Mata penulis
berpinar. Telinga
berdesing dan kepala rasa
berpusing-pusing. Bagai ternampak bintang2 kejora. Kelibat manusia samar-samar kelihatan. Sesaat. Dua saat. sepuluh saat. Hampir seminit berlalu, dan barulah penulis boleh melihat dengan jelas kembali. Hayunan kencang
bola yang tepat mengena kepala penulis (sebetulnya ditulis terkena muka penulis) membuatkan penulis
biol seketika. Tetapi penulis masih mampu lagi
tersengih-sengih. Ibarat
kerang busuk.. Pada waktu itu, ketika itu dan saat itu, cuma ada satu yang bermain
di minda penulis.
Abang XXXX..Malam Rabu hari tu merupakan kali ke 4 penulis
join Geng Planet Hitam bermain
bola tampar di
Taman Tasik FFFFF.
Fun habis. Di sana penulis boleh jumpa pelbagai telatah Encik Gayah. Gedik, macho, gecho (gedik tapi macho) dan bermacam ragam lagilah spesies PLU.
Whatever it is, to me, this geng is unique as each member dare to step out of closet, showed his own character and showed how gay is he. Yang penulis
respect, still maintain bermain
like a pro! (walaupun kakaks
kepits telur).
Masalahnya, sekarang bukan itu yang penulis nak cerita.. Pada waktu ini, ketika ini dan dan saat ini, cuma satu yang bermain di minda penulis.
Abang XXXX.. heh heh heh (gelak jantan miang).
Penulis dah lama memerhatikan
Abang XXXX ni. Dari hari pertama penulis membuat penampilan sulung (
debut katanya). Tapi masa tu perasaan tak membuak lagi. Cuma terdetik di hati, 'hm,, sedap lah
Abang XXXX ni!. Mesti rasa
coklat vanilla'. Berbadan tegap, berkulit sawo,
hidung mancung, matanya redup. Betisnya berisi (rasa cam nak geget jerr). Suaranya merdu. Macho dan jantan (kadang2 terlepas jugak
suara kakaksnya-tak pelah, hati dah suka, dimaafkan).
Tika
mata bertentang, penulis dah jadi tak tentu arah. Bagai jatuh dilambung, sakitnya tak terkira. Bagai
luruh jantung, debarannya
berganda! (Aiyo!berpantun pula!). Memang penulis tak senang duduk. Tatkala mata bertentang mata.... blup blup blup blup...(penulis sedang mencair). Dan mulalah main
kelam kelibut.Kali ketiga kunjungan penulis,
perasaan di hati makin tak tentu hala. Dari pagi, bangun sahaja dari tidur- "Hari ni hari Rabu!!
Volleyball!! Abang XXXX!!!" Di tempat kerja pula - "
Volleyball!!
Abang XXXX!! Batang Abang XXXX!!!" Itulah kerja penulis. Berangan. Hari tu masa seakan berlalu perlahan. Jam di
monitor PC baru pukul 6 petang. Tapi penulis dah tak sabar2 nak balik (walhal
game bermula pukul
9 malam). Bukan apa, penulis tak tertahan ingin menatap wajahnya, mendengar hilai tawanya dan menonton aksi hebatnya. Ah ah ah (bunyik jantan
horny).
I don't really sure what is this. This feeling is created genuinely deep inside my heart towards this respective man. Rasa macam
suka. Suka dan
minat. Dan memujanya dalam diam.
Crush? Hm.. Maybe I have a crush on him? I have a crush on Abang XXXX!!? Oh tuhan! Penulis dah lama tak menyimpan rasa ini. Rasa ini memang hebat. Dan menjerat. Dan
berat...When you have a crush on someone and you find out that he likes you, too, it's a wonderful feeling. Tapi bagaimana kalau
it doesn't work out that way. Bukan senang beb nak jumpa manusia yang punyai rasa yang sama dengan kita. Itu yang berat. Penulis rasa, kalau penulis ikutkan sangat rasa yang membelenggu, makin penulis
angau, makin penulis buat
kerja bodoh dan penulis sebenarnya
makin terancam. Terancam pasal kalau bertepuk sebelah tangan,
i might feel rejected.
This feeling will lead me to heartbreak! Kachiwa!! Penulis tak nak kecewa! Lagipun buat apa terhegeh2 kat orang padahal kita pun dah
berpunya!! Bengap! Dah, dah!! Berhenti berangan dan balik ke alam nyata.
Langsung, pagi tadi penulis bangun dengan
semangat yang berlainan. Semangat untuk hidup. Semangat untuk jadi insan yang lebih
matang dari semalam. Tak main lah
crush- crush ni. Ni budak2 punya cerita.
Come on lah. Patutnya, di kala usia begini, penulis sudah mampu membezakan apakah
cinta benar dan
cinta monyet. Harusnya, penulis
buang sahaja perasaan itu atau tolak jauh ke tepi..
Penulis dah kering idea. Tak tahu apa yang hendak dinukilkan. Sambil duduk berfikir, sempat pula penulis menyelak
kalendar. Hm, hari ni baru hari
Jumaat. 3 April. Hai, lambatnya masa berlalu.
Lambat lagi la hari Rabu...