Thursday, March 17, 2011

Tuan rumah


Baik orangnya. Cakapnya lembut, tingkahnya sopan. Layanannya terhadap penulis kelas pertama. Manakan tidak, setiap hari bertanyakan khabar.

Kalau tidak telefon, sekurangnya dia mengirim SMS. Sakit pening penulis dia ambil tahu. Pergi kerja balik kerja jam berapa, pun dia ambil tahu. Malah, semua permintaan penulis dipenuhinya.

Jangan salah faham. Dia tuan rumah penulis. Dan permintaan penulis mestilah berkaitan dengan rumah semata-mata.

Umpamanya seperti semak samun di halaman depan dan belakang. Penulis minta tebas. Dia tebaskan. Penulis minta dia betulkan pagar rumah yang rosak, dia betulkan. Itu sahaja.

Tidak pernah penulis minta lebih-lebih walaupun layanannya kadang-kadang terlebih.

Mr. Soh, lelaki separuh abad berambut jarang ini pemilik lima buah rumah teres, masing-masing tiga di Kuching, satu di Miri dan satu di Bintulu.

Bagi penulis yang tidak punya sebuah rumah pun, Mr Soh ini penulis kira lelaki tua yang berada. Tetapi tidaklah sampai penulis ingin ambil kesempatan di atas kebaikannya untuk menumpang harta.

Bagi penulis, Mr. Soh cuma tuan rumah. Penulis penyewanya. Hubungan kami adalah hubungan tuan rumah yang tua tetapi baik hati dengan penyewa yang muda serta comel. Itu sahaja.

Malangnya Mr. Soh pula lain agendanya.

Sesungguhnya langsung tidak terlintas di fikiran penulis sejauh itu Mr. Soh bertindak. Sumpah penulis tak sangka. Terkejut ada, tak percaya pun ada.

bersambung. lalalalala..

8 comments:

adamiedamuss said...

ampeh pp buat suspen...
sambung cpt...

will be in kuching in june

Penapenis said...

hehehe, penat ar menaip.. nanti la keh.. buat apa di kuching? nak jumpa i tak? eh, tak boleh tak boleh.. nanti identiti i kantoi.. hehehehehe

kuriewak said...

tu lar.. wat saspender jer pp nih..

adamiedamuss said...

ke kuching honeymoon with abg B for 7th anvrsry...

bleh je kalu nak jmpa...
kene jd pemandu pelancong kitorang la mcm tu...
kikikikiki....bleh??

@rep said...

patutlah tak nak jumpa i ari tu .. takut mr soh beralih arah kannnn..

hahahahaha

Wo Jiao Patrick said...

hahaha penulis ni ada2 jew...cepat2 sambung citer k

Pojiepooh Abdullah said...

jeng jeng jeng!
nih yang debor nak membacanya!

PojiePooh; Hanya Satu...

itamrazali said...

alaaaa...smbung pulaks..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails