Monday, January 25, 2010

Interview


Besok ada interview kat KLCC. Semoge PP berjaya ^_^

Friday, January 22, 2010


mata melirik,
hati tertarik,
pada dia inginku tempik,

"SAYA SUKA AWAK!"

Thursday, January 21, 2010

Jangan!!

Memang Pena sudah bertekad. Dan tekadnya sudah bulat.

Dia berjanji untuk tidak mengulanginya. Biar apapun yang berlaku, dia akan tetap berpegang pada janji tersebut. Janji untuk,

Jangan!

Pena tahu, Hang Setan memang tidak akan berdiam diri. Hang Setan pasti mencari jalan untuk mengalahkan tentera jiwanya. Pena juga tahu, selain Hang Setan, Hang Nafsu juga musuh utamanya. Kalau tidak dikekang, lambat laun bala tenteranya itu bisa tunduk dengan godaan Hang Nafsu.

Ahh! Pena tak takut!

Baik Hang Setan, mahupun Hang Nafsu, dua-dua Pena tak gentar! Biarlah sedasyat manapun amukan mereka. Biarlah sehebat manapun hasutan mereka. Pena sudah bersedia.

Lagipun Pena anak Penis. Semua orang tahu, anak Penis memang punya semangat yang kuat. Anak Penis memang terkenal dengan sikap keras kepala. Badan anak Penis pula biasanya berotot sasa. Tegap berurat, kembang dan kekar. Musuh lihat pasti gentar.

Pantang anak Penis menyerah kalah! Dan yang penting,

Jangan!

*****

Tiga hari berlalu.

Dalam tiga hari itu, hampir setiap saat Pena diserang. Dia diasak bertalu-talu. Diserang dari segenap penjuru.

Namun, Pena tetap Pena. Dia tetap berdiri teguh. Keazamannya tetap utuh.

Lagipun, Pena kan anak Penis.

Pantang anak Penis berundur!

Kata keramat tetap dipegang,

Jangan!


*****

Hari keempat..

Mata Pena tercelik. Dia terjaga dari lelapnya. Sekilas, dia menjeling jam yang tergantung di dinding.

7:30 pagi.

Dan lima minit seterusnya berlalu sia-sia.

Pena masih terbaring lesu. Sesekali dia menggeliat. Menguap. Dan menggeliat semula.

Lima minit lagi turut berlalu sia-sia. Pena tetap terbaring lesu.

Seketika kemudian, dia mengubah posisi. Dari menelentang, dia mengiring. Dari mengiring, dia menonggeng. Dari menonggeng, dia meniarap. Dan akhirnya kembali menelentang.

Pena tersenyum sambil fikirannya terbang. Berfantasikan yang indah-indah. Yang sedap-sedap.

Bila sudah sedap, mulalah Pena terasa sangap.

Oh tidak!

Pena tarik nafas dalam-dalam. Matanya ditutup rapat-rapat. Dia cuba bayangkan yang yang buruk-buruk. Malangnya, makin buruk yang terbayang, makin hatinya tak tenang. Degup jantungnya jadi kencang.

Pena mendesah. Sesekali mengeluh. Dia tahu, si jahanam berdua sudah kembali! Baik Hang Setan, mahupun Hang Nafsu, kedua-duanya muncul silih berganti. Membedil markas Pena bertubi-tubi.

Sesaat..

10 saat..

Seminit..

Nampak gaya, benteng imannya mulai runtuh.

Perlahan-lahan tangan kirinya diseluk masuk ke dalam boxer spongebob kuning. Menggagau aset tunggal nan sebatang milik diri sendiri.

Dan seketika kemudian, badannya mula tersentak-sentak. Pena mengerang enak.

Notakakibercagu: Pena akur dengan tabii insaniahnya, sekali lagi.

Tuesday, January 19, 2010

Kerja


"Kamu bila nak cari kerja tetap?"

Suara Pak Su yang bertandang ke rumah semasa Raya Haji dulu terngiang-ngiang. Suaranya seperti berpenyengat. Bisanya menjalar dengan cepat. Pedihnya tak hengatt! Adush!

Tak cukup tetapkah kerja aku? Setahu penulis, ini kerja pertama penulis sejak penulis bergraduat. Dan penulis setia dengan kerja ini. Tidak pernah melompat-lompat. Penulis juga berstatus permanent staff.

Atau, mungkin maksud lelaki separuh abad itu ialah penulis patut cari kerja yang lebih menjamin masa depan?

Penulis tahu kerja penulis dipandang rendah. Pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi. Hurm. Apalah sangat. Budak-budak lepasan SPM punya kerja. Gajinya pun tidak seberapa. Mujurlah penulis punya degree. Jadi gaji penulis lebih tinggi dari mereka yang tidak punya degree. Apa-apa pun masih, orang pandang sebelah mata. Termasuk keluarga.

"Such a waste. 4 tahun belajar. Tak silap aku, result kau bagus jugak kan?" Sambungnya lagi, menyengat hati.

"Erkk.."

Orang tua ni memang melampau. Dish! Dish!

Direnung-renung, ada benarnya kata warga emas bermulut 'lahar' tersebut. Sampai bila penulis hendak setia dengan company ini? Career development penulis terencat selagi bersama dengan company ini. Company yang didominasi golongan tong tong chang!! Mereka sedikit perkauman. Anak Melayu tetap dipandang sebelah mata walau sebagus manapun mereka (termasuk penulis yang begitu bagus dan komited bekerja, ahakss).

Penulis bukanlah tidak berusaha mencari kerja baru. Selalulah juga penulis jenguk-jenguk dari website ke website. Selak-selak dalam majalah dan suratkhabar. Bisik-bisik mencari peluang di kalangan rakan taulan. Manalah tahu kalau-kalau ada kerja yang sesuai.

Malangnya, segigihmanapun masih, penulis tidak berjaya mendapat kerja baru.

Dan mulalah penulis rasa kecewa.

Otak penulis rasa beku. Minda penulis serba tepu. Fikiran penulis mula bercelaru. Bercapah-capah. Bercabang-cabang. Meranting dan tiada hala tuju. Penulis jadi serba-serbi keliru.

Penulis buntu memikirkan nasib diri. Masa terus berlari. Larinya tidaklah pantas. Tapi ia tidak pernah berhenti. Dan sedar tak sedar, dalam beberapa hari, usia penulis bakal memanjat satu anak tangga lagi.

Dan penulis masih tersekat di takuk yang lama. Mensia-siakan bakat yang ada. Mensia-siakan otak yang serba geliga..

Notakakibercagu: Penulis akan terus mencuba. Dan mencuba sampai berjaya. YOU ALL, TEMPAT YOU ALL ADE NAK PAKAI ORANG TAK?? Hee ^_^

Sunday, January 17, 2010

Dengkuran Asmara


Setiap kali dia berdengkur, penulis terjaga. Penulis kira, dengkurnya punya kuasa untuk mengganggu lena. Dengkurnya tidaklah hebat. Tidak juga kuat (kentut penulis lagi gamat!). Tetapi dengkurnya sudah cukup untuk buat penulis rasa seperti sedang berada di kelab. Kerana dengkurnya punya melodi yang berbeza-beza. Kadangkala berirama dangdut. Kadangkala berirama jazz. Kadangkala rock kapak (Ikut mood kut). Itulah dengkur suami merangkap isteri penulis, Embi Anak Embak.

Jadi, entri kali ini tentang dengkur? Tidak. Er. Ya. Er. Entah!

Malam ini Embi berdengkur lagi. Penulis jadi sukar melelapkan mata. Jadi penulis segera kejutkan dia. Dia terjaga. Menggeliat. Mengubah posisi, dan kembali terlelap. Seminit. Dua. Dengkurnya berkumandang kembali.

Geram. Sakit jiwa. Sakit telinga.

Jadi penulis bangkit, didihkan air dan bancuh secawan nescafe. Kemudian penulis kembali ke bilik, duduk bersila di atas lantai sambil menghadap katil, betul-betul di depan Embi. Penulis tenung wajah Embi. Sambil menghirup nescafe, melodi dengkurnya penulis nikmati (kali ini irama pop yeh yeh! Layan je lah!).

Ketika itulah penulis tiba-tiba terkenang kisah lama. Teringat pada bekas kekasih. Mr E. Dia juga tidur berdengkur.

Cepat-cepat penulis onkan komputer peribadi. Menulis entri ini.

Jadi, entri kali ini tentang Mr E? Oh, tidak.

"Tak payahlah feeling lebih-lebih Pena. Ko dengan dia akan end up macam ko dengan aku. Pasti tak lama. Paling-paling lama pun, 2 bulan"

Kata-kata Mr E berbekas di hati. Kuat melekat sampai teringat-ingat. Penulis tak salahkan Mr E. Dia ada fakta yang menyokong. Kerana dia tahu perangai penulis. Masak dengan sikap playboy atau buaya penulis. Jadi penulis terima ramalan Mr E dengan senyuman. Penulis anggap kata-kata itu sebagai cabaran.

Penulis dan Embi..

Irama dengkur tiba-tiba berhenti. Penulis berhenti menaip.

"Cukk. Kenapa tak tidur lagi. Pagi esok kan kerja. Dah! Sambung besok pulak" tegur Embi. Dia sekali lagi menukar posisi. Dan kembali terlena.

Penulis kembali menaip.

Penulis dan Embi, kami mengambil masa hanya seminggu untuk mengisytihar rasa cinta dan bergelar kekasih. Ramai yang menganggap kami membuat keputusan yang tergesa-gesa. Mereka tidak yakin kami mampu bertahan lama. Well, I guess, they were wrong.

Penulis dan Embi masih bersama. Bulan ini, secara rasmi, percintaan kami melangkah masuk tahun yang keempat.

"Encuk!"

Penulis sekali lagi berhenti menaip. Menoleh sambil membebaskan aura membunuh. Grrr..

"Tido la...!!"

"Kejap lagi B. Dah nak abis dah"

Ulang tahun kali ini, kami hanya bercadang untuk meraikannya secara ringkas sahaja ~ keluar makan malam bersama di sebuah restoran makanan Cina, Ahad nanti.. Hadiah? Er, belum dibeli. Sejujurnya penulis agak pening memikirkan apakah yang patut penulis hadiahkan kepada Embi. Sebentuk cincin? Subang? Atau rantai? Atau jam tangan? Atau sepasang kasut Zara yang memang dah lama dia idam-idamkan (pig skin lining la B, tak boleh! Harom!).

"Encuuukkkk!"

"Apa!!? Jangan kacau boleh tak? Jap lagi saya tidurlah! Huh!" Penulis mendengus kasar. Saat ini, ketika ini, penulis lebih rela melihat Embi berdengkur melagukan irama Hindustan dari terus menerus mengganggu penulis menulis.

"Cukkkk"

"Iya....B nak apa? B pernah tak bayangkan ibu jari kaki Cuk masuk dalam lubang hidung B. Mesti enak kan!!?"

"Nak pelokkk!!!"

Penulis terdiam. Seakan ada satu kuasa menutup mulut penulis. Kuasa yang menggetarkan perasaan penulis.

Penulis menoleh. Menatap seraut wajah yang cukup mendamaikan (tapi haokk sangat-sangat! Macam rumah tak siap!).

Penulis tersenyum geram (nafsu untuk berselingkuh tiba-tiba datang).

Penulis bangkit dari tempat duduk dan melompat ke atas katil.

Penulis peluk Embi dari belakang sambil tangan merayap nakal di sekitar perut dan xxxnya. Dia menggeliat geli.

Badan kami berdua kemudiannya bersatu membebaskan haba yang hangat. Penulis terasa nyaman. Rambut Embi (yang jarang) penulis belai dengan penuh kasih sayang. Seketika kemudian Embi berpusing menghadap penulis. Mata kami bertentang. Kami berkucupan. Dan akhirnya terlena sambil berdakapan.


~Bertemu insan gila dan kurang waras bernama Pena Anak Penis adalah antara perkara yang terindah yang pernah berlaku dalam hidup saya~
Embi Anak Embak, Graphic Designer, 34 tahun.


Notakakibercagu: Kerana masalah dalam kelambu yang tak selesai-selesai, seorang teman mengesyorkan kami berpisah. Berpisah? Penulis memang tak mampu. Bagaimanalah penulis hendak hidup tanpa Embi. Tanpa memeluk dia. Tanpa menggentel perutnya. Tanpa meramas telornya dan tanpa mendengar alunan lagu dengkurnya?

Friday, January 15, 2010

Lelaki Ini..


"Gud day!"

Itulah bingkisan ringkas yang dikirim ke dalam peti mel penulis.

Pendek. Tapi bingkisan yang berupa sebaris ayat itu benar-benar memberi makna yang besar bagi penulis.

Dek kerana sebaris ayat itu, pagi penulis bermula dengan indah. Penulis rasa betul-betul ceria. Penulis mula tersenyum-senyum. Tersengih-sengih. Macam kerang busuk! Sesekali tertawa sendiri. Tergedik-gedik. Terkinja-kinja. Terlompat-lompat sana-sini.

Teman di tempat kerja cuma melihat sambil menggeleng-geleng kepala.

Penulis kira, satu tanda soal sebesar bas sedang bergolek-golek dalam minda mereka, tertanya-tanya gerangan momok dan mambang manakah yang merasuk penulis kali ini? Heee..

Well, cut the crap, terus ke point utama ~ si momok yang merasuk penulis itu sebenarnya ialah seorang pemuda yang cukup sifatnya, yang cukup manisnya dan cukup menyenangkan penulis.

He is into writing (penulis juga). Dia punya blognya sendiri (penulis punn). Well, he is not just a blogger (me too!). He is a professional writer (errr, i have yet to become..).

So, macam mana boleh kenal?

A few months back, entah bagaimana, I, unintentionally, found his blog. Entah apalah yang menariknya. Maybe because of the title? Hurm.

Yup. The blog's title is simple, yet catchy. It caught my eyes, and I immediately clicked the link to that particular blog. I had no idea that the blog is actually belongs to a writer. A new writer yang berbakat. Yang punya style tersendiri.

Entri demi entri penulis baca. Di samping entries yang entah apa-apa (tapi aku suka sangat2!!), dia juga selitkan cerpen-cerpennya di situ. Cerpennya dibuat part by part (so now you guys tahu dari mana penulis dapat idea untuk publishkan cerpen part by part..heee).

Penulis tidak mengambil masa yang lama untuk menyelak. Cukup sekadar membaca 4 ke 5 entries, dan 2 bahagian daripadanya cerpennya, penulis sudah dapat rasakan sesuatu. I just love his writings! And I considered myself as a potential buyer who had fallen deeply in love with his brand and would definitely buy the products. Seriously.

Penulis walaubagaimanapun tidak pernah menegur si dia. Alasannya, my first impression towards him ~ he is snobbish! Arrogant. Diva. Dan sukar didekati. Adalah sesekali penulis singgah dan tinggalkan komen di blognya. Hampeh. Tiada respon. So I decided to stop throwing him comments. That's it.

Sebulan. Dua bulan berlalu tanpa progres. Tergerak pula hati ingin mencuba sekali lagi. Jadi minggu lepas, penulis gatalkan tangan mengadd si dia di FB.

Tidak penulis nafi, terhibur juga hati membaca statusnya yang sarkastik di FB. Sekurang-kurangnya dapatlah penulis sedikit sebanyak menganalisa personalitinya. Tetapi seperti di blog, I never say hi to him. I decided to be one of his secret admirers sahaja (penulis tahu ramai lagi gadis2 tulen dan tidak tulen di luar sana yang meminatinya si dia). Penulis sedar diri. Siapalah penulis. Sekadar orang kebanyakan yang menulis karya picisan.

A day after my so called 'friendship' officially being approved in FB, penulis disapa juga si dia. bersambung.. mengantuk sangat dah..

Saturday, January 2, 2010

Dongengan Moden


Once upon a time, in the Cyber-Fairy-World, there was a magical kingdom called Guys-4-men. Well, just like the kingdom name, the people in this kingdom were obviously homos as they are only interested in samesex relationship (except citizen named Mazidul Akmal Sidek! He was a filthy sorcerer in disguise from Homo-Phobia-Jerk Kingdom)

Ruled by two drag queens, Queen Gayah and Queen Ponds, this wonderful kingdom actually was a perfect place where men can find men to have fun with. Every day and nite, every minute and every single moment, the kingdom's town council helped a lot of men to find their perfect mates who match their preferences including physical appearances, sex position, personality and location. A guy with thick eyebrow? Big bouncy human balls? A sneezing dick? Bubbly butt with a tiny cave? Rainforest armpit? Chubby bear from gombak? AdikAdikSerdang85? Just name it! And to break the ice, just send them a message. And dont forget to attach the face picture. Or else, there will be no reply at all as their official slogan is "no picture no reply".

Then came a day that could not be forgotten by every single gayman in this kingdom. Their leaders decided to merge the kingdom with another kingdom and wanted it to be called Planet Romeo. At first, not everyone was happy. There was a group of people started to sentap! (moteep?). They started to protest and complaint. Some of them even swear, they will leave the kingdom to join the so-called straight Kingdom if the change take place. Unfortunately, no matter how much they ranted, the change is inevitable.

Day after day, week after week, month after month, and no doubt year after year, as the time goes by, guess what happened?

Those people who said they are going to leave the kingdom, actually remained peacefully attached to the new kingdom, and became even more gatal and more gigih mencekcur. Da!!! Cakap tak serupa bikin! Su.. suuu.. sudehh!!! Propa je lebih!

Okay, Im done. Muwahahahahahahaha. I just can't stop laughing when I write this story. Sekali sekala mengarut ni makes me feel good pulak.

Notakakibercagu: Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Lalalalala...

Friday, January 1, 2010

Malu

Penulis akui, penulis bukanlah seorang yang pemalu. Jadi kebanyakan cerita nakal yang penulis kongsi di sini, memang sengaja penulis kongsi tanpa segan silu kerana penulis memang makhluk yang tak tahu malu. Those who follow this blog mesti realize PP ialah satu blog yang kadang-kala nakal dan kadang-kadang sedikit lucah, dan sesekali terselit cerita dalam kelambu yang ditulis oleh seorang penulis yang bermuka tembok yang,..er, tak malu! Heee..

Walaubagaimanapun, sejak dua menjak ni, penulis mula tidak yakin dengan apa yang hendak ditulis. Gara-gara penulis disapa oleh beberapa orang gadis cun melecun ketika sedang online. Mereka kata, mereka pembaca setia Pena Penis :S

Knowing that my readers are not only among gay people makes me feel honoured. And proud! And the feeling became even greater as most of them are women. Heee.. Bestnyer!!!

Tapi, dalam duduk-duduk tersengih-sengih sendiri melayan riak yang beraja di hati, I started to think of something. Those girls read my blog? Cerita tentang bottom, tentang top, flexi, tentang jantan ganteng. Tentang anus.. OMG! Adakah mereka baca semua cerita yang penulis tulis? Malunya!!!!!!!!!!! (well, anda andaikan sahaja penulis baru sahaja dianugerahkan satu set kemaluan baru!).

Bila dah dapat kemaluan, penulis mula teragak-agak untuk menulis sesuatu cerita. Banyak pula perkara yang penulis rasa malu untuk dikongsi. Walhal, ada banyak insiden (18SX) yang menarik yang berlaku dalam hidup penulis sejak kebelakangan ini. Entahlah.. I feel that eventhough I am a gayman, tapi penulis tetap seorang lelaki yang gentleman (Sebetulnya, a gentle-gayman). And I am a gentle-gayman who respect a woman (In fact, I believe a man, gay or straight, who cannot respect a woman is a jerk and he is completely exposed as a true loser).

Notakakibercagu: Lalu, sekali lagi, penulis berlalu pergi tanpa sebarang entry yang nakal seperti selalu, dek kerana terlalu malu.. Hehehe, tumpang lalu..lalalalalala

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails