Wednesday, July 8, 2009

Tolak..?


"Aku bukan tak suka ko. Aku cuma tak ready nak couple. Aku bukan jenis yang boleh terikat. Lagipun aku dah anggap ko macam abang sendiri. Kita kawan eh? Kawan tapi mesra. Lagipun aku suka kawan dengan ko. Best giler kawan ngan ko. Ko ni baik, kelakar, bla bla bla bla.. "

Suaranya penulis rasa semakin jauh. Sayup2 kedengaran. Penulis rasa nak pitam. Darah macam tak sampai ke kepala.

Mr WWW, manusia yang tersangatlah diminati, dipujai dan digilai penulis sedikit masa dulu mereject penulis dengan statement seperti mana di atas. Ketika itu penulis termalu sendiri. Seperti dihempap seketul batu yang besar. Sakit sangat-sangat. Rasa-rasa anda, apa tindakan penulis?

a) Menangis?

b) Berdendam?

c) Pancit tayar motosikal dia?

d) Upah samseng pergi rogol dia?

e) Pukul dan lanyak dia cukup2?

f) Buat semua di atas, dan hilang semangat untuk hidup, lantas ingin membunuh diri?

g) Cool. Chill and have fun (kerana penulis mengamalkan konsep 'ada aku kesah')!?

Secara jujurnya, rasa nak buat "f". Tapi hati penulis masih baik. Nurani penulis masih murni. Sesuci embun pagi (di kala hari berjerebu). Jadi penulis memilih untuk "a". Penulis "a", "a" dan "a" untuk beberapa hari lamanya. Sampai bengkak-bengak mata. Dan murung melayani hati yang tersentap selama dua minggu (sigh..).

Bukan senang untuk penulis menerima kenyataan. Kerana Mr WWW cinta pertama penulis.

Hm. Hurm,,..Hm..

Okay2..

Cinta ke dua puluh dua. Tapi yang ini penulis rasa lain sangat. This is not a puppy love ya, macam yang sebelum2 ni. Betul! I had fallen deeply in love with him..

Sakit direject? Yes! Memang pedih. Sehingga menusuk jauh ke dalam hati. But dealing with rejection is something we have to do in our life, as rejection often occurs, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Direject dalam percintaan dan persahabatan. Direject keluarga. Kerjaya etc. Pendek kata, dalam apa jua keadaanlah!

So, kalau dalam percintaan, how to handle rejection?

Ada beberapa cara yang penulis ingin kongsi untuk handle tekanan perasaan akibat direject. Kindly scroll down ye kawan2.

1) Ada aku kesah?
Kena reject? Normal lah tu. Anyone can be rejected. Bisikkan dalam hati ayat keramat yang dipopularkan oleh Mak Ayam Azwan ini~ADE AKU KESAH?~. Memang sukar untuk tidak kesah. Orang yang direject memang akan kesah, dan mula mencari jawapan kenapa dia ditolak. Kadangkala bukan diri kita yang menjadi isunya, tetapi orang yang mereject itu sendiri. Bukan kerana kita yang tak cantik, atau tak pandai, atau tak layak.. The issue more than likely lies within that person. Mungkin taste dia pada Chubb? Bear? Or Transvetite? Jadi jangan salahkan diri sendiri. Don't take it personally. It may not has anything to do with you..

2) Mak kata belajar!!!
Anggaplah penolakan itu satu permulaan proses pembelajaran dalam mengenal diri sendiri. Bak kata cerdik pandai "Rejection is the beginning of learning". Bila kita kena reject, barulah kita tersedar. Bila tersedar, kita akan toleh belakang. Oh,.. macam ni.. Oooo..Aku ni macam ni.. macam tu,, ..Oh.. Ha'ah!. Dah sedar diri tu, cubalah pula untuk terima diri sendiri seadanya. Dah dia minat "Bear". Nak buat macam mana. Terima ajelah. Tak usah bersusah payah tuang minyak zaitun satu badan untuk melebatkan bulu2 di badan sendiri.

Sahabat, cuba ubah penolakan itu kepada satu penerimaan terhadap diri sendiri, bukan cuba untuk memenuhi kriteria yang dia inginkan. (Tapi kalau dia reject anda pasal mulut anda berbau tak gosok gigi seminggu, haruslah anda gosok gigi. Cubalah ubah tabiat buruk tu)..

3) Busykan diri.
Tak ada guna asyik terkenangkannya. Sibukkan diri dengan orang2 terdekat. Spend your time dengan makhluk2 tuhan yang sayang anda seperti keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Termasuk juga haiwan peliharaan cam kucing atau lembu (lembu?? Tah pape penulis ni). Find a hobby or do something yang anda boleh enjoy. Jauhkan diri buat sementara dengan orang yang mereject anda so that you can take your mind off of the rejection. Nak jauhkan diri sampai bila2 pun boleh. Its up to you. Tapi kalau anda rasa anda sayang persahabatan anda, terus terang dengan dia, anda perlukan masa bersendirian. Bila anda dah tenang, berkawanlah semula dengan dia. Lagi bagus!!

4) Keluarkan, dan menangis!!!
Its a hell of a lot better to get your feelings out than to keep it bottled up. Bagaimana nak express out that feelings? Salah satu daripadanya ialah menangis.

Menangis adalah ubat paling mujarab untuk meredakan tekanan ~ Ahmad Muliadi (bukan nama sebenar).

Hehe.. Siapakah kau wahai Ahmad Muliadi? Tiba2 menyampuk dalam artikel penulis ni?

Sepatutnya penulis letak atas sekali "menangis" ni. Kerana menangis adalah step pertama yang penulis lakukan sebaik sahaja cinta ditolak. Usah malu untuk menangis. Manusia beb. Menangis adalah normal. . Selain menangis, anda juga boleh luahkan perasaan anda melalui cerita. Kalau tak kisah, just talk to your friend about your rejection. Kalau segan, post je cerita kat blog. Ada facebook? Update je kat status anda...

Kesimpulannya, menangani perasaan kecewa apabila cinta ditolak bukan mudah. But it can be done. Anda perlu kuat. Anda perlu positif. Bangun. Berdiri dan berjalan terus ke hadapan. Tanamkan dalam fikiran, dia bukan untuk aku. Dia bukan jodohku. Lagipun aku boleh dapat anak ikan 8 kali ganda lagi kacak dari dia.. muwahahahahaha!!!!!!!!

P/S: Penulis terserempak Mr WWW si cinta lama di facebook. Penulis add dia dan dia approved penulis. Kami kembali berkawan dan saling berbalas komentar di dinding masing-masing. Kami end up menjadi best buddy and live hapily ever after (^_^).. (Phew.. siap juga karangan aku)

5 comments:

avegalion said...

so far tak penah kene reject lagik... heee

DarcyDiaries said...

sometimes it's easier said than done. rambut sama itam, hati lain2 :-(

Pena Anak Penis said...

Ala la la.. Darcy..Meh sini busyuk!! Anything, just share ngan i kay.. we r buddies now (>_<)

DarcyDiaries said...

Thanks Pena! :-)

Ejaylicious said...

Yup setuju sangat....Ada aku kesah? Tak payah pikir bebanan jiwa dan perasaan....u deserve something better in your life....

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails