Tuesday, June 16, 2009

Curang (Episod 1)


Sejak azali, penulis kerap benar keliru. Terutama dengan hati sendiri. Kadang-kadang keliru tu bertambah-tambah. Boleh bercambah-cambah. Rasa keliru yang membelenggu boleh penulis ibaratkan seperti barah. Hurm, bahaya tu.

Bukan apa, rasa keliru itu kesannya kadang-kadang boleh merosakkan hubungan yang terbina. Atau merencatkan perancangan yang sedia ada. Atau membuat penulis rasa tertekan (dan jiwa kacau). Pendek kata, hidup penulis boleh jadi porak peronda dek keliru. Dan sekarang hati penulis keliru lagi...

Gara-gara seorang teman tiba-tiba sahaja meluahkan perasaan. Suka. Cinta. Kasih. Sayang pada penulis. Masalahnya, i do feel the same thing towards him. Kalau orang lain, they might simply tolak jauh2 that feelings. Ye la., string is already attached. I am occupied. Status penulis ni dah boleh dianggap sudah berkahwin pun (and that boy also awared and noted about my 'marital' status).

Malangnya penulis ialah penulis. Penulis ialah seorang yang keliru. Dan suka mengikut hati yang keliru. Bila dah keliru, penulis dah tak ingat dunia. Penulis akhirnya langgar juga garis sempadan. Tali yang mengikat diri selama ini, penulis sambung dengan tali lain supaya lebih panjang. So, bolehlah penulis melangkah lebih jauh..

MMMM (bukan nama sebenar), biasa-biasa sahaja. Tidak cerah, tetapi tidaklah terlalu gelap. Tidak tinggi, tapi tidaklah ketot mahupun katik (rendah sedikit), badannya sedap-sedap, agak sasa dan tegap. Paling penulis suka, bibirnya yang tampak manis. Merah muda. Cukup menggoda persis anak dara.. Hak hak hak.. (Terima kasih kerana tidak merokok Encik MMMM).

Macam mana boleh terserempak? He added me in Facebook. Then we begun to post some funny stuffs on wall. Then, he started to send private messages. Rupa2nya selama ini kami selalu bermain volleyball bersama2 di Tasik TTTT. Penulis tak perasan sangat dia pun (kerana niat penulis ke Tasik TTTT untuk bermain semata-mata, bukan mencuci mata, lagipun penulis seorang yang pemalu, tawadhuk dan selalu menunduk memandang lantai serta fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan, ahaks!).

Penulis tak tahu kenapa, penulis seakan tertarik kepada personalitinya yang lepak, macho, gentelman, romantik dan pandai pula hm, hm, hm,..(you don't want to know what kind of activity it is, trust me!). Paling penting, penulis respect keberanian dia dalam usaha mendekati penulis (well, you guys should know that i am really sux in making first move and approaching people!).

"Habis, Embi ko nak campak mana? Lagipun kalau tak silap kisah ko dengan Chantek still on kan?" Soal seorang teman rapat di kala penulis sedang ralit bercerita tentang MMMM.

Terus sahaja penulis terdiam membatu. Kelu. Buntu. Kusut berserabut. Penulis terbayang wajah Embi. Bersilih pula wajah Chantek. Termenung panjang penulis dibuatnya. Salahkah penulis mengejar kebahagiaan sendiri? Tamakkah penulis mengaut semua rasa cinta yang diberi?

"Salah ko buat macam ni. Ko mainkan hati orang. Ko azabkan hidup orang. Patah hati Embi if he find it out! " Leter sang sahabat lagi.

Telefon bimbit tiba-tiba berdering mengejutkan penulis dari lamunan. Nama MMMM tertera di skrin. Panjang deringannya.. Penulis biarkan tidak berjawab. Sejurus selepas, masuk pula SMS dari Chantek;

~Awak, esk mlm jom tgk wayang ng sy? Rindu!~

10 comments:

joey said...

let scandal be scandal...

like my housemate la..opss

joey said...

oppss...lupa..what's your fb?

Anonymous said...

seriously addicted to your story.. hehe.. jgn lupa update cpt2 :)

Pemenung Langit dan Bumi said...

hermmm complicated ek... hehe... no suggestion 4 the time being, but anything u think d best, then go for it okey...

DarcyDiaries said...

Hey Pena,

Sorry cheq takde facebook. U know me laa kan?

Anonymous said...

bf ko mana nak campak beb?? tong sampah..? fikir lah sikit beb hati dah perasaan org lain..

EIPUL said...

haah, aku setuju dengan anonymous. Kau punya cerita memang sangat2 best. Olahan ayat kau memang buat aku stick mahu baca from the start sampai habis.

Percaya atau tak, aku cuba nak baca semua post kau tapi mata sudah pedih lah. Nak sambung baca esok-esok lah. Keep it up bro penulis. LOL

Pena Anak Penis said...

Eipul: Thanks bro.. but try not to read my blog at workplace. There are some entries with 18sx pixs..so just be careful.. hehehe..

izzu said...

well, nice entry...mmg bila dah attached akan byk yg dtg menggoda

Lelaki Homo said...

PP mesti hot kan. Hihihi.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails