Friday, September 4, 2009

Lahirnya Si Pena


Keluarga Pena besar. Pena anak lelaki yang ke 8. Secara keseluruhan, Pena anak ke 11. Berapa orang perempuan? Kiralah sendiri! Masa mak lahirkan Pena, umur dia dah masuk 43. Sebenarnya agak berisiko untuk mengandung kalau seseorang wanita itu sudah mencecah 40 tahun. Tapi mak kuat. Mak tabah. Mak tahu, Pena deserve to be born. Terima kasih mak sudi kandungkan Pena selama 9 bulan dan tanggung segala macam kesakitan masa lahirkan Pena.

Kata mak, Pena lahir bulan Rabiul Akhir. Masa tu dekat2 nak Subuh. Semua orang masih enak berdengkur, belayar di alam mimpi. Keadaan gelap gelita. Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik kedengaran sayup-sayup. Itupun sekali sekala sahaja. Ala, dah dinihari. Cengkerik pun reti penat.

Bila mak mula terasa senak, she knew something was not right. Cepat2 dia kejutkan abang.

Abang yang mana satu, mak?

"Tah! Mak pun tak ingat!"

Er, at that time, mak dah ada 7 orang anak lelaki. Jadi di saat-saat genting begitu, Pena faham sangat if she couldn't remember which one.

Abang (the forgotten one) pun bangun terkebil-kebil, dalam mamai, cepat2 berlari ke rumah mak bidan. Sejam kemudian, Pena pun selamat dilahirkan. Bukan main lagi Pena menangis. Terdiam semua cengkerik-cengkerik yang ada. Mesti mereka terpukul. Suara mereka kalah dengan suara Pena. Yang merdu bak buluh perindu. Hakkk!

Selepas diazankan ayah, pena dibersihkan dan dibungkus kemas dengan kain batik macam lepat pisang. Kemudian diletakkan di sebelah mak. Bukan main seronok Pena dibungkus. Hangat je rasanya. Ceh, macamlah Pena boleh ingat apa yang berlaku. Menurut mak, tak sampai 10 minit, Pena dah terlena. Tapi yang azabnya, lepas Pena bangun dari tidur, Pena menangis bagai nak rak.

Er, sebenarnya hobi Pena sejak lahir memang menangis pun. Pantang di usik, pantang lapar dan pantang segala-galanya. Sehari. Dua hari. Seminggu. Sebulan. Setahun. Orang Kelantan kata, manja kededek!

"Budak tu, kalau tak diam jugak, aku campak ikut tingkap!!" Tempik ayah suatu hari.

Mak yang sedang menggoreng ikan di dapur telan air liur. Dia mula kecut perut. Kak Long dan Kak Ngah yang turut membantu di dapur menikus. Cepat-cepat mak bagi isyarat pada Kak Ngah. Kak Ngah terus bergegas dukung Pena dan bawa ke luar halaman. Memujuk Pena agar diam. Mereka semua dah faham benar dengan ayah. Ayah memang bengis. Anak-anak semua takutkan dia. Yang penting, dia memang kotakan apa yang dikata.

Sekarang Pena dah berusia 24. Sihat walafiat. Tengah menulis entry terbaru untuk blognya sendiri sekarang. Yeay. Syukur Alhamdulillah. Sebab Pena tak kena campak ikut tingkap..

P/S: Motif? Bahasakan diri Pena? Oh ya, pengajaran cerita ini ialah jangan campak anak yang suka menangis ikut tingkap. Kesian budak tu. Dah la comel.. Hakk..

8 comments:

nazzman ibrahim said...

hahaha u make me smile di pagi jumaat ni dah yang tak tahan tu ayat yang last sekali...
(Kesian budak tu. Dah la comel.. Hakk..)

Zack Azrin said...

hai saudara pena....
mmg bnar...klu kte xmgalami sndiri gejala mgrain nie, kiter xkan thu azabnyer bhadapan dgnyer...zack jge mrupakan seorg psakit mgrain...cume pglaman zack xshebat saudara...zack mgalaminyer sbaik shj tmat sek men...sekali dgn hyper tension...saudara mgalami mgrain yg lbih teruk dri zack...bjmpe la dgn dktr krn dkuatiri mhidap pnykit lain...skdr cdgn....

DarcyDiaries said...

hehehe...Comel? Hmmm :-)

NUke_Rude said...

ayat last tu tak boleh tahan :D

Lasykar Langit dan Bumi said...

always love ur story...
keep on typing....

Sofi Zainuddin said...

pena: happy bithday! wah tiba2 kan lari topik? mwahahahaha

fadz said...

salam, read ur comment in Amirmu's blog. Mohon dapat tulis untuk Body2Body versi BM yang dirancang untuk diterbitkan tahun depan.

Penapenis said...

Thanks 4 spending yor time here guys. Fadz, god willing. I'll try submit my stories.

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails