Friday, June 5, 2009

Beku

Kroih kroihhhhhhh kroih kroihhhhh..

Embi sedang enak berdengkur di sebelah. Rasanya seawal jam sebelas lagi dia sudah terlelap. Terlena kekenyangan setelah membalun 5 biji donut pelbagai perisa dari Big Apple.

Penulis pula sebaliknya. Cukup sukar untuk melelapkan mata. Resah dan gelisah. Sekejap-sekejap mengiring ke kiri. Sekejap-sekejap mengiring ke kanan. Sekejap menelentang. Sekejap meniarap. Senang cerita memang tak boleh tidurlah! Penulis dahaga. Betul - betul dahaga (sebetulnya penulis patut tulis kegersangan).

Penulis sempat menjeling ke arah Embi. Susuk badannya yang tidak berbaju kelihatan menarik (dan mengghairahkan) apabila disimbah cahaya malap yang sedikit kekuningan dari lampu meja. Langsung tangan penulis spontan mencium bibir dan membelai rambut Embi.

"Hisssssh, apa ni! Panas lah!"
Embi tiba2 menggeliat kecil sambil beralih posisi mengiring membelakangi penulis.

Hai..Marah?

Penulis mengubah taktik. Kali ini menyerang bahagian bawah. Kawasan larangan menjadi sasaran.. Lemah gemalai penuh waspada, apa yang tercancang ku usap mesra, apa yang kembang ku kucup manja, punai di raja kini penulis yang punya!!

mmmmm...mmmmm.mmmmm...hmmm.

"Awak!! Rimaslah! Jangan kacau boleh tak!!?"
Embi menepis kasar tangan penulis. Sekali lagi, dia mengubah posisi. Kali ini meniarap pula. Cis!

Sedang penulis merangka2 strategi seterusnya untuk menembusi barisan pertahanannya, tiba - tiba datang suatu perasaan. Perasaan sedih. Terkilan. Tertekan. Tercabar. Terhina. Ter reject. Dan tersentap..

Ghairah yang tadinya bak api yang menyala - nyala dalam diri penulis terus malap. Terpadam, dan terus lenyap.

Adakah kerana dia terlalu mengantuk? Atau terlalu penat? Tetapi perkara ini bukan sekali dua. Malah berulang kali. Sejak setahun yang lepas. Kami pernah tidak bertegur sapa sehingga seminggu (walaupun duduknya sebumbung tidurnya sekatil) gara-gara dia tidak mahukan penulis.. Bersambung

4 comments:

avegalion said...

kes yg sama selalu jadi kat aku gak.. tapi aku ditmpat Embi laa.. selalu penat (keje depan computer n banyak pikir lagik penat beb..)n nakkan tido yg cukup tanpa ganguan.

so nasihat aku, kalau kegersangan melanda.. better ko seduce embi waktu primetime... mane minda tgh cergas... hee

sYukCurZ said...

i've been in dat situation. be patient. trust them. give them some space. as you mention in previos post. Sabar. Berbincang. Tolak ansur. Respect. Cinta... i'm envy urs.

we might be get hurt but we've 2 run thru all dis, scarify dat feeling juz to maintain this forbiden relationship.. as long as ur "LOVE" was there.

DarcyDiaries said...

lama tak nampak..

well, at least u have someone sleeping besides u, better than nothing kan? ;-)

joey said...

hard to reduce that addiction eh?

ermm...maybe in your case it is not an addiction... haha

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails