Monday, August 17, 2009

Swimming


Ketika zaman remaja, penulis tak reti berenang sangat. Setakat berendam dalam air paras dada kat tali air sawah padi tu bolehlah. Well, budak kampung. Tali air, sungai dan paritlah yang jadi kolam renang rasmi kami. Di situlah kami menimba ilmu, sambil mengasah bakat dalam sukan renang.
Terminum air keruh berselut? Terpegang ular yang disangka belut? Digigit lintah? Terpijak bilah-bilah buluh sampai berdarah-darah? Ala, dah biasalah.!!

Penulis bercerita tentang renang ni kerana penulis teringat satu peristiwa yang menyebabkan penulis fobia seketika dengan kolam renang (yang real punya ya, bukan tali air, bukan parit mahupun tempat kerbau berkubang).

Pengalaman kali pertama penulis ke kolam renang sebenarnya agak me'ngeri'kan. Ketika itu penulis muda belia lagi. Dalam tingkatan 2 kalau tak silap. Penulis pergi ke kolam renang dengan rakan-rakan sepasukan bola tampar sekolah. Dalam 7 orang. Sebenarnya masa tu kami ada game antara sekolah-sekolah dalam daerah Seremban (jangan pelik, penulis memang membesar di Kelantan, NS dan Selangor). Lokasi perlawanan pula di Kompleks Sukan Negeri. Dalam kebosanan menunggu giliran pasukan kami bermain, Karim, my teammate ternampaklah kolam renang dan mengajak kami ramai-ramai pergi berendam.

Peraturan utama kolam renang, kami perlu berseluar renang. .

Hm,.. ini yang penulis tak gemar ni. Rakan-rakan yang lain seperti tidak bermasalah dengan peraturan tersebut. Lagipun kami semua memang memakai tight pendek bersama-sama dengan short. Jadi tanpa segan silu, terus sahaja mereka menanggalkan jersi dan short, dan hanya bertight sahaja.

Penulis? Gulpp......

Penulis memang bermasalah dengan peraturan tersebut. Masalah penulis bermula sejak di changing room lagi. Kronologi masalah penulis boleh dikatakan seperti berikut;

1) Muka penulis mula merah padam melihat rakan-rakan yang sudah separuh bogel (atau bagi penulis boleh dianggap berbogel kerana tight yang dipakai adalah ketat melekat dan menonjolkan bentuk badan di segenap penjuru termasuklah bahagian yang memang ber'bonjol'.

2) Pada masa yang sama, nafsumeter penulis mulalah meningkat secara mendadak bacaannya. Jantung pula berdegup kencang melihat rakan-rakan dan aset mereka yang jelas membuak-buak bonjolannya baik di depan, mahupun di belakang. Terutamanya milik Black (spiker utama kami). Umang aih! Besar! Dah la muka jambu. Kulit hitam manis Melayu asli. Peha kekar berotot. Punggung tonggek. Tastenye!!! Masa tu penulis masih naive, jadi penulis sendiri pun tak berapa nak faham sangat kenapa penulis bernafsu tengok mereka.. Ish! Hairan betul!

3) Deruan adrenaline yang dirembes bersama nafsuline (hormon ciptaan sendiri) menyebabkan 'adik' penulis terjaga dari tidur dan mula bangkit perlahan-lahan cuba melepaskan diri dari fabrik lycra yang membalutnya (agaknya dia ingin melihat dunia?).

4) Resah penulis bertambah-tambah kerana penulis tidak memakai underwear sebagai back up dan terpaksa bergantung pada fabrik lycra sepenuhnya untuk menutup 'adik' penulis yang sudah mula mengeras dari dilihat dunia. Jadi,..

5) "Weh, ko stim ke?" Tegur sang sahabat tiba-tiba..

6) Mereka bantai gelak beramai-ramai. Dan mula menjadikan penulis bahan kutukan. Mereka gelar penulis macam-macam. Gila seks. Nafsu buas. Kote Kuda. Telor sebakul. Paling memalukan, mereka gelar penulis Gay!

7) What more can i say? Malunya!! I hate swimming poooooooooooooll!!! And the stupid rules!! Penulis cepat-cepat terjun ke dalam kolam dan berharap kesejukan air kolam mampu membuat 'adik' penulis tidur semula.

Cerita ini tidak berakhir di situ sahaja. Kami sempat bermandi-manda dalam setengah jam sebelum Jendul (nama gelaran semata-mata, seorang lagi teammate) tercungap-cungap berdiri di tepi kolam memanggil kami.

Dan yang berikut ini pula ialah kronologinya;

1) "Woii! Naik woii! Game dah nak start! 'Beruang Kutub' dah mengamuk sana-sini cari korang!!" Laung si Jendul.

Oh ya, FYI, Beruang Kutub ialah nama timang-timangan jurulatih kami, Cikgu Hashim.

2) Penulis tak pasti Jendul sedar atau tidak, yang penulis pasti, kami dapat melihat dengan jelas kelibat Cikgu Hashim di belakang Jendul. Sambil bercekak pinggang. Damn!! Bayangan malaikatul maut tiba-tiba melintas..

3) "Aku kira sampai 5, korang dah naik,.. siap berbaris depan aku!!" Pekik Cikgu Hashim.

4) Penulis telan air liur. Karim telan air liur. Black telan air liur. Jendul pula pucat lesi (walaupun dia tidak terlibat sama). Pendek kata semua pun kecut perut. Kami cepat-cepat naik dan berbaris memanjang.

5) Hadiah daripada Cikgu Hashim, seorang dapat satu pelempang. Mula-mula, penulis kira nasib penulis agak baik. Penulis orang terakhir yang akan menerimanya. Jadi penulis rasa tangan cikgu dah lenguh. Bila sampai giliran penulis, lempangannya mestilah tidaklah sekuat yang mula-mula. Well, logiklah kan?

6) Pinggg!!!!!! Berdesing telinga penulis tatkala tangan kasar berbulu milik Cikgu Hashim (kami gelar dia beruang kutub kerana kelebatan bulunya) hinggap tepat ke pipi kiri penulis (masa tu penulis sempat terfikir, apakah rasanya menjadi mangsa lempangan yang pertama?).

7) Mata penulis berpinar. Pipi pula terasa pijar. Air yang termasuk dalam telinga ketika berendam sebentar tadi mengalir keluar perlahan-lahan. Suam-suam kuku rasanya. Di saat itu, ketika itu dan detik itu, nafsuline penulis terus hilang meruap di sebalik kehangatan kuasa lempangan Cikgu Hashim.

Hebatkan Cikgu Hashim punya spike?

Bila dikenang-kenang kembali, penulis tersenyum sendiri. Penulis tak pasti pula rakan-rakan yang lain ingat atau tidak kejadian tersebut. Yang penulis tahu, dan akan penulis kenang sampai bila-bila, penulis dapat dua musibah serentak pada hari yang sama;

~dijadikan bahan gelak dan diejek dengan pelbagai nama termasuk gay kerana terkantoi 'menegang' melihat rakan lelaki separuh bogel, dan dilempang jurulatih bola tampar yang memang mahir dalam bab "tampar menampar dan lempang melempang~

Alahai...

P/S: Team volleyball kami kalah teruk hari tu, mungkin terkena penangan spike berkuasa kuda Cikgu Hashim. Selepas kejadian itu, sebulan dua jugaklah penulis terbayangkan Black dan 'aset'nya yang 'mewah' (penulis sempat buat modal melabur 'money', hehehe). Tahun seterusnya, penulis keluar dari team. Tak main volleyball lagi sampai habis SPM. Alah, penulis bukan hebat mana pun. Lagipun penulis perasan penulis selalu jadi lost dan menggelabah bila bermain, terutama bila melihat Black. Renang? Penulis memang tak ada masalah. Masalah penulis cuma tak tahan melihat lelaki berseluar renang...

5 comments:

nazzman ibrahim said...

hahaha ketawa aku baca N3 ni tapi tetap ada pengajarannya....so pakai la underwear selalu supaya org tak nampak bila adik bangun dari tidoq

avegalion said...

hehee... zaman mude remaje... harus ler "adk" pun cepat terbagun!.. hehee..

apapun segala pengalaman pahit manis masa study dolu2.. kalau di kenang balik... mmg leh tersenyum...

DarcyDiaries said...

Ermm..no comment :-)

||| PöJìé PööH ||| said...

best kan ada pengalaman yg manis masa kecik² dulu!

Pena Anak Penis said...

Betol tu,.. zaman remaja adalah zaman experimental..macam2 kita nak cuba. Masa ni, perasaan ingin tahu berada di puncaknya.. Silap langkah, boleh kecundang.. Well, curiosity kills the cat!

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails