
"Kata orang, kalau dah suka tu, bau kentut pun bak perfume yang wangi. Kalau dah tak suka tu, perfume yang wangi pun disangka kentut" tempelak penulis apabila Embi mula mengadu tentang bau ketiak penulis. Ketika itu penulis baru sahaja pulang dari berjogging.
Penulis bukanlah jenis tidak boleh menerima kritikan. Cuma sekadar ingin menguji apakah jawapan yang akan Embi beri.
"Derr!! Awak, saya bukan macam tu. Kalau dah busuk tu saya kata busuk jugak walaupun saya sayang. Ni bukan busuk, ni dah bau tungkik! Pastu ada hati nak peluk saya. Dah! Dah! Pergi mandi. Jap lagi kita keluar makan!"
Penulis akur and quickly grab my towel. Pakaian yang basah dengan peluh cepat-cepat penulis tanggalkan. The last piece, Encik Seluar Kecik pula penulis campak ke arah Embi dan hinggap tepat di kepala dia.
"Eiiiwwww!!! Encukkkkkkkkk!!"
Hak hak hak hak..
Terus, insiden tersebut secara tak langsung mengingatkan penulis kepada kisah lama yang hampir-hampir saja penulis lupakan.
Klung klung klung...
5 tahun lepas, penulis masih belum aktif sangat dalam dunia PLU. Masa tu, penulis adalah pelajar pra-universiti di sebuah kolej jauh nun di N9. Belum mahir beronline, tidak kenal Myspace, Friendster, Guys4men etc, dunia penulis ketika itu adalah lebih kepada dunia akademik. Bangun pagi, celik sahaja mata, penulis terpaksa bergegas bersiap ke dewan kuliah. Malam, mata yang terpejam terpaksa disengkang, demi menyiapkan tutorial yang menggunung indah. Pendek kata memang tak ada masa nak cari jantan untuk sama-sama 'beriadah'.
Qie (bukan nama sebenar), tidaklah rapat sangat dengan penulis. Orangnya rendah. Bersaiz sedang-sedang, sedikit lembut dan agak menggelabah. Perutnya sedikit ke depan serba terdedah (baca: boroi ler tu..). Berasal dari Sabah, membesar di Sabah, bersekolah si Sabah. Tetapi terlalu ingin menetap di Semenanjung. Jadi, terdamparlah Qie di sini, menjadi my kuliahmate. Oh ya, Qie is my next door neighbor too.
Qie dan penulis adalah teman ilmiah yang sering sama-sama bersengkang mata menyiapkan tutorial dan assignment. Kadang-kadang penulis ke bilik Qie. Kadang-kadang Qie ke bilik penulis. Kalau dah menyampah sangat memandang antara satu sama lain, kadang-kadang kami masing-masing lepak di bilik sendiri sahaja.
Suatu pagi yang indah, penulis terjaga sejam lebih awal dari waktu Subuh. Sebenarnya sudah tiga hari penulis tidak pulang ke bilik (Well, tidur di bilik skandal, hakk..). Gara-gara ingin mencuci baju, penulis gagahkan diri menapak balik ke bilik sendiri. Tak boleh tidak, I have to go back as this is the perfect time for me to wash my clothes (biasalah hidup di hostel). Awal pagi macam tu, semua orang masih enak berdengkur. So, at that particular time, I can avoid hustle and jostle in the small washroom dengan budak-budak lain.
Malangnya penulis terlupa penulis tak punya sabun cuci baju.
'Alahai. Baju kuliah dah habis pakai semua ni. Kalau tak cuci sekarang bila lagi aku nak cuci' Penulis mengomel sendirian.
'Qie mesti ada stok dynamo!'
Penulis ke bilik Qie. Pintunya berkunci. Tapi penulis tahu, di mana Qie biasa letak kunci biliknya; Di dalam kasut (kami memang amalkan tinggal kunci dalam kasut) hak hak hak...
Perlahan-lahan pintu bilik Qie penulis buka. Penulis tidak mahu mengejutkan dia. Penulis juga tidak mahu disangka pencuri. So I just switched on the light. Dalam sibuk mencari sabun cuci baju, tergerak hati penulis untuk melihat si Qie yang sedang enak berlingkar..
Umangai!! Bosanya buntut!
Qie tidak berbaju dan hanya berboxer. Dia tidur mengiring ke kiri. He was sweating and snoaring like a roaring lawnmower. Buruk benar!
Seketika, mulut penulis mula ternganga sebaik sahaja melihat sesuatu dalam pelukan Qie. Tangan kirinya yang dirapatkan ke pipi kirinya kelihatan sedang memegang sehelai short berwarna merah.
'Biar betik?'
Cepat-cepat penulis kembali ke bilik dan terus selongkar baldi yang berisi pakaian kotor yang ingin penulis cuci nanti.
'whadda??'
Short merah penulis tiada dalam baldi. Penulis mula terbayangkan aksi tidur Qie tadi. Short merah yang dipegang dekat ke pipinya (yang gebu) saling tak tumpah short milik penulis. Jantung penulis mula berdebar. Peluh jantan mula menitik.
Damn! Damn! Damn!
Okay, rileks. Mungkin apa yang penulis fikir tak benar. Mungkin juga pelanduk dua serupa. Atau mungkin ilusi optik semata-mata?
Sekali lagi penulis ke bilik Qie untuk memastikan perkara yang kurang pasti itu. Penulis tenung betul-betul short merah itu. A series of 'natural' polka dots buat mulut penulis ternganga sekali lagi. Kali ini penulis pasti.
Niat penulis untuk cuci baju terencat. Selera penulis mati. Penulis berlalu pergi , balik ke bilik, memanjat katil dan bersembunyi dalam selimut dengan satu pertanyaan.
'Budak Qie tu syok dekat short aku ke? Alahai..'
Nota kaki bercagu: Jangan letak kunci dalam kasut ya kawan-kawan. Dua hari kemudian, short tersebut kembali semula ke dalam baldi penulis. I just pretended as if I have no idea what the hell just happened to my unlucky short. Cuma masalahnya, penulis tak boleh tengok Qie. Perasaan penulis bercampur-campur. Nak tergelak ada, tersipu malu pun ada. Seingat penulis, short itu memang kotor, berbau dan kali terakhir penulis pakai, penulis melancap dan pancut you-know-what di dalamnya.
Ngee ^_^"



