Thursday, October 1, 2009

Tarik tali

Main tarik tali? Anda tarik dia tarik. Anda lepas dia lepas. Anda menonggeng di tempat yang sama. Jauh di sana, dia juga masih mengangkang sambil tersengih manja. Dua-dua enggan habiskan kerja yang dimulakan. Jadilah ia kerja yang sekerat jalan. Terbengkalai. Sampai bila? Sampai tali yang ditarik terputus, gara-gara dua-dua sibuk menarik? Atau sampai tali terlucut, gara-gara dua-dua rela melepas? Lantaklah korang!

Mr AA, rupanya sedap mata memandang. Cakapnya cepat, pedas tak ingat. Mr BB pun sedap mata memandang. Cakapnya manja, romantis pula. Diam-diam, satu kisah tarik tali telah berlaku di antara mereka. Dek kerana tidak pasti apa kata Mr BB di sana, dan Mr AA di sini juga tidak berani menghabiskan cerita, sudahnya hubungan mereka tidak ke mana.

Perkembangan terbaru yang penulis terima, Mr AA ke hulu bersama Mr CC. Mr BB ke hilir mencari ganti. Dalam hati, padan muka~ dua-dua sekali. Hee! ^_^"

" Aku sekarang baik ngan CC, tapi aku kesian kat BB. Serba salah aku. " Cerita Mr AA kepada penulis dalam telefon suatu hari.

Kesian? Serba salah? Ko ngan BB tak couple pun lagi kan?? So? Gumam penulis, sambil mengunyah keropok ikan Kelantan.

"Masalahnya Si CC tu housemate si BB"

Dan Mr AA mula bercerita "Aku ni... bla bla.. BB baik ngan aku..bla bla... bla......Dia banyak tolong aku.. bla.. bla.. "

Krupp krapp.. krupp krapp.. krupp krapp ( bunyi penulis gigih mengunyah keropok ikan Kelantan, tak henti-henti..)

"....Aku suka CC...bla.. bla... tapi takut BB tak boleh terima.. bla... bla..takut dianggap slut, kejap ngorat dia bla bla.. kejap ngorat housemate dia.. bla.. bla.. . ko faham tak cerita aku ni??"

Krupp krapp.. krupp krapp.. krupp krapp..

"Oii! Ko dengar tak apa aku cakap ni Setann!!?"

Ya ya.. Dengar.. Aku duk dengar lah ni. Sambil dengar cerita ko sambil makan snek, barulah feel!"

"Ko rasa macam mana? Ko tulis eh apa ko rasa kat blog ko. Tapi jangan letak nama aku plak! " Pinta Mr AA

Penulis rasa,. sedap! Bibit-bibit masin bercampur manis keropok ikan tadi masih terembes-rembes lagi di hujung lidah penulis.

Okay, be serious (selepas dilaha-natkan Mr AA)!!

Apa yang penulis faham, masalah utama Mr AA, dia menggedik menggatal dengan Mr BB. Alih-alih dia pergi bercinta dengan housemate Mr BB sendiri. Patutlah dia rasa serba tak kena. Dan mulalah dia main sorok-sorok.

Apa soalan Mr AA tadi? Oh ya! Apa rasa penulis?

Rasa penulis, Mr AA patut teruskan sahaja hubungan dengan Mr CC. Lagipun Mr AA pun dah kenal lama Mr CC. Dah kenal hati budi dia. Kalau rasa berbaloi untuk bersama Mr CC, just go with the flow.

Tentang Mr BB.. Hurm, hello Mr AA, anda bukan malaikat. Bukan wali. Anda cuma manusia yang ada hati, ada perasaan. Hati Mr BB memang perlu dijaga. Tetapi dalam apa jua keadaan sekalipun, you have a right to be happy. Lebih-lebih lagi Mr BB memang mengaku, buat masa sekarang dia tidak mahu terikat dan mengikat. Andai anda setia menanti, belum tentu Mr BB terbuka hati. Oh ya, jangan nanti ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan pula dek kerana menunggu Mr BB, Mr CC pula disambar orang (atau disambar penulis yang buas macam helang).

Sebenarnya tidak timbul masalah Mr CC terasa hati ke tidak. Memanglah janggal bercinta dengan housemate skandal sendiri. Tetapi tegas penulis sekali lagi; Wahai Mr AA, ikut sahaja kata hati, discover what makes you happy and pursue it. Sounds selfish? Ada penulis kesahh??

Setahu penulis, Mr AA memang matang. Macho dan nampak jantan. Lagipun dah besar panjang. Kalau Mr AA rasa tidak selesa, tidak keruan dan mula rasa gatal-gatal badan main sorok-sorok di belakang tiang, apa kata Mr AA aturkan satu pertemuan ringkas dengan Mr BB. Pertemuan empat mata untuk jelaskan mana-mana yang kurang jelas. Terangkan pada Mr BB, anda sekarang bersama Mr CC. Usah disorok hubungan itu. Mr BB bukan budak-budak. Dia boleh faham. Lagipun, lama-lama, bau masam ketiak Mr AA di bilik Mr CC pasti dapat dihidu juga Mr BB yang berada di bilik sebelah.

Akhir kata, you guys out there, yang tiada kena mengena dalam kisah dua mangkuk ni, jadikan iktibar dan kejar kebahagiaan masing-masing. Jangan main tarik tali lama sangat. Nanti terlepas. Mr AA, Mr BB.. Cukup-cukuplah! Sudah-sudahlah tarik-menarik, sorok-menyorok. Haiyoo!!

Nota kaki bercagu: Action may not always bring happiness, but there is no happiness without action ~ Benjamin Disraeli (politician, author)

12 comments:

Sofi said...

Ape yang penting: keropok ikan kelantan tuh memang sedap... sofi nak jugak...

opppsssss

mwahahahaahah!!!!

Pena Anak Penis said...

Ala copiee.. dah habis... hehe my feveret tuh.. dalam masa 2 hari je dah habis..

payedd said...

keropok kelantan mmg sedap..haha

Pena Anak Penis said...

alamak.. keropok kelantan penulis jugak yang jadi subjek utama.. adoiyay!

avegalion said...

pada aku... selalunye kes tarik tali nie jadik... samaada, 2 pihak sama ego, malu2 atau takder keberanian to take 1st step... last2, melepass....



p/s: org kata keropok cap 3 ikan parang yg sodapp... hehehe

nazzman ibrahim said...

buat keputusan yang terbaik....agar semua pihak tak terasa hati

Indra said...

hmm...

mgkin sebab memasing ego perhaps?
masing2 taknak start dulu...

mungkin tak nak cakap sebab memasing ingat, kalu memasing cakap dulu - i like you n nak kapel ngan u - akan ada satu perasaan dia hati org yg dicakap tu - hey! dia suke kat aku la... (or, lagi teruk - hey, dia terhegeh2 kat aku la..)

anyway, its a normal thing, generally memang orang akan susah nak mulakan the first step. maybe takut kene reject?

dunno la...

this is just my opinion~

heheheh...

anyway PP, as usual, ur entry memang bole buat org senyum sokmo.. =)

DarcyDiaries said...

Hi PP..

Ermm...I don't know what to say. Sometimes it's all because probably either AA or BB afraid to say something.

Afraid of rejection.

Afraid of the the disappointment that they might be facing later.

Or probably...ermm...

Ntahlaa...

P/S: Saya pun...

Anonymous said...

Kes ni dah terlampau lazim dalam dunia moden sekarang ni. Sebab... to many choices & so many divorces. Kalau kita hidup di kampung rasanya this case won't happen obviously. Anyway, Mr. AA ada hak untuk memilih tetapi dalam kes ni, belum tentu Mr. CC akan memilih Mr. AA sebab kalau dia penulis sebut sebagai seorang yang sedap mata memandang, macho & so on... (macam meletupz jer mamat tu, kan?! :P), keterlanjuran tu mungkin bukan sebab cinta biarpun Mr. AA ada simpan harapan la (tak caya tanya penulis, kenapa gambar lelaki macho & seksi jer di-post dalam blog dia ni sebagai hiasan!). Apapun yang pasti, kalau rasa dah tak larat tarik tali... Mr. AA patut hentikan mengharap & berkawan cam biasa jer dengan 2 brader serumah tu (& jangan jual murah!). Act like nothing happen. Tak elok gado2! For Mr. CC & Mr. BB, teruslah mencari kebahagiaan anda sebab kalau Mr. AA pun boleh dapat... inikan pula yang super-meletopzzz, kan? If... they think LOVE IS LUST.

Akhir kata... good luck for Mr. AA, beauty lies in the eyes of the beholder. Kalau elok di mata penulis, tak semestinya elok di mata orang lain. Tapi kalau ramai mata dok kata elok, maknanya he's just a BEAUTIFUL DISASTER (lagu Kelly Clarkson), tak gitu saudara penulis?!

Pena Anak Penis said...

Anonymous: Derr, penulis tahu siapa di sana.. su.. su.. sudehhh!

Anonymous said...

Ok tak komen gue, wahai penulis?

Pena Anak Penis said...

Okay sajork.

"beauty lies in the eyes of the beholder."

suke...

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails