Sunday, May 24, 2009

The Day The Gay Man Stood Still 2



Tik tok tik tok tik tok.. hm, tak enak dibaca, biasa sangat..

Tik tik tik tik tik tik.. pun dah selalu orang guna..

Tek tek tek tek tek tek.. err, sounds better to me.. tapi... tektek??

Ah, lantak pi lah bunyi dia macam mana! Apa yang penulis ingin kongsi, tentang masa yang sentiasa berjalan.. tentang jarum jam yang sentiasa bergerak. Betapa kita perlu mengejar masa. Betapa kita harus menghargai masa..Oleh itu, wahai sahabat sekalian..

Okay.. okay.. penulis tak nak hipokrit.. Penulis sebenarnya cuba bersikap poyo bercakap tentang masa kerana penulis rasa masa terlalu lambat berlalu.

Lambat sangat-sangat. Bosannya!!!!!

Para pembaca, ingat tak pada Chantek? (kindly click here if you have no idea who is Chantek). Well, her presence keep on haunting my life, day and night. The story is not even end pun. Masih berjalan. Masih tergantung.

Penulis masih keluar dengan dia. Keluar makan2, lepak2 dan menonton wayang. Setiap kali ada kesempatan, dia akan buat statement sentap yang double meaning. Dan setiap kali itulah penulis sering berlagak blur dan buat tak reti bahasa.

Sejak dua tiga hari ni dia macam jauh hati. Macam gila meroyan pun ada. Sering termenung dan murung. Dia semacam mahu lari dari penulis, tetapi tak mampu as she thought, or maybe she wish there will be sinar harapan for her to be in my heart.

Yang paling menyentap jiwa penulis bila dia hantar satu SMS ringkas tentang sesuatu.. (Nak tau? Mana boleh, rahsia!!! hak hak hak).

Kesian Chantek. Dia tak bersalah. Dia tak tau apa-apa. Dia hanya ikut kata hati. Kata hatinya ialah, "Jatuhlah engkau ke dalam gelora cinta wahai Cik Chantek.. Jatuhlah cinta pada seorang lelaki.."

Yang sudah punya kekasih. Yang kekasihnya juga seorang lelaki..

*******************************************************************************************************************************************

Hurm, memandangkan penulis tengah bosan melayan perasaan, apa kata penulis bermonolog sendirian. Mencari kata putus untuk kebaikan bersama. Eh meletop mamat dalam TV ni.. Taste.. Dish dish dish!! (sambil menyekeh kepala sendiri) Okay2.. Be serious!!

Hm.. hm.. Hm..

Iman penulis berbisik "Terimalah Chantek. Berubahlah. Sampai bila nak bergelumang dengan dosa? Kau Islam ke apa? Rejam ngan batu kang!!"

Sang nafsu pula bertempik "Weh, rilek dulu boleh tak beb..? Gua tak puas lagi..!! Ramai lagi anak ikan ngan abang ikan (abang ikan!!??) yang gua nak kongkek ni!!"

Hati seorang kekasih berkata "Aku sayang gilerr kat Embi.. Takkan aku nak berpisah dengan Embi macam tu je.. We don't even have big issue pun nak putus. 3 tahun wokk! 3 tahun kami bersama. Ingat senang ke nak putus??"

Naluri seorang lelaki, dan seorang anak pula menyampuk, "Chantek lawa apa. Baik pula. Yang penting, dia memang sayang aku gila2. Mak dan ayah kat kampung pun dah tua. Selalu uzur dan sakit sini sana. Sebelum mereka pergi, mestilah mahu melihat aku berumahtangga.."

Aduhai, sukarnya membuat keputusan.

Jadi apa perlu penulis buat? Perlukah penulis menerima Chantek dan berbohong kepada diri sendiri? Atau penulis terus meninggalkan dia, langsung melupakan kewujudannya? Atau berterus terang kepadanya? Biarkan dia tahu warna sebenar penulis? Atau buat bodo je sambil terus menerus berkawan, memberi dia harapan?

Arghhhhh!!!!! Penulis keliruuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Friday, May 22, 2009

Imperfect 2


Previously, my post was Dia Yang Tidak Sempurna. Tentang self esteem.. Dan ini ialah sambungannya..

So apa bendanya self esteem ni? Er, diri sendiri yang stim? TAKDEMAKNENYERR!! Dalam kamus online Merriam-Webster's, esteem means value or worth or opinion or judgement. Self tu diri adik2, kakak2 dan abang2 semualah!! Dipendekkan cerita, self-esteem adalah penilaian dan pendapat anda tentang diri sendiri - how you honestly value and feel about yourself.

Dalam 'Dia Yang Tidak Sempurna 1' penulis dah bercerita panjang tentang si 'Dia' yang merendah diri, tidak yakin, rasa inferior, unsure, insecure, being intimidated, dan 1001 lagi masalah yang berkaitan dengan low self esteem. So kali ini penulis ingin berkongsi tips bagaimana hendak membina, develop dan meningkatkan self esteem diri sendiri.

1) Berhenti obses untuk jadi "perfect."

Nobody is perfect la beb! So stop worrying about being perfect. Perfect ni luas sangat definisinya. Perfect di mata Abu tak semestinya perfect di mata Laura (wah, macam sinetron Upik abu dan Laura pulak ya). Dengan mengejar kesempurnaan, anda secara automatik menuju ke arah kekecewaan dan kegagalan. Bila dah down, tu yang anda jadi low self esteem tu.. Tapi itu bukan bermaksud boleh buat sesuatu sambil lewa kerana tidak mengejar kesempurnaan ya!! Cuma jangan terlalu obsesssss..

2) Carilah kelebihan sendiri

Digun comel. Hidung mancung.. Digun pandai. SPM 18 A1 tu!!! Digun best gilerr. Rasa coklat chip...(er Digun tu nama rekaan semata-mata). Beb, dari duk sibuk mengkaji kelebihan orang, apa kata anda senaraikan kelebihan dan kekuatan anda pula. Make a list of the stuffs you're good at. Then, learn how to appreciate yourself. Nak lagi puas hati, emphasize your strength and develop your skills. Fokus pada perkara anda mampu buat. Terima kelemahan dan your own limitations. Dan cari jalan untuk mengatasinya. Bukan meratapinya..

3) Avoid negative people

Talk positively to yourself, whenever negative people say something bad about you. Elakkan orang macam ni dari buat anda fikir anda teruk atau sucks atau loser atau blur (cis, ada orang cakap penulis blur.. melampau!! dish! dish dish!). Tapi janganlah sampai tak sedar diri. Kadang2 tu cuba-cubalah muhasabah diri sendiri tu. Kut2 anda memang blur (yes, kadang2 penulis memang blur!). Tapi janganlah down pulak! Cuba perbaiki dan berubah!

4) Keputusan anda, anda yang putuskan.

Tak salah meminta pendapat orang. Tapi bukan bermaksud terima bulat-bulat! Just rely on your own opinion of yourself. Anda rasa anda boleh buat, buat je. Bergantung haraplah pada your own values in making decision. Tentukan sendiri, what is right for you to do. Mentang2lah boyfriend cakap anda berhidung kembang, tak layak jadi model iklan, terus give up and you don't even give a try pun. Walhal, kalau dah rezeki, dapat jugak job tu (pasal memang diorang nak ambil model yang hidung kembang, target market ialah Uganda!).

5) Face your fears, forget the failure

Takut bercakap di hadapan khalayak? Itulah yang anda kena mula buat. Cubalah jadi volunteer untuk berucap kat perhimpunan sekolah ke.. (haha, itulah yang penulis buat dulu, sebab nak overcome stage fright!). Takut tengok cermin (pasal rupa ala2 tenuk sumatera)? Itulah yang anda kena tengok selalu. Nampak je cermin, terus pose ala2 Tyra Banks dengan confidentnya! Pedulikan apa orang nak kata. Pernah gagal dalam interview pasal English terabur? Ha, cakaplah engkau dalam English hari2. Masuk English debate ke! Buat je semua perkara yang anda takut, tapi teringin nak buat. Just do anything yang boleh impress yourself. Kalau asyik mengelak melakukan sesuatu yang anda tak yakin, sampai bila2 pun anda tidak yakin dengan diri sendiri. Dan sampai bila2pun anda tak berbangga dengan diri sendiri. Come on lah! Jangan jadi penakut!! Keyword dia kat sini ialah berani!! berani!! berani!!!!


Good self-esteem sememangnya teramatlah penting kerana ia membantu anda untuk terus survive dalam dunia yang serba moden ini. Ia memberi kekuatan kepada anda untuk mencuba sesuatu yang baru dan membuat anda percaya kepada diri sendiri. Kalau dah percaya pada diri sendiri, barulah anda mampu buat keputusan. Kalau anda mampu buat keputusan, barulah hidup tak tunggang langgang. Kalau hidup dah teratur dan tenang, barulah anda akan rasa betapa bahagia dan bertuahnya anda dilahirkan ke dunia ini, berbanding berjuta2 sperma yang lain.

Cukuplah tu untuk kali ini. Bagi banyak2 pun tak guna jugak. Macamlah ada orang rajin sangat nak baca. Sebenarnya kan, yang paling penting sekali ialah anda kena belajar terima diri seadanya. Kerana orang yang low self esteem ni biasanya memang tak boleh terima diri sendiri. Masih tak kenal diri sendiri seadanya. Masih keliru..

p/s: Si 'Dia' yang penulis ceritakan sebenarnya adalah diri penulis sendiri. Tapi itu cerita dulu-dulu. Cerita di bangku sekolah. Cerita sebelum tumbuh bulu. Biasalah.. Anak2 ikan ni, awal2nya memang kelirrruu..

Wednesday, May 20, 2009

Imperfect 1


Orangnya kurus tinggi. Rambutnya lurus, bersikat rapi (gelnya sekati!!). Wajahnya pula bujur sirih dengan dagu yang agak panjang. Pipinya sedikit cengkung. Oh ya, dia mempunyai hidung yang agak mancung, tetapi well, just like any other typical malay boy, sedikit kembang.

Kulitnya agak coklat, atau mungkin jatuh dalam kategori sawo. Dalam gelap, yang nampak hanyalah giginya. Hak hak hak. Yang paling orang ingat tentang dia ialah cermin matanya. He wears a pair of green, square-shaped-frame glassses, dan kantanya pula, ya ampun, as thick as bricks!! Memang skema badut!

Dia seorang yang menggelabah, cemerkap atau clumsy tidak kira tempat. Cenderung menunduk muka bila bercakap, serta suka menyendiri tanpa sahabat yang akrab. Dia juga jarang senyum atau ketawa atau nampak gembira. Wajahnya sentiasa nampak sedih. Apa tidaknya, dia selalu diejek dan menjadi mangsa buli gengster2 sekolah.

Dia lelaki. Tetapi dia sendiri tidak yakin dengan kelakiannya (dia memang lelaki kerana penulis dah semak betul2 alat sulitnya). Dia ingin mengurat awek. Tetapi dia tidak yakin dengan ke'straight'annya.. Dia ingin menyertai pasukan bola sepak sekolahnya. Tetapi semasa sesi pemilihan, dia hanya mampu menyorok di sebalik pokok sambil mencuci mata (melihat pelajar yg diminatinya)

Dia fobia pada spesies manusia yang mempunyai penis yang kita panggil lelaki. Bila dikelilingi lelaki, atau persekitaran yang ramai lelaki, dia jadi malu, lost dan mula mahu menangis. Kejadian paling ngeri yang dialaminya, setiap kali tibanya kelas pendidikan jasmani. Rakan2nya akan mula bersalin pakaian tanpa segan silu. Satu persatu pakaian mereka buka, di hadapannya. Saat itu, jantungnya berdegup kencang, mukanya merah padam..

Dia takut pada cermin. Semacam ada satu perasaan kurang senang timbul setiap kali dia melihat imej sendiri pada cermin. Dia benci melihat mukanya yang berparut. Hitam, berminyak dan banyak cela. Dia juga tidak suka bergambar. Paling pantang baginya melihat foto diri sendiri (ada jugak orang macam ni kan?). Jadi dia akan sedaya upaya mengelak dari bergambar.

Dia pendiam. Dia pemalu. Dia penyedih, dan dia berfikiran negatif. Dia rasa dia penuh dengan kekurangan. Dia sentiasa nampak tidak selesa dan takut-takut. Padahal dia tidak buat sesuatu yang salah. Dia bukan penjenayah. Dia bukan pelajar bermasalah. Tiada cikgu yang ingin mendendanya. Sebaliknya, ada yang memuji kerana dia cukup mendengar kata. Mereka cuma tertanya-tanya, apa potensi yang terpendam dalam dirinya kerana dia tidak menonjol seperti yang lain (er, dia pandai blowjob!!!).

Sounds familiar? Alah, watak ini watak biasa. Watak yang boleh kita temui bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di kolej, di kampus mahupun di tempat kerja. Watak tempelan. Watak yang punya low self esteem, and lack of self confident.

Perkara ini normal sebenarnya. Most people tend to feel bad about themselves sometimes. Tetapi kalau dah melampau2 rasa rendah dirinya, memang penulis teringin nak basuh cukup2. Babe, come on lah. Low self-esteem boleh menghalang anda dari menikmati kehidupan sendiri, melakukan perkara yang ingin dilakukan, dan juga menghalang anda untuk memajukan diri.

Jadi, apa nasihat yang boleh kita kongsi untuk tolong adik kita overcome masalah sikap dia yang rendah diri dan kurang yakin yang melampau2 ni?

Hm.. bersambung ke bahagian Dia Yang Tidak Sempurna 2..

Monday, May 18, 2009

Buntu..


Penulis tenung monitor. Tak berkelip-kelip. Sampai berpinar-pinar mata. Keyboardnya penulis tekan-tekan, tanpa tujuan. Sampai naik lenguh tangan.

Hehehe..Penulis sebenarnya tak ada masalah langsung dengan monitor mahupun keyboard. Diorang pun tak ada masalah dengan penulis.

Cuma masalah penulis, penulis sedang blur. Blur dan tiada idea. Puas direnung-renung, diingat-ingat, diamat-amat, belum ada satu pun yang melekat, yang boleh disemat dan disumbat ke dalam blog. Huh.. apa nak buat..

Penulis buka majalah MenHealth, Maskulin dan Al Islam, lihat apa yang menarik di dalam. Selak-selak helaiannya sambil mencari ilham. Tak jumpa-jumpa juga.

Penulis beralih pula ke bilik belakang. Cuba selongkar barang-barang dari masa silam. Manalah tahu kalau-kalau ada kisah lama yang boleh penulis kenang. Pun tak jumpa..

Argh!!! Penulis lost dan keliru!!

Bila seorang penulis buntu, memang dia suka merepek dan merapu. Bawak bersabar dan bertenang ya, sahabat-sahabatku. Bila ada bahan menarik, akan penulis kongsi tanpa ragu-ragu. Okay, penulis minta diri dulu. Nak tidur dan mimpikan Abang XXXX (errr, siapa tu?)..

Friday, May 15, 2009

Lastik



Pernah Lihat? Look familiar? Hurm, macam lastik pun ada. For those who has no idea what the hell is this, just scroll down dan lihat cara ia digayakan.

This is the sexiest swimsuit in the world, the
Mankini. Yang diperkenal dan dipopularkan oleh Sacha Baron Cohen yang memegang watak Borat Sagdiyev , dalam sebuah mockumentary comedy film, Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan.

Well, apa yang ingin penulis ingin share ialah tentang budaya memakai er, lastik ini yang semakin popular di barat sana. Gay, Bi, even straight, semua pakat pakai er, lastik ni di tempat2 awam termasuk pantai, kolam renang, and even di kaki2 lima.

Okay, apa-apa ajalah. Borat ke, Sacha Baron Cohen ke, I really don't give a damn. Guys, just take a look at these photos below and let me know what do you think?.. Hurm, agak2 kalau penulis pakai dan gayakannya kat Port Dickson macam mana ye? Hek hek hek..

















Tuesday, May 12, 2009

Seluar kecik


Penulis terjaga dari tidur. Sayup2 di luar, azan Maghrib berkumandang. Lalok dan mamai, penulis keluar dari bilik, melilau mencari tuala yang disidai di beranda. Syam, housemate yang baru seminggu penulis kenal, keluar dari tandas.

"Opocot mak kau!!" Tak semena-mena dia melatah, tertunduk-tunduk dan lari masuk ke biliknya. Dah macam lipas kudung penulis tengok. Apa masalah dia? Air ketuban pecah? Ke disampuk jin?

Lewat malam, satu warning berbaur aura membunuh penulis terima dari Embi;

-Mahgrib tadi Syam nampak awak separuh bogel kat beranda. Awak ingat apa? Tiger Show? Jangan buat lagi! -

WTF? What is so wrong about being naked, i mean, half naked in my own place? In front of my housemate? Some more, a male housemate (or maybe half male-budak tu macam adik2 sikit)!

Oh ya, kindly be informed, at that time penulis hanya memakai seluar dalam a.k.a seluar kecik sahaja. And to me, it is not a big issue lah. Sejak dari zaman duduk di asrama sekolah, melangkah ke era matrikulasi, merangkak pula ke dunia kampus, penulis memang sudah terbiasa hidup dengan berseluar kecik. Selalu juga penulis dan rakan-rakan duduk melepak dan berlenggang sambil bermain terup, atau bermain karom, atau bermain gitar, dengan hanya berseluar kecik.

And no one bothered pun. Sekarang penulis dicerca, dicaci, dikeji dan disound baek punye..

Takpe lah. Lupakan. Itu cerita lama, cerita ketika mula2 penulis pindah masuk dan tinggal bersama Embi. Masa tu, kerap juga Embi tegur penulis supaya 'lebih bersopan' dalam rumah. "Okay, fine. I will" Janji penulis. Janji kosong je! Kerana penulis tetap melenggang kangkung dengan seluar kecik tak kira di bilik, di ruang tamu, di dapur hatta di beranda sekalipun.. Hak hak hak.. Panaslah!! Nak nak pula bila pulang dari kerja.

Sejak kami bersama, penulis perasan Embi tak pernah berani buka baju bila di luar bilik. Jaga aurat ke? Ye la tu. Habis, berseluar pendek reti pula. Syam? Ini lagi melampau. Setiap kali keluar dari tandas, bertuala besar, bukan satu malah 3! Satu membalut bawah, satu menutup atas, satu lagi buat menyimpul rambut. Ada juga penulis curi2 tengok. Kut - kut ada tetek ke. Mengalahkan perempuan!!

Sampai hari cerita ini ditulis, rasa-rasanya, Embi dah jemu menegur penulis jangan berseluar kecik , Syam dah lali menonton penulis berseluar kecik, penulis pula dah jadikan amalan harian dengan berseluar kecik. Dan kami hidup bahagia aman sentosa... hak hak hak..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails