Monday, July 27, 2009

lucah?


Lately, penulis semakin jarang bertandang ke gym. Bukan malas. Cuma sedikit tidak rajin...

^_^

"^_^

Okay-okay.. Penulis malas. Faktor utama, masa bekerja yang tidak konsisten. I am a shift worker. Kadang-kadang kerja siang. Kadang-kadang malam. Lokasi gym tersebut juga tidak mesra golongan sengkek macam penulis. Tempatnya di Bukit Bintang, betul-betul dalam kawasan segitiga emas. Kawasan yang paling sibuk di KL. Parkingnya pula limited. Mahal as well.

Antara alasan-alasan lain kenapa penulis malas ialah faktor tiada kawan. Penulis ialah individu yang tidak suka menyapa orang. Well, seperti yang penulis pernah bagitau dalam entry yang sudah-sudah, penulis tergolong dalam kategori makhluk yang sentiasa tunduk memandang lantai dan tekun membuat hal sendiri tanpa menyibuk hal orang lain.

Most gymmers in here are not from our people. I mean, they are non Malays. Majority of them are Chinese. And Indians. Foreigners juga bersepah. Melayu? Boleh dikira dengan jari. Dalam satu-satu masa, penulis anggarkan 2 ke 3 orang sahaja. Tapi dengarnya sebelah malam agak ramai budak Melayu bertandang.

Penulis menulis tentang gym ni sebenarnya kerana ada satu kisah menarik yang ingin penulis kongsi. Jom, teruskan membaca!

Suatu pagi, penulis tiba agak awal di gym. Sengaja penulis datang awal. Mengelak kesesakan trafik, baik di jalan mahupun di gym. Pagi-pagi macam ni, biasanya tak ramai lagi orang di gym ni. Lebih-lebih lagi di pagi Isnin. Bolehlah penulis melepak dengan tenang.

"Hi! Morning! Not working today?"

Penulis yang sedang menyalin pakaian tersentak gara-gara ditegur tiba-tiba. Orang yang menegur memang not bad looking. International look (he is Chinese indeed).. Rasanya dalam lingkungan 25- 30 tahun. Tall. Lean and fit body. Yang penting, dia hanya berseluar dalam ~ baru berkira-kira hendak menyarungkan shortnya. Gulp! Penulis mula terliur.

"Morning too. Yup, not working."

Penulis cuba senyum, kawal gelabah penulis dan blah dengan selamba. Nervous! Dari Jauh sempat pula penulis menoleh, melihat 'Ah Seng' (nama gelaran yang penulis beri) yang masih berseluar dalam, terkial-kial menyarungkan short Adidasnya.

Setengah jam kemudian, di free weight section, penulis terserempak lagi dengan Ah Seng.

"Bro, you should focus more on your upper, especially arms. You got nice body already. Athletic type. But if biceps besar sikit lagi bagus. Nice tight anyway. Nike ya?"

Motipp? Sempat puji lycra short penulis lagi. Walhal penulis pakai loose short di sebelah luar. Macamla nampak... Sambil bercakap, matanya liar meratah badan penulis. Dari atas sampai bawah dia tenung penulis. Sudahh..! Mamat ni nak ngorat aku ke?!?

Penulis ni, orang tengok kali pertama memang sombong. Jual mahal. Bila dah ditegur, peramah tak ingat. Well, kerana dah disapa, dah ditegur mesra, penulis apa lagi. Sudahnya, penulis layan si Ah Seng ni berborak sambil bersenam. Sempatlah penulis timba ilmu work out dari dia (plus body dia pun lebih muscular dari penulis). Cuma penulis agak rimas ditanya bermacam-macam . Dari ceritanya, Ah Seng rupa-rupanya seorang model, sudah bertunang dan punya seorang anak lelaki luar nikah Oh! Ingatkan gayboy tadi!

Ah Seng habiskan sesinya lebih awal dari penulis. Penulis biarkan dia pergi dengan senang hati. Satu jam kemudian barulah penulis beredar ke changing room.

I quickly get undressed, grab my towel and terus ke steam room. Memang rutin penulis, after work out, lepak sekejap di steam room atau sauna, then barulah mandi.

Penulis buka sahaja pintu steam room, penulis nampak Ah Seng sedang elok bertenggek di atas bangku. Dan dia berbogel! Boleh tahan! Penulis telan air liur untuk kesekian kalinya. Penulis, apa lagi, terus mengambil tempat, take off the towel dan turut berbogel. Hak hak hak..

Selain dia, ada dua lagi makhluk kat dalam tu. Pak Arab, dan mereka juga yang turut berbogel (sorry, kepada yang taste pada pak Arab, these 2 fellas kedua-duanya chubby, penisnya tidak kelihatan langsung).

Pak Arab yang dua orang ni melepak tak lama. Dalam 5 minit kemudian, mereka keluar. Tinggal penulis dan Ah Seng. Ah Seng tersengih kerang busuk. Kali ini dia tak banyak bercakap. Dia cuma mengengsot perlahan-lahan, semakin dekat dan dekat, dan akhirnya duduk betul-betul di sebelah penulis. Gulp, penulis telan air liur lagi. Damn! Nervousnya....

Penulis memang penakut. Kerana penulis hanya duduk diam tidak bergerak-gerak macam tunggul kayu. Ah Seng pula memang berani. Sangat berani sehingga dia dengan selamba tiba-tiba memegang dan meramas penis penulis!!

Dari ramas, dia mengubah corak serangan. Dia mula memeluk, mencium, menjilat serta menggomol penulis!

"Lets go to toilet and have sex?" Bisik dia sambil terus rakus menggomol penulis.

Wait!

Don't simply get aroused dan stim dulu wahai pembacaku sekalian. Kerana nothing dirty ever happened between us. However, I have to admit, my feelings at that time bercampur-campur. Berbaur antara nak dengan tak nak. Fortunately I decided to say no. Penulis tolak dia perlahan-lahan. Explain to him, i'm not that kind of person, dan berlalu pergi.

Ada tiga pengajaran yang penulis dapat dari peristiwa tersebut. 1st, dont talk to strangers (hehehe..) 2nd, jangan berbogel di hadapan sekumpulan lelaki yang anda tak pasti orientasi seksnya or anda akan digomol. 3rd, penulis memang suka digoda. Bukan penulis sahaja. Semua orang pun suka digoda. Terutamanya apabila digoda individu yang memang kita taste. Yes, it is so hard to resist a seduction. But no matter how charming the person is, sehebat manapun godaan dia, jika anda masih punya harga diri, anda pasti mampu menolaknya (Lagipun kat jamban? Yang kotor? Nak main ngan aku? Ko sape? Entah sunat entah tidak. Tah-tah ada AIDS. Da!!!!!).

P/S: You can simply seduce a man without taking anything off, without even touching him.
~Rae Dawn Chong, actress.

Monday, July 20, 2009

Kamera

Sesekali singgah melepak di blog rakan2, terhibur pula hati membaca celoteh anda semua. Paling penulis suka, melihat gambar2 yang di upload. Gigih betul anda mengupdate blog ya.. Penulis juga suka bergambar, suka mengambil gambar dan suka mengupload gambar. Cuma penulis tak punya kamera secanggih anda. Most of the photo taken by me, kualitinya tidak bagus. Well, they just being captured by sony ericsson K660i, yang resolusinya cuma 2 megapixel..

Kadang2 penulis teringin untuk mempunyai satu blog yang lebih kepada daily journal.. Boleh penulis muatkan pelbagai gambar dan bercerita apa yang berlaku setiap hari..

"Pena Penis pun update seminggu sekali. Ada hati nak set up another blog"

Klepek! Statement sentap seorang teman baik rasanya kena tepat ke muka penulis.

Okay. Penulis terpaksa lupakan niat untuk set up satu personal blog tu. Kalau buat pun, penulis rasa bersawanglah blog tu nanti tidak terurus.

"Lagipun setakat pakai kamera handphone, baik tak payah upload picture. Better ko kumpul duit beli kamera yang selalu digunapakai jurugambar profesional seperti Nikon D3x ke, D5000 ke.."

Kan.. I need a camera. Camera.. Camera... Next target, Camera! Dan hari ini, penulis tekun mencari dan membuat survey kamera yang terkini di pasaran..

Di bawah ni ialah Nikon D3X yang disebut-sebut teman penulis tu..



Up to 25 mp...
Details yang lain, penulis tak berapa nak faham..
Harga? USD7K plus plus..

Gulp...

Takpelah.. Penulis setia sajalah dengan K660i penulis yang nan satu ni dulu..

Curang (Episod 2)


Perut penulis terasa memulas-mulas. Damn! Penulis mengubah posisi tidur. Meniarap. Menelentang. Menonggeng. Malah 69 (dengan bantal peluk). Dan bermacam-macam aksi lagilah! Namun perut penulis tetap memulas.

Penulis sempat melirik jam yang tergantung di dinding. 2 pagi. Masih awal. Tapi dalam keadaan sebegini, mustahil penulis dapat tidur dengan tenang. What should i do? Pergi buang? Bukannya penulis enggan, masalahnya yang ingin dibuang tak juga kunjung tiba walaupun ditekan-tekan, dilurut-lurut. Diteran-teran dan dijolok-jolok (hak hak hak..).

Tapi, dalam serba-serbi tak senang dan resah, penulis akhirnya terlelap jua..........................

Dalam pukul 4 lebih, penulis terjaga lagi. Kali ini serangan lebih dasyat. Rasa memulas seakan menyerang di segenap penjuru. Penulis mula terasa sesak. Dan senak. Anda kenal blender? Tahu bagaimana ia berfungsi? Itulah yang penulis rasa. Isi perut ini terasa bagaikan diblend (hm... teringat pulak Dark Mocha Frapuccino ice blended yang selalu penulis beli kat Starbucks tu.. Alahai, sedapnya..).

Deria ke 6 penulis tiba-tiba berbisik.

'This is it!! Cepat! Keluarkan mereka!"

Penulis bergegas ke Kamar Jentayu (nama timang-timangan toilet kami.. heee "=_=). Belum sempat penulis duduk betul2.. trrrrttbrrrrrrrbbbbbbbrrrrrrtt (adegan seterusnya terpaksa dipotong kerana mengandungi aksi2 ganas, ngeri dan seram yang bertubi-tubi).

Dalam penulis sedang asyik mengosongkan 'tangki', penulis sempat mengelamun. Fikirkan tentang kerjaya. Tentang masa depan. Kewangan. Rakan2. Gosip2 terkini dunia artis..

Penulis terfikir, kalaulah Nicholas Saputra.... dan angan penulis terganggu sebaik sahaja penulis terpandang sebentuk cincin di jari manis penulis. Hadiah pemberian Embi sewaktu 'mengisytiharkan' cintanya pada penulis 3 tahun dulu. Penulis tenung puas2 cincin itu. Penulis pusing2kannya. Belek2, usap2 dan gentel2.

"well, at least u have someone sleeping besides u, better than nothing kan?"

Teringat pula statement seorang sahabat, Mr Darcy di ruangan komentar blog penulis beberapa minggu yang lalu. Ketika itu, penulis tak nampak apa yang tersirat di sebalik tulisan itu. Penulis hanya tersenyum. Dan menganggapnya tidak lebih dari typical statement yang sudah terlalu biasa penulis terima.

Tetapi kali ini statement Mr Darcy membuat penulis terfikir. Apa yang penulis cari lagi?

Penulis sudah punya cinta. Sudah punya Embi sebagai teman hidup. Well, secara amnya, we are lovers. Tapi jauh di sudut hati, we are more than lovers. We are soulmates! We share everything! Joy and pain! Feelings! Dreams! Interests! Even underwears!

Terus, kenapa penulis masih mencari seseorang di luar sana? Masih bermimpikan kelibat lelaki lain? Masih berfantasikan susuk lelaki lain?

Menurut pakar, sesebuah hubungan tidak akan kekal if you start looking for perfection in your spouse, or you think that everything in your relationship should be moulded according to your needs. Jadi, adakah penulis mengejar kesempurnaan? And selfish as well?

Ya, penulis akui, terlihat saja jejaka ganteng di hadapan mata, kadangkala terdetik di hati, kalau dapat ni mesti best gilerrrr. Badan sasa. Perut six packs. Buntut tonggek. Hey, don't get me wrong! Penulis terima Embi seadanya, and i will never try to change him. Plus, I'm not that selfish lah! But, as a human being, jantan some more (lebih2 lagi gayboy), naluri untuk tertarik kepada sesuatu yang 'melettop' tetap ada.

Kata seorang otai dalam dunia PLU, Abang RRRR, "Selagi namanya gayboy, ko tak akan puas dengan seorang. Gayboy cintanya berpaksikan nafsu, bukan iman dan bukan kerana Allah. Kalau benar iman ko kuat, ko boleh tahan nafsu tu, ko tak akan main buntut walaupun ko memang songsang!"

Berat tuduhan Abang RRRR itu. Namun, penulis kira ada benarnya.

"Dalam perhubungan macam ni, monogamous adalah perkara paling sukar nak diamalkan! Trust me! Both of you mesti ada makan luar punya!! Lebih2 lagi ko yang dah lama tak 'dapat' kan??" Penulis telan air liur. Cukup pahit dan payah benar untuk ditelan. Kerana ia memang benar. Penulis terdiam. Penulis hanya memandang Abang RRRR yang tiba-tiba tersengih2 manja..

Da!!! Nak goda penulis la tu!!!

Whatever it is, penulis perasan dalam sesebuah hubungan homoseksual, cheating has less of negative impacts berbanding terhadap hubungan heteroseksual yang normal. My concern is gayboys might think cheating is a natural part of any homo relationship. Lagipun rata-rata gay couples mengamalkan open relationship. Dan perkara terpenting yang menjadi pegangan dalam open relationship, harus tahu membezakan mana satu part emosi dan mana satu part seksnya ~ As long as kau sayang dan cinta aku seorang, just go on and have fun! Hm..mungkin sebab itulah mereka boleh terima istilah cheating dalam hubungan mereka.

Berbalik semula kepada hubungan penulis dan Embi. Hubungan kami tidak seperti gay couples yang lain. We are in closed relationship. Kami tutup semua pintu. Hanya tingkap yang dibuka. Itupun berjaring. Bahagiakah kami? Yup, we do live happily, well, at least until now.. Issuenya cuma satu. I've cheated on him. And i feel guilty! Tapi sumpah, rasa cinta penulis padanya sedikit pun tidak berkurang.

"Bf ko mana nak campak beb?? tong sampah..? fikir lah sikit beb hati dah perasaan org lain.." kata seorang hamba Allah, feedback kepada entry penulis yang lepas, 'Curang Episod 1'.

Nak marah ada. Tersentap pun ada. Tapi at least beliau buat penulis berfikir, mungkinkah penulis di dalam kategori makhluk yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih?

Tapikan, pada masa yang sama, penulis terfikir juga, mungkinkah open relationship adalah bentuk hubungan yang lebih baik untuk masa depan kami?? Lama juga penulis bertafakur di dalam Kamar Jentayu mencari jawapan. Penulis hanya berhenti mengelamun di saat perut kembali memulas. Serangan kali ketiga. Duhh!


P/S Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom ~ Marcel Proust

Thursday, July 16, 2009

Kata dia

"aku serius terkejut dgn reaksi ko thdp isu write up tu... xsgka pulak aku ko jenis yg tlalu berkira... mungkin silap aku krn beri ko harapan n kemudian hrpn tu hlg sbb rules n regulation yang bukan disengajakan. n ko jadikan alasan itu untuk roskkan sebuah friendship. harap ko matang dlm berfikir zain. coz smua tu hasil prkongsian idea kta sama2. aku sokong ko n ko pun bnyk sokong aku. kita share minat yg sama.

sebelum ni ko pernah akui ko adalah sejenis org yg cepat kecewa. hal itu yg patut ko overcome b4 menyalahkan mana2 pihak. aku hanya mangsa keadaan. n aku xnak ko lari dr aku sbgai kawan.

n aku tgk ko slhkan aku seratus peratus atas ketidak sengajaan itu. serius aku xfaham prangai childish ko. come on... ko bukan budak lagi. aku terperanjat sangat dengan tindakan ko ni. sampai ko buang aku. fikir banyak kali. jgn terlalu pendek akal. kata2 aku sbg kawan n sahabat. sekian terima kasih n sorry.... harap ko boleh reply n think positif..."


Kata penulis

Mr DD yang melacurkan persahabatan kami dan kepercayaan penulis. Sekarang dia salahkan penulis kerana bersikap keanak-anakan kerana membuang dia dari hidup penulis. Tahukah dia betapa penulis cuba berfikiran matang dan melupakan isu tersebut? I just let it go, eventhough it is painful.

Yes, i do admit that he guided me, pendek kata macam mentor lah. But being a mentor does not mean that he can simply claim my writings is belong to him!

He is a journalist. Yes, he is! But i still wonder, does he know plagiarism is a crime? And it is the worst crime in journalism as well!! I need to say this.. no, ..

Yes, I need to say this!! F*** You!!

Fuh, lega!!

Wednesday, July 15, 2009

Kata saya


Penulis bukanlah seorang yang suka berkira. Penulis juga bukan mata duitan mahupun materialistik. Cuba tanya orang-orang yang kenal rapat dengan penulis, mereka pasti akan kata penulis seorang yang pemurah, baik hati, ikhlas, ceria dan yang penting, comel (kann?).

Penulis ibaratkan diri penulis sebagai individu yang suka melihat orang lain senang hati dengan apa yang penulis lakukan. Rasa bahagia sangat melihat senyuman dilempar kepada penulis. Dan tidak pernah penulis mengharapkan jasa penulis dibalas . Untuk meminta-minta? Jauh sekali. Tetapi kadang kala, penulis sebagai manusia biasa tetap terasa ingin diberi penghargaan. Setidak-tidaknya, disebut orang tanda kerja-kerja penulis dipandang.

Wah, intro entry kali ini ibarat luahan perasaan!

Memang pun! Memang penulis ingin meluahkan apa yang terpendam. Tak boleh tidak, tak boleh tak nak, penulis kena juga berkongsi perasaan. Kalau tak, terasa diri ini terbeban pula dengan segala macam tekanan. Meh sini penulis nak bercerita..

Ceritanya begini. Sejak 2-3 minggu yang lalu, seorang teman, penulis namakan sebagai Mr DD meminta penulis menulis perihal program realiti TV. Asalnya penulis tidak ambil peduli. Lagipun untuk menulis perkara-perkara serius, penulis memang tidak reti. Katanya Mr DD, tulisan penulis bagus. Ada potensi. Ringkas tapi berisi. Pujuknya lagi - kau tulis dulu. Nanti aku edit dan tambah mana yang perlu. Kemudian aku akan usahakan agar tulisan kau itu tersiar di mana-mana media. Hm,.. menarik kan tawaran itu?

Termenung panjang penulis. Bagus juga kalau tulisan penulis tersiar di media arus perdana. Di Pena Penis, pembaca setia penulis berapa kerat sahaja (terima kasih kepada 32 orang followers). Kalau tersiar di majalah ataupun akhbar, mahunya beribu, malah tidak mustahil berjuta yang membaca. Nanti bolehlah penulis mendabik dada (wah, riaknya..).

Lantas penulis dengan bersemangatnya mulalah menjalankan tugas. Terkial-kial membuat rujukan. Dari website ke website. Dari blog ke blog.Kemudian duduk melangut pula di depan TV. Tak cukup menonton TV, penulis tergedik-gedik menyibuk pula di lokasi. Memerhati, mengumpul fakta, menganalisa dan membuat kesimpulan.

Cukup semua bahan-bahan, penulis mulalah membancuh, mengadun dan mengarang jambangan kata.. jap jap. Alahai.. Bahasa.. Lemah jantung penulis. Okay, penulis pun mulalah bersengkang mata sehingga lewat pagi mengarang cerita. Tak cukup sehari. Dua hari. 3 hari. Hari keempat barulah siap sepenuhnya. Tapi itu bukan bermakna penulis lembab okay!! Untuk makluman semua, penulis bukanlah pengarang sepenuh masa, sebaliknya hanya curi-curi mengarang sambil bekerja, jadi banyak sangat halangan dan dugaan).

Alamak! Bos datang!!---------------------------------------------------------------------

Okay, sambung balik..(Poyo je kan? Penulis sengaja nak tunjuk realiti yag berlaku di tempat kerja setiap kali nampak kelibat bos. ~ Sukarnya menulis di tempat kerja)

Hasil tulisan tersebut cepat2 penulis emailkan kepada Mr DD..

Hari yang sama, di tengah malam, Mr DD menghantar SMS kepada penulis. Ringkas sahaja SMSnya. Menurutnya, nama penulis tak dapat disiarkan kerana penulis bukan penulis atau wartawan di situ. Even nama samaran juga tidak diterima. Okay. Penulis terima.

"Jadi siarkan tanpa nama. Jika tidak, jangan siarkan langsung!" Putus penulis, muktamad.

"Tak boleh.. Aku dah submit. Besok pagi akan disiarkan."

"So pakai nama siapa?"

"Nama aku" Yakin sungguh Mr DD menjawab. Umpama tulisan tersebut dia terjumpa dan terpijak di tepi jalan atau di dalam longkang.

Bagaimana pula dengan masa penulis yang terbuang? Perahan idea penulis? Otak ini dah separuh biol mencari ilham. Siang dan malam penulis duduk mengetuk keyboard menyusun ayat. Semudah itukah penyelesaiannya? Mr DD membisu, hilang bersama persoalan itu. Tiada jawapan dan tiada penyelesaian. Malam itu penulis tidur dengan hati yang gundah gulana. Sayu memikirkan, karya nukilan bakal menjadi milik orang.

Mimpi buruk penulis akhirnya menjadi kenyataan. Hari esoknya, tulisan penulis tersiar juga di akhbar tempat Mr DD bekerja dengan namanya sebagai pengarang. Ala, satu halaman sahaja. Ya, cuma satu halaman, dan PENUH. Satu halaman yang penulis rasakan bagai ditulis dengan tulang empat kerat penulis. Dan halaman tersebut ibarat dicetak pula dengan keringat penulis. Menitis air mata, sebak pula rasanya di dada. Lagipun, penulis tidak mendapat apa-apa.

Sekali lagi penulis tegaskan, penulis bukan jenis yang berkira. Untuk meminta-minta? Jauh sekali. Walaupun penulis orang yang tak ternama, tetapi kadang kala, jauh di sudut hati, penulis sebagai manusia tetap terasa ingin diberi penghargaan. Setidak-tidaknya, disebut orang tanda kerja-kerja penulis dipandang.. (copy balik ayat di atas, boleh tak? Hehehe..).

Tuesday, July 14, 2009

S.A.D


Hari yang sungguh muram.............................................................

Monday, July 13, 2009

Anak Wayang VS Pilih Kasih



Penulis bukanlah hantu TV. Untuk duduk melangut di hadapan TV, mengunyah kuaci sambil menanti program kesukaan bersiaran, rasanya terima kasih sajalah. Penulis hanya menonton bila diri ini sudah terlalu lapang atau bila terlalu bosan menghadap komputer peribadi. Cuma semenjak dua menjak ini, penulis sering terpandang promo dua program TV realiti di mana-mana saja. Gahnya program tersebut dicanang-canang, diuar-uarkan sepelusuk ruang. Dua-dua hebat promonya. Tetapi bagaimana dengan program itu sendiri? Hebat sangat ke? Lalu, terbukalah hati penulis untuk duduk melangut di hadapan TV sambil mengunyah kuaci. Menonton dua pentas berbeza yang berkongsi misi.


Anak Wayang dan Pilih Kasih. Seperti program realiti TV yang sudah-sudah, dua program ini turut menjadikan jari penonton melalui SMS sebagai juri. Cuma konsepnya lebih menarik. Lain dari yang lain. Disebabkan misinya ialah mencari pelakon baru yang berbakat. Sehingga artikel ini ditulis, Anak Wayang (AW) sudah pun hampir menutup tirai. Pilih Kasih (PK) pula sudah masuk minggu ke 7. Rasanya masih belum terlambat untuk penulis bercerita mengenai kedua-duanya. Lagipun dua-dua masih panas. Masih hangat diperkatakan. Dengar dari cakap-cakap orang, AW lebih bagus. PK pula kurang bagus. Tetapi ada pula berpendapat sebaliknya. Penulis pula bagaimana? Nah, ini kata penulis.


Gimik permulaan Pentas Anak Wayang (PAW)dengan laluan karpet merah artis popular memang tampak gah. Sebaik sahaja penulis menontonnya, penulis merasakan PAW akan berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Ironinya, perjalanan program selepas itu tidak semeriah gimiknya. Selepas kata-kata aluan dari pengacaranya (yang kelihatan begitu 'underdog' sekali), PAW cepat-cepat diteruskan dengan segmen pertama dalam suasana serba suram. Pilih Kasih? Tiada karpet merah. Tiada kelibat artis tersohor. Tiada gimik penambah glamor. Mereka terus sahaja bermula dengan persembahan pembukaan Pentas Pilih Kasih (PPK). Ibarat konsert, penulis terasa kemeriahannya. Para peserta tampil dengan persembahan pembukaan mengikut tema PPK yang berbeza-beza setiap minggu. Antara persembahan pembukaan yang paling penulis ingat, ketika tema Momok di minggu keempat. Memang menjadi. Memang melekat di hati.


'Agaknya PAW tak ingin membuang masa melatih para pesertanya dengan persembahan yang bukan-bukan. Mereka cuma ingin fokus pada pengisian PAW itu sendiri dalam memastikan misi dan visinya tercapai,' bisik penulis pada diri sendiri, optimis.


PAW dibahagikan kepada 3 cabaran. Untuk persembahan pentas, cabarannya ialah lakonan situasi dan lakonan skrin hijau. Penulis puji dari segi objektif kedua-dua cabaran tersebut - menguji daya kreativiti dan kemampuan peserta berlakon secara spontan. Peserta harus peka. Mereka perlu bijak mengawal keadaan. Malangnya majoriti peserta tidak berjaya menampilkan persembahan yang menarik. Mereka hilang fokus. Mereka menjadi tidak tentu arah dan mula membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal. Cabaran situasi sedih, penonton tergelak-gelak melihat aksi janggal peserta. Cabaran situasi marah, penonton masih ketawa mengekek melihat aksi yang entah apa-apa. Bila tiba situasi lawak, penonton terdiam kerana tidak faham lawak yang dibuat oleh peserta. Lalu segala-galanya nampak bodoh di mata penonton semua.


Dalam PPK, peserta juga diuji dengan 3 cabaran. Untuk persembahan pentas, mereka diuji dengan monolog dan teater muzikal. Memandangkan PPK tampil dengan tema yang berbeza-beza setiap minggu, monolog dan teater muzikal juga dipersembahkan mengikut tema. Ikhlas penulis katakan, penulis sukakan cabaran teater muzikal. Peserta bukan sahaja perlu berlakon, malah menari (sayangnya dalam nyanyian mereka perlu miming)! Oh ya! 20 peserta. 20 watak. Ada yang memegang watak utama. Ada yang memegang watak pembantu. Ada yang jadi props seperti bunga sahaja. Mana mungkin kita boleh menilai para peserta jika melalui persembahan teater sahaja bukan? Maka sebab itulah wujudnya cabaran monolog di mana setiap peserta dikehendaki bermonolog mengikut skrip yang diberi. Dari situ, kita boleh menilai siapa yang faham erti artikulasi dan intonasi. Siapa yang bijak mengolah bahasa badan dan siapa pula yang mempunyai penghayatan yang tinggi.


Dari segi persembahan pentas, penulis berpihak kepada PPK. Memang benar peserta PAW lebih berdikari kerana persembahan mereka tidak terikat pada pengarahan. Tetapi kebanyakan peserta masih hijau ilmu lakonannya. Mereka masih perlu dibimbing. Pergerakan mereka masih perlu dirancang supaya tidak hilang arah. Manakala dalam PPK, peserta terlebih dahulu dikoordinasi gurunya. Hasilnya, persembahan mereka lebih kemas, teratur dan menghiburkan. Terlalu bergantung pada guru? Isu itu tidak timbul kerana pelaksanaannya terletak pada peserta itu sendiri. Jadi terpulanglah kepada mereka untuk mengaplikasikannya dalam usaha menyerlahkan potensi masing-masing.


Dalam PAW, cabaran ketiganya ialah drama sebabak. Cabaran tersebut memerlukan peserta melakonkan watak yang dipertandingkan dalam satu babak. Konsepnya bagus kerana penonton dapat membuat perbandingan dan menilai setiap peserta sebelum mengundi siapakah yang dirasakan layak memegang watak tersebut. Dalam PPK pula, cabaran ketiga ialah 2 drama bersiri yang dilakonkan oleh kesemua 20 orang peserta. Watak mereka akan dimatikan satu persatu setiap minggu berdasarkan penyingkiran. Berbanding drama sebabak PAW yang tiada kesinambungan, konsep drama bersiri PPK penulis sifatkan lebih baik kerana membolehkan para penonton melihat perkembangan dan peningkatan setiap peserta yang didedahkan dengan pelbagai cabaran baik mental mahupun fizikal semasa di set penggambaran dari minggu ke minggu.


Sejujurnya, penulis masih keliru dengan format AW. Imbas kembali kepada formatnya, 25 peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut 5 watak yang dipertandingkan. Setiap minggu, satu kumpulan yang terdiri daripada 5 peserta akan menyahut cabaran PAW untuk merebut satu watak. Minggu seterusnya, kumpulan yang seterusnya akan mengambil alih PAW untuk merebut watak yang lain pula. Rutin yang sama akan berjalan sehinggalah tiba giliran kumpulan yang kelima. 5 peserta yang berjaya memegang 5 watak tersebut kemudiannya diserap ke sebuah drama bersiri dan akan bersaing sesama sendiri untuk merebut gelaran Anak Wayang. Kedengaran agak menarik, tetapi penulis terfikir, apakah manfaat program AW pada 20 peserta yang lain? Bergunakah program ini untuk membantu mereka menimba ilmu dan sekaligus mengukir nama dalam industri? Penulis juga tercari-cari di mana versatiliti peserta jika penekanan hanya diberi kepada watak-watak tertentu yang dipertandingkan sahaja. Tambahan pula masa untuk 5 peserta setiap kumpulan bersama AW terlalu singkat. Sempatkah menimba ilmu lakonan selama seminggu jika ianya seluas lautan?


Lain pula dengan format PK. Daripada 20 orang pelajar, 10 orang daripada mereka akan disingkir satu persatu sehingga minggu ke 10. Setiap minggu, mereka diuji dengan watak yang berbeza-beza mengikut tema PPK. Jika bernasib baik, peserta yang kekal hingga minggu ke 10 akan berpeluang melakonkan 10 watak yang berlainan. Bukankah itu satu peluang keemasan kepada peserta untuk menimba ilmu sebelum lahir sebagai seorang pelakon yang versatil? Kami sebagai penonton juga dapat melihat bakat dan potensi peserta dicungkil serta dikembangkan dari satu minggu ke satu minggu. Secara tidak langsung, elemen favouritisme akan wujud dan sudah tentu ianya bagus untuk menggalakkan penonton mengundi peserta kegemaran mereka!


Secara keseluruhannya, penulis berpendapat program Anak Wayang sebagai sebuah program realiti yang syok sendiri. Ia ibarat satu sesi casting bagi sebuah drama TV (yang lazimnya dibuat secara tertutup) yang ditayangkan untuk tontonan umum. Manakala program Pilih Kasih pula lebih bersifat akademi, di mana ia mampu menjadi platform terbaik untuk para pelajar mengasah bakat masing-masing.

Kata penulis, Pilih Kasih 10 kali lebih baik dari Anak Wayang. Lagipun, habuan untuk 5 finalis Pilih Kasih ialah watak-watak utama dalam filem, bukannya watak-watak sampingan dalam drama bersiri!

P/S Minggu paling best Anak Wayang ialah minggu Mekanik.. Ahak hak hak... Oh ya, gambar di atas hanya ilustrasi semata. Tidak ada kena mengena dengan corak penulisan penulis.

Wednesday, July 8, 2009

Tolak..?


"Aku bukan tak suka ko. Aku cuma tak ready nak couple. Aku bukan jenis yang boleh terikat. Lagipun aku dah anggap ko macam abang sendiri. Kita kawan eh? Kawan tapi mesra. Lagipun aku suka kawan dengan ko. Best giler kawan ngan ko. Ko ni baik, kelakar, bla bla bla bla.. "

Suaranya penulis rasa semakin jauh. Sayup2 kedengaran. Penulis rasa nak pitam. Darah macam tak sampai ke kepala.

Mr WWW, manusia yang tersangatlah diminati, dipujai dan digilai penulis sedikit masa dulu mereject penulis dengan statement seperti mana di atas. Ketika itu penulis termalu sendiri. Seperti dihempap seketul batu yang besar. Sakit sangat-sangat. Rasa-rasa anda, apa tindakan penulis?

a) Menangis?

b) Berdendam?

c) Pancit tayar motosikal dia?

d) Upah samseng pergi rogol dia?

e) Pukul dan lanyak dia cukup2?

f) Buat semua di atas, dan hilang semangat untuk hidup, lantas ingin membunuh diri?

g) Cool. Chill and have fun (kerana penulis mengamalkan konsep 'ada aku kesah')!?

Secara jujurnya, rasa nak buat "f". Tapi hati penulis masih baik. Nurani penulis masih murni. Sesuci embun pagi (di kala hari berjerebu). Jadi penulis memilih untuk "a". Penulis "a", "a" dan "a" untuk beberapa hari lamanya. Sampai bengkak-bengak mata. Dan murung melayani hati yang tersentap selama dua minggu (sigh..).

Bukan senang untuk penulis menerima kenyataan. Kerana Mr WWW cinta pertama penulis.

Hm. Hurm,,..Hm..

Okay2..

Cinta ke dua puluh dua. Tapi yang ini penulis rasa lain sangat. This is not a puppy love ya, macam yang sebelum2 ni. Betul! I had fallen deeply in love with him..

Sakit direject? Yes! Memang pedih. Sehingga menusuk jauh ke dalam hati. But dealing with rejection is something we have to do in our life, as rejection often occurs, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Direject dalam percintaan dan persahabatan. Direject keluarga. Kerjaya etc. Pendek kata, dalam apa jua keadaanlah!

So, kalau dalam percintaan, how to handle rejection?

Ada beberapa cara yang penulis ingin kongsi untuk handle tekanan perasaan akibat direject. Kindly scroll down ye kawan2.

1) Ada aku kesah?
Kena reject? Normal lah tu. Anyone can be rejected. Bisikkan dalam hati ayat keramat yang dipopularkan oleh Mak Ayam Azwan ini~ADE AKU KESAH?~. Memang sukar untuk tidak kesah. Orang yang direject memang akan kesah, dan mula mencari jawapan kenapa dia ditolak. Kadangkala bukan diri kita yang menjadi isunya, tetapi orang yang mereject itu sendiri. Bukan kerana kita yang tak cantik, atau tak pandai, atau tak layak.. The issue more than likely lies within that person. Mungkin taste dia pada Chubb? Bear? Or Transvetite? Jadi jangan salahkan diri sendiri. Don't take it personally. It may not has anything to do with you..

2) Mak kata belajar!!!
Anggaplah penolakan itu satu permulaan proses pembelajaran dalam mengenal diri sendiri. Bak kata cerdik pandai "Rejection is the beginning of learning". Bila kita kena reject, barulah kita tersedar. Bila tersedar, kita akan toleh belakang. Oh,.. macam ni.. Oooo..Aku ni macam ni.. macam tu,, ..Oh.. Ha'ah!. Dah sedar diri tu, cubalah pula untuk terima diri sendiri seadanya. Dah dia minat "Bear". Nak buat macam mana. Terima ajelah. Tak usah bersusah payah tuang minyak zaitun satu badan untuk melebatkan bulu2 di badan sendiri.

Sahabat, cuba ubah penolakan itu kepada satu penerimaan terhadap diri sendiri, bukan cuba untuk memenuhi kriteria yang dia inginkan. (Tapi kalau dia reject anda pasal mulut anda berbau tak gosok gigi seminggu, haruslah anda gosok gigi. Cubalah ubah tabiat buruk tu)..

3) Busykan diri.
Tak ada guna asyik terkenangkannya. Sibukkan diri dengan orang2 terdekat. Spend your time dengan makhluk2 tuhan yang sayang anda seperti keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Termasuk juga haiwan peliharaan cam kucing atau lembu (lembu?? Tah pape penulis ni). Find a hobby or do something yang anda boleh enjoy. Jauhkan diri buat sementara dengan orang yang mereject anda so that you can take your mind off of the rejection. Nak jauhkan diri sampai bila2 pun boleh. Its up to you. Tapi kalau anda rasa anda sayang persahabatan anda, terus terang dengan dia, anda perlukan masa bersendirian. Bila anda dah tenang, berkawanlah semula dengan dia. Lagi bagus!!

4) Keluarkan, dan menangis!!!
Its a hell of a lot better to get your feelings out than to keep it bottled up. Bagaimana nak express out that feelings? Salah satu daripadanya ialah menangis.

Menangis adalah ubat paling mujarab untuk meredakan tekanan ~ Ahmad Muliadi (bukan nama sebenar).

Hehe.. Siapakah kau wahai Ahmad Muliadi? Tiba2 menyampuk dalam artikel penulis ni?

Sepatutnya penulis letak atas sekali "menangis" ni. Kerana menangis adalah step pertama yang penulis lakukan sebaik sahaja cinta ditolak. Usah malu untuk menangis. Manusia beb. Menangis adalah normal. . Selain menangis, anda juga boleh luahkan perasaan anda melalui cerita. Kalau tak kisah, just talk to your friend about your rejection. Kalau segan, post je cerita kat blog. Ada facebook? Update je kat status anda...

Kesimpulannya, menangani perasaan kecewa apabila cinta ditolak bukan mudah. But it can be done. Anda perlu kuat. Anda perlu positif. Bangun. Berdiri dan berjalan terus ke hadapan. Tanamkan dalam fikiran, dia bukan untuk aku. Dia bukan jodohku. Lagipun aku boleh dapat anak ikan 8 kali ganda lagi kacak dari dia.. muwahahahahaha!!!!!!!!

P/S: Penulis terserempak Mr WWW si cinta lama di facebook. Penulis add dia dan dia approved penulis. Kami kembali berkawan dan saling berbalas komentar di dinding masing-masing. Kami end up menjadi best buddy and live hapily ever after (^_^).. (Phew.. siap juga karangan aku)

Monday, July 6, 2009

10, 000 ..

Yeay!! 10,000 visitors already..Susah payah nak capai 10k ni.. Cemburu betul kat Dunia Lelaki yang ramai pengunjungnya setiap hari.. Lately penulis jarang mengepost. Sebenarnya idea melambak2.. Tapi putus2.. Duk asyik mengarang cerita ni, tiba2 terfikir cerita lain pula.. Alih2, dah ada 5 cerita tetapi semuanya siap separuh pasal tak ada masa nak siapkan.. Betol2 tak leh fokus pada satu kerja kan penulis ni? Well, penulis memang macam ni sejak azali.. cuba jugak untuk berubah, tapi sekejap je, then balik ke perangai asal..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails