Wednesday, August 19, 2009

Feedbacks

One of my blog readers, Mr X gave me a feedback. He thought my writings was fictional. Yang penulis faham, he claimed i made up the stories.

Why?

"Kadangkala ada cerita yang saya rasa tidak realistic. The story itself too 'happening' to be true"

Penulis juga menerima email kiriman dari seorang lagi pembaca, Mr Y.

~En Pena Penis, apa kata you karang cerpen atau novel. Cerita you bestlah. Santai, ringan dan I enjoy betul membaca. Boleh bg tips2 menulis kat I tak? Lagi satu, macam mana you boleh dapat bahan2 untuk ditulis? Kadang kadang I blur dan tak tahu apa yang hendak ditulis~

Penulis cuma tersenyum. First thing first, my stories are real. Kalau diubah pun, cuma dialog, watak, lokasi dan perincian yang boleh membuka aib orang atau berkemungkinan boleh mendedahkan identiti penulis sendiri. Tapi normallah kan? Lagipun Pena Penis bukanlah blog berita yang memerlukan penulis melaporkan secara tepat dan teliti.

Menurut perkiraan penulis, untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain, kita kena jadi 'extra alert' dengan persekitaran. Dan berfikir secara kreatif dan kritis.

Setiap hari, as the time goes by, pelbagai perkara berlaku kepada kita tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidupnya tidak menarik dan membosankan.

Bagi penulis pula, setiap detik, setiap saat dan minit, akan berlaku peristiwa yang menarik untuk dikongsi. Setiap interaksi kita dengan alam sekeliling ada cerita yang tersirat. Malah kadang kala, peristiwa yang baru sahaja berlaku mampu menjadi pencetus kepada kenangan silam, yang juga menarik untuk dikongsi (seperti cerita Perihal Kolam Renang, Kisah Mat Duwey etc.)

Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana hendak mentafsir, mengolah dan merekaletak strukturnya agar menjadi sesuatu yang menarik dan seronok untuk dibaca.

Oh ya, lagi satu rakan-rakan,.. especially Mr X dan Y, penulis akui cuci mata tu memang seronok! Tapi janganlah sekadar memerhati. Apa kata anda jadi pemerhati yang berfikir..

P/S: Tentang novel or cerpen tu, penulis tak terfikir pulak nak menulisnya. Menulis perkara-perkara begini, imaginasi kena tinggi. Lagipun penulis baru lagi dalam bidang penulisan. Kena timba ilmu dulu. Thanks for the feedback Mr X dan Y!

Monday, August 17, 2009

Swimming


Ketika zaman remaja, penulis tak reti berenang sangat. Setakat berendam dalam air paras dada kat tali air sawah padi tu bolehlah. Well, budak kampung. Tali air, sungai dan paritlah yang jadi kolam renang rasmi kami. Di situlah kami menimba ilmu, sambil mengasah bakat dalam sukan renang.
Terminum air keruh berselut? Terpegang ular yang disangka belut? Digigit lintah? Terpijak bilah-bilah buluh sampai berdarah-darah? Ala, dah biasalah.!!

Penulis bercerita tentang renang ni kerana penulis teringat satu peristiwa yang menyebabkan penulis fobia seketika dengan kolam renang (yang real punya ya, bukan tali air, bukan parit mahupun tempat kerbau berkubang).

Pengalaman kali pertama penulis ke kolam renang sebenarnya agak me'ngeri'kan. Ketika itu penulis muda belia lagi. Dalam tingkatan 2 kalau tak silap. Penulis pergi ke kolam renang dengan rakan-rakan sepasukan bola tampar sekolah. Dalam 7 orang. Sebenarnya masa tu kami ada game antara sekolah-sekolah dalam daerah Seremban (jangan pelik, penulis memang membesar di Kelantan, NS dan Selangor). Lokasi perlawanan pula di Kompleks Sukan Negeri. Dalam kebosanan menunggu giliran pasukan kami bermain, Karim, my teammate ternampaklah kolam renang dan mengajak kami ramai-ramai pergi berendam.

Peraturan utama kolam renang, kami perlu berseluar renang. .

Hm,.. ini yang penulis tak gemar ni. Rakan-rakan yang lain seperti tidak bermasalah dengan peraturan tersebut. Lagipun kami semua memang memakai tight pendek bersama-sama dengan short. Jadi tanpa segan silu, terus sahaja mereka menanggalkan jersi dan short, dan hanya bertight sahaja.

Penulis? Gulpp......

Penulis memang bermasalah dengan peraturan tersebut. Masalah penulis bermula sejak di changing room lagi. Kronologi masalah penulis boleh dikatakan seperti berikut;

1) Muka penulis mula merah padam melihat rakan-rakan yang sudah separuh bogel (atau bagi penulis boleh dianggap berbogel kerana tight yang dipakai adalah ketat melekat dan menonjolkan bentuk badan di segenap penjuru termasuklah bahagian yang memang ber'bonjol'.

2) Pada masa yang sama, nafsumeter penulis mulalah meningkat secara mendadak bacaannya. Jantung pula berdegup kencang melihat rakan-rakan dan aset mereka yang jelas membuak-buak bonjolannya baik di depan, mahupun di belakang. Terutamanya milik Black (spiker utama kami). Umang aih! Besar! Dah la muka jambu. Kulit hitam manis Melayu asli. Peha kekar berotot. Punggung tonggek. Tastenye!!! Masa tu penulis masih naive, jadi penulis sendiri pun tak berapa nak faham sangat kenapa penulis bernafsu tengok mereka.. Ish! Hairan betul!

3) Deruan adrenaline yang dirembes bersama nafsuline (hormon ciptaan sendiri) menyebabkan 'adik' penulis terjaga dari tidur dan mula bangkit perlahan-lahan cuba melepaskan diri dari fabrik lycra yang membalutnya (agaknya dia ingin melihat dunia?).

4) Resah penulis bertambah-tambah kerana penulis tidak memakai underwear sebagai back up dan terpaksa bergantung pada fabrik lycra sepenuhnya untuk menutup 'adik' penulis yang sudah mula mengeras dari dilihat dunia. Jadi,..

5) "Weh, ko stim ke?" Tegur sang sahabat tiba-tiba..

6) Mereka bantai gelak beramai-ramai. Dan mula menjadikan penulis bahan kutukan. Mereka gelar penulis macam-macam. Gila seks. Nafsu buas. Kote Kuda. Telor sebakul. Paling memalukan, mereka gelar penulis Gay!

7) What more can i say? Malunya!! I hate swimming poooooooooooooll!!! And the stupid rules!! Penulis cepat-cepat terjun ke dalam kolam dan berharap kesejukan air kolam mampu membuat 'adik' penulis tidur semula.

Cerita ini tidak berakhir di situ sahaja. Kami sempat bermandi-manda dalam setengah jam sebelum Jendul (nama gelaran semata-mata, seorang lagi teammate) tercungap-cungap berdiri di tepi kolam memanggil kami.

Dan yang berikut ini pula ialah kronologinya;

1) "Woii! Naik woii! Game dah nak start! 'Beruang Kutub' dah mengamuk sana-sini cari korang!!" Laung si Jendul.

Oh ya, FYI, Beruang Kutub ialah nama timang-timangan jurulatih kami, Cikgu Hashim.

2) Penulis tak pasti Jendul sedar atau tidak, yang penulis pasti, kami dapat melihat dengan jelas kelibat Cikgu Hashim di belakang Jendul. Sambil bercekak pinggang. Damn!! Bayangan malaikatul maut tiba-tiba melintas..

3) "Aku kira sampai 5, korang dah naik,.. siap berbaris depan aku!!" Pekik Cikgu Hashim.

4) Penulis telan air liur. Karim telan air liur. Black telan air liur. Jendul pula pucat lesi (walaupun dia tidak terlibat sama). Pendek kata semua pun kecut perut. Kami cepat-cepat naik dan berbaris memanjang.

5) Hadiah daripada Cikgu Hashim, seorang dapat satu pelempang. Mula-mula, penulis kira nasib penulis agak baik. Penulis orang terakhir yang akan menerimanya. Jadi penulis rasa tangan cikgu dah lenguh. Bila sampai giliran penulis, lempangannya mestilah tidaklah sekuat yang mula-mula. Well, logiklah kan?

6) Pinggg!!!!!! Berdesing telinga penulis tatkala tangan kasar berbulu milik Cikgu Hashim (kami gelar dia beruang kutub kerana kelebatan bulunya) hinggap tepat ke pipi kiri penulis (masa tu penulis sempat terfikir, apakah rasanya menjadi mangsa lempangan yang pertama?).

7) Mata penulis berpinar. Pipi pula terasa pijar. Air yang termasuk dalam telinga ketika berendam sebentar tadi mengalir keluar perlahan-lahan. Suam-suam kuku rasanya. Di saat itu, ketika itu dan detik itu, nafsuline penulis terus hilang meruap di sebalik kehangatan kuasa lempangan Cikgu Hashim.

Hebatkan Cikgu Hashim punya spike?

Bila dikenang-kenang kembali, penulis tersenyum sendiri. Penulis tak pasti pula rakan-rakan yang lain ingat atau tidak kejadian tersebut. Yang penulis tahu, dan akan penulis kenang sampai bila-bila, penulis dapat dua musibah serentak pada hari yang sama;

~dijadikan bahan gelak dan diejek dengan pelbagai nama termasuk gay kerana terkantoi 'menegang' melihat rakan lelaki separuh bogel, dan dilempang jurulatih bola tampar yang memang mahir dalam bab "tampar menampar dan lempang melempang~

Alahai...

P/S: Team volleyball kami kalah teruk hari tu, mungkin terkena penangan spike berkuasa kuda Cikgu Hashim. Selepas kejadian itu, sebulan dua jugaklah penulis terbayangkan Black dan 'aset'nya yang 'mewah' (penulis sempat buat modal melabur 'money', hehehe). Tahun seterusnya, penulis keluar dari team. Tak main volleyball lagi sampai habis SPM. Alah, penulis bukan hebat mana pun. Lagipun penulis perasan penulis selalu jadi lost dan menggelabah bila bermain, terutama bila melihat Black. Renang? Penulis memang tak ada masalah. Masalah penulis cuma tak tahan melihat lelaki berseluar renang...

Tuesday, August 11, 2009

Mat Duwey Episod 1


Zaman kanak-kanak, penulis cukup rapat dengan Mat Duwey, abang ke-7 penulis. Jarak usia kami cuma dua tahun. Mungkin kerana jarak usia yang agak dekat, kami lebih serasi berbanding adik beradik yang lain yang jauh lebih dewasa.

Rupa kami tak jauh berbeza. Saiz badan juga serupa. Pakaian kami serba serbi sama. Cuma berlainan warna sahaja. Di kalangan orang luar, kami disangka kembar kerana persamaan dan keakraban kami.

Hari pertama di bangku sekolah rendah, penulis jadi popular dalam sekelip mata. Dan selepas itu kerap pula dibuli murid-murid yang lain. Gara-gara menjadi adik Mat Duwey, mamat bertubuh kecil yang nakal dan samsengnyanya tuhan sahaja yang tahu. Pelik tapi benar, yang kerap membuli penulis ialah mangsa buli Mat Duwey sendiri. Kes balas dendam kot?

Jika di sekolah penulis agak pasif. Di rumah, lain ceritanya. Penulis boleh jadi senakal-nakalnya. Seaktif-aktifnya. Hikmah berkawan dengan abang sendiri yang memang tak reti duduk diam dan kreatif mencipta permainan sendiri.

Kami pernah menjadikan tanduk lembu jantan milik Pok Ya (jiran kami yang cukup meluat dengan kami, dah arwah pun) sebagai sasaran pertandingan melastik kami. Siapa yang kena sasarannya paling banyak dikira pemenang. Kami juga pernah membuat ekperimen menjentik telor lembu jantan yang malang itu, serta menanam mercun di dalam taik lembu dan bersorak gembira apabila ledakannya habis terkena pakaian yang disidai Mok Yah (jiran sebelah rumah). Kami juga pernah dirotan Kak Long gara-gara terkantoi mengintai Linda, anak dara Mok Yah mandi. Kami juga pernah ponteng puasa makan asam boi di dalam kebun getah Pok Ya, dan lari lintang pukang berkaki ayam dikejar orang tua itu kerana disangka pencuri. Hasilnya, Mat Duwey terpijak paku yang berkarat. 3 hari dia demam tak ke sekolah. Kih kih kih..

Ketika itu, terlalu banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Bermain laga semut hitam. Berlawan ketuk biji pokok getah. Menangkap berudu. Mandi dalam parit. Panjat pokok dan curi rambutan Pok Ya. Main tikam2 (menang hadiah pistol air). Main lawan-lawan dan berangan jadi ahli kung fu. Dan macam-macam lagilah! Kalau nak disenaraikan, berkajanglah karangan penulis ni..

Penulis dan Mat Duwey juga hantu komik. Dewata raya, Alam Perwira, Pedang Setiawan, Dragon Ball, Dendam Kesumat adalah di antara komik yang menjadi koleksi simpanan kami secara rahsia. Rahsia? Yup, rahsia kerana kami beli komik-komik tersebut secara rahsia lah!

Mak dan Ayah kami bukanlah orang senang. Kerana faktor kemiskinan, penulis dan Mat Duwey dibawa ke pekan dan tinggal bersama Kak Long yang terkenal dengan kebengisannya. Kak Long (kitorang gelar mak tiri) sendiri pun bukanlah senang sangat. Dia hanya mengambil upah mengasuh anak jiran. Suaminya pula cuma seorang kerani cabuk. Jadi wang belanja penulis ketika di bangku sekolah rendah cuma 50 sen. Campur dengan wang belanja Mat Duwey, dapatlah RM1 sehari. Dek kerana ingin membeli komik, kami sanggup tahan lapar dan ikat perut ketika di sekolah. Hasil tabungan tersebut, kami belilah komik yang diidam-idam secara diam-diam tanpa pengetahuan Kak Long.

Satu lagi minat penulis dan Mat Duwey yang dikongsi bersama ialah menonton filem Hindustan.

Kami adalah peminat setia 3 Khan ~ Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Salman Khan. Setiap hari Jumaat, RTM2 akan siarkan cerita Hindustan. Setiap hari Sabtu, TV3 pula siarkan. Jadi melangutlah kami berdua di hadapan TV setiap hari Jumaat dan Sabtu. Minat punya hal, Mat Duwey kemudian cadangkan kami kumpul wang untuk beli kaset soundtrack filem Hindustan. Dua minggu ikat perut kumpul duit, akhirnya berjaya juga kami beli kaset cetak rompak pertama kami, "Koleksi Hits Shah Rukh Khan".

Dalam kaset tersebut, "Dilwale Dulhania Le Jayenge" adalah lagu siulan kami berdua. Teringat pula suatu petang tu, kami sama-sama duduk meniarap sambil masing-masing memegang pen dan kertas, sambil tekun mendengar lagu tersebut melalui cassete player milik Arith (anak tunggal Kak Long yang dibenci gara-gara suka berlagak dan mengungkit, serta suka mengadu). Apa yang kami lakukan, kami mainkan lagu serangkap. Kemudian pause. Dan cepat-cepat tulis lirik di atas kertas. Proses itu kami ulang sehinggalah habis satu lagu. Dan langkah seterusnya, hafal!!

Bulan bersilih, tahun berganti. Koleksi komik kami lama-lama semakin bertambah. Begitu juga dengan koleksi kaset Hindustan Kami. Mula-mula kami sorok di bawah tilam. Kemudian dalam almari. Kemudian di bawah katil. Sehinggalah rahsia yang kami simpan bertahun-tahun itu terbongkar, gara-gara Arith mengadu pada mak dia yang kami rosakkan cassete player dia. Kak Long yang tak tahu menahu tentang rahsia kaset Hindustan terus jadi tahu. Yang harunya, rahsia koleksi komik kami turut terbongkar sama.

Kak Long terus mengamuk sakan. Penulis dan Mat Duwey dibedal dengan penyapu. Sakitnya bolehlah tahan. Berbirat juga lah!! Yang kelakarnya, Mat Duwey diam sahaja. Tabah menerima hukuman. Penulis pula meraung punyalah kuat sehingga boleh didengari jiran-jiran. Sengaja penulis jerit kuat-kuat. Biar jiran dengar. Biar diorang ingat Kak Long dera kami. Masalahnya, tak ada pula jiran yang bersimpati. Agaknya mereka dah masak dengan perangai kami. Lagipun ramai yang makan hati dengan kenakalan kami.. kih kih kih...

Paling buat penulis terkilan, Kak Long tergamak bakar semua komik-komik dan kaset-kaset Hindustan kami hari tu juga. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga kami tergamam blur dan tidak sempat berbuat apa-apa. Ketika Kak Long sibuk mencampakkan koleksi kesayangan kami ke dalam api sambil mulutnya tak henti-henti berleter, penulis sempat pandang Mat Duwey.. Ada air yang bergenang di matanya.

"Ko janganlah sedih-sedih, Wey.. Nanti kita belilah lagi. Dah besar nanti, dah ada duit, aku beli banyak-banyak kaset Shah Rukh Khan. Ko je yang aku bagi pinjam. Tapi ko kene sewa lah..Satu kaset dua ringgit." Penulis cepat-cepat pegang tangan dan usap bahunya.

Di hadapan api yang marak menyala, tumpah jua air mata Mat Duwey. Kami terduduk dan menangis bersama-sama sampai bengkak-bengkak mata..

Jiranku



Penulis dan Embi dapat jiran baru. Sepasang. Dua orang lelaki muda.

"Muda pun tak muda sangatlah. Dalam 25-28 tahun kut. Yang penting, ganteng!" Cerita Embi. He was so excited when he saw them picking up their stuffs into the house.

Kalau tak silap penulis, sehingga cerita ini ditulis, mereka dah hampir sebulan berpindah masuk. Rumah mereka betul-betul di sebelah rumah kami. Tetapi penulis tak pernah terserempak pun dengan mereka.

Sehinggalah tiga hari lepas..

Ketika penulis sedang terkial-kial membuka mangga pintu rumah, penulis terdengar pintu rumah sebelah dibuka. Kemudian muncul seorang mamat di sebalik pintu. Bercelana pendek, bersinglet putih. Sambil membimbit sebungkus plastik hitam. Sampah barangkali. Di belakangnya kelihatan seorang lagi mamat, turut membimbit plastik hitam.

Penulis pandang mereka. Mereka pandang penulis. Kami saling memandang. Mereka senyum. Penulis gugup. Tetapi sempat juga membalas senyuman. Dan penulis cepat-cepat lari masuk ke dalam rumah.

Yang bersinglet ni rupanya elok. Berkulit sawo matang. Bermata sepet. Berkumis nipis. Badannya tegap-tegap dan sedap-sedap. Rendah sedikit daripada penulis. Yang seorang lagi pula, cerah sedikit. Agak tinggi. Penulis kurang nampak rupanya kerana dia berdiri di belakang housematenya. Tapi, kesimpulannya yang mampu penulis buat, dua-dua memang nampak ganteng! Dan sepadan.

Patutlah Embi seronok betul bila mereka pindah masuk.

Sebenarnya, jika berkesempatan, terutamanya bila pulang dari kerja shif malam, penulis ada juga curi-curi tengok keadaan di dalam rumah jiran baru penulis ni melalui beranda mereka. Kemas dan teratur. Sekilas pandang, mesti orang ingat ianya didiami sepasang suami isteri. Hakikatnya, ia dihuni sepasang lelaki.

"Couple kut!?" kata Embi bila penulis ceritakan keadaan dalam rumah mereka kepada Embi.

"Ish! Tak baik tuduh-tuduh. Cuk tengok macam straight je."

"Mana ada rumah lelaki bujang yang straight lawa macam tu. Berhias indah. Saya pernah nampak diorang nyalakan lilin yang wangi tu malam-malam. Motipp? Nak romantik la tu. Lagipun dua-dua hensem. Aw, tastenye!!"

Penulis cepat-cepat ketuk kepala Embi dengan geramnya, sebaik sahaja dia habiskan ayat yang terakhir.

Difikir-fikir balik, ada betulnya kata-kata Embi itu. Rumah kami yang terbukti memang rumah gayboy ni pun tak secantik rumah mereka. Tapi..

Alah, apa salahnya menghias rumah?

*************************************

Petang tadi, berikut adalah perbualan yang berlaku semasa kami sedang duduk melepak minum-minum di warung.


Penulis: Teringin nak berpuasa kat kampung. Seronok. Meriah lagipun. Buka puasa ramai2 dengan keluarga. Teringat pula masa kecik-kecik dulu, petang-petang mak selalu bertukar-tukar juadah berbuka dengan jiran kami. Sayalah yang dikerah ke sana ke mari menghantar juadah. Kadang2 sempat curi makan masa on the way nak pergi rumah jiran.

Embi: Apa kata bulan puasa nanti, awak masak dan saya hantar juadah kat jiran kita?

Penulis: Jiran? Jiran kita semua Cina lah B..

Embi: Jiran baru kita kan Melayu.


Zass!! Penulis dah dapat baca niat tersembunyi Embi. Selama ini he never bothered about our neighbours, suddenly he is offering to send juadah berbuka to them!!? Asking me to cook some more??


Penulis: Bukan ke selama ni B yang masak ke?

Embi: Takpe takpe.. Kali ni Cuk masak, B tolong hantar...

Penulis: La, kan awak yang masak sedap. Saya masak tak sedap. Takkan nak bagi makanan yang tak sedap kat orang kut?

Embi: Ala, sekali sekala Cuk masaklah. B nak rasa gak masakan Cuk. Lagipun, kalau sedap nanti diorang puji. Awak jugak yang dapat nama..

Penulis: Okay.. Kalau macam tu, Cuk masak, dan biar Cuk yang pergi hantar! B duk diam2 kat rumah!!

Embi: Mana boleh! Cuk kan dah penat masak. Kenalah B tolong Cuk hantar!

Penulis: Takpe. It's okay. Cuk tak kisah pun. Nak jugak kenal2 dengan jiran.

Embi: Habis, saya pun nak kenal jiran2 kita jugak!!

Dan perbualan kami petang tadi sebenarnya tak mencapai kata putus pun. Memandangkan kedua-duanya tidak mahu mengalah!

P/S: Ada tak cara lain untuk memulakan persahabatan dengan jiran? Yang lebih adil untuk both of us?

Monday, August 3, 2009

Para Pembaca,..




Selagi hayat dikandung badan, cerita hidup kita masih panjang. Pengembaraan kita masih jauh berliku. Di sepanjang jalan, kita merangkak, berjalan dan berlari tanpa mengetahui apakah yang bakal kita lalui di hadapan sana.

Terima kasih kerana sudi mengikuti, menemani dan mengembara bersama penulis. (wah, ayat aku tak boleh blah siyott!!)


~Ikhlas dari Penulis (",).

Monday, July 27, 2009

lucah?


Lately, penulis semakin jarang bertandang ke gym. Bukan malas. Cuma sedikit tidak rajin...

^_^

"^_^

Okay-okay.. Penulis malas. Faktor utama, masa bekerja yang tidak konsisten. I am a shift worker. Kadang-kadang kerja siang. Kadang-kadang malam. Lokasi gym tersebut juga tidak mesra golongan sengkek macam penulis. Tempatnya di Bukit Bintang, betul-betul dalam kawasan segitiga emas. Kawasan yang paling sibuk di KL. Parkingnya pula limited. Mahal as well.

Antara alasan-alasan lain kenapa penulis malas ialah faktor tiada kawan. Penulis ialah individu yang tidak suka menyapa orang. Well, seperti yang penulis pernah bagitau dalam entry yang sudah-sudah, penulis tergolong dalam kategori makhluk yang sentiasa tunduk memandang lantai dan tekun membuat hal sendiri tanpa menyibuk hal orang lain.

Most gymmers in here are not from our people. I mean, they are non Malays. Majority of them are Chinese. And Indians. Foreigners juga bersepah. Melayu? Boleh dikira dengan jari. Dalam satu-satu masa, penulis anggarkan 2 ke 3 orang sahaja. Tapi dengarnya sebelah malam agak ramai budak Melayu bertandang.

Penulis menulis tentang gym ni sebenarnya kerana ada satu kisah menarik yang ingin penulis kongsi. Jom, teruskan membaca!

Suatu pagi, penulis tiba agak awal di gym. Sengaja penulis datang awal. Mengelak kesesakan trafik, baik di jalan mahupun di gym. Pagi-pagi macam ni, biasanya tak ramai lagi orang di gym ni. Lebih-lebih lagi di pagi Isnin. Bolehlah penulis melepak dengan tenang.

"Hi! Morning! Not working today?"

Penulis yang sedang menyalin pakaian tersentak gara-gara ditegur tiba-tiba. Orang yang menegur memang not bad looking. International look (he is Chinese indeed).. Rasanya dalam lingkungan 25- 30 tahun. Tall. Lean and fit body. Yang penting, dia hanya berseluar dalam ~ baru berkira-kira hendak menyarungkan shortnya. Gulp! Penulis mula terliur.

"Morning too. Yup, not working."

Penulis cuba senyum, kawal gelabah penulis dan blah dengan selamba. Nervous! Dari Jauh sempat pula penulis menoleh, melihat 'Ah Seng' (nama gelaran yang penulis beri) yang masih berseluar dalam, terkial-kial menyarungkan short Adidasnya.

Setengah jam kemudian, di free weight section, penulis terserempak lagi dengan Ah Seng.

"Bro, you should focus more on your upper, especially arms. You got nice body already. Athletic type. But if biceps besar sikit lagi bagus. Nice tight anyway. Nike ya?"

Motipp? Sempat puji lycra short penulis lagi. Walhal penulis pakai loose short di sebelah luar. Macamla nampak... Sambil bercakap, matanya liar meratah badan penulis. Dari atas sampai bawah dia tenung penulis. Sudahh..! Mamat ni nak ngorat aku ke?!?

Penulis ni, orang tengok kali pertama memang sombong. Jual mahal. Bila dah ditegur, peramah tak ingat. Well, kerana dah disapa, dah ditegur mesra, penulis apa lagi. Sudahnya, penulis layan si Ah Seng ni berborak sambil bersenam. Sempatlah penulis timba ilmu work out dari dia (plus body dia pun lebih muscular dari penulis). Cuma penulis agak rimas ditanya bermacam-macam . Dari ceritanya, Ah Seng rupa-rupanya seorang model, sudah bertunang dan punya seorang anak lelaki luar nikah Oh! Ingatkan gayboy tadi!

Ah Seng habiskan sesinya lebih awal dari penulis. Penulis biarkan dia pergi dengan senang hati. Satu jam kemudian barulah penulis beredar ke changing room.

I quickly get undressed, grab my towel and terus ke steam room. Memang rutin penulis, after work out, lepak sekejap di steam room atau sauna, then barulah mandi.

Penulis buka sahaja pintu steam room, penulis nampak Ah Seng sedang elok bertenggek di atas bangku. Dan dia berbogel! Boleh tahan! Penulis telan air liur untuk kesekian kalinya. Penulis, apa lagi, terus mengambil tempat, take off the towel dan turut berbogel. Hak hak hak..

Selain dia, ada dua lagi makhluk kat dalam tu. Pak Arab, dan mereka juga yang turut berbogel (sorry, kepada yang taste pada pak Arab, these 2 fellas kedua-duanya chubby, penisnya tidak kelihatan langsung).

Pak Arab yang dua orang ni melepak tak lama. Dalam 5 minit kemudian, mereka keluar. Tinggal penulis dan Ah Seng. Ah Seng tersengih kerang busuk. Kali ini dia tak banyak bercakap. Dia cuma mengengsot perlahan-lahan, semakin dekat dan dekat, dan akhirnya duduk betul-betul di sebelah penulis. Gulp, penulis telan air liur lagi. Damn! Nervousnya....

Penulis memang penakut. Kerana penulis hanya duduk diam tidak bergerak-gerak macam tunggul kayu. Ah Seng pula memang berani. Sangat berani sehingga dia dengan selamba tiba-tiba memegang dan meramas penis penulis!!

Dari ramas, dia mengubah corak serangan. Dia mula memeluk, mencium, menjilat serta menggomol penulis!

"Lets go to toilet and have sex?" Bisik dia sambil terus rakus menggomol penulis.

Wait!

Don't simply get aroused dan stim dulu wahai pembacaku sekalian. Kerana nothing dirty ever happened between us. However, I have to admit, my feelings at that time bercampur-campur. Berbaur antara nak dengan tak nak. Fortunately I decided to say no. Penulis tolak dia perlahan-lahan. Explain to him, i'm not that kind of person, dan berlalu pergi.

Ada tiga pengajaran yang penulis dapat dari peristiwa tersebut. 1st, dont talk to strangers (hehehe..) 2nd, jangan berbogel di hadapan sekumpulan lelaki yang anda tak pasti orientasi seksnya or anda akan digomol. 3rd, penulis memang suka digoda. Bukan penulis sahaja. Semua orang pun suka digoda. Terutamanya apabila digoda individu yang memang kita taste. Yes, it is so hard to resist a seduction. But no matter how charming the person is, sehebat manapun godaan dia, jika anda masih punya harga diri, anda pasti mampu menolaknya (Lagipun kat jamban? Yang kotor? Nak main ngan aku? Ko sape? Entah sunat entah tidak. Tah-tah ada AIDS. Da!!!!!).

P/S: You can simply seduce a man without taking anything off, without even touching him.
~Rae Dawn Chong, actress.

Monday, July 20, 2009

Kamera

Sesekali singgah melepak di blog rakan2, terhibur pula hati membaca celoteh anda semua. Paling penulis suka, melihat gambar2 yang di upload. Gigih betul anda mengupdate blog ya.. Penulis juga suka bergambar, suka mengambil gambar dan suka mengupload gambar. Cuma penulis tak punya kamera secanggih anda. Most of the photo taken by me, kualitinya tidak bagus. Well, they just being captured by sony ericsson K660i, yang resolusinya cuma 2 megapixel..

Kadang2 penulis teringin untuk mempunyai satu blog yang lebih kepada daily journal.. Boleh penulis muatkan pelbagai gambar dan bercerita apa yang berlaku setiap hari..

"Pena Penis pun update seminggu sekali. Ada hati nak set up another blog"

Klepek! Statement sentap seorang teman baik rasanya kena tepat ke muka penulis.

Okay. Penulis terpaksa lupakan niat untuk set up satu personal blog tu. Kalau buat pun, penulis rasa bersawanglah blog tu nanti tidak terurus.

"Lagipun setakat pakai kamera handphone, baik tak payah upload picture. Better ko kumpul duit beli kamera yang selalu digunapakai jurugambar profesional seperti Nikon D3x ke, D5000 ke.."

Kan.. I need a camera. Camera.. Camera... Next target, Camera! Dan hari ini, penulis tekun mencari dan membuat survey kamera yang terkini di pasaran..

Di bawah ni ialah Nikon D3X yang disebut-sebut teman penulis tu..



Up to 25 mp...
Details yang lain, penulis tak berapa nak faham..
Harga? USD7K plus plus..

Gulp...

Takpelah.. Penulis setia sajalah dengan K660i penulis yang nan satu ni dulu..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails