Saturday, December 12, 2009

Si Bengis


Pena masam mencuka. Aura membunuh menyelubungi wajahnya. Dia tercegat sambil memeluk tubuh memandang kadet-kadetnya yang mula memenuhi dataran.

Ada yang berlari-lari anak. Ada juga yang berjalan. Siap melenggang kangkung ibarat itik pulang petang. Sakit benar hati Pena melihat pemandangan di depan matanya itu.

"Woi Kadet! Bloody hell korang!! Cepatlah!! Terkemut-kemut! Kau ingat aku tunggul ke apa?" Laung Pena. Kuat dan lantang memecah keheningan malam.

Sebaik sahaja terdengar suara Pena yang bak halilintar, barulah semuanya kelam-kabut terhegeh-hegeh masuk baris.

"Senior! Dah tak boleh nak jaga budak-budak korang?" Jeling Pena pada Midshipmen. Semua tunduk. Diam membatu. Seorang pun tidak berani menjawab.

"Aku bagi 2 minit, semua dah siap berbaris, dah siap amik strength masing-masing untuk tiga-tiga peringkat! Kalau lambat, korang kena! Faham tu Senior!!" Keras sekali suara Pena. Tegang dan dingin.

"Tuan!!!!" Balas mereka serentak.

Beberapa orang pemegang pangkat dari kalangan Midshipmen mula menggelabah. Mula sibuk memekik, mengarah junior-junior mereka berbaris dan melapor.

Lima minit kemudian, barulah DMOD yang bertugas datang melapor di hadapan Bull, OOD atau pegawai yang bertugas hari itu. Pena hanya memandang dengan muka macam singa lapar.

"Semua sekali!! Push up position! Down!!" Pekik Pena sebaik sahaja DMOD tersebut habis melapor.

Bagai satu pertunjukkan aerobik, semua sekali anggota PALAPES Laut UnTA ketiga-tiga peringkat turun meniarap serentak mengambil posisi tekan tubi. Anggota wanita kelihatan terkial-kial, mungkin kerana mereka memakai baju kurung, berheel dan bertudung.

"Down!" Arah Pena

"1!" Laung mereka serentak sambil melakukan tekan tubi.

"Hari ni hari ke berapa dah korang training kadet?"

"Dua Tuan!!

"Hari kedua? Tapi apa pasal prestasi korang sucks!? Macam taik! Lembap! Terhegeh-hegeh! Midshipmen korang tak ajar ke? Down!"

"2!"

"Down!"

"3!"

"Langsung tak ada kerjasama! Disiplin out! Baris tak pernah on time! Tak respect pegawai! Nampak pegawai buat bodoh je. Langsung tak tegur. Mentang-mentang korang dapat pegawai baik macam kitorang, korang naik lemak! Pijak kepala ya!! Down!"

"4!"

Tiba ke angka 50 puluh, Pena berhenti memberi arahan. Beberapa orang daripada mereka kelihatan tercungap-cungap! Ada yang menggigigil-gigil.Kepenatan.

"Hah!!! Kenapa? Dah nak mampos? Baru 50! Belum 500 push up lagi" Bull tiba-tiba bersuara.

"Bangun semua sekali!!!" Pekik Bull lagi.

"Starjump sampai mati. Sorang lead! Cepat!!"

Pena pandang Bull. Kagum.

Masuk starjump yang ke 50, wajah budak-budak tu mula nampak menderita. Nampak sengsara sangat-sangat.

"Dah, berhenti! Senang diri semua sekali" sampuk Tuan Razif, Pegawai Koordinasi mereka yang dari tadi hanya memantau Pena dan Bull meng 'hell' budak-budak tersebut dari jauh.

"Sekarang jam saya pukul 2300H. Pukul 2315, korang dah berbaris balik kat sini siap berpakaian PT. Lambat lagi sekali, jangan harap korang dapat tidur malam ni!" Sambung Tuan Razif lagi.

Sebaik sahaja diarah bersurai, mereka semua lari bertaburan balik ke bilik masing-masing untuk menukar pakaian.

Suasana di dataran mulai lengang seketika.

"Pena, Bull! Good job guys! Korang buatlah apa yang patut. Jangan bagi muka sangat kat budak-budak tu. Nanti diorang pijak kepala. Eh, tapi janganlah bagi teruk sangat ya! Mati pulak anak orang!" Pesan Tuan Razif

"Okay tuan! You can count on us! Kan Bull!!? Balas Pena. Dia memandang Bull sambil tersenyum licik.

"Okay, bagus! Saya kena pergi sekarang. Ada hal famili sikit. Jap lagi Puan Suraya dengan Tuan Ismail datang tengok korang."

Dan malam itu malam yang durjana sekali buat semua anggota PALAPES Laut UnTA. Teruk mereka dilanyak dua orang Leftenan Muda yang baru pertama kali merasa melanyak budak-budak PALAPES. Penutup kepada malam durjana tersebut, mereka disuruh mengeringkan dataran yang basah berlopak dengan cara berguling dan merangkak. Kesudahannya, semua basah kuyup dengan air lumpur dan kusut masai ibarat baru dilanda tsunami. Ada yang terhuyung-hayang kepeningan. Ada yang sampai muntah-muntah. Ada kadet wanita yang menangis sayu. Agaknya menyesal kot masuk PALAPES.

*********************************************

Dua jam kemudian. Di bilik Pena..

Pena pandang Bull. Bull pandang Pena. Mereka saling memandang.

"Auwwwww!!!!! Penat mak control macho, Bull!!! " Jerit Pena tiba-tiba.

"Nokk!! Tak sangka! Hebat kau berlakon! Macam celaka sangat kau punya bengis!! Kata Bull, tersengih gedik.

"Haruslah!! Tengok kaki lerr! Mak kan aktor ternama kat kampus ni!"

"Gitew! Dengan aku sekali kena berlakon jadi watak setan. Ahaks!!"

"Kau pun kemain lagi kan! Paling tak boleh blah, bila kau suruh starjump sampai mati! Hahahaha..!! Kelakar yang amat! Mana kau dapat idea tu nokk? Aku dah sakit perut nak tahan gelak masa tu! Hahahaha!"

"Entah! Mak main sebut jew. Spontan! Well, kita kenalah kreatif kan.."

Pena diam, sambil tersengih nampak gigi.

"Tapi kesianlah aku tengok budak-budak tu. Kejam betul kita kan. Aku rasa bersalahlah Pena"

"Ala Nokk! Aku pun kesian sebenarnya. Tapi kita dulu pun kena macam tu jugak! Siapa suruh masuk PALAPES. Biar diorang sedar sikit. Ini Latihan Tahunan PALAPES. Bukan Jambori Pengakap!"

Nota kaki bercagu: Itulah kali pertama dan terakhir penulis melanyak budak-budak. Bukan apa, tak sampai hati. Penulis bukanlah pegawai yang bengis pun. Berlakon jadi bengis bolehlah.

7 comments:

Comic Lover said...

kan... ahaks...

DarcyDiaries said...

acting yg comel!

b0b0y said...

hahaha..xsangka tiba-tiba tukar dialog mak hayam..hak3

Adam said...

adam kenal sorg palapes darat mak hayam...opppsss... btw palapes ni gelap2 pun comel...ahaha

Penapenis said...

:) Penat woo hidup dalam penyamaran.. I rasa i ni macam spy yang dihantar dari organisasi PLU untuk menyelinap masuk ke dalam dunia tentera. When i started to yell and scold the trainees, i realized tat it was so not me.. Paling menyeksa jiwa raga, bila di bilik mandi dan latihan renang di kolam renang.. heheheheh cuci mata sampai bengkak2~

Lasykar Langit dan Bumi said...

At least ada kekuatan untuk penulis 'bertukar' seketika...
Lasykar xpernah try jd bengis... xsmpi ati jer memanjang... huhu

Eddie said...

another funny story..
i like.. ;)

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails