Monday, August 31, 2009

Mat Duwey (Final)


~Pinjam duit RM500. Bank in kan kat akaun Maybank aku~

~RM100 boleh lah. Nanti lari budget aku~

~Ko ni bengap ke apa? Aku nak pinjam RM500! Bukan RM100! Aku bayar baliklah. Bukan aku nak mintak saja-saja, bahlol!~

~Paling banyak, RM100. Aku takde duit!~

~Mana cukup! Takkanlah takde duit. Kau kan dah kerja. ~

~Aku baru 3 bulan kerja. Mana ada saving lagi. Ko nak ke tanak? ~

~Pegi mampusla ko! Aku takde lah lapar sangat duit kau! ~

Antara kandungan SMS terakhir dari dia tahun lepas. Penulis bank inkan juga RM100. Walaupun dia kata tak nak, tapi dia ambil juga. Terima kasih? Tidak walaupun sepatah. However he did text me ~ko memang kacaklah!~ and I assumed that was his 'terima kasih', indirectly.

Kali terakhir penulis nampak kelibat dia, raya tahun lepas. Jadi dah nak masuk setahun jugalah kami tak bersua muka bertemu empat mata. Kalau bertentang mata pun bukannya dia nak bercakap dengan penulis. Dia anggap penulis macam tidak wujud dalam rumah. Nak ajak lepak-lepak borak-borak mesra? Kirim salam. Even makan di rumah pun tak semeja. Seboleh-bolehnya dia nak mengelak dari penulis. Dia hanya bercakap dengan penulis bila dia nakkan sesuatu. Duit. Sama ada dia pinjam dengan penulis atau pow dari wallet penulis macam tu jer.

"Aku amik RM10 dari wallet ko. Nanti aku ganti." Ayat yang dah biasa penulis dengar setiap kali kena pow. Tak akan dapat balik dah. Dah masak sangat! Penulis anggap duit tu ala2 bayar zakat je lah.

Kami renggang sejak penulis menerima tawaran untuk belajar di sebuah sekolah di N9. Dia di kampung. Penulis pula nun jauh di negeri orang. Habis sekolah, penulis menetap di Selangor, bekerja sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran. Kemudian terus sambung belajar. Pendek kata, penulis memang hidup merantaulah! Penulis hanya pulang bila cuti panjang sahaja. Setiap kali penulis balik, dia tarik muka. Tak tahulah apa sebabnya. Dengar-dengarnya, dia cemburu kerana nasib penulis sentiasa lebih baik dari dia. Penulis bijak dan selalu cemerlang dalam pelajaran. Dia juga cemburu kerana katanya, keluarga lebih sayangkan penulis berbanding dirinya. Oh ya! Mungkin juga kerana penulis lebih kacak darinya.

Entah dia sedar atau tidak, sebenarnya penulis juga jauh hati bila teringat layanan kedua orang tua kami yang diterimanya berbanding layanan yang diberikan kepada penulis. Banyak perkara yang penulis cemburukan. Selepas tamat SPM, dia sepanjang masa bersama orang tua kami di kampung. Cukup manja. Cukup kasih sayang. Mak memang manjakan dia macam budak kecil. Ayah pula selalu ikut kehendak dia. Beli dan bayarkan itu ini untuk dia tanpa dia perlu bekerja keras. Penulis? Kadang-kadang rasa macam sebatang kara. Tapi penulis tak salahkan mak dan ayah. Penulis memang tak sampai hati nak susahkan mereka. Adik beradik lain? Ah, lagi liat nak membantu. Penulis banyak makan hati dengan mereka. Biarlah penulis selesaikan masalah sendiri dengan cara sendiri.

Sejak di bangku sekolah sampailah di bangku universiti, penulis cuba sedaya upaya usahakan sendiri apa yang penulis hajati. Caranya, ikat perut dan berjimat cermat. Paling perit yang penulis rasa, penulis terpaksa bekerja sambilan sampai lewat pagi gara-gara nak ambil lesen memandu dan beli motosikal. Part yang azabnya, setiap hari di sebelah petang penulis harus bergegas dari dewan kuliah, berebut-rebut naik bas untuk ke stesen komuter Serdang. Kemudian berhimpit-himpit dalam komuter ke KL Sentral (belajar di Serdang kerja di KLCC, faham-faham sajalah darjah keazabannya). Masa dapat tahu ayah belikan dia motosikal baru, sentap memanglah sentap. Namun penulis telan saja rasa cemburu itu jauh-jauh ke dalam hati. Takpelah. Dah rezeki dia dapat motosikal baru (tapi, macam tu jer?).

Agaknya, kerana dah selalu hidup senang, dimanjakan serba serbi, dia jadi sukar dikawal. Jadi liar. Rumah jadi macam hotel. Entah apalah yang dibuatnya di luar. Orang tua kami manalah larat nak memantau dia hari-hari. Adik beradik yang lain semuanya dah berkahwin dan tinggal berasingan. Lagipun, setakat abang atau kakak yang tegur, dia memang tak makan saman. Kesudahannya, pelajaran di kolej lingkup entah ke mana. Pernah sekali kami bergaduh gara-gara perkara kecil. Penulis nasihatkan dia supaya ubah cara hidup. Habuan yang penulis dapat, sumpah seranah. Bermula dengan mulut yang berkata-kata, akhirnya kaki dan tangan ikut sama naik ke muka (penulis pun bukanlah lembik sangat! So lawan balik lah!!). Dia memang pantang ditegur adik beradik. Lebih-lebih lagi kalau penulis yang menegurnya. Well, dia kan,.. abang!!

Sekarang, penulis menetap dan bekerja di KL. Baru-baru ini, dia pun dah berhijrah dan bekerja di KL. Malangnya I don't even know where he is. Tinggal di mana? Kerja di mana? Penulis cuma tahu dia tinggal di Damansara. Itu sahaja. Telefon? Dah lama dia tukar nombor tanpa bagitau kami adik beradiknya. Mak dan ayah pun tak tahu nombor telefon dia. Kadang-kala dia call Mak. Tapi pakai public phone. Begitu sekali dia nak mengelak kami adik beradik. Mungkinkah dia benar-benar kotakan kata-katanya ketika zaman kanak2 dulu?

Penulis faham sangat kalau dia bencikan adik-beradiknya dan ingin buang mereka dari hidupnya. Penulis pun bukanlah suka sangat adik beradik sendiri (atas sebab2 peribadi). In fact, we are not one big happy family. Tapi yang paling penulis tak faham, bila dia bencikan penulis, tidak endahkan penulis, adiknya sendiri yang dia pernah janji nak jaga masa kecil-kecil dulu..

Teringin benar penulis berbincang dengannya dari hati ke hati. Apa yang dia tak puas hati sangat dengan penulis. Apa salah silap penulis? Kalau benarpun penulis buat salah, tak kan sampai dia nak buang penulis macam tu sahaja. Sehina-hina manapun penulis, penulis tetap saudara sedarah sedaging dia.

Itulah kisah abang penulis, Mat Duwey yang ingin penulis kongsikan dengan pembaca. Dan realiti perjalanan kisah tersebut tidaklah seindah kenangan silam yang penulis ceritakan dalam Episod 1. Secara jujurnya, dah lebih 10 tahun kami tidak bersalam di pagi raya. Niat penulis, raya kali ini penulis nak bersalam dengan dia, cium tangan dia dan peluk dia. Penulis nak dia tahu penulis sayangkan dia dan hormat dia sebagai seorang abang. Penulis nak dia sedar, air kalau dicincang macam manapun, memang tidak akan putus. Itupun kalau dia baliklah!

11 comments:

Zack Azrin said...

ermmm...zack merupakan pngikut setia blog pena penis nie. cuma zack anonymous followers. zack rase seronok membaca tulisan kamu. pengalaman kamu byk mgajar zack tntg khidupan. mengenai kisah mat duwey, adik beradik mane yg xde angin lintang. kdg kala ade jgk yg menongkah arus. cume kter kna pndai tackle prob tu sndiri. namun, stiap mnusia stiap fmily ade pmasalahn sndiri. hrp kamu dpt btemu dgn abng kamu yg kamu sygi itu. anak yg amat dimanjai selalunya begitulah jdinyer.

DarcyDiaries said...

ermmm...
I think I can visualize the setting of your story...

nazzman ibrahim said...

hmmmm moga2 hatinya berubah bersamalah kita doakanya

Lasykar Langit dan Bumi said...

I'm turut mendoakan.... agar pmintaan penulis dimakbulkan Allah...
Amin...

Sofi Zainuddin said...

moga niat penulis utk bersalaman dengan Mat Duwey di hari lebaran ini dimakbulkan. amin

Anonymous said...

aku pon ada kisah yg hampir sama ngan ko...sedih kan...

silent reader

Penapenis said...

Tima kasih.(terharu (",).. Feeling lah pulak bulan2 pose ni.. ehehe..

Pojiepooh Abdullah said...

Sedihnyer!!!
Pojie paling sedih klo nih blaku antara Pojie adik beradik!
Xmau! Xmau!!
Pojie doakan PP dpt jugak jumpa n bsalaman dgn dia raya nti yer..
Ah, touching!

amalina zamani said...

ermm sedey nyer citer ni....huhuuhu...
mmg la...setiap org lain perangainyer...cam 2 gak dlm isu adik beradik nie...salah sorg mesti lain sikit...same like me...ade adik yg baran...x leh kena tegur...walaubgaimana pon air di cincang x kn putus..sbb dia adalah drah daging kita...penah hidup di tempat yg sama sblm di lahirkan....hasil perkogsian ibu dan ayah kita...hopefully PP akan berbaik la dgn dia...walau ape pon reason dia knp dia x suka PP biarkan...sa

Anonymous said...

Sedihnya membaca part ni. Tergamak dia kan. Huhuhu.

Unknown said...

Sedihnya baca entry ni.... sy janji sy akan jadi abg yang terbaik utk adik2 saya....

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails