.

Keinginan untuk mencuci mata dengan menatap wajahnya seakan-akan membuak-buak. Kalau pun tidak secara terus, ekor mata sekurang-kurangnya tetap berusaha mengekori kelibat sang jejaka secara curi-curi.

Teman penulis, Amir (bukan nama sebenarnya), pun bertabiat sedemikian. Pantang nampak yang elok melintas di depan mata.

Kalau duduk, pantas sahaja kakinya menyepak kaki penulis. Kalau berdiri, cepat sahaja sikunya menyiku penulis. Walhal, isterinya, Amirah ada bersama kami.

Bezanya dia dengan penulis, Amir seorang lelaki lurus. (Matanya hanya memandang wanita).

"Wei awek lawa tu!!!! Tetek selambak!" Itulah yang kerap dibisiknya kepada penulis. (He has not idea at all that I am not who he thinks I am.)

Lelaki. Lurus atau pun tidak semuanya sama.

Pantang nampak yang elok pasti tak senang duduk. Biarlah teman di sebelah menjeling marah. Mereka peduli apa!

Persoalannya, why do men always look at other women/men even when they say they are in love with someone?

Bagi penulis, why not?

Tanya seorang rakan,

"Kalau begitu, engkau mahu duduk seharian suntuk bersama teman lelaki yang matanya ibarat helang? Melilau sana sini mencari makanan jiwa sedangkan 'santapan' sebenar sepatutnya kita?

Tambahnya, "Kiranya kau sangguplah bersamanya, orang yang tidak menghargai, dan tidak menghormati kekasihnya sendiri?"

Amboi, tidaklah sampai begitu kawan. Boleh tu boleh, tetapi penulis akan menasihati kekasih penulis supaya berpada-padalah.

Lagipun, kita perlu menerima hakikat. Dalam dunia ini, lambat laun sentiasa ada manusia yang lebih lawa atau kacak daripada kita. Lebih-lebih lagi kecantikan itu subjektif sifatnya.

Bagi segelintir, mungkin mindanya berkata yang bermata bulat itu lawa. Sesetengah pula merasakan yang sepet itu lawa.

Jadi siapa kita untuk menghalang orang menikmati santapan mindanya sendiri?

Sebenarnya, sedar atau tidak, both sexes like to window shop. Tanyalah mana-mana gadis, pernah atau tidak dia mencuci mata.

Bohonglah kalau dijawab tidak pernah kerana manusia lumrahnya memang begitu. Sentiasa tertarik kepada sesuatu yang indah.

Memandang adalah sekadar memandang. Memandang tidak semestinya menjejaskan kasih sayang yang tertanam. Biarlah dia memandang. Kerana itu tanda si dia mencintai kita.

Cuba tanya pada diri sendiri, dia memandang kerana apa?

Kerana makhluk yang melintas itu lawa.

Tanya lagi, siapa lagi lawa, anda atau makhluk itu?

Aku.

Kalau itu jawapannya, anda memang patut berbangga kerana antara makhluk itu dengan anda, dia memilih anda untuk menjadi kekasihnya kerana kecantikan anda.

Tetapi bagaimana kalau jawapannya,

Makhluk itu yang lebih lawa dan menawan daripada aku.


Mesti sakit hati bukan? Tetapi kenapa pula si dia memilih untuk bersama anda?

Nah, tepuk dada tanya selera.

Notakakibercagu: Tidak dinafikan PP memang suka usha jejantzz kacak, sebab tu PP suka usha diri sendiri kat cermin. hak hak hak

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails