Wednesday, May 20, 2009

Imperfect 1


Orangnya kurus tinggi. Rambutnya lurus, bersikat rapi (gelnya sekati!!). Wajahnya pula bujur sirih dengan dagu yang agak panjang. Pipinya sedikit cengkung. Oh ya, dia mempunyai hidung yang agak mancung, tetapi well, just like any other typical malay boy, sedikit kembang.

Kulitnya agak coklat, atau mungkin jatuh dalam kategori sawo. Dalam gelap, yang nampak hanyalah giginya. Hak hak hak. Yang paling orang ingat tentang dia ialah cermin matanya. He wears a pair of green, square-shaped-frame glassses, dan kantanya pula, ya ampun, as thick as bricks!! Memang skema badut!

Dia seorang yang menggelabah, cemerkap atau clumsy tidak kira tempat. Cenderung menunduk muka bila bercakap, serta suka menyendiri tanpa sahabat yang akrab. Dia juga jarang senyum atau ketawa atau nampak gembira. Wajahnya sentiasa nampak sedih. Apa tidaknya, dia selalu diejek dan menjadi mangsa buli gengster2 sekolah.

Dia lelaki. Tetapi dia sendiri tidak yakin dengan kelakiannya (dia memang lelaki kerana penulis dah semak betul2 alat sulitnya). Dia ingin mengurat awek. Tetapi dia tidak yakin dengan ke'straight'annya.. Dia ingin menyertai pasukan bola sepak sekolahnya. Tetapi semasa sesi pemilihan, dia hanya mampu menyorok di sebalik pokok sambil mencuci mata (melihat pelajar yg diminatinya)

Dia fobia pada spesies manusia yang mempunyai penis yang kita panggil lelaki. Bila dikelilingi lelaki, atau persekitaran yang ramai lelaki, dia jadi malu, lost dan mula mahu menangis. Kejadian paling ngeri yang dialaminya, setiap kali tibanya kelas pendidikan jasmani. Rakan2nya akan mula bersalin pakaian tanpa segan silu. Satu persatu pakaian mereka buka, di hadapannya. Saat itu, jantungnya berdegup kencang, mukanya merah padam..

Dia takut pada cermin. Semacam ada satu perasaan kurang senang timbul setiap kali dia melihat imej sendiri pada cermin. Dia benci melihat mukanya yang berparut. Hitam, berminyak dan banyak cela. Dia juga tidak suka bergambar. Paling pantang baginya melihat foto diri sendiri (ada jugak orang macam ni kan?). Jadi dia akan sedaya upaya mengelak dari bergambar.

Dia pendiam. Dia pemalu. Dia penyedih, dan dia berfikiran negatif. Dia rasa dia penuh dengan kekurangan. Dia sentiasa nampak tidak selesa dan takut-takut. Padahal dia tidak buat sesuatu yang salah. Dia bukan penjenayah. Dia bukan pelajar bermasalah. Tiada cikgu yang ingin mendendanya. Sebaliknya, ada yang memuji kerana dia cukup mendengar kata. Mereka cuma tertanya-tanya, apa potensi yang terpendam dalam dirinya kerana dia tidak menonjol seperti yang lain (er, dia pandai blowjob!!!).

Sounds familiar? Alah, watak ini watak biasa. Watak yang boleh kita temui bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di kolej, di kampus mahupun di tempat kerja. Watak tempelan. Watak yang punya low self esteem, and lack of self confident.

Perkara ini normal sebenarnya. Most people tend to feel bad about themselves sometimes. Tetapi kalau dah melampau2 rasa rendah dirinya, memang penulis teringin nak basuh cukup2. Babe, come on lah. Low self-esteem boleh menghalang anda dari menikmati kehidupan sendiri, melakukan perkara yang ingin dilakukan, dan juga menghalang anda untuk memajukan diri.

Jadi, apa nasihat yang boleh kita kongsi untuk tolong adik kita overcome masalah sikap dia yang rendah diri dan kurang yakin yang melampau2 ni?

Hm.. bersambung ke bahagian Dia Yang Tidak Sempurna 2..

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails