Tuesday, April 12, 2011

Cuci Mata


Setiap kali terpandang lelaki kacak mengikut takrifan penulis, hati ini bukan sahaja jadi tidak keruan, malah diri pasti menggedik meliuk lentuk walaupun ketika itu duduk semeja bersama kekasih hati.

Keinginan untuk mencuci mata dengan menatap wajahnya seakan-akan membuak-buak. Kalau pun tidak secara terus, ekor mata sekurang-kurangnya tetap berusaha mengekori kelibat sang jejaka secara curi-curi.

Teman penulis, Amir (bukan nama sebenarnya), pun bertabiat sedemikian. Pantang nampak yang elok melintas di depan mata.

Kalau duduk, pantas sahaja kakinya menyepak kaki penulis. Kalau berdiri, cepat sahaja sikunya menyiku penulis. Walhal, isterinya, Amirah ada bersama kami.

Bezanya dia dengan penulis, Amir seorang lelaki lurus. (Matanya hanya memandang wanita).

"Wei awek lawa tu!!!! Tetek selambak!" Itulah yang kerap dibisiknya kepada penulis. (He has not idea at all that I am not who he thinks I am.)

Lelaki. Lurus atau pun tidak semuanya sama.

Pantang nampak yang elok pasti tak senang duduk. Biarlah teman di sebelah menjeling marah. Mereka peduli apa!

Persoalannya, why do men always look at other women/men even when they say they are in love with someone?

Bagi penulis, why not?

Tanya seorang rakan,

"Kalau begitu, engkau mahu duduk seharian suntuk bersama teman lelaki yang matanya ibarat helang? Melilau sana sini mencari makanan jiwa sedangkan 'santapan' sebenar sepatutnya kita?

Tambahnya, "Kiranya kau sangguplah bersamanya, orang yang tidak menghargai, dan tidak menghormati kekasihnya sendiri?"

Amboi, tidaklah sampai begitu kawan. Boleh tu boleh, tetapi penulis akan menasihati kekasih penulis supaya berpada-padalah.

Lagipun, kita perlu menerima hakikat. Dalam dunia ini, lambat laun sentiasa ada manusia yang lebih lawa atau kacak daripada kita. Lebih-lebih lagi kecantikan itu subjektif sifatnya.

Bagi segelintir, mungkin mindanya berkata yang bermata bulat itu lawa. Sesetengah pula merasakan yang sepet itu lawa.

Jadi siapa kita untuk menghalang orang menikmati santapan mindanya sendiri?

Sebenarnya, sedar atau tidak, both sexes like to window shop. Tanyalah mana-mana gadis, pernah atau tidak dia mencuci mata.

Bohonglah kalau dijawab tidak pernah kerana manusia lumrahnya memang begitu. Sentiasa tertarik kepada sesuatu yang indah.

Memandang adalah sekadar memandang. Memandang tidak semestinya menjejaskan kasih sayang yang tertanam. Biarlah dia memandang. Kerana itu tanda si dia mencintai kita.

Cuba tanya pada diri sendiri, dia memandang kerana apa?

Kerana makhluk yang melintas itu lawa.

Tanya lagi, siapa lagi lawa, anda atau makhluk itu?

Aku.

Kalau itu jawapannya, anda memang patut berbangga kerana antara makhluk itu dengan anda, dia memilih anda untuk menjadi kekasihnya kerana kecantikan anda.

Tetapi bagaimana kalau jawapannya,

Makhluk itu yang lebih lawa dan menawan daripada aku.


Mesti sakit hati bukan? Tetapi kenapa pula si dia memilih untuk bersama anda?

Nah, tepuk dada tanya selera.

Notakakibercagu: Tidak dinafikan PP memang suka usha jejantzz kacak, sebab tu PP suka usha diri sendiri kat cermin. hak hak hak

Tuesday, April 5, 2011

ye ke!? ^____^"

kepada yang berkenaan, mana ada pp guna nama betol kat fb. buewwkk buewwwk... tipu tipu tipu (sambil buat lambaian kak limah)

Friday, April 1, 2011

tah pape

"Aku dah kata jangan buat tapi kau degil," kata Pena

"Dah la degil pergi buat jugak, pastu buat tak kena masa," bebelnya lagi.

"Kan dah kena luku ngan minah tu!" Sambungnya.

Beliau berkata demikian setelah dimarahi dan diketuk dengan pembaris oleh seorang rakan kerana cuba melakukan trick april fool terhadap wanita itu.

Trick Pena sangat real sehingga si rakan menangis risau.

Malangnya wanita itu naik hantu selepas mengetahui beliau ditipu.

Notakakibercagu: April Fool bukan budaya kita.

Tuesday, March 22, 2011

Mr Soh 2

"Kamu di mana?"

"Di rumah. Y?"

"Jom keluar minum?"

Penulis tersengih kerang busuk kerana geli hati. Dalam satu malam, sudah tiga orang ajak penulis minum dan ketiga-tiganya penulis penuhi undangan mereka.

"Oh, I baru pulang dari minum la Mr Soh. Masih kenyang ni. Saya mahu rehat."

"Okay, sekejap lagi I'll pick u up!"

Alamak. Orang tua ni tak dengar atau buat-buat tak dengar?

Lima minit kemudian, Mr Soh sudah tiba di hadapan rumah sambil membunyikan hon keretanya bertalu-talu.

Malas hendak melawa, penulis hanya sempat sarungkan seluar pendek dan sehelai t-shirt lusuh ke badan sebelum bergegas keluar membuka pintu pagar.

"Kamu seorang sahaja? Mana housemate?" tegurnya.

Housemate? Otak penulis ligat berputar, berlegar-legar mencari dari manaa datangnya housemate penulis sedangkan penulis tinggal bersendirian.

"Ha? Apa dia Mr Soh?"
(sengaja penulis buat-buat tak dengar supaya penulis punya lebih masa untuk berfikir)

"Rakan kamu, housemate kamu, mana?" Soalnya, kali ini lebih kuat.

Baru penulis teringat pembohongan yang dibuat, kononnya penulis tinggal berdua dengan housemate.

"Dia balik kampung. Tinggal saya sorang saja," balas penulis sambil pandang tepat ke mata Mr Soh (orang kata kalau hendak menipu, pastikan ia nampak real dan pandang tepat ke mata individu yang ingin kita tipu).

"Kamu seorang sahaja? Where's your son?" Kali ini giliran penulis menyoal, menukar topik perbualan (satu lagi skil berkomunikasi jika tidak ingin pembohongan kita terbongkar).

"Saya bujang! Masih belum kawin ma...!!"



Bersambung (Penulis baru teringat ada janji ngan kawan nak keluar minum)

Thursday, March 17, 2011

Tuan rumah


Baik orangnya. Cakapnya lembut, tingkahnya sopan. Layanannya terhadap penulis kelas pertama. Manakan tidak, setiap hari bertanyakan khabar.

Kalau tidak telefon, sekurangnya dia mengirim SMS. Sakit pening penulis dia ambil tahu. Pergi kerja balik kerja jam berapa, pun dia ambil tahu. Malah, semua permintaan penulis dipenuhinya.

Jangan salah faham. Dia tuan rumah penulis. Dan permintaan penulis mestilah berkaitan dengan rumah semata-mata.

Umpamanya seperti semak samun di halaman depan dan belakang. Penulis minta tebas. Dia tebaskan. Penulis minta dia betulkan pagar rumah yang rosak, dia betulkan. Itu sahaja.

Tidak pernah penulis minta lebih-lebih walaupun layanannya kadang-kadang terlebih.

Mr. Soh, lelaki separuh abad berambut jarang ini pemilik lima buah rumah teres, masing-masing tiga di Kuching, satu di Miri dan satu di Bintulu.

Bagi penulis yang tidak punya sebuah rumah pun, Mr Soh ini penulis kira lelaki tua yang berada. Tetapi tidaklah sampai penulis ingin ambil kesempatan di atas kebaikannya untuk menumpang harta.

Bagi penulis, Mr. Soh cuma tuan rumah. Penulis penyewanya. Hubungan kami adalah hubungan tuan rumah yang tua tetapi baik hati dengan penyewa yang muda serta comel. Itu sahaja.

Malangnya Mr. Soh pula lain agendanya.

Sesungguhnya langsung tidak terlintas di fikiran penulis sejauh itu Mr. Soh bertindak. Sumpah penulis tak sangka. Terkejut ada, tak percaya pun ada.

bersambung. lalalalala..

Monday, March 7, 2011

anak ikan

Mukanya merah padam.

Urat-urat hijau timbul jelas di dahinya yang berkerut-kerut.

Hidungnya pula kembang kempis.

Dadanya berombak.

Marah benar Wak Pena pada penduduk kampung kerana dikata membela anak ikan.

Ingin dia sumbat mulut tempayan Wak Dogol yang mencanang-canangkan hal tersebut sehingga tersebar ke pelusuk kampung.

"Melampau betul si Dogol, menuduh aku bukan-bukan! Anak ikan dengan anak orang pun tak boleh nak bezakan ke? Tua kutuk dungu!!" seranah Wak Pena, sambil membelai-belai anak orang yang kini sah menjadi teman istimewanya.

Tuesday, March 1, 2011

epal hijau


Pena selongkar sepelusuk rumah. Atas tilam. Bawah katil. Celah selimut. Celah bantal. Dalam almari. Dalam laci.

Masih tidak jumpa.

Rasa risau yang bertandang mula mencekik-cekik emosinya.

Terus Pena ke dapur, buka peti sejuk, capai buah epal hijau dan gigit sedikit-sedikit seperti seekor tikus.

Ditariknya nafas lama-lama. Dihembusnya panjang-panjang.

Epal hijau itu digigit lagi. Cuma kali ini tekniknya lebih bergaya. Persis seekor arnab.

Sambil makan, otak Pena ligat berfikir. Cuba mengingat di mana kali terakhir dia menyimpannya.

Imbasan demi imbasan dibuat terhadap memorinya.

Kepalanya mula pening.

Tetapi tidak juga dia ingat.

Sehinggalah Pena terpandang epal hijau di tangannya.

Warna hijau epal yang berkilat-kilat membuat dia tersedar.

"Tidak ada orang lain. Sah! Ini memang kerja budak yang suka makan epal hijau tu!! Mesti dia yang ambil masa aku jumpa dia dulu," getus Pena.

Cepat-cepat dia capai telefon bimbit dan dail nombor seorang rakan yang baru sahaja dia kenal. Kira-kira sebulan lalu.

"Hello!" Sergah Pena, garang.

"Ya, ada apa?" Balas si rakan, takut-takut.

"Awak cakap betul-betul. Ini angkara awak bukan?? Pencuri!" Sergah Pena lagi, sambil kunyah epal hijau yang hampir tinggal tangkai sahaja.

"Saya curi apa?" Soal si rakan, hairan tetapi masih takut-takut.

"Awak curi hati saya!" Tegas Pena.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails