Wednesday, December 16, 2009

Reminder

Pena berdiri di hadapan cermin. Merenung wajahnya sendiri yang gojes. Dia tersenyum bahagia. Kurang sebulan lagi. Maaf, salah kira. Sebulan 2 minggu lagi, usianya akan berganjak lagi setakuk. Pena terasa girang. Fikirnya, hadiahnya nanti mesti berbalut reben biru laut. Tahun lepas warna ungu.

Senyum Pena lebar. Kian melebar beberapa detik kemudian, bila berangan momen indah bersama Embi. Mereka habiskan masa di dalam bilik yang sempit. Embi kucup bibirnya. Bisikkan kata cinta dan selamat hari lahir. Mereka berpelukan. Berteman cahaya lilin yang samar kekuningan dan sepotong kek chocolate indulgence sebagai santapan. Tidaklah mewah. Malah kelihatan sedikit daif, tapi itupun sudah cukup untuk buat dia bahagia. Fikirnya, apakah itu kejutan Embi kali ini?

Senyum Pena bertukar menjadi sengih. Gigi dan gusi ditayang sekali. Terasa betul-betul happy. Seronoknya andai yang diimpi menjadi realiti.

Sengih Pena terencat. Dia ternampak sesuatu. Mukanya didekatkan sedikit. Sedepa. Tak nampak sangat. Sehasta. Kurang nampak. Seminit. Maaf silap guna perkataan. Sejengkal. Baru nampak. Jelas betul kelihatan kedut di bawah matanya.

"Tuakah aku?"

Umur? Sudah lumrah angkanya akan meningkat. Sentiasa bertambah. Tidak mungkin berkurang. Lainlah Benjamin Button.

Pena lihat belakang. Fikirannya berputar ke masa silam. Dibanding-bandingkannya dengan masa sekarang. Apa pencapaian yang boleh dia banggakan? Pelajaran? Biasa-biasa. Kerja? Menjaga kaunter. Aset? Sekangkang kera, pun tak ada. Hutang? PTPTN. Kereta. Motosikal. Kini sudah pandai meminjam-minjam pula (Kad kredit katanya).

Amal ibadah?

"Pena jangan lupa semayang nak. Semayang tiang agama. Nakal macam mana pun kita, kalau buat amal ibadah, sekurang-kurangnya suatu hari nanti Allah buka pintu hati kita" Kata-kata mak terngiang-ngiang di telinga, bermain di minda. Lembut bahasanya. Dalam maksudnya.

Pena telan air liur. Entah. Pena pun tak tahu apa yang dia fikir. Rasa lain macam. Rasa bersalah. Rasa menggelabah.

7 comments:

nazzman ibrahim said...

tersentuh dengan kata2 bonda pp itu...harta dunia kurang harta untuk disana lagilah kurang hmmmm kekadang tu terasa takut sangat dengan balasan dariNya

Fauzzan Helmy Anuar said...

Hurm, berangan eh? Meh Mie sambung berangan Pena.

Sambil makan kuaci, I'm sitting in your arms bercerita tentang gosip yang Pena tak berapa nak faham. Mie pun dok bercerita cerita cerita... Lor, Pena dah tido. Nak ending romantik, I lay u down, Mie ambik tangan, salam then Mie tido. Nak ending yang tak romantik, Pena kene cubit, kena marah, ha, tidurlah awak kat luar!!!

Hahahahahaha. Sangat berangankan!!! Hahahahahaha. Tak apelah, at least Mie tahu ade juga orang nak dengar luahan Mie. Thanx Pena. Urm, bile eh ur birthday. Awal February, bukan Awal Ashaari ke end of Jan?

Sofi said...

i take this post as a tazkirah for me... thanks pp for the reminder hek hek hek

AzAz said...

usia hanyalah angka semata2 xde makna bg psgan yg"bahagia"... kedut bawah mata... try Olay Tottal Effect... masalah tu akan berkurangan... zaman skrg ni jantan perkasa pun ada mircale water (SK2) dlm almari cerminnya...

pesanan mak tu jgn diabaikan... tul tu, sejahat mana pun tiang agama tu jgn lupa...

DarcyDiaries said...

eh...ur bday ke? awat tak ckap?

Lasykar Langit dan Bumi said...

Lasykar pun nak ucap salam maal hijrah... hehe moga ada hijrah baik untuk tahun ni... Bukan untuk penulis saja, lasykar juga... InsyaAllah.. ingat pesan bonda ya penulis...

joey said...

at least you have a car :)

oh..your birthday?

happy birthday :)


p/s although we're the same age..i think you look more mature than me ..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails