Tuesday, May 12, 2009

Seluar kecik


Penulis terjaga dari tidur. Sayup2 di luar, azan Maghrib berkumandang. Lalok dan mamai, penulis keluar dari bilik, melilau mencari tuala yang disidai di beranda. Syam, housemate yang baru seminggu penulis kenal, keluar dari tandas.

"Opocot mak kau!!" Tak semena-mena dia melatah, tertunduk-tunduk dan lari masuk ke biliknya. Dah macam lipas kudung penulis tengok. Apa masalah dia? Air ketuban pecah? Ke disampuk jin?

Lewat malam, satu warning berbaur aura membunuh penulis terima dari Embi;

-Mahgrib tadi Syam nampak awak separuh bogel kat beranda. Awak ingat apa? Tiger Show? Jangan buat lagi! -

WTF? What is so wrong about being naked, i mean, half naked in my own place? In front of my housemate? Some more, a male housemate (or maybe half male-budak tu macam adik2 sikit)!

Oh ya, kindly be informed, at that time penulis hanya memakai seluar dalam a.k.a seluar kecik sahaja. And to me, it is not a big issue lah. Sejak dari zaman duduk di asrama sekolah, melangkah ke era matrikulasi, merangkak pula ke dunia kampus, penulis memang sudah terbiasa hidup dengan berseluar kecik. Selalu juga penulis dan rakan-rakan duduk melepak dan berlenggang sambil bermain terup, atau bermain karom, atau bermain gitar, dengan hanya berseluar kecik.

And no one bothered pun. Sekarang penulis dicerca, dicaci, dikeji dan disound baek punye..

Takpe lah. Lupakan. Itu cerita lama, cerita ketika mula2 penulis pindah masuk dan tinggal bersama Embi. Masa tu, kerap juga Embi tegur penulis supaya 'lebih bersopan' dalam rumah. "Okay, fine. I will" Janji penulis. Janji kosong je! Kerana penulis tetap melenggang kangkung dengan seluar kecik tak kira di bilik, di ruang tamu, di dapur hatta di beranda sekalipun.. Hak hak hak.. Panaslah!! Nak nak pula bila pulang dari kerja.

Sejak kami bersama, penulis perasan Embi tak pernah berani buka baju bila di luar bilik. Jaga aurat ke? Ye la tu. Habis, berseluar pendek reti pula. Syam? Ini lagi melampau. Setiap kali keluar dari tandas, bertuala besar, bukan satu malah 3! Satu membalut bawah, satu menutup atas, satu lagi buat menyimpul rambut. Ada juga penulis curi2 tengok. Kut - kut ada tetek ke. Mengalahkan perempuan!!

Sampai hari cerita ini ditulis, rasa-rasanya, Embi dah jemu menegur penulis jangan berseluar kecik , Syam dah lali menonton penulis berseluar kecik, penulis pula dah jadikan amalan harian dengan berseluar kecik. Dan kami hidup bahagia aman sentosa... hak hak hak..

1 comment:

DarcyDiaries said...

Hi ya..

Seluar kecik eh? Grrrrrr!!

P/S: tak kisah seluar kecik ke, besar ke...pasal duk sorang.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails