Wednesday, August 19, 2009

Feedbacks

One of my blog readers, Mr X gave me a feedback. He thought my writings was fictional. Yang penulis faham, he claimed i made up the stories.

Why?

"Kadangkala ada cerita yang saya rasa tidak realistic. The story itself too 'happening' to be true"

Penulis juga menerima email kiriman dari seorang lagi pembaca, Mr Y.

~En Pena Penis, apa kata you karang cerpen atau novel. Cerita you bestlah. Santai, ringan dan I enjoy betul membaca. Boleh bg tips2 menulis kat I tak? Lagi satu, macam mana you boleh dapat bahan2 untuk ditulis? Kadang kadang I blur dan tak tahu apa yang hendak ditulis~

Penulis cuma tersenyum. First thing first, my stories are real. Kalau diubah pun, cuma dialog, watak, lokasi dan perincian yang boleh membuka aib orang atau berkemungkinan boleh mendedahkan identiti penulis sendiri. Tapi normallah kan? Lagipun Pena Penis bukanlah blog berita yang memerlukan penulis melaporkan secara tepat dan teliti.

Menurut perkiraan penulis, untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain, kita kena jadi 'extra alert' dengan persekitaran. Dan berfikir secara kreatif dan kritis.

Setiap hari, as the time goes by, pelbagai perkara berlaku kepada kita tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidupnya tidak menarik dan membosankan.

Bagi penulis pula, setiap detik, setiap saat dan minit, akan berlaku peristiwa yang menarik untuk dikongsi. Setiap interaksi kita dengan alam sekeliling ada cerita yang tersirat. Malah kadang kala, peristiwa yang baru sahaja berlaku mampu menjadi pencetus kepada kenangan silam, yang juga menarik untuk dikongsi (seperti cerita Perihal Kolam Renang, Kisah Mat Duwey etc.)

Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana hendak mentafsir, mengolah dan merekaletak strukturnya agar menjadi sesuatu yang menarik dan seronok untuk dibaca.

Oh ya, lagi satu rakan-rakan,.. especially Mr X dan Y, penulis akui cuci mata tu memang seronok! Tapi janganlah sekadar memerhati. Apa kata anda jadi pemerhati yang berfikir..

P/S: Tentang novel or cerpen tu, penulis tak terfikir pulak nak menulisnya. Menulis perkara-perkara begini, imaginasi kena tinggi. Lagipun penulis baru lagi dalam bidang penulisan. Kena timba ilmu dulu. Thanks for the feedback Mr X dan Y!

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails