Tuesday, May 5, 2009

First time

Beberapa bulan ni, penulis menempuh pelbagai pengalaman yang pelik-pelik. Penulis kali ini banyak buat perkara yang penulis tak pernah buat. Tetapi, biarlah penulis menyimpannya sendiri. Bak kata orang puteh," sometimes there is something we better leave it unsay.."

......... hm...
......hm........
hm.......
...........hm... hm..

Tapikan, dalam diri terkemut-kemut sedaya upaya menyimpan rahsia, penulis jadi tak senang duduk. Buntut ni terasa panas je. Bibir ni terasa kering je. Tangan pula gatal2. Teraba-raba keyboard sambil menggentel-gentel mouse. Tak boleh tak nak. Tak boleh tidak. Penulis nak juga berkongsinya dengan anda. At least salah satu. So, apa yang rahsia sangat tu??

Penulis mula main kayu 3 dibelakang Embi? Penulis pertama kali join party buih? Penulis belajar jadi gigolo? Atau penulis main ngan perempuan for the very first time? Ha ha ha.. Mana boleh bagitahu. Rahsia!

Okeylah, penulis dengan rendah dirinya, dengan malu-malu kucingnya ingin berkongsi pengalaman yang ini- kali pertama menyertai ujibakat pencarian peserta rancangan realiti TV..

Memang kali pertama sebab sebelum ni, penulis tak pernah buat. Tak pernah tergerak hati nak membuang masa buat perkara2 yang lagha' macam tu. So inilah julung2 kalinya penulis sama2 terlibat berbaris sambil tawaf satu shopping complex semata2 nak dapatkan borang. Bayangkan.. nak submit borang, punn kena beratur jugak. Belum campur nak tunggu giliran diujibakat lagi (tapi best jugak dapat cuci mata, sayang penulis tak punya kamera yang bagus).

Fikir-fikir balik, kelakar pun ada. Kerana penulis boleh terlibat sama. Kalau dulu, penulis bantai gelak tengok aksi-aksi peserta ujibakat di kaca TV. Dan sibuk mengutuk makhluk-makhluk tuhan yang tak sedar diri tu. Huh, bakat tak sampai sebakul! Dan sekarang penulis rasai sendiri pengalaman itu. Penulis dapat rasakan penulis pula yang bakal jadi bahan gelak dan kutukan sejagat. Hak hak hak. Padan muka sendiri. Hai, kenapalah penulis suka menda2 macam ni? Biasalah. Nak glamour..

Well, honestly the main reason kenapa penulis join, adalah kerana penulis berjiwa seni. Minat dengan benda2 seni (PLU, normal la tu). Jadi penulis ingin meneroka semua cabang seni sementara masih bernyawa ni. Paintings, decorations, performing arts, musics, writings, photography, so on so on memang mengalir dalam darah penulis. Dari kecil lagi I knew that i am into arts. Some more, penulis tergolong di kalangan makhluk tuhan yang menggunakan otak sebelah kanan yang cenderung kepada seni.

Malangnya penulis tidak diberi peluang untuk mendalami bidang yang penulis suka. I just don't know the proper channel atau lubang yang betul untuk terjun ke bidang seni. Instead, penulis disogok dengan sains dan kelebihannya as science can provide me a brighter future (kata abang2 dan kakak2 penulis).


Sains, sains dan sains. Dari muda sampai tua duduk dalam lab. Sampai naik tepu otak penulis dengan sains. Duk hafal periodic table. Elements. Atomic numbers.. Nucleus. Tu belum masuk biology and physic lagi.. Di degree level pula, penulis sibuk menternak Xanthomanas Oryzae yang menyerang pokok padi dan mencari phagenya. (what? Kerut kening-oh tuhan...Seksanya membuat inokulasi dalam persekitaran yang serba steril)..

Bila dah kerja ni (dan kerja penulis tak ada kena mengena langsung dengan Encik Xanthomonas Oryzae tu) biarlah penulis rileks sikit dan buat perkara yang penulis tak pernah buat, tak berpeluang, tapi penulis tahu, penulis suka dan minat. Contohnya menulis. Tak pernah-pernah penulis menulis macam penulis buat sekarang ni. Dulu nak mengarang satu page pun penulis kena berperang dulu dengan cikgu bahasa. Sekarang, penulis mula belajar menulis dan dapat rasa keseronokan menulis.

So apa cerita my audition? Hm, tak gempak pun. Penulis sedar, penulis orang baru. Masih hijau dalam seni. Jadi penulis terima yang penulis bukan orang yang mereka cari. But, still, it was damn crazy babe!! Penulis beranikan diri buat perkara yang penulis tak pernah buat. Nak tahu apa yang penulis rasa saat dan ketika itu? BEST GILERRRR..

5 comments:

DarcyDiaries said...

Hi ya..

I think i should learn from u on how to write very well.
Memang tak penah miss ur blog nih..

P/S: Org glamer cam u nih takkan audition tak lepas? ;)

zaineesqandar said...

DARCY DIARIES: PANDAI LA U. GLAMER LA SANGAT I NI..
THE KEY TO MAKE PEOPLE STICK TO OUR WRITINGS IS 'SIMPLICITY'. SIMPLIFY ALL YOUR STATEMENT. AVOID USING JARGONS OR PLU LANGUAGE YANG MELAMPAU. TAK SEMUA ORANG FAHAM BAHASA MAK AYAM NI..
INJECT SEDIKIT HUMOUR... TARA... SIAP!!

Pemenung Langit dan Bumi said...

me too xpnah miss gak...
kecuali klu tenet prob hehehe
syah pun rasa best klu dpt g audtion
bukn nk masuk sgt pun...
utk suke2 ajer
huhu

zaineesqandar said...

perhaps we can go audition together? What say you, En Shah?

DarcyDiaries said...

Errmm..

I don't think i use jargons, and of course no PLU words ;-)

Have a nice day...COMEL!

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails