Monday, June 29, 2009

MJ

Mata ni dah layu sangat-sangat. Belakang terasa lenguh-lenguh. Kaki kanan pula kebas-kebas, akibat berjam-jam menekan pedal minyak kereta. Masuk sahaja simpang menghala ke rumah, penulis sudah berkira-kira aktiviti seterusnya yang penulis ingin lakukan sebaik sahaja tiba di rumah ; cepat-cepat tanggalkan pakaian, capai bantal busuk a.k.a Lolly, landing di atas tilam yang empuk, dan shut down, zzzzz... Wah, bestnya rancangan itu!!

"Nape Encuk?" Tegur Embi. "Senyum sorang-sorang. Gila ke?"

Penulis jeling Embi di sebelah sambil menggeleng kepala. Penulis biarkan soalannya tidak berjawab. Berat benar mulut untuk dibuka. Malas betul nak berkata-kata. Penattt...

500 meter.. 100 meter.. 50 meter.. just a couple of blocks lagi nak sampai dan penulis nampak sesuatu. Yang sedap.

Penulis nampak MJ! Bukan Michael Jackson ya sahabat sekalian. Bukan juga Mohd Jamal. Bukan juga Mulan Jameela. Tetapi Mat Johor (bukan nama sebenar). Comel. Cute. Ganteng. Dan segala-gala yang eloklah!! Sedang tekun mencuci motosikalnya. Tidak berbaju. Dan hanya berboxer. Berkilat2 motosikalnya (dan badannya yang tegap itu, serta pahanya yang berbulu nipis itu).

Terus penulis rasa segar bugar. Mata yang layu terbuka luas. Pipi terasa panas. Dada berdebar. Meter nafsu naik ke paras tertinggi. Tastenye!!!!!!!!!!!!

"OMG! Encuk! Cepat tengok kiri! Mamat Kacak!!" Jerit Embi tiba-tiba.


Da!! Lambat betul scanner Embi berfungsi. Penulis dah scan dari jauh lagi.

Penulis perlahankan kereta. Kami lalu betul2 di belakangnya. Kebetulan ada ruang kosong untuk parking beberapa meter dari tempatnya. Terus penulis masuk dan berhenti di situ (walaupun rumah kami selang dua blok lagi, dan ada banyak lagi ruang parking lain yang lebih dekat, hak hak hak).

Embi cepat2 keluar. Buat2 ambil barang dari seat belakang sambil mencuci mata. Ceh, gedik!! Penulis pula keluar dengan machonya dan membuka but belakang. Pura2 ambil barang juga sambil menjeling MJ. Hak hak hak....

"Embi masuk dulu. Encuk nak kemas2 sikit dalam Zax ni. Bersepah sangat. Dah la cermin ni kotor. Nak kena lap sikit!"

Kening Embi sedikit berkerut.

"Takpe-takpe. Embi tolong Encuk. Encuk penat kan. Sehari suntuk drive. Encuk nak masuk dulu pun Embi tak kisah. Embi boleh kemaskan. Pergilah masuk. Pergi mandi dan rehat. Pergilah.."

Cis! Apalah nasib penulis dapat boyfriend yang 2 x 5 gatal. Jangan ingat penulis mahu mengalah! Never!

"Its okay. Encuk takdelah penat sangat. Kita buat sama-sama yek?" Ketika itu penulis sudah lupa pada penat. Pada kebas. Pada tilam. Pada Lolly. Pada niat untuk shut down.

Jadi petang itu kami sama2 bergotong-royong membersihkan Zax yang berhabuk dan berdebu. Serta sama-sama mencuci mata secara berjemaah. Zax pula tersenyum lawa, bangga dan terasa dirinya untung mendapat pemilik yang 'rajin'..ahak hak hak..

P/S: Yo Iyo je mamat tu Mat Johor. Bukan apa, penulis nampak plat motosikalnya bermula dengan huruf J!

3 comments:

DarcyDiaries said...

Hi!

I don't know what to say..but this posting sounds so damn cute!!

:-)

Pojiepooh Abdullah said...

what a cute couple..
so sweetttt cuci mata sesama..
ehehe.

Yul@A.J.M.S.M said...

crazy plus cute.
macam tak da kerja je kan korang ni..

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails