Tuesday, March 1, 2011

epal hijau


Pena selongkar sepelusuk rumah. Atas tilam. Bawah katil. Celah selimut. Celah bantal. Dalam almari. Dalam laci.

Masih tidak jumpa.

Rasa risau yang bertandang mula mencekik-cekik emosinya.

Terus Pena ke dapur, buka peti sejuk, capai buah epal hijau dan gigit sedikit-sedikit seperti seekor tikus.

Ditariknya nafas lama-lama. Dihembusnya panjang-panjang.

Epal hijau itu digigit lagi. Cuma kali ini tekniknya lebih bergaya. Persis seekor arnab.

Sambil makan, otak Pena ligat berfikir. Cuba mengingat di mana kali terakhir dia menyimpannya.

Imbasan demi imbasan dibuat terhadap memorinya.

Kepalanya mula pening.

Tetapi tidak juga dia ingat.

Sehinggalah Pena terpandang epal hijau di tangannya.

Warna hijau epal yang berkilat-kilat membuat dia tersedar.

"Tidak ada orang lain. Sah! Ini memang kerja budak yang suka makan epal hijau tu!! Mesti dia yang ambil masa aku jumpa dia dulu," getus Pena.

Cepat-cepat dia capai telefon bimbit dan dail nombor seorang rakan yang baru sahaja dia kenal. Kira-kira sebulan lalu.

"Hello!" Sergah Pena, garang.

"Ya, ada apa?" Balas si rakan, takut-takut.

"Awak cakap betul-betul. Ini angkara awak bukan?? Pencuri!" Sergah Pena lagi, sambil kunyah epal hijau yang hampir tinggal tangkai sahaja.

"Saya curi apa?" Soal si rakan, hairan tetapi masih takut-takut.

"Awak curi hati saya!" Tegas Pena.

6 comments:

stalker1 said...

bessssss~~ pls2.. keep on writing!! gua stalker tegar lu~~ huhu

Lasykar Langit dan Bumi said...

hahaha hebat penangan dia...
syg xsempat berborak lama ngn penulis... ada masa kita curi masa pulak yer

Fauzzan Helmy Anuar said...

Yang patah tumbuh yang hilangkan berganti... Kejap tak de, kejap dah ada... Huhuhuhuhu... :)

avegalion said...

so shuweett...

dan said...

hey nice blog :)

PyeLanG said...

hahaha! menarek.. hihihi..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails