Thursday, August 27, 2009

Hensem

Penulis gagal dalam casting untuk sebuah iklan komersial. Penulis tidak terpilih. Sedih ada. Geram pun ada. Ini kali kedua penulis mencuba dan kali kedua jugalah penulis gagal.

'Kalau tak nak pilih tak payahlah panggil!!'Gumam penulis sendiri. Penulis tak minta pun dipanggil. Cuma penulis secara kebetulan berkenalan dengan seorang mamat yang rupa-rupanya seorang pemilik talent agency di Friendster. Sejak itu, rajinlah pula dia menghantar jemputan.

Sambil-sambil duduk termenung di hadapan cermin, penulis tenung diri sendiri lama-lama. Muka penulis muka Melayu asli (maaf, jangan salah faham, bukan orang asli ya). Berkulit sawo matang. Mata hitam pekat. Sederhana bulat. Pipi sedikit cengkung. Hidung pula agak mancung, tetapi sedikit kembang di hujung. Bibir penulis nipis. Gigi pula elok tersusun sebaris, tidak berlapis-lapis. Rambut? Asalnya rambut penulis lurus, tetapi jika dibiar panjang, ia menjadi sedikit ikal beralun.

Tinggi penulis sekitar 170 cm atau 5 kaki 7".Berat dalam 65 kg. Sebetulnya, penulis tidaklah kurus. Tidak juga gemuk. Berat dan ketinggian boleh dikatakan ideal. Seimbang. Penulis dulu agak aktif bersukan. Jadi tuhan kurniakan badan yang bersifat athletic.

Bosan melihat diri sendiri, penulis selak-selak majalah Maskulin yang baru dibeli. Tiba di mukasurat tentang gaya dan fesyen, penulis berhenti menyelak. Wajah model yang menggayakan sehelai baju Melayu penulis tenung penuh minat, dan tengok rapat-rapat. Kacak. Segak. Hensem. Tampan. Dan segala yang eloklah!!

Cepat-cepat penulis pergi semula ke hadapan cermin. Melihat diri penulis pula. Kenapa aku tak seelok mamat ni?

Penulis senyum. Dan sengih. Kemudian masamkan muka. Kerut kening dan muncungkan bibir. Kembangkan hidung. Membuat jelingan menggoda. Jelingan ganas. Bermata layu dan kuyu. Bibir terjuih. Jelir lidah. Ketawa manja. Posing ayu.. Bla.. bla.. bla.. Penat beraksi, penulis tanya lagi sekali diri sendiri, kenapa aku tak seelok mamat ni?!! Hiii! Benci!!

Apakata penulis suntik vitamin C? Penulis nak putihkan kulit ni dulu. Kemudian penulis suntik botox pula. Tegangkan kulit di bawah mata yang mengendur. Kemudian 'repair' hidung agar mancung terletak, dengan diameter lubangnya yang lebih kecil. Bibir atas pula ditebalkan sedikit. Hasilnya, wah!!! Pasti semua yang memandang tertawan dengan rupa baru penulis yang serba tampan!

"Jangan nak mengarut dan fikir bukan-bukan!!" Sergah Embi di belakang. Cepat-cepat dia tarik penulis duduk di hadapan komputer.

"Awak tengok orang ni"



Connie Culp namanya. 5 tahun lalu, tembakan pistol suaminya kena tepat ke muka, meninggalkan rongga kosong menjadikan Culp tidak berwajah. Rupanya rongak di tengah dengan mata kanan yang lebih kecil, tanpa hidung dan mulut yang herot berot. Wajahnya memang cukup menggerunkan. 7 bulan yang lalu, dia menerima wajah baru yang ditransplan dari seorang wanita yang sudah meninggal dunia. Dan ini rupanya yang terkini;



Penulis melihat dengan penuh rasa keinsafan. Penulis terus download gambar Connie Culp. Niat penulis, setiap kali penulis lalai, penulis tengok gambar tersebut.

Penulis kembali duduk di hadapan cermin. Tenung wajah sendiri. Kali ini renungan penulis jauh menembusi imej penulis dalam cermin tersebut. Jauh ke dalam hati. Penulis sedar penulis tidak bersyukur. Sedangkan penulis punya anggota badan yang cukup sifatnya. Sempurna fungsinya. Penulis punya rambut yang subur. Punya mata yang celik. Hidung. Mulut. Lidah. Telinga. Tangan. Kaki. Pendek kata, tiada yang terkurang. Tiada yang terlebih.

Penulis juga sedar, cantik di luar tidak semestinya cantik di dalam..

Sahabat, tiada yang kurang dari ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Tinggal lagi manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan segala kurniaannya. Jangan sampai Dia tarik balik segala yang dianugerahkan baru nak mula menyesal.

Kena reject? Tak terpilih masa casting? Ade beratus jejaka ganteng yang lebih elok dari penulis kat luar tu? Hidung penulis kembang? Kulit penulis hitam kusam? Mamat dalam Maskulin tu kacak tahap cipan? Ade aku kesah!!? Cak cak cak!! Yang penting, penulis belajar sesuatu hari ini. Terima diri sendiri dan syukuri nikmat-Nya. . (Gitooh!!)

P/S: Untuk memilih satu-satu talent, tidak semestinya mereka memilih yang bermuka elok persis Orlando Bloom. Mereka melihat kesesuaian individu tersebut dengan kriteria yang diperlukan dalam iklan mereka. Seorang mamat yang berwajah biasa-biasa, dan berbadan sedikit gempal berjaya dapat job tersebut. Penulis bagaikan kena ketuk di kepala. Tersedar dari lena. I think I have discovered I am a shallow person, especially for this***sigh

5 comments:

nazzman ibrahim said...

bersyukurlah apa yang ada....
kita sebagai manusia mmg tak pernah akan rasa sempurna asalkan kita cukup sifat pun dan besar rahmatnya...cuba kita fikir yang tak ada tangan,kaki dll.

p/s:dengar lagu2 ni teruih rasa dok kat taman2 bunga ahaks

DarcyDiaries said...

Like this particular writing...but ntahlah, in today's world, the "exterior" elements are much more important...:-( sad huh?

naboonies said...

Ko pegi casting utk iklan? Keless...

Semenjak dua menjak ni lesu la nk update blog. haha. btw baru abis interview tadi, so rase mcm bersemangat sket nk update. Nantikannn!

Lasykar Langit dan Bumi said...

persoalan kenapa yg sering main kat minda aku...
"kenapa aku tak sehensem di"
"kenapa tak menawan cam dia"
............
tp last2 bersyukur jugak sebab masih diberi udara untuk bnafas kat bumi ni...
Alhamdulillah.......

Harris Harley Harley said...

Terasa insaf sangat bila baca posting penulis ni.. hrmmmmm... bertafakur sambil mengucap alhamdulillah.. saya bersyukur seadanya..

terima kasih penulis dengan tulisan penulis ni telah mengisafkan dan menyedarkan saya..

:)

gud job.....

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails