Wednesday, October 7, 2009

Analisa


PELITA hingar bingar. Macam-macam irama yang singgah di telinga penulis. Pinggan mangkuk berlaga-laga, sudu dan garpu berdansa, lantai dan kerusi bergeser manja. Pelbagai bahasa, dialek dan istilah penulis dengar. Pelbagai rupa, usia dan warna penulis lihat. Dan penulis hanya mampu tersenyum memerhati 1001 gelagat manusia. Well, inilah 1Malaysia.

Having my breakfast alone, with strangers all around the place (sorang pun aku tak kenal), I felt lonely at that time. However it gave me a chance to sit back and relax as nobody noticed my presence. Bolehlah penulis mengelamun panjang.

Beberapa saat kemudian, I started to think. Started to re-evaluate my perception and expectation towards my relationship with Embi in general; look back on how are we doing so far, my performance, his performance, apa yang penulis inginkan, apa yang dia mahukan, apa yang kurang, apa yang lebih dan penulis mula mengeluh letih.

Embi and I had an argument a week before raya. At the beginning, we actually argued over the remeh issues; domestic thingy, especially laundry. **sigh. Bermula dengan pertelingkahan pendapat, drama kami disusuli pula ungkit mengungkit. Dan mulalah melarat. Penulis yang hilang sabar, mula menyentuh isu yang terberat (tett..rahsia) and it finally ended with a 'cat fight'! Meeooowwww!!Grrr!! Hasilnya, dada penulis tercalar dicakar Embi. Daun pintu bilik pecah ditumbuk penulis. Juga dengan jeritan Embi minta putus...

#######################################################

So, putus macam tu saja? Hell no! Tidak semudah itu untuk 'mahligai' kami runtuh (penulis tak berani letak 'masjid' as i think 'masjid' is a sacred place and too suci to be metaphorically applied to our forbidden love). Then what happened? Kesan dari perang teluk itu, kami semakin renggang. Renggang dan terus renggang.

Sambil-sambil duduk termenung dengan sebatang rokok di tangan, menghadap secawan nescafe dan sepinggan nasi lemak yang belum terjamah, terdetik di hati penulis, masalah kami yang paling utama probably due to age gap.

Age gap relationship. Does it works? Uffh! I dont really know about it. Among straight couples, it works, and it was proven work accordingly as many of them live happily for many years. Gay couple? Well,.. no idea!

Dari pembacaan penulis, penulis rumuskan there are 3 major factors that can crash age gap relationship. Penulis juga cuba-cuba menganalisis hubungan sendiri, manalah tahu terkena batang hidung kami..

1) Apabila Si A mempergunakan B

Tak perlulah penulis hurai panjang. Senario ini biasanya berlaku kerana wang, prestiges, privileges etc. Payah benar nak lihat pasangan gay yang jarak usianya jauh, yang cintanya tulen. Yang selalu penulis jumpa, The Tua berduit dan berharta. So The Muda more likely get attracted to his assets, instead of his love.

Dalam kes penulis, age gap kami tidaklah jauh sangat. Almost 10 years. Okay. Okay! Jauh jugaklah (but he looks slightly younger than me!) . Jadi adakah cinta penulis kerana hartanya? (sambil kerut kening; Embi ni rumah sendiri pun takde, savings dalam bank takde, hutang kad kredit bertahun tak langsai2 bla bla..). Kesimpulan~ cinta penulis tulen. So ini bukan faktor kenapa kami tak sebulu sejak dua menjak ini.

2) A dan B terlalu berbeza.

When you are planets apart (seorang dari Marikh, seorang dari Pluto), lifestyle, interest, point of view, personality etc. are so fucking different. Memanglah mustahil untuk anda dan pasangan anda berkongsi pendapat yang sama dalam semua perkara. Normallah tu berbeza pendapat kan.. But when the polarity atau sifat berlawanan terlalu ketara, kita patut tahu hubungan tersebut tidak berada di landasan yang betul.

Penulis dan Embi? Tett! Our point of view sangat berbeza. Penulis sangat terbuka. Embi pula sangat tertutup. Gara-gara ingin menjaga hati dan terlalu sayang akan Embi, penulis mengambil langkah untuk membawa hubungan kami ke landasannya semula. I finally decided to close mana-mana yang terbuka. Walau kenyataannya, penulis memberontak dalam hati. Mungkinkah ini penyebab utama?? Next...


3) Lack of equality

Equality di sini bukanlah persamaan minat, personality atau gaya hidup. Equality yang penulis maksudkan ini lebih kepada kesetaraan atau sifat setanding antara A dan B. Equality ini merangkumi physical anatomy, degree of beauty, level of maturity and sexual desire.

The imbalance of physical anatomy and degree of beauty can lead to envious hatred and jealousy. Perasaan negatif inilah yang sedikit demi sedikit mencetus konflik dalam diri both parties.

Penulis dan Embi sama cantik, sama padan.. Hakk..

Level of maturity pula adalah penentu kepada hala tuju hubungan kekok ini. If someone is very immature yet older, jatuh hati kepada seseorang anak muda yang immature juga, their relationship might be completely disastrous.

Penulis dan Embi tahap kematangan agak berbeza.. Hurmm
Dan yang terakhir, equality in sex desire.

Penulis tak kuasa nak ulas yang ini. As i think lack of equality in sexual desire is the most crucial issue that hit us lately. Bencilah!!

"Abang, kerusi ni ada orang?" Soal seorang gadis di belakang penulis. She woke me up from my daydreaming..

"Err" Terkelu lidah penulis. Penulis diam, geleng tidak, angguk pun tidak. Penulis cuma tersenyum, dan hanya mampu melihat kerusi itu ditarik pergi.. Terasa seram sejuk seketika. Penulis terfikir, either Embi, or me, akan senasib dengan kerusi itu, soon or sooner, jika kedua-duanya tidak bertindak bijak sekarang...


Nota kaki bercagu: dekat tapi tak dapat, sebelah tapi tak diserah, sayang tapi tak dikenang, cinta tapi tak dirasa,.. lalalalalala...

Monday, October 5, 2009

Cinta Lara Si Pena

dekat tapi tak dapat, sebelah tapi tak diserah, sayang tapi tak dikenang, cinta tapi tak dirasa,..

rindu tersisip jemu, setia terselit curiga, bahagia tersulam derita, gembira terpalit duka....

jerit madah pujangga, "cinta itu buta",

pekik mereka tiba-tiba, "buta tapi bahagia",..

bisik dia pula " kadang kala sengsara",..

dan terdetik di hati hamba " mungkin patut ditinggalkan saja..?"

Friday, October 2, 2009

Wahai Mr L


Bencilah!!!..

....^_^

Apa??

...^_^"

Tu jelah penulis nak share untuk entry kali ni.. Kalaulah Mr L baca (Mr L sedang main sorong papan tarik papan dengan penulis)

Thursday, October 1, 2009

Tarik tali

Main tarik tali? Anda tarik dia tarik. Anda lepas dia lepas. Anda menonggeng di tempat yang sama. Jauh di sana, dia juga masih mengangkang sambil tersengih manja. Dua-dua enggan habiskan kerja yang dimulakan. Jadilah ia kerja yang sekerat jalan. Terbengkalai. Sampai bila? Sampai tali yang ditarik terputus, gara-gara dua-dua sibuk menarik? Atau sampai tali terlucut, gara-gara dua-dua rela melepas? Lantaklah korang!

Mr AA, rupanya sedap mata memandang. Cakapnya cepat, pedas tak ingat. Mr BB pun sedap mata memandang. Cakapnya manja, romantis pula. Diam-diam, satu kisah tarik tali telah berlaku di antara mereka. Dek kerana tidak pasti apa kata Mr BB di sana, dan Mr AA di sini juga tidak berani menghabiskan cerita, sudahnya hubungan mereka tidak ke mana.

Perkembangan terbaru yang penulis terima, Mr AA ke hulu bersama Mr CC. Mr BB ke hilir mencari ganti. Dalam hati, padan muka~ dua-dua sekali. Hee! ^_^"

" Aku sekarang baik ngan CC, tapi aku kesian kat BB. Serba salah aku. " Cerita Mr AA kepada penulis dalam telefon suatu hari.

Kesian? Serba salah? Ko ngan BB tak couple pun lagi kan?? So? Gumam penulis, sambil mengunyah keropok ikan Kelantan.

"Masalahnya Si CC tu housemate si BB"

Dan Mr AA mula bercerita "Aku ni... bla bla.. BB baik ngan aku..bla bla... bla......Dia banyak tolong aku.. bla.. bla.. "

Krupp krapp.. krupp krapp.. krupp krapp ( bunyi penulis gigih mengunyah keropok ikan Kelantan, tak henti-henti..)

"....Aku suka CC...bla.. bla... tapi takut BB tak boleh terima.. bla... bla..takut dianggap slut, kejap ngorat dia bla bla.. kejap ngorat housemate dia.. bla.. bla.. . ko faham tak cerita aku ni??"

Krupp krapp.. krupp krapp.. krupp krapp..

"Oii! Ko dengar tak apa aku cakap ni Setann!!?"

Ya ya.. Dengar.. Aku duk dengar lah ni. Sambil dengar cerita ko sambil makan snek, barulah feel!"

"Ko rasa macam mana? Ko tulis eh apa ko rasa kat blog ko. Tapi jangan letak nama aku plak! " Pinta Mr AA

Penulis rasa,. sedap! Bibit-bibit masin bercampur manis keropok ikan tadi masih terembes-rembes lagi di hujung lidah penulis.

Okay, be serious (selepas dilaha-natkan Mr AA)!!

Apa yang penulis faham, masalah utama Mr AA, dia menggedik menggatal dengan Mr BB. Alih-alih dia pergi bercinta dengan housemate Mr BB sendiri. Patutlah dia rasa serba tak kena. Dan mulalah dia main sorok-sorok.

Apa soalan Mr AA tadi? Oh ya! Apa rasa penulis?

Rasa penulis, Mr AA patut teruskan sahaja hubungan dengan Mr CC. Lagipun Mr AA pun dah kenal lama Mr CC. Dah kenal hati budi dia. Kalau rasa berbaloi untuk bersama Mr CC, just go with the flow.

Tentang Mr BB.. Hurm, hello Mr AA, anda bukan malaikat. Bukan wali. Anda cuma manusia yang ada hati, ada perasaan. Hati Mr BB memang perlu dijaga. Tetapi dalam apa jua keadaan sekalipun, you have a right to be happy. Lebih-lebih lagi Mr BB memang mengaku, buat masa sekarang dia tidak mahu terikat dan mengikat. Andai anda setia menanti, belum tentu Mr BB terbuka hati. Oh ya, jangan nanti ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan pula dek kerana menunggu Mr BB, Mr CC pula disambar orang (atau disambar penulis yang buas macam helang).

Sebenarnya tidak timbul masalah Mr CC terasa hati ke tidak. Memanglah janggal bercinta dengan housemate skandal sendiri. Tetapi tegas penulis sekali lagi; Wahai Mr AA, ikut sahaja kata hati, discover what makes you happy and pursue it. Sounds selfish? Ada penulis kesahh??

Setahu penulis, Mr AA memang matang. Macho dan nampak jantan. Lagipun dah besar panjang. Kalau Mr AA rasa tidak selesa, tidak keruan dan mula rasa gatal-gatal badan main sorok-sorok di belakang tiang, apa kata Mr AA aturkan satu pertemuan ringkas dengan Mr BB. Pertemuan empat mata untuk jelaskan mana-mana yang kurang jelas. Terangkan pada Mr BB, anda sekarang bersama Mr CC. Usah disorok hubungan itu. Mr BB bukan budak-budak. Dia boleh faham. Lagipun, lama-lama, bau masam ketiak Mr AA di bilik Mr CC pasti dapat dihidu juga Mr BB yang berada di bilik sebelah.

Akhir kata, you guys out there, yang tiada kena mengena dalam kisah dua mangkuk ni, jadikan iktibar dan kejar kebahagiaan masing-masing. Jangan main tarik tali lama sangat. Nanti terlepas. Mr AA, Mr BB.. Cukup-cukuplah! Sudah-sudahlah tarik-menarik, sorok-menyorok. Haiyoo!!

Nota kaki bercagu: Action may not always bring happiness, but there is no happiness without action ~ Benjamin Disraeli (politician, author)

Tuesday, September 29, 2009

Tandusnya Jiwaku

terlantar, terbiar,..

sepi sendiri melayani fantasi.

Resah, gelisah,.. nafsu mendesah minta diterjah.

Bisikan demi bisikan..,

berselirat, bersimpul membalut perasaan.

Pujukan demi pujukan..,

meruntuh, menguasai selapis iman..

Nota Kaki Bercagu: err, ada siapa-siapa nak tolong penulis ker? hak hak hak.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails