Thursday, March 25, 2010

Dataran Cinta

Kata seorang penulis, Tim Connor, "Loving is not an action but an attitude, it is a time for:

- giving not receiving,

- sharing not hoarding,

- letting go not holding on,

- believing not doubting,

- feeling not thinking,

- forgiving not grieving"

Pejam celik-pejam celik, bergaduh bertumbuk, caci maki, peluk cium, gesel-gesel gentel-gentel, sedar tak sedar hubungan kami sudah masuk tahun ke empat. Apa perkembangan? Sudah diijabkabul? Erkk. Anak sudah dua? Montel-montel? Urghh! Rumahtangga aman harmoni hidup bahagia? Hurm..

"Awak, rasa-rasa berapa lama kita boleh kekal berdua?"

"Selama-lamanya"

Itulah dialog penulis dan Embi suatu ketika. Ketika cinta baru nak mula. Ketika mabuk asmara.

Well, this is what we call LOVE. And it is powerful. Damn powerful!

Jadi, kekalkah kami berdua untuk selama-lamanya? Well, so far, kami masih bersama.

Kata penulis, cinta ibarat dadah yang mengkhayalkan. Arak yang memabukkan. Saktinya cinta, yang nampak di depan mata, hanya yang elok-elok belaka. Yang haokk, busuk macam kentut tetap dipeluk. Hatta yang buruk pun dikata elok.

Malangnya, kata penulis lagi, cinta juga seperti tayar kereta. Makin lama bergolek, makin haus, makin botak permukaannya. Maka hilanglah bunga-bunganya. Pemanduan jadi tidak selesa. Tidak selesa tidak mengapa. Bagaimana pula jika ia mula jadi berbahaya hingga hilang nyawa?

To be honest with you, my readers, my relationship with Embi lately is getting stagnant. Flat. Mendatar. Langsung tiada turun naik. No mess. No fuss. And no argument at all.

Jadi, kami hidup aman bahagia?

Tidak juga. Kerana hati penulis kata, penulis tidak gembira. Kerana pada masa yang sama, hubungan kami sudah mula hilang bunga-bunga cinta. Sudah mula malap percik-percik asmaranya. Tiada lagi bisik-bisik manja antara kami. Kami sudah jarang ketawa bersama. Peluk cium, gesel-gesel, gentel-gentel sudah tiada. I myself no longer enjoy Embi as my partner. Pendek kata, hubungan kami bukan setakat mendatar, tetapi turut hilang keintimannya.

Tulis seorang pakar motivasi, Jackie Woods di dalam satu artikelnya, "a relationship that grows stagnant is in real trouble".
Mula-mula, penulis kata 'hade haku kesah?!'

However she actually did makes me think deeply.

I started to realize, I'm growing tired and sick of sleeping next to a man who is sleeping a foot apart from me instead of working on his relationship with me. A man who often pretended to fall asleep everytime I seduced him with several sex tricks. A man who said no word, not even any single word when I wanted to discuss the issue. And guess what? He kept denying his problem and said "SAYA SAYANG AWAKLAH. SAYA TAK ADA MASALAH APA-APA" Apa? Dia ingat our relationship will be able to maintain itself without his participation ke?

"Grow up la nok! It's time for you to move on" kata seorang sahabat, FD.
Masih terngiang-ngiang di telinga penulis suara nyaring mak hayamnya itu (keji ko! sempat carut mak kata mak bodoh kan!!).

Membaca artikel Tim Connor sedikit sebanyak menguatkan semangat penulis. I would like to quote some sentences from Tim Connor sekali lagi, "There are moments in life when love is easy and there are also difficult times when you have to reach deep inside yourself to love those that may not seem worthy. You can solve your problems, but it will take effort, patience and a lot of love if you want to succeed"

Membina sesebuah hubungan memang mudah. Kita boleh jatuh cinta dengan mudah. Semudah ABC. Kerana memang tabii manusia itu sendiri yang ingin menyayangi dan disayangi. But when it comes to maintenance, itu yang payah. Penulis rasa, mengekalkan momentum cinta dalam perhubungan adalah cabaran sebenar dunia cinta.

Terfikir juga sekali sekala bagaimanalah Laila dan Majnun mengharungi rumah tangga mereka jika mereka dibenarkan bersama. Atau kekalkah cinta sejati Rumi dan Juli andai hayat mereka masih dikandung badan. Entah-entah, setelah 5 tahun bersama, pinggan mangkuk berterbangan menjadi senjata perang? Hurm..

Penulis akhiri entry kali ini dengan satu soalan untuk anda semua, is love all that matters, or is there more to have a successful relationships?

Nota kaki bercagu : FD, penulis memang ingin move on. Seperti yang FD nasihatkan. Move on, and grow up and go to the next level. Tetapi penulis tidak ingin bergerak sendiri. Penulis ingin melakukannya bersama dengan Embi (well, itu yang penulis rasa, so far).

13 comments:

mohdikram said...

tergerak utk aM komen
sebelum ni baca tanpa tinggalkan kesan.hehe.

laila dan majnun
hebat dalam bercinta.
tak sempat utk beranak cucu.
nyawa diakhir hayat,
cuma sempat berpegang tangan.

semestinya lain
dengan orang yang sudah sekian lama bersama. bersatu bercinta.


go kakak!
u can do it!

Sofi said...

PP: i'm agree with Am

Anonymous said...

to pena...im in the sam situation as u...dah 7 thn kami bersama...he is 3 years older than me....no more sex ..maybe dia dah bertaubat kot....at first i feel so damn piss off..ye lah ada partner tapi tak mcm dulu dah....then i leave him...3 bulan je before rasa cam nak mati rindu dia..then get back....maybe its just how plu life is..when we get older we change...and im still getting use to it..so far im ok...and i feel we are getting more closer ..its like pure love...... maybe u should just follow his way...n maybe u would understand what im feeling now.......

ichimaru akira said...

Love isn't everything but its every thing that one needs.

Advice yg sgt berbaloi: when love becomes a compromise,get the hell out of there

Yul@A.J.M.S.M said...

tak tau nak kata apa. tapi orang kata kalau kita selalu bersama satu hubungan boleh retak dengan cepat. rasanya betul kot, dah rasa. tapi, ada tapi ok. kalau selalu bersama kita boleh nampak apa yang dia nak dan tak suka bila bersama. so cuba tengok dari semua sudut. may be ada yang tak terbetulkan lagi kot. lagi satu kalau embi seorang yang jenis tak banyak cakap, mean dia mesti jenis yang banyak simpan rahsia mahupun masalah"kemungkinan". kalau cakap banyak mungkin dia cakap bukan semua betul"selalu berlaku". so cuba ingat setiap perbualan pena ngan embi. sory may be nasihat ni dah ketinggalan zaman kot. tapi siapa tahu kan Yul sendiri pun tak tahu n semua orang pun tak tahu. lastly, cuba jangan terlalu mengejar embi, mungkin dia tengok pena macam obsessed so dia boleh buat apa yang dia nak. "nasihat ni jangan disalah faham k. nak tengok both of you happy"

joey said...

i don't think the love as worn out

maybe some refreshment to spice things up


like staying apart perhaps? absence makes the heart grow fonder u know..

Anonymous said...

Orang selalu kata, bila jauh bau bunga, dah dekat tahi juga jadi bahan balasnya. Busuk-busuk pun, itu juga yang kita bau, itu juga yang kita cium.

Kamu dah pun memilih si dia untuk dijadikan sebagai peneman kamu. Kamu juga tahu yang hubungan ini takkan ke mana-mana. Takkan ada ijab, takkan ada jambatan yang mengikat antara keduanya kecuali cinta yang kamu dan dia rasa. Saya yakin kamu dah cukup sedar untuk itu.Nak mengeluh panjang sekarang pun tak ada gunanya.

Suntiklah sediikit rasa kerinduan untuk pulihkan jarak jurang yang memisahkan kamu dan dia. Kenang semuala saat mula-mula kamu dan dia bercinta. Mungkin itu akan membantu. Good luck...

Lasykar Langit dan Bumi said...

seriously, lasykar nampak semua tu... walaupun penulis berlagak ceria di satu daerah 'maya', realitinya memang jelas ada masalah yang mengganggu penulis...

Lasykar turut terasa dengan apa yang embi buat, yup some of the deeds memang buat lasykar geram, tapi lasykar nak mengapi2kan..

stuju ngn pendapat yul, maybe penulis terlalu menampakkan sangat betapa penulis terlalu mngejar embi... so, kawal langkah yer..

(adui, cakap macam byk pngalamn jer)

Indra said...

Salam PP,

lama tak komen entry PP..

anyway, people said that in any relationship, one should give 100% to the other person WITHOUT asking or expecting anything in return.

easier said than done.

because its a normal thing for a human being to be 'me me & me' - and this includes me (indra) also.

whatever it is, sayang is the basis & foundation of the relationship between two people/ a couple.

Embi sayang PP? PP sayang Embi?

will this lead/changed to platonic love - No physical or sexual relationship. just feeling of love to each other.

Anyway, all the best for both of you guys. If anything should happen. Maintaining a good relationship (lover or friends) is the best choice.

=)

avegalion said...

PP...

setuju ngan anonymous...
kite selalu tak sedar bertapa kite sygkan seseorg bila dia dah takder depan mata kite... bila mana kite berjauhan utk suatu jgka masa...

i bet syg u kat embi tebal lagik kan... sbb tu u tak sanggup nak tinggalkan embi kan...!

biasak ler... bila hati gundah.. mula la setan cucuk jarum... pikir bukan2..

-:afIk:- said...

kenapa stagnant? dah tgk diri PP apa yg tk kene? jgn tgk diri Embi saja. kalau semua sudah PP buat, tapi masih tk berhasil, then move on.tapi, kalau belum berusaha dh nk giving up.. hmmm... :( so sad.
m not sure of how do u define your love.. sebab setiap org punya pendapat dan pegangan berbeza tentang erti cinta. and most of all, dengar kata hati sendiri (TETAPI mesti kene dahulukan dengan usaha ok?).
all the best, PP. sayang PP.

f said...

“A relationship, I think, is like a shark, you know? It has to constantly move forward or it dies. And I think what we got on our hands is a dead shark.”

Faiz Daong said...

meletop sempat lagi caroott aku......hahaha...

tapi kan aku rasa anak anak akan sedikit sebanyak membantu kau memulihkan kembali hubungan...

aku carot aritu sbb nak ko pk and paham sbb dalam cinta bukan semuanya indah indah blaka..smua itu harus dilalui dan mungkin kalo tidak tinggal serumah itu adalah lebih baik untuk perhubungan korang..kalo itu yg dirasakan sesuai...

tapi skang aku rasa ko ngan embi akan bahagia..aku doakan =)

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails