Monday, March 16, 2009

Cintaku Tertinggal Di Bumi Siam..


Uhukk,,, huu..... hu... Penulis macam terbayang2 pulak. Dok terfikir2. Dok terkenang2. Tertanya-tanya. Why? Why? Why such beautiful story ended like this? Why must be like this instead of like that..

Okay2... Maafkan penulis, terkadang emosi yang mengawal tangan dan fikiran.. Nak2 pulak penulis memang orang seni yang lembut hatinya, halus pula santun lakunya (sangatttlah..).

Rak Haeng Sayam (Love of Siam)

I watched this Thai romantic-drama film couple hours ago and i really love this movie. Overall, this movie is not focused only on gay romances, but love in general. Cerita dia... hu hu hu hu... penulis sedih lagi..... huwaaaaaaa!!!! Just to let you guys know, filem ni menang banyak anugerah termasuklah best picture, best director, best actor, best actress, supporting actress, best cinematography dan best screenplay dikebanyakan anugerah filem nasional Thailand.

Huh... Citer pasal apa? Best sangat ke?

Mew ni comel budaknya, manja, lembik tetapi baik hati. Tinggal bersama neneknya, Mew mewarisi bakat muzik dari orang tua itu. Nun di sebelah rumah, Tong (hensem, energetik, keras kepala tetapi lembut hati) pula tinggal bersama ibu dan ayah serta kakaknya, Tang.

Selepas insiden dibuli dan Tong tampil membantunya, Mew mula berbaik2 dengan Tong. Plot cerita berkembang apabila Tang, kakak Tong hilang di Chiang Mai dan kedua ibubapanya decided to go to Chiang Mai to look for Tang , without Tong. Tong di tinggalkan bersama Mew dan neneknya. Dari situ mereka mula rapat, sharing joy, sharing secret and became bestfriends.

Ibubapa Tong kembali bersama khabar sedih yang Tang hilang tanpa dikesan. Hm, masa ni atmosfera cerita switch into gloomy, dark and damp. Beberapa bulan kemudian, Tang masih hilang tanpa jejak. Tong's family finally decided to move to town. Dan bagi Mew dan Tong, mereka perlu berpisah...

Siang beralah, malam bersilih. Hari berganti, minggu berkalih. Bulan berganjak, menginjak tahun. Tahun merangkak, meninggal jauh kenangan yang tersulam .. (Wah, sasterawan negara sungguh penulis).

6 tahun berlalu. Budak kecik dua orang ni dah remaja. Ganteng2 orangnya. Mew became musician and lead a boyband called August. Tong pulak, macam dulu, still aktif bersukan dan dah ada girlfriend, Donut (aiyoh, penulis kerut kening dengar nama ni).

Takdir akhirnya menemukan jua Mew dan Tong dan Mew mula merasakan he has falling deeply in love with Tong. Sementelah, di pihak Tong, beliau agak confuse (well, top and straight boy..Hm, katanya. Tapi kan, lepas beberapa kali jumpa, seconfuse mana pun Tong, the unavoidable love seduction finally leads them to enjoy their prolonged kiss kat laman rumah Tong sambil disaksikan Tong's mama. Ops, terkantoi y'all.

Itulah serba sedikit jalan cerita Love of Siam ni. Baca cerita penulis, memanglah tak best. Yang bestnya ialah teknik penceritaan dan babak2 yang dihasilkan dalam filem ni. Credit to Mr Chookiat Sakveerakul, pengarah dan penulis cerita ini.


Adegan Tong belikan Mew a present and decided to give it to Mew piece by piece dalam treasure hunt memang bijak. Satu persatu, Mew jumpa bahagian2 yang tercerai kecuali one final piece, yang diletak atas pokok. The tree was cut down before Mew was able to retrieve it dan ini membuatkan hadiah dari Tong tidak lengkap. Tapi Mew dah cukup appreciate dah. Wah, romantisnya...

Adegan masa nak pindah, Mew wat bodo je kat Tong.. Tong says his final words dan berangkat pergi. Masa ni Mew wat bodo lagi. Dalam kereta, bila Tong toleh belakang, dia nampak Mew berlari mengejar kereta sambil menangis.. isk isk... touchingnya..

Adegan kiss? Penulis tak nak bagi tahu apa2. Yang penting, penulis yang berdebar-debar..

Adegan last paling buat penulis tersentuh. Lepas tengok persembahan Mew, Tong bagi sesuatu kat Mew sambil berbisik sesuatu. Kata2 Tong itulah yang menentukan halatuju hubungan mereka. Alamak! Mata penulis dah berkaca.

Kesimpulannya, love knows no boundaries.

Tontonlah Love of Siam.

The Casts:
Witwisit Hiranyawongkul as Mew
Mario Maurer as Tong
Chermarn Boonyasak as Tang/June
Sinjai Plengpanich as Sunee, Tong's mother
Songsit Rungnopakunsri as Korn, Tong's father
Kanya Rattanapetch as Ying
Aticha Pongsilpipat as Donut

Behind The Scene:
Directed by Chookiat Sakveerakul
Produced by Prachya Pinkaew
Written by Chookiat Sakveerakul
Cinematography by Chitti Urnorakankij
Distributed by Sahamongkol Film International
Release date: November 22, 2007
Running time :150 min. 178 min. (uncut)
Country: Thailand

1 comment:

faizjb suka Tong said...

mmg best lah cite nih
antara kisah meng'gay' kan str8
ppl get confuse, until he relize
so.. itu lah kesudahannya..ehe

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails