Wednesday, February 17, 2010

Mr Roy

Usai bersiram, penulis melangkah keluar dari kamar mandi tanpa seurat benang. Air mandian masih melekat, berjejeh-jejeh di seluruh badan. Penulis peduli apa!

"Bibik! Towel please!"

Embi yang sedang enak menonton TV terkulat-kulat bangkit, malas tetapi tetap akur menghulur tuala kepada penulis. Mukanya masam.

"Awak ni! Lain kali towel amik siap-siap! Pastu lap kering-kering dulu baru keluar. Habis basah bilik ni" Rungut Embi. Tidak puas hati.

"Ah, apa susah. Bibik kan ada. Jap lagi tolong mop lantai ya Bik!"

"Hee, teruk betol! Selekeh! Duduk dengan orang utan lagi baik. Saya bla bla.. " rungutan Embi bergendang lagi.

Penulis diam. Menjawab tidak. Mendengar pun tidak. Penulis sibuk mengelap diri dengan tuala. Dari rambut ke muka, dari muka ke dada, dari dada turun ke paha. Dan betis. Dan kembali ke dada, sebelum berakhir di tempat mula; kepala. Dengan cara melilit tuala supaya elok melekat menutup rambut.

"Wanna be on top??" tempik penulis tiba-tiba, cuba memondan sambil pose ala-ala Tyra Banks. Peha dirapat, punggung diangkat.

"If you liked it then you should have put a ring on it! Woo ooo woo ooo!! Woo ooo woo ooo!!"
Kali ini penulis menonggeng pula. Tangan kanan dihulur ke depan, tangan kiri menepuk-nepuk punggung sendiri. Tergedik-gedik, terkinja-kinja membuat step tarian single ladies, berangan penulislah Beyonce Knowles.

Embi menjeling. Agaknya sudah tidak larat melayan karenah penulis yang pelbagai.

"Dah la cuk! Sakit mata saya tengok perut awak bergegar-gegar! Saya rasa perut awak tu dah semakin boroi. Membuak-buak. Hodoh benar!!"

Tarian penulis terencat.

Tangan penulis mengusap-usap perut yang membulat.

Mana pergi 6 pax aku!!?

7 comments:

Sofi said...

apa benarkah bagai yang dikata MB ittew???

payedd said...

haha
6pack ilang kene curik r..
pose kunci pitu bilik**

haha

Penapenis said...

benar, penulis sudah buncit, bunting anak sulung..

sYukCurZ said...

ahaha.. bahagia la tuh sampai lupa pewot da muncit

DarcyDiaries said...

this is so damn funny! i can visualize it, seriously! i like this part..."Wanna be on top??" tempik penulis tiba-tiba, cuba memondan sambil pose ala-ala Tyra Banks. Peha dirapat, punggung diangkat.

"If you liked it then you should have put a ring on it! Woo ooo woo ooo!! Woo ooo woo ooo!!"

P/S: I am laughing out loud dlm bilik,alone...gila kan?

Lasykar Langit dan Bumi said...

wakaka roy cam dunkin donut ker?? hehe

Penapenis said...

^_^ darcy memang gila pown.. kih kihkih. m glad to hav u joining us in FB darcy..
lasykar shuld add darcy.. nanti i suggest..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails