Tuesday, August 11, 2009

Jiranku



Penulis dan Embi dapat jiran baru. Sepasang. Dua orang lelaki muda.

"Muda pun tak muda sangatlah. Dalam 25-28 tahun kut. Yang penting, ganteng!" Cerita Embi. He was so excited when he saw them picking up their stuffs into the house.

Kalau tak silap penulis, sehingga cerita ini ditulis, mereka dah hampir sebulan berpindah masuk. Rumah mereka betul-betul di sebelah rumah kami. Tetapi penulis tak pernah terserempak pun dengan mereka.

Sehinggalah tiga hari lepas..

Ketika penulis sedang terkial-kial membuka mangga pintu rumah, penulis terdengar pintu rumah sebelah dibuka. Kemudian muncul seorang mamat di sebalik pintu. Bercelana pendek, bersinglet putih. Sambil membimbit sebungkus plastik hitam. Sampah barangkali. Di belakangnya kelihatan seorang lagi mamat, turut membimbit plastik hitam.

Penulis pandang mereka. Mereka pandang penulis. Kami saling memandang. Mereka senyum. Penulis gugup. Tetapi sempat juga membalas senyuman. Dan penulis cepat-cepat lari masuk ke dalam rumah.

Yang bersinglet ni rupanya elok. Berkulit sawo matang. Bermata sepet. Berkumis nipis. Badannya tegap-tegap dan sedap-sedap. Rendah sedikit daripada penulis. Yang seorang lagi pula, cerah sedikit. Agak tinggi. Penulis kurang nampak rupanya kerana dia berdiri di belakang housematenya. Tapi, kesimpulannya yang mampu penulis buat, dua-dua memang nampak ganteng! Dan sepadan.

Patutlah Embi seronok betul bila mereka pindah masuk.

Sebenarnya, jika berkesempatan, terutamanya bila pulang dari kerja shif malam, penulis ada juga curi-curi tengok keadaan di dalam rumah jiran baru penulis ni melalui beranda mereka. Kemas dan teratur. Sekilas pandang, mesti orang ingat ianya didiami sepasang suami isteri. Hakikatnya, ia dihuni sepasang lelaki.

"Couple kut!?" kata Embi bila penulis ceritakan keadaan dalam rumah mereka kepada Embi.

"Ish! Tak baik tuduh-tuduh. Cuk tengok macam straight je."

"Mana ada rumah lelaki bujang yang straight lawa macam tu. Berhias indah. Saya pernah nampak diorang nyalakan lilin yang wangi tu malam-malam. Motipp? Nak romantik la tu. Lagipun dua-dua hensem. Aw, tastenye!!"

Penulis cepat-cepat ketuk kepala Embi dengan geramnya, sebaik sahaja dia habiskan ayat yang terakhir.

Difikir-fikir balik, ada betulnya kata-kata Embi itu. Rumah kami yang terbukti memang rumah gayboy ni pun tak secantik rumah mereka. Tapi..

Alah, apa salahnya menghias rumah?

*************************************

Petang tadi, berikut adalah perbualan yang berlaku semasa kami sedang duduk melepak minum-minum di warung.


Penulis: Teringin nak berpuasa kat kampung. Seronok. Meriah lagipun. Buka puasa ramai2 dengan keluarga. Teringat pula masa kecik-kecik dulu, petang-petang mak selalu bertukar-tukar juadah berbuka dengan jiran kami. Sayalah yang dikerah ke sana ke mari menghantar juadah. Kadang2 sempat curi makan masa on the way nak pergi rumah jiran.

Embi: Apa kata bulan puasa nanti, awak masak dan saya hantar juadah kat jiran kita?

Penulis: Jiran? Jiran kita semua Cina lah B..

Embi: Jiran baru kita kan Melayu.


Zass!! Penulis dah dapat baca niat tersembunyi Embi. Selama ini he never bothered about our neighbours, suddenly he is offering to send juadah berbuka to them!!? Asking me to cook some more??


Penulis: Bukan ke selama ni B yang masak ke?

Embi: Takpe takpe.. Kali ni Cuk masak, B tolong hantar...

Penulis: La, kan awak yang masak sedap. Saya masak tak sedap. Takkan nak bagi makanan yang tak sedap kat orang kut?

Embi: Ala, sekali sekala Cuk masaklah. B nak rasa gak masakan Cuk. Lagipun, kalau sedap nanti diorang puji. Awak jugak yang dapat nama..

Penulis: Okay.. Kalau macam tu, Cuk masak, dan biar Cuk yang pergi hantar! B duk diam2 kat rumah!!

Embi: Mana boleh! Cuk kan dah penat masak. Kenalah B tolong Cuk hantar!

Penulis: Takpe. It's okay. Cuk tak kisah pun. Nak jugak kenal2 dengan jiran.

Embi: Habis, saya pun nak kenal jiran2 kita jugak!!

Dan perbualan kami petang tadi sebenarnya tak mencapai kata putus pun. Memandangkan kedua-duanya tidak mahu mengalah!

P/S: Ada tak cara lain untuk memulakan persahabatan dengan jiran? Yang lebih adil untuk both of us?

7 comments:

James Danvers said...

cadangan dari AreL...

y don't penulis n Embi tuh, ajak mereka buke puase same2 kat umah... like a small gathering... kate jiran baru... kenal2...

kalo xnak nampak awkward, invite la 2 3 orang kawan lagik... kirenyew, penulis leh la jadik host to majlis buke puase dirumah, bersame penulis n Embi... hik3...

so, dalam majlis camtu, xjadik masalah lau penulis nak tanye pape kat die... start conversation la...

sure bile dah berbual tuh, boleh kenal dorang tu camner... hanya jauhari mengenal manikam.. :p

Pojiepooh Abdullah said...

btol³..
i agreed with Arel..
so xla nmpk sgt intention nk "menggatal" tuh kan..
at least dpt kenal member n jiran baru..
hot lagik!

DarcyDiaries said...

Well, to make it fair to both of u,dua2 boleh masak, dua2 bleh pack and dua2 bleh pi antaq kat jiran. Sure OK!

P/S: Lucky sokmo!

nazzman ibrahim said...

hahaha leh tahan juga si embi ni yerrr tapi mmg kelakar korang berdua ni.
nazz setuju dengan arel..u buat jerr majlis berbuka n jemput mereka sekali.

Unknown said...

jemput jiran buka pose kt umah
meriah sikit

Comic Lover said...

wat mcm Bree dlm desperate housewives tuh.. boleyyy

Penapenis said...

Hurm... byk cdgnan bernas.. oh ya, rasanya jiran baru ni stay sekejap jer.. pasal hari tu penulis nampak tuan rumah yang lama datang balik. Rupanya tuan rumah yang lama tu kakak salah sorang dari mereka.. patutlah muka cam familiar.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails