Showing posts with label self esteem. Show all posts
Showing posts with label self esteem. Show all posts

Friday, May 22, 2009

Imperfect 2


Previously, my post was Dia Yang Tidak Sempurna. Tentang self esteem.. Dan ini ialah sambungannya..

So apa bendanya self esteem ni? Er, diri sendiri yang stim? TAKDEMAKNENYERR!! Dalam kamus online Merriam-Webster's, esteem means value or worth or opinion or judgement. Self tu diri adik2, kakak2 dan abang2 semualah!! Dipendekkan cerita, self-esteem adalah penilaian dan pendapat anda tentang diri sendiri - how you honestly value and feel about yourself.

Dalam 'Dia Yang Tidak Sempurna 1' penulis dah bercerita panjang tentang si 'Dia' yang merendah diri, tidak yakin, rasa inferior, unsure, insecure, being intimidated, dan 1001 lagi masalah yang berkaitan dengan low self esteem. So kali ini penulis ingin berkongsi tips bagaimana hendak membina, develop dan meningkatkan self esteem diri sendiri.

1) Berhenti obses untuk jadi "perfect."

Nobody is perfect la beb! So stop worrying about being perfect. Perfect ni luas sangat definisinya. Perfect di mata Abu tak semestinya perfect di mata Laura (wah, macam sinetron Upik abu dan Laura pulak ya). Dengan mengejar kesempurnaan, anda secara automatik menuju ke arah kekecewaan dan kegagalan. Bila dah down, tu yang anda jadi low self esteem tu.. Tapi itu bukan bermaksud boleh buat sesuatu sambil lewa kerana tidak mengejar kesempurnaan ya!! Cuma jangan terlalu obsesssss..

2) Carilah kelebihan sendiri

Digun comel. Hidung mancung.. Digun pandai. SPM 18 A1 tu!!! Digun best gilerr. Rasa coklat chip...(er Digun tu nama rekaan semata-mata). Beb, dari duk sibuk mengkaji kelebihan orang, apa kata anda senaraikan kelebihan dan kekuatan anda pula. Make a list of the stuffs you're good at. Then, learn how to appreciate yourself. Nak lagi puas hati, emphasize your strength and develop your skills. Fokus pada perkara anda mampu buat. Terima kelemahan dan your own limitations. Dan cari jalan untuk mengatasinya. Bukan meratapinya..

3) Avoid negative people

Talk positively to yourself, whenever negative people say something bad about you. Elakkan orang macam ni dari buat anda fikir anda teruk atau sucks atau loser atau blur (cis, ada orang cakap penulis blur.. melampau!! dish! dish dish!). Tapi janganlah sampai tak sedar diri. Kadang2 tu cuba-cubalah muhasabah diri sendiri tu. Kut2 anda memang blur (yes, kadang2 penulis memang blur!). Tapi janganlah down pulak! Cuba perbaiki dan berubah!

4) Keputusan anda, anda yang putuskan.

Tak salah meminta pendapat orang. Tapi bukan bermaksud terima bulat-bulat! Just rely on your own opinion of yourself. Anda rasa anda boleh buat, buat je. Bergantung haraplah pada your own values in making decision. Tentukan sendiri, what is right for you to do. Mentang2lah boyfriend cakap anda berhidung kembang, tak layak jadi model iklan, terus give up and you don't even give a try pun. Walhal, kalau dah rezeki, dapat jugak job tu (pasal memang diorang nak ambil model yang hidung kembang, target market ialah Uganda!).

5) Face your fears, forget the failure

Takut bercakap di hadapan khalayak? Itulah yang anda kena mula buat. Cubalah jadi volunteer untuk berucap kat perhimpunan sekolah ke.. (haha, itulah yang penulis buat dulu, sebab nak overcome stage fright!). Takut tengok cermin (pasal rupa ala2 tenuk sumatera)? Itulah yang anda kena tengok selalu. Nampak je cermin, terus pose ala2 Tyra Banks dengan confidentnya! Pedulikan apa orang nak kata. Pernah gagal dalam interview pasal English terabur? Ha, cakaplah engkau dalam English hari2. Masuk English debate ke! Buat je semua perkara yang anda takut, tapi teringin nak buat. Just do anything yang boleh impress yourself. Kalau asyik mengelak melakukan sesuatu yang anda tak yakin, sampai bila2 pun anda tidak yakin dengan diri sendiri. Dan sampai bila2pun anda tak berbangga dengan diri sendiri. Come on lah! Jangan jadi penakut!! Keyword dia kat sini ialah berani!! berani!! berani!!!!


Good self-esteem sememangnya teramatlah penting kerana ia membantu anda untuk terus survive dalam dunia yang serba moden ini. Ia memberi kekuatan kepada anda untuk mencuba sesuatu yang baru dan membuat anda percaya kepada diri sendiri. Kalau dah percaya pada diri sendiri, barulah anda mampu buat keputusan. Kalau anda mampu buat keputusan, barulah hidup tak tunggang langgang. Kalau hidup dah teratur dan tenang, barulah anda akan rasa betapa bahagia dan bertuahnya anda dilahirkan ke dunia ini, berbanding berjuta2 sperma yang lain.

Cukuplah tu untuk kali ini. Bagi banyak2 pun tak guna jugak. Macamlah ada orang rajin sangat nak baca. Sebenarnya kan, yang paling penting sekali ialah anda kena belajar terima diri seadanya. Kerana orang yang low self esteem ni biasanya memang tak boleh terima diri sendiri. Masih tak kenal diri sendiri seadanya. Masih keliru..

p/s: Si 'Dia' yang penulis ceritakan sebenarnya adalah diri penulis sendiri. Tapi itu cerita dulu-dulu. Cerita di bangku sekolah. Cerita sebelum tumbuh bulu. Biasalah.. Anak2 ikan ni, awal2nya memang kelirrruu..

Wednesday, May 20, 2009

Imperfect 1


Orangnya kurus tinggi. Rambutnya lurus, bersikat rapi (gelnya sekati!!). Wajahnya pula bujur sirih dengan dagu yang agak panjang. Pipinya sedikit cengkung. Oh ya, dia mempunyai hidung yang agak mancung, tetapi well, just like any other typical malay boy, sedikit kembang.

Kulitnya agak coklat, atau mungkin jatuh dalam kategori sawo. Dalam gelap, yang nampak hanyalah giginya. Hak hak hak. Yang paling orang ingat tentang dia ialah cermin matanya. He wears a pair of green, square-shaped-frame glassses, dan kantanya pula, ya ampun, as thick as bricks!! Memang skema badut!

Dia seorang yang menggelabah, cemerkap atau clumsy tidak kira tempat. Cenderung menunduk muka bila bercakap, serta suka menyendiri tanpa sahabat yang akrab. Dia juga jarang senyum atau ketawa atau nampak gembira. Wajahnya sentiasa nampak sedih. Apa tidaknya, dia selalu diejek dan menjadi mangsa buli gengster2 sekolah.

Dia lelaki. Tetapi dia sendiri tidak yakin dengan kelakiannya (dia memang lelaki kerana penulis dah semak betul2 alat sulitnya). Dia ingin mengurat awek. Tetapi dia tidak yakin dengan ke'straight'annya.. Dia ingin menyertai pasukan bola sepak sekolahnya. Tetapi semasa sesi pemilihan, dia hanya mampu menyorok di sebalik pokok sambil mencuci mata (melihat pelajar yg diminatinya)

Dia fobia pada spesies manusia yang mempunyai penis yang kita panggil lelaki. Bila dikelilingi lelaki, atau persekitaran yang ramai lelaki, dia jadi malu, lost dan mula mahu menangis. Kejadian paling ngeri yang dialaminya, setiap kali tibanya kelas pendidikan jasmani. Rakan2nya akan mula bersalin pakaian tanpa segan silu. Satu persatu pakaian mereka buka, di hadapannya. Saat itu, jantungnya berdegup kencang, mukanya merah padam..

Dia takut pada cermin. Semacam ada satu perasaan kurang senang timbul setiap kali dia melihat imej sendiri pada cermin. Dia benci melihat mukanya yang berparut. Hitam, berminyak dan banyak cela. Dia juga tidak suka bergambar. Paling pantang baginya melihat foto diri sendiri (ada jugak orang macam ni kan?). Jadi dia akan sedaya upaya mengelak dari bergambar.

Dia pendiam. Dia pemalu. Dia penyedih, dan dia berfikiran negatif. Dia rasa dia penuh dengan kekurangan. Dia sentiasa nampak tidak selesa dan takut-takut. Padahal dia tidak buat sesuatu yang salah. Dia bukan penjenayah. Dia bukan pelajar bermasalah. Tiada cikgu yang ingin mendendanya. Sebaliknya, ada yang memuji kerana dia cukup mendengar kata. Mereka cuma tertanya-tanya, apa potensi yang terpendam dalam dirinya kerana dia tidak menonjol seperti yang lain (er, dia pandai blowjob!!!).

Sounds familiar? Alah, watak ini watak biasa. Watak yang boleh kita temui bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di kolej, di kampus mahupun di tempat kerja. Watak tempelan. Watak yang punya low self esteem, and lack of self confident.

Perkara ini normal sebenarnya. Most people tend to feel bad about themselves sometimes. Tetapi kalau dah melampau2 rasa rendah dirinya, memang penulis teringin nak basuh cukup2. Babe, come on lah. Low self-esteem boleh menghalang anda dari menikmati kehidupan sendiri, melakukan perkara yang ingin dilakukan, dan juga menghalang anda untuk memajukan diri.

Jadi, apa nasihat yang boleh kita kongsi untuk tolong adik kita overcome masalah sikap dia yang rendah diri dan kurang yakin yang melampau2 ni?

Hm.. bersambung ke bahagian Dia Yang Tidak Sempurna 2..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails