Friday, January 30, 2009

Kucing...


Ada satu kedai makan ni, waiter merangkap tukang bancuh air dia ni memanglah tersangat comel. Dan dia pierced kat telinga kiri dia.. Huhu, x tahan penulis tengok.,. Kedai makan ni jugak jadi tempat melepak seekor kucing yang hensem lagi manja.. So, penulis dan boyfriend selalulah lepak sini sebab nak main2 ngan kucing (dan menyimpan hasrat nak main ngan abang waiter). Abang tu kami gelar Kucing.. Kucing tu kami gelar Hensem. Yang haru nyer, Si Kucing (harap tidak keliru siapa Kucing siapa Hensem ya) nampak macam ala-ala taste kat penulis. Sampai boyfriend penulis pun perasan cara dia pandang penulis. Papehal pun, makanan penulis tetap sampai lebih awal berbanding makanan boyfriend. Sampailah boyfriend penulis sentap dan x bagi penulis makan kat situ lagi..

Nak dijadikan cerita, suatu malam penulis beranikan diri ajak Embi (Sape Embi? Alah, bf penulis lah!) pegi makan kat kedai Si Kucing. Hati dah berdebar2 ni.. excited sangat nak tengok Kucing.. Ops!

Malangnya Kucing x ade... Dari mulut akak owner, Kucing dah berhenti. Dapat kerja kat tempat lain. Dush! Macam ada batu besar menghempap penulis. Melepas.. Malam tu penulis lebih banyak diam. Diam melayan perasaan. Diam terkilan. I dont even know his name. Embi pun banyak diam dari bercakap. Agaknya turut terkilan (hehehe) as both of us have huge crushes on that respective cat...

Miaow!! Terhenti lamunan. Tersentak dari khayal. Terasa sesuatu berbulu di kaki penulis. Hangat dan sedap. Hensem!!? Hensem agak comot hari ni.. Nampak lapar dan agresif. Hensem menyendeng-nyendeng kaki penulis. Menggedik mesra.. Embi tibe2 get excited dan membelai2 mesra si Hensem. Suasana sepi bertukar ceria. Kami berdua tersengih melihat keletah manjanya.. Hi, penangan seekor K.U.C.I.N.G

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails