Friday, August 20, 2010

Bulan Keinsafan

Minggu ini adalah minggu extra sensitif bagi penulis di mana penulis

1) Mengalirkan air mata menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara dan menonton video presentation mayat bayi-bayi yang kena buang ketika hadir dalam satu kempen Kami Prihatin.

2) Mengalir air mata melihat seorang OKU membeli coke di sebuah stesen minyak dan terkial-kial membuka penutup botolnya sambil tersenyum kepada orang ramai yang lalu lalang.

3) Mengalir air mata semasa menatap dua gambar yang menceritakan dua senario berbeza di dada sebuah akhbar; gambar sederet kedai apek yang kosong tidak berhias apa-apa dan gambar seorang nenek tua yang duduk di hadapan rumahnya yang hampir runtuh tetapi masih mampu membeli jalur gemilang yang berharga RM4 untuk dikibarkan di hadapan rumah sempena bulan kemerdekaan.

4) Mengalir air mata ketika hadir dalam satu program meraikan anak yatim dan sebaik sahaja melihat gelagat mereka yang nakal dan ceria tanpa sebarang gundah gulana, penulis mula terkenangkan anak buah penulis yang masih kecil yang tak kurang nakalnya, yang juga baru sahaja bergelar anak yatim.

5) Mengalir air mata ketika berbuka puasa di sebuah hotel dengan hidangan lauk pauk yang mewah sehingga penulis terfikir betapa beruntungnya kita dapat menjamah makanan yang lazat-lazat tetapi pada masa yang sama terdapat ramai insan di seluruh dunia yang kebuluran tidak dapat makan semewah kita.

6) Mengalir air liur melihat pemuda-pemuda kacak dari pelbagai negara dalam satu persidangan remaja peringkat dunia.

Sesungguhnya, menjadi wartawan mengajar penulis memerhati, menerima, menganalisa dan menterjemah apa sahaja perkara yang tersirat untuk disuratkan kecuali yang nombor (6) pasal penulis tahu anda semua juga pasti meleleh air liur apabila menonton pemuda-pemuda segak berbadan kekar terutamanya dari Amerika Latin.

4 comments:

Lasykar Langit dan Bumi said...

naper mesti ada jer no 6 tu kan... baru nk join sensitif td... huhu

how r penulis..?

Indra said...

Sometimes, menda2 camni buat kita rasa bersyukur dengan apa yg kita da.

tapi selalunya sekejap je. sebab most of the time, kita selalu tgk & bandingkan diri dgn org yg jauh lagi senang/baik dari kita.

bila da buat camtu, mula la merungut kenapa takde itu ini...

anyway, alhamdulillah atas semua nikmat..

sedeh bc blog PP..

Anonymous said...

Abg PP...
Thanx for coming to our event...
"Kami Prihatin"
I'm the student of that College...

mohdikram said...

walaupun kita sama semua disisiNya
namun, perbezaan kehidupan yang menjadikan seseorang manusia itu belajar untuk lebih berusaha dan berfikir. termasuk dari negara mana pemuda remaja (06) itu.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails