Thursday, May 19, 2011

Sakitnya

Tatkala ditanya seorang sahabat, mudahkah mengharungi detik-detik perpisahan setelah empat tahun membina mahligai, spontan penulis menjawab, biasa-biasa je noks.

Itu jawapan di mulut, sedangkan jawapan di perut, tuhan sahaja yang tahu. Ini kerana jawapan sebenarnya adalah tak mudah, tak pernah mudah dan tak mungkin mudah.

Apa jua alasan, perpisahan sesebuah perhubungan yang dibina atas dasar cinta, lebih-lebih lagi yang memakan masa bertahun lama mampu membuat hidup insan yang menanggungnya serba tak kena.

Mungkin bagi segelintir, hikayat cinta kami yang sekadar berusia empat tahun memang tak terbanding rumah tangga orang lain yang adakalanya menelan waktu berpuluh-puluh tahun.

Apalah sangat hikayat kau Pena? Aku dengan BF lagi lama. 10 tahun.

Kepada yang berkata demikian, hey, ada penulis kisah? Ini cerita penulis. Suka hati i la! Kalau u nak bangga sangat, u tulislah blog u sendiri! Buewkkk!

Okay sambung balik.

Sejak kecil, sejak remaja, penulis terdedah dengan pelbagai jenis cinta. Cinta pandang pertama, cinta surat, cinta monyet, cinta separuh masak serta bermacam lagi.

Ketika itu, cinta datang dan pergi. Perpisahan ibarat mainan. Dan ketika itu, penulis masih mampu melambai-lambai ratu tanpa rasa gundah gulana (maklumlah orang hawt! heee)..

Bagaimanapun, keretakan rumah tangga yang penulis bina bersama Embi merupakan pengalaman yang paling mengerikan. Perpisahan kali ini bagi penulis amat menyakitkan meskipun ia berlaku untuk kebaikan kami berdua.

Ia ibarat harta yang amat berharga bagi penulis hilang dan tidak ada galang gantinya.

Ia ibarat separuh hidup penulis pergi.

Dulu, ketika mula-mula menjalin hubungan, perkara pertama yang berlaku ialah kami berkongsi perasaan. Cinta sama cinta. Suka sama suka

Perkara seterusnya, kami berkongsi suka duka. Dan berikutnya, kepercayaan mula terbina. Apabila sampai ke tahap itu, kami berdua saling bergantungan. Saling menyokong dan saling memerlukan.

Apabila sudah saling memerlukan, kami mula berjanji. Dan perkara yang berlaku seterusnya adalah kami sama-sama bermimpi.

Bermimpi? Ya, memasang impian adalah perkara normal bagi mana-mana pasangan yang sedang bercinta. Tanya pada diri, pernah atau tidak berangan untuk ke Milan bersama pasangan? Atau lebih murah, mungkin ke Langkawi untuk berbulan madu? Atau mungkin anda pernah bercita-cita untuk tinggal serumah? Atau bagi yang straight, bercita-cita untuk berkahwin, mempunyai cahaya mata, mengumpul harta, membesarkan anak-anak dan mengharungi hari tua bersama?

Pendek kata, setiap pasangan pastinya merancang dan mengharapkan sesuatu yang baik untuk masa depan.

Dan sebaik sahaja berpisah, perkara pertama yang terlintas sebenarnya, juga adalah masa depan.

Bagaimana aku dapat mengharungi hidup seorang diri? Siapa akan temankan aku shopping dan tengok wayang? Siapa sanggup jaga aku ketika demam? Siapa boleh masakkan untuk aku? Siapa yang aku boleh harapkan jika mengalami kesempitan? Siapa boleh tenangkan aku di kala keresahan? Siapa sudi belai aku waktu kesedihan? Siapa mampu tahan perangai aku yang baran? Siapa sanggup menonggeng ketika aku kegersangan?

Bayangan demi bayangan mengerikan pula mula muncul. Orang tersayang di dalam pelukan orang lain. Bersenggama, memadu kasih, membina hidup baru. Lebih ngeri, impian yang pernah dianyam bersama kini dikait berdikit-dikit bersama orang lain pula.

Sedangkan aku? Entah siapa yang mahu?

Dan seribu satu persoalan lagi terus menghambat sehingga penulis tidak mampu lari kecuali menyorok dan merintih di dalam tandas (kalau di pejabat) atau terbaring lesu di atas katil dan menangis sampai basah lencun satu bantal (kalau di rumah).

Apabila berpisah, hidup penulis tunggang langgang. Rutin harian jadi berubah. Penulis perlu membiasakan diri dengan situasi baru yang jauh berbeza berbanding sebelum-sebelum ini.

Pendek kata, perpisahan melontar penulis ke alam yang tidak pasti.

Alam di mana penulis meratapi masa depan yang tidak menjadi dan pada masa yang sama, merintihi kenangan yang berlalu pergi.

Lalu cuba anda terangkan, bagaimana penulis hendak menghadapinya sekali lagi?

:'(

11 comments:

adamiedamuss said...

emmm...welcome to the club..huhuhu

Bmy said...

rindu moment2 percintaan uolss berdua dulu....

takpe la PP.... ape org kate "past is history, the future is a mystery".... but today.... today mungkin uolss bertemu jodoh lg ke... terus jd present gitoo...

PP kn pernah mengalami dulu... nescaya boleh mengalaminya lagi..... dgn sedikit perubahan... n who know.... sampai ke anak cucu (matilaaaaaa)

hug n kiss~~

mishungu said...

ada hikmah nya di sebalik yg berlaku..mungkin dengan perpisahan ini PP akn berubah ke arah yg lebih baik kan? aturan Allah dah disusun cantik untuk hamba nya..hanya secebis pendapat..harap tidak terasa hati..

p/s:i love ur blog..

Anonymous said...

i dont know. maybe u can get easily any person u want.

If I, it will be long before I get the person I like.

avegalion said...

PP... jgn salahkan diri dengan perpisahan... dan jgn menyesal dengan percintaan...

makin kite dewasa, makin kite hargai erti cinta dan kasih sayang...
siapa yg nakkan perpisahan...
siapa yg sanggup sakit kecewa...
tapi siapalah kite utk mengubah takdir...

nasihat yg selalu i beri utk diri i sendiri... " perpisahan tu pasti.. hargai masa bersama, agar tiada sesal diakhir cerita..."

Fauzzan Helmy Anuar said...

Bagaimana aku dapat mengharungi hidup seorang diri? Siapa akan temankan aku shopping dan tengok wayang? Siapa sanggup jaga aku ketika demam? Siapa boleh masakkan untuk aku? Siapa yang aku boleh harapkan jika mengalami kesempitan? Siapa boleh tenangkan aku di kala keresahan? Siapa sudi belai aku waktu kesedihan? Siapa mampu tahan perangai aku yang baran? Siapa sanggup menonggeng ketika aku kegersangan?

Entah. Mie tak pernah miss setiap episode dan selalu mendoakan yang terbaik. Tapi........................
Terus mendoakan yang terbaik untuk kamu.

Wish u best of luck. Bukan angka menunjukkan tanda bahagia...

Anonymous said...

ada jer yang nak tu :) sbr okay

JoHn said...

Yup sameade str8 ke tak perpisahan satu penyiksaan....Boleh giler & boleh buat hilang keje....

Cuba sibukkan diri & cari kenalan baru untuk gembira (mcm poyo statement aku nie)

ape2 pun good luck....

applegreen said...

i am back!! http://applegreensedap.blogspot.com/2011/05/hellokembali-semula.html

dintop7inch said...

menjadi lebih mandiri dan berdikari.focus on ur work n social with ur str8 friends..gersang?tinggalkan chatting@social network yg menjurus kepaada xtvt kegersangan seperti tidak melawat blog aku..huhu

Yul@A.J.M.S.M said...

Jawabnya...sabar menempuhi dugaan...u know what is the best for you...

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails