Sunday, December 13, 2009
Main
"Jom. Pergi changing room," ajak Pena sambil menarik tangan Mr X.
Mr X teragak-agak tapi akur. Membiarkan saja Pena menarik tangan dan merangkul pinggangnya.
Pap!!! Sempat pula tangan Pena menampar punggung Mr X ketika mereka berjalan beriringan meninggalkan gelanggang menuju ke bilik persalinan. Yang lain hanya memandang hairan.
Di bilik persalinan, Pena cepat-cepat menerpa, memeluk dan mencium leher Mr X. Bibir bertemu bibir. Bertaut dan berkucup mesra. Nafas Pena mula mendesah. Bunyinya saling tak tumpah bunyi nafas seekor lembu jantan. Dada Pena berombak. Jantungnya berdegup kencang.
"Gigit puting I, Pena" rayu Mr X.
Dari lembu jantan, Pena kini bertukar rupa. Menjadi buas bak singa pula. Baju T Mr X Pena tanggalkan dengan rakus. Badan Mr X yang melekit berpeluh langsung Pena tak hiraukan. Tanpa membuang masa, Pena terus mencari sasaran dan menggigit manja puting Mr X.
Mr X mengerang sedap. Nafsu serakah Pena semakin membuak-buak. Penisnya pula mula mengembang. Meronta-ronta ingin keluar dari tempat persembunyian. Terus sahaja Pena tanggalkan singlet dan shortnya, membiarkan diri bertelanjang.
Tidak perlu diarah, Mr X tahu apa yang Pena mahu. Penis Pena yang mencancang tegak diurut, diusap sebelum disua ke mulut.
"Ah!" Giliran Pena pula mengerang nikmat. Penisnya terasa hangat. Terasa enak beradu di dalam mulut Mr X.
"Woi Pena. Ko kenapa hari ni. Macam tak nak main je?" Sergah satu suara. Milik Abang Y.
Pena tersentak, tersedar dan kembali ke alam realiti. Dia berada di dalam gelanggang bola tampar, bukan di bilik persalinan. Dia sedang bermain bola tampar dengan yang lain, bukan bermain tepuk tampar dengan Mr X.
"Tah. Penat sikitlah bang" Pena cepat-cepat melontar alasan.
Mr X yang berdiri di depan Pena tersenyum gelihati.
"Budak dua orang ni mesti ada apa-apa. Memang tak boleh main sekali satu gelanggang ni!" Sampuk Abang W pula.
Pena hanya mampu tersipu malu.
Mr X teragak-agak tapi akur. Membiarkan saja Pena menarik tangan dan merangkul pinggangnya.
Pap!!! Sempat pula tangan Pena menampar punggung Mr X ketika mereka berjalan beriringan meninggalkan gelanggang menuju ke bilik persalinan. Yang lain hanya memandang hairan.
Di bilik persalinan, Pena cepat-cepat menerpa, memeluk dan mencium leher Mr X. Bibir bertemu bibir. Bertaut dan berkucup mesra. Nafas Pena mula mendesah. Bunyinya saling tak tumpah bunyi nafas seekor lembu jantan. Dada Pena berombak. Jantungnya berdegup kencang.
"Gigit puting I, Pena" rayu Mr X.
Dari lembu jantan, Pena kini bertukar rupa. Menjadi buas bak singa pula. Baju T Mr X Pena tanggalkan dengan rakus. Badan Mr X yang melekit berpeluh langsung Pena tak hiraukan. Tanpa membuang masa, Pena terus mencari sasaran dan menggigit manja puting Mr X.
Mr X mengerang sedap. Nafsu serakah Pena semakin membuak-buak. Penisnya pula mula mengembang. Meronta-ronta ingin keluar dari tempat persembunyian. Terus sahaja Pena tanggalkan singlet dan shortnya, membiarkan diri bertelanjang.
Tidak perlu diarah, Mr X tahu apa yang Pena mahu. Penis Pena yang mencancang tegak diurut, diusap sebelum disua ke mulut.
"Ah!" Giliran Pena pula mengerang nikmat. Penisnya terasa hangat. Terasa enak beradu di dalam mulut Mr X.
"Woi Pena. Ko kenapa hari ni. Macam tak nak main je?" Sergah satu suara. Milik Abang Y.
Pena tersentak, tersedar dan kembali ke alam realiti. Dia berada di dalam gelanggang bola tampar, bukan di bilik persalinan. Dia sedang bermain bola tampar dengan yang lain, bukan bermain tepuk tampar dengan Mr X.
"Tah. Penat sikitlah bang" Pena cepat-cepat melontar alasan.
Mr X yang berdiri di depan Pena tersenyum gelihati.
"Budak dua orang ni mesti ada apa-apa. Memang tak boleh main sekali satu gelanggang ni!" Sampuk Abang W pula.
Pena hanya mampu tersipu malu.
Saturday, December 12, 2009
Si Bengis
Pena masam mencuka. Aura membunuh menyelubungi wajahnya. Dia tercegat sambil memeluk tubuh memandang kadet-kadetnya yang mula memenuhi dataran.
Ada yang berlari-lari anak. Ada juga yang berjalan. Siap melenggang kangkung ibarat itik pulang petang. Sakit benar hati Pena melihat pemandangan di depan matanya itu.
"Woi Kadet! Bloody hell korang!! Cepatlah!! Terkemut-kemut! Kau ingat aku tunggul ke apa?" Laung Pena. Kuat dan lantang memecah keheningan malam.
Sebaik sahaja terdengar suara Pena yang bak halilintar, barulah semuanya kelam-kabut terhegeh-hegeh masuk baris.
"Senior! Dah tak boleh nak jaga budak-budak korang?" Jeling Pena pada Midshipmen. Semua tunduk. Diam membatu. Seorang pun tidak berani menjawab.
"Aku bagi 2 minit, semua dah siap berbaris, dah siap amik strength masing-masing untuk tiga-tiga peringkat! Kalau lambat, korang kena! Faham tu Senior!!" Keras sekali suara Pena. Tegang dan dingin.
"Tuan!!!!" Balas mereka serentak.
Beberapa orang pemegang pangkat dari kalangan Midshipmen mula menggelabah. Mula sibuk memekik, mengarah junior-junior mereka berbaris dan melapor.
Lima minit kemudian, barulah DMOD yang bertugas datang melapor di hadapan Bull, OOD atau pegawai yang bertugas hari itu. Pena hanya memandang dengan muka macam singa lapar.
"Semua sekali!! Push up position! Down!!" Pekik Pena sebaik sahaja DMOD tersebut habis melapor.
Bagai satu pertunjukkan aerobik, semua sekali anggota PALAPES Laut UnTA ketiga-tiga peringkat turun meniarap serentak mengambil posisi tekan tubi. Anggota wanita kelihatan terkial-kial, mungkin kerana mereka memakai baju kurung, berheel dan bertudung.
"Down!" Arah Pena
"1!" Laung mereka serentak sambil melakukan tekan tubi.
"Hari ni hari ke berapa dah korang training kadet?"
"Dua Tuan!!
"Hari kedua? Tapi apa pasal prestasi korang sucks!? Macam taik! Lembap! Terhegeh-hegeh! Midshipmen korang tak ajar ke? Down!"
"2!"
"Down!"
"3!"
"Langsung tak ada kerjasama! Disiplin out! Baris tak pernah on time! Tak respect pegawai! Nampak pegawai buat bodoh je. Langsung tak tegur. Mentang-mentang korang dapat pegawai baik macam kitorang, korang naik lemak! Pijak kepala ya!! Down!"
"4!"
Tiba ke angka 50 puluh, Pena berhenti memberi arahan. Beberapa orang daripada mereka kelihatan tercungap-cungap! Ada yang menggigigil-gigil.Kepenatan.
"Hah!!! Kenapa? Dah nak mampos? Baru 50! Belum 500 push up lagi" Bull tiba-tiba bersuara.
"Bangun semua sekali!!!" Pekik Bull lagi.
"Starjump sampai mati. Sorang lead! Cepat!!"
Pena pandang Bull. Kagum.
Masuk starjump yang ke 50, wajah budak-budak tu mula nampak menderita. Nampak sengsara sangat-sangat.
"Dah, berhenti! Senang diri semua sekali" sampuk Tuan Razif, Pegawai Koordinasi mereka yang dari tadi hanya memantau Pena dan Bull meng 'hell' budak-budak tersebut dari jauh.
"Sekarang jam saya pukul 2300H. Pukul 2315, korang dah berbaris balik kat sini siap berpakaian PT. Lambat lagi sekali, jangan harap korang dapat tidur malam ni!" Sambung Tuan Razif lagi.
Sebaik sahaja diarah bersurai, mereka semua lari bertaburan balik ke bilik masing-masing untuk menukar pakaian.
Suasana di dataran mulai lengang seketika.
"Pena, Bull! Good job guys! Korang buatlah apa yang patut. Jangan bagi muka sangat kat budak-budak tu. Nanti diorang pijak kepala. Eh, tapi janganlah bagi teruk sangat ya! Mati pulak anak orang!" Pesan Tuan Razif
"Okay tuan! You can count on us! Kan Bull!!? Balas Pena. Dia memandang Bull sambil tersenyum licik.
"Okay, bagus! Saya kena pergi sekarang. Ada hal famili sikit. Jap lagi Puan Suraya dengan Tuan Ismail datang tengok korang."
Dan malam itu malam yang durjana sekali buat semua anggota PALAPES Laut UnTA. Teruk mereka dilanyak dua orang Leftenan Muda yang baru pertama kali merasa melanyak budak-budak PALAPES. Penutup kepada malam durjana tersebut, mereka disuruh mengeringkan dataran yang basah berlopak dengan cara berguling dan merangkak. Kesudahannya, semua basah kuyup dengan air lumpur dan kusut masai ibarat baru dilanda tsunami. Ada yang terhuyung-hayang kepeningan. Ada yang sampai muntah-muntah. Ada kadet wanita yang menangis sayu. Agaknya menyesal kot masuk PALAPES.
*********************************************
Dua jam kemudian. Di bilik Pena..
Pena pandang Bull. Bull pandang Pena. Mereka saling memandang.
"Auwwwww!!!!! Penat mak control macho, Bull!!! " Jerit Pena tiba-tiba.
"Nokk!! Tak sangka! Hebat kau berlakon! Macam celaka sangat kau punya bengis!! Kata Bull, tersengih gedik.
"Haruslah!! Tengok kaki lerr! Mak kan aktor ternama kat kampus ni!"
"Gitew! Dengan aku sekali kena berlakon jadi watak setan. Ahaks!!"
"Kau pun kemain lagi kan! Paling tak boleh blah, bila kau suruh starjump sampai mati! Hahahaha..!! Kelakar yang amat! Mana kau dapat idea tu nokk? Aku dah sakit perut nak tahan gelak masa tu! Hahahaha!"
"Entah! Mak main sebut jew. Spontan! Well, kita kenalah kreatif kan.."
Pena diam, sambil tersengih nampak gigi.
"Tapi kesianlah aku tengok budak-budak tu. Kejam betul kita kan. Aku rasa bersalahlah Pena"
"Ala Nokk! Aku pun kesian sebenarnya. Tapi kita dulu pun kena macam tu jugak! Siapa suruh masuk PALAPES. Biar diorang sedar sikit. Ini Latihan Tahunan PALAPES. Bukan Jambori Pengakap!"
Nota kaki bercagu: Itulah kali pertama dan terakhir penulis melanyak budak-budak. Bukan apa, tak sampai hati. Penulis bukanlah pegawai yang bengis pun. Berlakon jadi bengis bolehlah.
Friday, December 11, 2009
Stylo

"He must be gay" ucap Chantek selamba. Dia mengoles lembut rambutnya yang panjang mengurai. Ekor matanya pula melirik, mengekori jasad seorang pemuda.
Penulis menjeling sekilas. Pemuda yang dimaksudkan Chantek berjalan melepasi kami, duduk di meja berhampiran. Hanya beberapa meter dari meja kami.
Penulis diam. Tersenyum macho sambil menyalakan sebatang rokok. Asap rokok disedut dalam-dalam dan dihembus keluar perlahan-lahan.
"Awak.." Chantek mula merengek. Muncung mulutnya.
"Ya saya. Ada apa Cik Chantek?"
"Dengar tak? Please say something!" Mata Chantek yang sememangnya bulat bercahaya, kelihatan semakin bulat apabila dia memandang tepat ke mata penulis.
Penulis membetulkan duduk.
"Manalah saya tahu sayang oi! Awak ingat saya ni pakar sexualogy ke apa?"
"Saya rasa.." Chantek mendekatkan dirinya pada penulis
"Dia memang gay!" Bisiknya perlahan.
"Apa yang menyebabkan awak fikir macam tu?" Penulis gentel-gentel straw di dalam gelas besar yang berisi jus tembikai. Minuman tersebut langsung tidak terusik dari tadi.
"The way he dresses. Stylo. Orang lelaki yang straight tak stylo, wak"
Tekak penulis terasa sangat kering. Penulis sedut rakus jus tembikai tersebut.
"Sayang, don't be such a narrow minded person. Fashion is not only belong to women. Kami golongan Adam pun sekarang concern about our body image, our appearance. Lagipun, mana awak tahu, entah-entah Pak Aji yang berjubah, yang berkopiah tu pun suka lelaki? Anything is possible la sayang in this world ni" hujah penulis, panjang lebar.
Penulis sempat pandang pemuda tersebut dari hujung kepala sampai hujung kaki.
Hurm. Not bad. Penulis menelan air liur. Terliur.
Rupanya macho persis Hans Isaac. He's wearing a black v neck t shirt wih a skinny jeans. Berkasut converse putih dan berbeg silang, juga berwarna putih. Simple, yet stylo. Kesimpulan, dia pandai bergaya.
"Tapi awak, semua lelaki hensem, badan cantik dan stylo yang saya pernah kenal adalah gay. Mamat-mamat yang tak hensem, perut boroi ke depan, pakai baju besar-besar barulah lelaki straight yang punya nafsu pada wanita" kata Chantek sambil mencebik. Tanda terkilan.
"I don't know what to say. No idea. Nasihat saya, jangan menilai seseorang dari luaran" balas penulis pula.
"Saya ada kawan masa kat kampus dulu. Hensem. Chindian. Ramai tergila-gilakan dia. Saya pun minat dia dulu wak. Tapi sayang, pun lelaki songsang jugak. Siap kantoi berpegang tangan lagi dengan boyfriend dia masa kat mall. Hai!! Such a waste!"
Erk!
Penulis rasa jus tembikai itu sedikit pahit.
Awak pun stylo jugak. Nasib baik awak tak macam tu kan, Encik Pena?"
Dangg!
I felt like I've been hit by a truck.
Sunday, December 6, 2009
The Curious Cat

In order to back up manpower gara-gara ramai sangat staff yang dah resign (which I've been told that HR has freezed the new recruitment due to some internal issues, aku tahu jangan nak tipu, probably due to financial issue) penulis diarahkan melapor ke branch baru. Branch yang jauh nun di Utara Kuala Lumpur.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Poket penulis yang koyak dirompak penyangak, yang koyaknya jadi lebar gara-gara bulan madu yang pahit bak hempedu, terus bertukar rabak dek tol dan petrol pula. Hai! Sesak sungguh nafas penulis terpaksa berulang alik setiap hari melalui perjalanan yang memakan masa 45-60 minit sehala.
Okay. Stop! Bukan cerita itu yang penulis ingin kongsi.
Branch kami di situ agak tenang. Ibarat permukaan tasik yang jarang berkocak. Tapi tipulah pula if i mention, ia langsung tidak bergolak. Ya, sekali sekala ribut datang juga dengan carutan atau makian pelanggan yang tidak berotak (which I consider it as a normal panorama in customer service's world).
Okay. Stop! Boring!! Bukan cerita itu juga yang penulis ingin kongsi.
Hari pertama di tempat baru, penulis terpandang sesuatu yang menarik perhatian penulis. Not far from our outlet, lebih tepat at main concourse, terdapat sebuah booth kendalian Under (kedai pakaian dalam). Terpampang besar diposternya, 'Year-End Sale. Up to 70% discount'. Dan kotak-kotak seluar dalam lelaki dari pelbagai jenama terkenal kelihatan tersusun rapi di rak dan juga meja boothnya.
Penulis tidak nafikan, penulis seronok mencuci mata melihat imej lelaki ganteng separuh bogel di kotak-kotak seluar dalam yang dijual di situ. Lebih menyeronokkan penulis, dua orang budak lelaki yang comel menjadi sale assistant di booth itu. Berusia dalam lingkungan 17-19 tahun, seorang gelap, seorang cerah. Yang gelap bermuka melayu. Dan sudah tentu menjadi pilihan penulis. Yang cerah pula bermuka jambu. Juga menjadi pilihan penulis. Pendek kata, dua-dua penulis mahu. Hai, tamaknya aku!
Ingin ke tandas? Penulis sanggup menggunakan laluan jauh semata-mata untuk lalu di hadapan booth mereka. Keluar lunch break? Penulis memang wajib menggunakan laluan di situ juga. Keluar merokok? Maaf, adik berdua, abang tumpang lalu (sambil catwalk manja). Pendek kata, penulis memang tak akan lepaskan peluang untuk mencuci dan bermain mata.
Okay. Stop! Again, this is not the story that i want to share with you guys. Sorry ^_^"
Right in front of the booth, berdiri megah tiga orang jejaka tak bernyawa yang kita panggil sebagai mannequin. Tegap berotot. Sasa dan seksi. Hot sekali. They wore nothing but only undies from Private Structure.
Hey! Do not start to judge me (well, at least not now)!
Penulis bukanlah pervert sangat sampai tak tahan tengok mannequin berseluar dalam. Kalau disuruh tidur dengan mannequin bogel pun penulis tak ada masalah kerana penulis sudah kerap sangat nampak. Sudah jemu. Sudah muak dan jelak (Lainlah kalau yang real *GRIN).
Jadi apa masalah penulis sebenarnya? Masalah penulis bermula apabila penulis perasan, something was not right with one of those mannequinn. His body seems unusual to me.
Hurm, apakata penulis namakannya Mr Mann?
Okay! This is it. Fokus! Cerita baru bermula! (hihihihhihihihihhihihi... bunyi orang mengilai. Seram tak?)
Mr Mann's bulge obviously looks bigger than his friends. He even had a boner! I can clearly see the boner whenever I glimpse or stare at it. Terjojol mata penulis melihat asetnya yang terbonjol serba menonjol. Batangnya melengkung lawa (parking ke bawah u ols). Kepalanya terbentuk elok. Seakan-akan mannequin itu mempunyai sebatang x-tra large sized penis yang real.
Semenjak terpandang Mr Mann, jiwa penulis jadi tidak tenteram. Penulis mula tidak tidur malam. Terbayang-bayang. Terkenang-kenang. Teringat pada bonjolan nan seketul. Suatu perasaan timbul membuak-buak dalam diri penulis. Tidak boleh tidak. Tidak boleh tak nak. Penulis mesti lakukan apa yang penulis nak lakukan.
Lalu, tiga hari kemudian..
After work, around 10:40 pm, most of the outlets in the building were already closed. Suasana semakin sunyi. Shoppers and tenants started to leave the complex. Penulis pula tidak terus pulang. Sebaliknya terpacak setia tidak jauh dari booth Under tersebut. Menunggu keadaan lengang tidak berorang.
The booth is left unattended with no security guard. Ia hanya dilindungi sepenuhnya oleh pagar yang berjaring. Hurm.
Penulis pandang kiri. Pandang kanan. Toleh belakang. Dongak atas. Line clear!
Penulis mendekati booth (Sebetulnya mendekati Mr Mann yang berada dalam booth tersebut). Jantung penulis berdegup kencang. Peluh jantan mula menitik. Penulis tenung bonjolannya lama-lama (Luckily Mr Mann was placed near the fence). So, senang kerja aku!
Teragak-agak, sedikit terketar-ketar, penulis hulurkan tangan melalui celah-celah jaring pagar, dan tekan jari telunjuk kanan tepat ke bonjolan tersebut.
Pelik! Rasa macam..entah!
Penulis tak puas hati. Cepat-cepat penulis ramas.
Lembut. It is mouldable.
My curiosity started to strike. Penulis nekad. Private Structure brief yang membaluti bahagian terlarang Mr Mann penulis londehkan dengan rakus! Dan mata penulis bulat beberapa saat. Mengucap panjang penulis sebaik sahaja melihat apa yang melekat elok di badan Mr Mann.
Seketul plastisin berbentuk penis!
'I knew it! Aku dah agak! Dari dulu lagi aku dah agak! It was a fake extension! The factory never created a mannequinn with a boner. Ni mesti kerja staff Under ni, main tambah-tambah sendiri! Hahaha!' Penulis mengomel sendirian sambil tergelak gelihati.
"Oii! Engkau buat apa tu?"
Penulis terdiam sebaik sahaja terdengar suara orang menyergah. Sayup-sayup sahaja bunyinya. Tetapi sudah cukup buat penulis menggelabah tak tentu arah. Dari jauh kelihatan seorang pegawal keselamatan berjalan tergesa-gesa menuju ke arah penulis. Gulp!
Nak lari ke nak stay? Kalau lari disangka pencuri, kalau stay confirm disangka gay.
Mati aku!
Nota kaki bercagu: Well readers, I guess curiosity did killed the cat. Kucing jantan yang gatal! *Grin
Friday, December 4, 2009
Entah Bersyair
Penulis tak punya kekuatan untuk menulis. Fikiran penulis terganggu. Jiwa kacau. Runsing dan serabut. Berselirat dengan seribu satu masalah. Minta maaf banyak2 kepada sesiapa yang memberi komen baik di entry mzhupun di shoutbox. Biarlah keadaan tenang, baru penulis ceritakan.
Tapi, dalam diam-diam duduk-duduk melayan perasaan, penulis sempat hasilkan sebuah puisi yang tah apa-apa. Sekadar luahan perasaan yang tertekan. Harap sudi baca, sementara menunggu entry terbaru penulis yang entah bila baru penulis dapat siapkan.
Tapi, dalam diam-diam duduk-duduk melayan perasaan, penulis sempat hasilkan sebuah puisi yang tah apa-apa. Sekadar luahan perasaan yang tertekan. Harap sudi baca, sementara menunggu entry terbaru penulis yang entah bila baru penulis dapat siapkan.
'Entah Bersyair'
Entah bila
kemarau akan berakhir
Entah bila
perigi akan berair
Entah bila
kekasihku akan hampir
Entah bila
cintaku akan bersyair
Entah bila
bahagiaku akan hadir
Entah bila
kemarau akan berakhir
Entah bila
perigi akan berair
Entah bila
kekasihku akan hampir
Entah bila
cintaku akan bersyair
Entah bila
bahagiaku akan hadir
Harapan
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...
Subscribe to:
Posts (Atom)