Tuesday, May 5, 2009

The Gediks VS The Machos

Post penulis kali ini ialah respons kepada seorang sahabat bernama Boi. Bro, majority PLU menolak lelaki gediks. Mana penulis tahu?? Survey yang penulis buat, menunjukkan 80% daripada PLU memilih untuk tidak bersama lelaki gediks. 16% sudi mempertimbangkan based on gediks level, 4% lagi memang taste dan fetish kat lelaki gediks (er, sebenarnya penulis buat survey kat 50 orang je.. sorry pasal penulis malas.. hak hak hak!!).

Habis, macam mana tu? Is there any other way for The Gediks to flirt with the men they like? Especially The Machos? Hm,.. Ada je. Tetapi hasilnya bukan seperti mee segera. It takes time la babe. Plus, soal hati sukar nak dibaca. Boleh berubah-ubah, bergantung pada persepsi. Mula-mula ni, bila ditanya, memang ramai yang kata tak suka. Walhal, bila sampai masa, bila hati dah suka, jiwa sudah bersulam cinta, dah tak nampak gediksnya. Silap-silap, The Machos pula yang terlebih gediks!

So, apa caranya? All Rite, ada dua major steps yang anda kena ambil..!!

1) Control your gediks

You should behave yourself in front of him. Bak kata seorang sahabat penulis, these are all about first impressions. I am not asking you to be a pretender. Jadilah diri sendiri yang gediks itu, tetapi tidak segediks bila anda bersama kawan-kawan anda. The Machos tidak akan tertarik pada The Gediks yang terlampau gediks due to some reasons; he would probably think you are not serious about having a relationship, he would think you can be as gediks as always pada semua orang, dan faktor malu pada rakan-rakan. Tidak lupa, faktor rimas melihat darjah kegediksan anda yang tinggi..


2) Be a good friend

Friendship is always a good place to start. Di awal perkenalan, dia mungkin hanya kenal anda pada satu sisi sahaja. However, as your friendship progresses, dia akan mula nampak sisi lain diri anda. Selama ini dia hanya nampak anda gediks. Bila sudah lama berkawan, dia mula kenal hati budi anda. Dia akan nampak anda yang matang. Anda yang caring. Anda yang penyayang. Anda yang romantik (walaupun gedik u'oll!!). Sudah kenal hati budi, dia akan selesa bila bersama dengan anda. Perlahan-lahan, dia akan menerima anda yang gediks. Dan tidak mustahil gediks anda kemudiannya bertukar menjadi suatu yang indah di matanya..Then, declare lah (kalau berannn!).

Well, itu hanyalah pendapat penulis. Penulis juga secara peribadi menolak lelaki gediks. Tetapi penulis tidak menolak andai jodoh penulis dengan makhluk gediks. Lagipun, to me gediks is subjective..dan comel (kalau hati dah suka.. Kan? Kan? Kan?).

2 comments:

DarcyDiaries said...

ye ke?
Ermm...sapa yang comel (even kalau dia gedik teramat) memang laku..

Sapa yang low profile & baik (tapi x comel)...jgn harap laa.(macam cheq kut?)

Penapenis said...

he he,.. no comment! I wrote based on survey.. but, tau2lah kita manusia.. ramai yang cakap tak serupa bikin.. that's y at the end i put a statement-gediks is subjective.. dan comel (kalau hati dah suka..)
So Encik Darcy belum dipunyai sesiapa ke?

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails