Friday, August 21, 2009

Thongology Part 1



Kisah 1
Tahun 2002, Mohd Rafael (bukan nama sebenar) pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah berasrama penuh telah dibelasah senior-seniornya.

Adakah senior-seniornya itu samseng sekolah?

Oh tidak. Mereka pelajar yang baik. Mereka terdiri daripada pengawas serta ahli jawatankuasa disiplin dan sahsiah Persatuan Pelajar Islam.

Oh, jadi Mohd Rafaellah yang jahat ni?

Pun tidak. Tapi, mungkin dia sedikit tersilap langkah kut..? Dia di tangkap ketika menyidai 2 helai G-string miliknya di ampaian secara terbuka. Bagi seniornya, budak ini sudah rosak bila terkantoi memakai 'benda' seumpama itu. Jadi habuan untuk Mohd Rafael ialah sepak terajang dan dipaksa membuat akujanji tidak akan memakai 'benda' itu lagi.

Kisah 2


Sekitar tahun 2003, Nik Ismail, pelajar di kolej matrikulasi sedang tekun mengulangkaji di meja study apabila roommatenya, Izwan ingin meminjam charger handphone.

"Amik dalam drawer kat locker aku" kata Nik Ismail.

10 saat kemudian..

"Ish apa ni? Underwear ke? Ko pakai ke Mail? Hehehe.. Hahahaha.. hahahahahaa... Muwahahahaha... Raop! Cuba ko tengok underwear Mail!! Hahaha... Ko jadi penari bogel ke Mail?''

Izwan mencapai Thong tersebut dengan hanger dan membalingnya kepada Rauf, seorang lagi roommate mereka. Deraian ketawa dua 'mangkuks' itu kemudiannya memenuhi segenap ruang bilik.

Sudahnya, malam itu Izwan itu tidur dengan bibir yang pecah ditumbuk Nik Ismail yang tiba-tiba naik angin gara-gara diejek dan dihina rakan-rakan sebilik sendiri.

Kisah 3


Awal tahun 2009, Puan Salmah Huha, surirumah sepenuh masa sedang sibuk mengemaskan bilik anak bujangnya, Kimie apabila dia secara tidak sengaja terjumpa sehelai seluar dalam yang aneh bentuknya. Dia cepat-cepat memberitahu Kamal, abang sulung Kimie tentang penemuannya itu.

Beberapa jam kemudian, Kimie disoal siasat bertubi-tubi oleh abangnya tentang seluar dalam aneh yang ditemui Puan Salmah Huha. Mereka syak Kimie seorang gay.

Mereka tidak tahu yang Siti Zakiah, kekasih Kimie adalah insan yang bertanggungjawab membelikan Thong itu sempena menyambut birthday Kimie yang ke 18 beberapa hari sebelum itu..

Sebenarnya ada banyak lagi kisah tragik yang ada dalam simpanan penulis. Tapi cukuplah penulis paparkan 3 kisah sahaja. Er, salah satu kisah milik penulis sendiri. Yang mana satu? Rahsia..

Apa-apa je lah. Yang penting sekarang, penulis nak tanya, Will somebody please tell me what is so wrong about men wearing thongs or G-strings?

10 comments:

Joey said...

errmm...was it comfortable wearing that?

forgive me if i'm wrong...


I think it is so gay to wear G-strings....

hahaha..is it?

Anonymous said...

Wearing G-strings does not make you gay bro!

But it's sure so Not comfortable...
atlease for me :o(

who cares what you wear inside, it's the performance that counts!!!


azam.

Anonymous said...

x salah ape2 pon... me myself pon got my own collection of g-string and thongs mwahahahaha

Pojiepooh Abdullah said...

for me wearing g-string is nothing to do with gay or not..
it's for ur own fun and feel..
but best la pakai, rasa natural jer..

Lasykar Langit dan Bumi said...

I hav two G-strings tp jarang pakai... my brother pun ada jugak, tp that doesn't make us gay... lgpun kita pki kat sebelah dalam jer kot, bkn nk tayang kat org... so why not...?

DarcyDiaries said...

errmm..Me? (sorry mencelah)
Don't really like thongs / G strings..but i've got nothing againsts these!

P/S; Long live brief / boxer brief! ;-)

Anonymous said...

siyes x confortable langsung~~

Arie Anuar said...

takde yg salah pun..
tapi taktau lak selesa or tak..
=I

nazzman ibrahim said...

aku ada 3 helai G-string best bila pakai dengan jeans....memula emak aku bising gak tapi lepas tu dia ok jerrr cuma dia kata geli tengok benda alah tu.

Zack Azrin said...

ok kot....
tp xpernah pkai....
tringin nk pkai...
nk thu selesa ke x....
but, still luv 2 wearing brief....
comfotable....
apepn, xslh pkai g spring...


~zack~

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails