Sunday, May 24, 2009

The Day The Gay Man Stood Still 2



Tik tok tik tok tik tok.. hm, tak enak dibaca, biasa sangat..

Tik tik tik tik tik tik.. pun dah selalu orang guna..

Tek tek tek tek tek tek.. err, sounds better to me.. tapi... tektek??

Ah, lantak pi lah bunyi dia macam mana! Apa yang penulis ingin kongsi, tentang masa yang sentiasa berjalan.. tentang jarum jam yang sentiasa bergerak. Betapa kita perlu mengejar masa. Betapa kita harus menghargai masa..Oleh itu, wahai sahabat sekalian..

Okay.. okay.. penulis tak nak hipokrit.. Penulis sebenarnya cuba bersikap poyo bercakap tentang masa kerana penulis rasa masa terlalu lambat berlalu.

Lambat sangat-sangat. Bosannya!!!!!

Para pembaca, ingat tak pada Chantek? (kindly click here if you have no idea who is Chantek). Well, her presence keep on haunting my life, day and night. The story is not even end pun. Masih berjalan. Masih tergantung.

Penulis masih keluar dengan dia. Keluar makan2, lepak2 dan menonton wayang. Setiap kali ada kesempatan, dia akan buat statement sentap yang double meaning. Dan setiap kali itulah penulis sering berlagak blur dan buat tak reti bahasa.

Sejak dua tiga hari ni dia macam jauh hati. Macam gila meroyan pun ada. Sering termenung dan murung. Dia semacam mahu lari dari penulis, tetapi tak mampu as she thought, or maybe she wish there will be sinar harapan for her to be in my heart.

Yang paling menyentap jiwa penulis bila dia hantar satu SMS ringkas tentang sesuatu.. (Nak tau? Mana boleh, rahsia!!! hak hak hak).

Kesian Chantek. Dia tak bersalah. Dia tak tau apa-apa. Dia hanya ikut kata hati. Kata hatinya ialah, "Jatuhlah engkau ke dalam gelora cinta wahai Cik Chantek.. Jatuhlah cinta pada seorang lelaki.."

Yang sudah punya kekasih. Yang kekasihnya juga seorang lelaki..

*******************************************************************************************************************************************

Hurm, memandangkan penulis tengah bosan melayan perasaan, apa kata penulis bermonolog sendirian. Mencari kata putus untuk kebaikan bersama. Eh meletop mamat dalam TV ni.. Taste.. Dish dish dish!! (sambil menyekeh kepala sendiri) Okay2.. Be serious!!

Hm.. hm.. Hm..

Iman penulis berbisik "Terimalah Chantek. Berubahlah. Sampai bila nak bergelumang dengan dosa? Kau Islam ke apa? Rejam ngan batu kang!!"

Sang nafsu pula bertempik "Weh, rilek dulu boleh tak beb..? Gua tak puas lagi..!! Ramai lagi anak ikan ngan abang ikan (abang ikan!!??) yang gua nak kongkek ni!!"

Hati seorang kekasih berkata "Aku sayang gilerr kat Embi.. Takkan aku nak berpisah dengan Embi macam tu je.. We don't even have big issue pun nak putus. 3 tahun wokk! 3 tahun kami bersama. Ingat senang ke nak putus??"

Naluri seorang lelaki, dan seorang anak pula menyampuk, "Chantek lawa apa. Baik pula. Yang penting, dia memang sayang aku gila2. Mak dan ayah kat kampung pun dah tua. Selalu uzur dan sakit sini sana. Sebelum mereka pergi, mestilah mahu melihat aku berumahtangga.."

Aduhai, sukarnya membuat keputusan.

Jadi apa perlu penulis buat? Perlukah penulis menerima Chantek dan berbohong kepada diri sendiri? Atau penulis terus meninggalkan dia, langsung melupakan kewujudannya? Atau berterus terang kepadanya? Biarkan dia tahu warna sebenar penulis? Atau buat bodo je sambil terus menerus berkawan, memberi dia harapan?

Arghhhhh!!!!! Penulis keliruuuuuuuuuuuuuuuuuu..

9 comments:

Anonymous said...

sang penulis..
dunia plu ni indah hanya sementara..
baiklah kiranya penulis terima si chantek itu kerna lebih baik org lain menyintai kita drp kita yg menyintai org yg takde langsung perasaan kat kita..
chantek tuh terperangkap dlm perasaan sendiri..
kesian dia..cuba terima dia perlahan2..

DarcyDiaries said...

penulis memang sorang yg bernasib baik.
ramai minat kat dia. So penulis tak rugi apa2..

Untung penulis! ;-(

ordinary gal said...

kesian chantek..i rase, baik u berterus terang dengan die yg u tak boleh terima cinta dia. biar dia sakit sekarang dari sakit di kemudian hari. wound may recover isnn't it? lebih2 lagi bila dia dh jumpa seseorg yang boleh mengisi hati dia satu hari nanti. jangan terus memberi harapan pada chantek. untuk u pulak, i doakan satu hari u dapat taufik dan hidayah serta kekuatan untuk berubah. i percaya, setiap manusia akan berubah. hanya masa yang jadi penentu.

Anonymous said...

it is seriously a hard situation. i used to feel the same way too and even until now i still love the girl. my part of the story differs though. she knows that i'm bisexual but she doesn't give it a damn. i still do not know what can i do.

Penapenis said...

hurm, yang serabut kian kusut, yang terbelit bertambah selirat.. Penulis rasa kesemua pendapat ada benarnya.
Hati penulis kata penulis perlu berterus terang..spti kata ordinary gal..

Joey said...

inchek penulis...

do whatever your heart tell you so...

avegalion said...

jujur pada hati.... jgn menipu diri sendiri....

Anonymous said...

i pernah jadi 'Chantek' n i tahu saketnya jd 'Chantek'. cume bezanya i dengan 'Chantek' die x tahu pn yang u ni gay. i pulak tahu my ex ni gay after i stalk habes dia punye fb. sedih sangat.sampai i trauma bile dgr perkataan gay. asal ade perkataan gay, mmg i akn interest habes google (dgn harapan mane tw bleh gamba my ex kt memane blog, bleh i bahan die cukup2)smbil mulut nie x habes2 caci maki golongn camni,geram! sbb benci sangat. i jumpe u punye blog nie pn kesan dri belek2 blog gay. smpy membe i ckp u ni lame2 bleh jd gay nie... tp sekarang, dia nk dtg balek pada i after die ngn couple gay dia tu break up i rase annoying giler walaupn i still syg die. tp ape y die buat masih x dpt dimaafkan!! x kire lah die dah berubah atau pn x.
i rase walaupun u xnk jd hipokrit, tp sampai bile u nk jg gay. perasaan u kt embi tu, bile2 pn tuhan boleh tarik balik....

Penapenis said...

chantek dah i tinggalkan sebelum rasa cintanya semakin dalam terhadap i.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails