Wednesday, March 24, 2010

Manikam Kalbu


Rangkaian pantun ini diambil dari sebuah novel karya Faisal Tehrani Manikam Kalbu yang baru PP beli beberapa hari yang lalu. Novel ini memenangi tempat pertama 'Sayembara Mengarang Sempena JUBLI EMAS DBP'. Sukalah!!! Best sangat ceritanya. Ceritanya disampaikan secara kreatif dengan menggabungkan tema, plot, watak, bahasa dan latar dari dua zaman berbeza tetapi berkongsi subjek yang sama ~ senibusana. Nak tahu jalan ceritanya, anda kenalah beli dan baca sendiri. Abang Faisal Tehrani, saya sangat mengagumi anda. Hee ^_^

Datang mencuci si kain putih,
setengah cuci sabun pun hilang,
tuan berbudi saya pun kasih
setengah kasih direbut orang

Itik bukan ayam pun bukan,
anak angsa memakan bertih,
adik bukan abang pun bukan,
sajalah saya hati nak kasih...

6 comments:

Sofi Zainuddin said...

whoa!

Ke KB mencari bini,
sungguh best posting ini!

caya lah PP, mesti beli kat pesta buku ni hehehe .. pantun 2 kerat jer naaa.. x pandai la

lalalala

Penapenis said...

dan jangan lupa juga novel terbaru beliau ~ bahlut.. boleh dapatkan di pesta buku..

Penapenis said...

sofi peciter? sihat?

Sofi Zainuddin said...

PP: alhamdulillah sehat2 jer.. PP jer yg jarang hapdet blog skunk huhuhu miss ur writings..

Adam said...

Adam suka berteater~~~ kurang sikit melayan buku~~~ berlakon atau menonton... kalau PP minat menonton teater ... bolehlah adam ajak kalau ada show nanti

payedd said...

faisal tehrani..

da lama da dengar pasal manikam kalbu..

tapi x penah tergerak pun nak baca

haha

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails