Showing posts with label talk show. Show all posts
Showing posts with label talk show. Show all posts

Friday, April 24, 2009

Talkshow

"Hai, anda bersama saya, Zain Eesqandar dalam Lelaki Hari Ini, episod 1, musim pertama yang bersiaran secara langsung dari studio 8, Sri Stage dan sudah tentu, di TV13.

Lelaki Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara terbaru, yang kami sajikan khas buat anda bagi mendekati dan menyelami dunia lelaki yang serba misteri, serta mengupas dan membincangkan isu2 semasa kaum Adam ini, yang sama ada kita sedar atau tidak sedar, penuh dengan kontroversi..."


Penulis terbayang satu set yang simple, tapi masih gah dan serba kreatif dengan suntikan kontemporari, serta penuh dengan elemen-elemen yang bercirikan lelaki urban. Penulis juga terbayang lampu2 spotlight yang terang benderang tu diletakkan di hadapan penulis. Silau lah! Dah lah panas! Dan juga sebuah teleprompter di hadapan penulis yang akan membantu penulis kalau2 lupa skrip atau tiba2 terkelu tiada idea. Kemudian penulis terbayang floor manager yang kelam-kelibut di belakang kamera, sambil mengarah runner ke sana sini, mengambil itu dan ini. Kasihan budak runner tu, berpeluh2 dan tercungap2. Biasalah, budak baru..

Sebenarnya kali ini penulis nak berangan. Berangan menjadi producer sebuah talkshow, Lelaki Hari Ini (LHI). Dan yang penting, penulis juga adalah hostnya. Dan juga penulis skripnya. Hak hak hak (gila kuasa!). Director bagi orang lainlah. Mati kering pulak penulis nanti. Sejujurnya, penulis tak ada pengalaman pun dalam bidang broadcasting ni.. Saja goreng2, berdasarkan pengalaman menonton movie dan drama tentang dunia broadcasting. So betulkan penulis kalau2 imaginasi penulis tadi salah..

Bercerita tentang talkshow, penulis minat betul dengan sebuah program yang dihostkan oleh Ally Iskandar, Ally. Cukup informative walaupun santai. Cukup menghiburkan walaupun kadangkala isunya berat. Dan penulis juga kagum dengan gaya penyampaian Ally yang bersahaja. (minat Ally juga as i think he's kinda cute! ). Ally membuatkan penulis rasa sangat tertarik hati untuk menceburi dunia penyiaran. Kadangkala, di kala menonton rancangannya, penulis tidak peduli tentang isu yang dibawa, tidak langsung ambil kisah dengan butir kupasannya. Yang penulis perhati ialah tutur kata Ally, vokal dan sebutan dia, pernafasannya serta body languagenya.

Terus sahaja penulis ke hadapan cermin dan berangan menjadi Ally. Dialog Ally, penulis ulang semula. Sambil2 beraksi, penulis tenung2 diri sendiri lama-lama. Hm, meletop juga penulis ni kalau masuk TV.

Tapi kenapa masa bercakap mulut senget? Kening pula terangkat2 macam Qhaud AF7? Hidung kembang kempis.. Tangan pula macam Karam Singh Walia? Dan yang penting, kenapa tergagap-gagap? And sometimes blur, no idea at all.

Aiyo.. susah rupanya mengendalikan rancangan televisyen ni. Penulis kembali semula duduk bersidai di hadapan TV. Menonton rancangan lain pula. American Idol. Bestnya kalau dapat jadi Simon Cowell. Fikiran penulis mula nak melayang lagi....

Tapikan, program bual bicara khas untuk makhluk lelaki jarang2 orang buatlah. Kalau ada pun, Oh Lelaki kendalian Nana AF dengan Farah Fauzana. Kan bagus kalau LHI penulis menjadi kenyataan. Bolehlah kami bersaing merebut rating..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails