Sunday, December 12, 2010

Ais Krim

"Awak nak ais krim" rengek seorang teman, A.

"Nak yang mana? Roti atau yang kon? Saya belanja" balas teman seorang lagi, yang merupakan pasangan si A, B namanya.

Air mata penulis bergenang. Pelik bukan?

Penulis boleh tersentuh hati mendengar perbualan dua orang teman mengenai ais krim.

Bagi sesetengah orang, perbualan itu mungkin biasa. Terlalu biasa sehingga tidak ada apa-apa yang luar biasa.

Bagi segelintir yang luar biasa, atau mungkin boleh kita anggap sebagai gatal, mereka mungkin berfikiran luar biasa dan menganggap perbualan itu luar biasa.

Dalam cerita ini, penulis harap para pembaca bersihkan minda masing-masing kerana tidak ada apa-apa yang luar biasa. Hanya ais krim semata-mata.

"Aku nak jugak. Belanjalah aku.." sampuk penulis, cuba-cuba untuk bermanja juga.

Respons yang menulis dapat adalah negatif. Harga ais krim itu hanya seringgit. Malangnya entah kenapa tidak si A, mahupun si B menyahut dan mahu melayan permintaan penulis.

Mungkin mereka menganggap penulis sekadar mengada-ngada. Mungkin mereka menganggap penulis sekadar merengek suka-suka.

Atau mungkin mereka menganggap penulis bukan siapa-siapa.

Air mata penulis bergenang lagi. Kali ini tumpah sedikit.

Penulis keluarkan dompet. Menarik keluar not seringgit dan cepat-cepat mendekati si penjaja ais krim.

"Abang, bagi saya satu ya. Sama macam kawan saya yang dua orang tu,"

Ais krim yang penulis beli itu, konnya tirus di hujung, dan punya tiga corong. Dengan seringgit itu, penulis dapat tiga scoop ais krim berperisa vanilla dan kelapa yang dilitupi dengan sedikit cairan karamel.

Tidak ada yang luar biasa. Fizikalnya sama sahaja dengan ais krim yang dibeli si teman tadi, tetapi penulis tetap memandang A dan B dengan rasa cemburu. Dan sayu.

Ya, bentuk dan rasanya sama sahaja. Vanilla dan kelapa bersama sedikit cairan karamel yang manis. Dan sejuk beruap.

Tetapi nilainya bagi penulis, beratus-ratus kali tidak sama.

Jika penulis di tempat A, penulis akan tersenyum bangga dan gembira bukan kepalang kerana mempunyai seseorang yang cukup menyayanginya iaitu B.

Jika penulis di tempat B pula, penulis juga akan tersenyum puas dan gembira bukan kepalang kerana mampu berbakti kepada seseorang yang cukup disayanginya iaitu A.

Sejujurnya, penulis berasa sayu kerana penulis pernah berada di tempat A dan B.

Ketika itu, penulis rasa sangat gembira dan bahagia kerana mempunyai seseorang yang sudi mencurahkan kasih sayangnya terhadap penulis.

Lebih bahagia, penulis juga berpeluang mencurahkan kasih sayang terhadapnya. Kami berdua saling sayang menyayangi.

Malangnya itu cerita dulu. Cerita yang tamat kira-kira tiga bulan yang lalu.

Penulis dan Embi, kami bukan lagi pasangan kekasih.

Itulah kenyataannya. Buat masa ini, sehingga cerita ini ditulis, penulis bukan siapa-siapa di hati siapa-siapa.

Penulis hanyalah seorang pemuda yang hidup sendiri-sendiri.

Tidak disayangi mahupun dicintai.

Membelikan ais krim yang berharga seringgit pun tidak ada yang sudi.

18 comments:

James Danvers said...

That's so true... nilainya sangat berbeza..

mungkin ade orang diluar sane yg lebih baik buat penulis...

bersabarlah... H doakan yang terbaik buat penulis.. :)

RAWNA said...

tabah lah :)

Comic Lover said...

ciannya...

dgn rupa paras pena penis ni ramai lagi yg sanggup beratur panjang utk mengenali awk...

mungkin hanya awk sahaja yg x perasan perkara itew

Penapenis said...

thanks for the feedbacks. at least i know i have few readers out there willing to read my story and stand by my side. bole i share my feelings kan..

James Danvers said...

sure2.. we will always be here.. :)

Joey said...

eh?

was it because you're moving to sarawak???

Lasykar Langit dan Bumi said...

Lorrr.. dun be sad ler encek penulis, lately Lasykar tgok mudah sgt down... cheer k, kitaorg kan ada... i can buy u ice-cream, sbb Lasykar pun sygkan Penulis :)

Penapenis said...

i down bile didump.. hehehe so dumb. anyway, i taw u sayang i lasykar. lobiu tu..

Joey: tidak, kami berpisah sebelum i dapat tahu akan bertukar ke sarawak. dan jgn salah faham. i ke sarawak bukan membawa diri yang luka ya.. i move to sarawak untuk menjadi ratu di sana.

Pyelang: thanks.. hurm. (budak ni macam tau sumthing je kan..)

Azaz: i dah try, siap toleh belakang depan kiri kanan, tak ade yang sudi beratur pown

Joey said...

owh. I dont mean you ke sarawak membawa hati luka. I mean adakah sebab you ditukarkan ke sana maka you berpisah.

Anyway, dah lama tak nampak u since u tak keja kat jusco.

P/S I think you'll be fine there. I was there 4 years :)

sYukCurz said...

huhuu... cian pena.. tompang sedey gak.. be strong ek.

Fauzzan Helmy Anuar said...

Yang patah tumbuh yang hilang kan berganti... Umpama roda, kejap di atas kejap di bawah... Nak mendapatkan sesuatu yang lagi baik, kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang menjadi kesukaan kita...

I was there before... Tapi tak apalah, belajarlah melepaskan. Cuma berharap semuanya ok dan mendoakan yang baik-baik aje... Amin~

Ryan Ervan said...

can't describe the feeling~
so touching~ teary eyes already..

Anonymous said...

Salam PP.... abg kagum dengan kehebatan PP mengolah dan memanifestasikan perasaan PP dalam coretan ini....tak kira berapa pembacanya, luahan ini sahaja pun sudah menjadi satu terapi buat PP.... teruskan nukilan PP yang abg, seorang pengamal terapi nukilan, ikuti sejak dulu lg. Jagalah dirimu dengan amalan Reda, Maaf dan Syukur sentiasa.

Cotton said...

O oo ada vacancy nih. leh apply tak :P

seriously, jgn sedey ye. nanti ada le pengganti tu.

ermm.. leh apply tak :P

Anonymous said...

Hye PP
just update ur blog hehee. Sorry to hear that, but saya tau PP kuat kan. Take care PP maybe there is someone better than him outside there. Cheer up dude :)

Adam Chibi~

DarcyDiaries said...

Tell me about that....

Penapenis said...

terima kasih. membaca komen kalian buat saya tersenyum.
Cotton: i takut u makan hati ngan i. i cerewet tau.
Darcy: nak tau yang mana? i ada byk story tak update ngan u actually.. biasalah, budak nakal..

Yul@A.J.M.S.M said...

its okay...no one know what kind of feature can we get...as long we keep trying and never stop...someday u will find someone, but maybe it is not perfect like you might think but enough for you to share everything...then you can start over again...just don't give up...cause from what i know u are really strong person...this is one of your test...

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails