Monday, September 28, 2009

SMS oh SMS!


Raya kali ini, penulis kerap benar tersengih-sengih sendiri. Macam kerang busuk. Bukan apa, seronok melayan SMS yg masuk bertalu-talu. Kiriman dari anak-anak saudara, sepupu-sepupu, rakan-rakan lurus serta rakan-rakan PLU. Juga dari peminat-peminat (Wah! Gitoohh!). Dari timur ada. Dari barat ada. Dari utara, selatan, barat laut, tenggara. Pendek kata dari segenap penjuru!

Honestly, lenguh juga tangan menekan-nekan keypad handphone. Ikutkan hati nak call terus sahaja mereka semua. Masalahnya risau kalau-kalau bil melambung pula. Kalau seorang dua okaylah. Tapi kalau 8? 18? 80? Nak abaikan, diam tidak berbalas terasa bersalah pula. Penulis ni kategori makhluk yang bersopan santun dan berpekerti mulia. Orang berbudi kita berbahasa. Orang SMS kita, tandanya orang ingat pada kita. Hati orang yang ingat pada kita perlulah dijaga. Cara paling praktikal, SMS saja!

Dalam diri sendiri girang melayan SMS sahabat taulan, tiba-tiba masuk SMS dari Embi. Hati yg dah sedia berbunga, bertambah-tambah kembangnya. Sedia berbuah. Sampai bertandan-tandan. SMS yang lain penulis abaikan dulu. SMS Embi pula penulis utamakan dan balas dengan kadar segera. Kandungannya ringkas sahaja. Tapi agak manja (well, he is a bf of mine. So manja is a must!). Kami terus berbalas-balas SMS. Meluah rasa rindu, dendam, kasih, sayang, cinta bla bla bla... dan macam-macam lagilah!

Seketika kemudian masuk pula SMS dari Mr WSF. Jiran sekampung yang baru dua hari penulis kenal. Kami sekapal (baca: we are gays, you moron!+_+"). Yang penting, dia comel. Jadi seharusnya penulis taste tanpa ragu-ragu.

Dia tulis A. Penulis taip B. He sent me a C. I replied with D . And we continue sending several texts to each other. Seronoknya melayan kawan baru yang sekapal, comel dan penulis taste tanpa ragu-ragu ni.

~....no need to rush, orang kata senang nak dapat, senang nak lupa. I tak nak u lupakan I cepat sangat kalau dah dapat :p~

Antara kandungan SMS terakhir yang penulis taipkan buat Mr WSF. Selesai menaip, I pause for a few secs, read thoroughly the text, smile and quickly press the send button.

Apa pula kandungan SMS dari Mr WSF yang membuatkan penulis balas sedemikian rupa? Biarlah rahsia. Ahak hak hak.

Penulis sabar menunggu Mr WSF membalas SMS penulis, sambil tersenyum lawa (baca: sedang syok sendiri. Best mengayat ni u'oll!). Dalam diri asyik tersenyum lebar, penulis dikejutkan dengan bunyi deringan handphone.

Call dari Embi!

Embi?

Alahai! Orang baru nak enjoy berbalas-balas SMS dengan jiran yang sekapal, comel dan taste tanpa ragu-ragu (perlu ke aku nak ulang balik statement tadi lagi sekali?). Sibuk pula si Embi ni nak call. Tadikan dah SMS? Tak puas lah tu!

"Ya baby sayang, busyuk intan payung!"

Di sebelah sana, penulis dapat dengar Embi mendengus.

" Awak buat apa kat kampung tu? Awak hantar SMS bukan-bukan kat sapa ni? Lain macam je bunyinya! Melampau betul!! Saya dah agak dah! Memang tak boleh bagi muka kat awak ni!!!!"

Bulat mata penulis. Mulut terlopong. Tekak terasa kering. Shit!! I did a stupid mistake! Seriously, it was an unacceptable stupid mistake ever!

Penulis belek-belek handphone. Buka sent item dan lihat nombor handphone Embi diassign pada text terakhir penulis, instead of nombor handphone Mr WSF. Dan malam itu penulis tidur dengan wajah kelat, gara-gara berperang dunia ke 3 dengan Embi. Sambil-sambil tu, penulis tertanya-tanya dan sempat juga menyalahkan diri sendiri;

Macam mana boleh tersalah hantar ni? Padan muka aku.

Nota kaki bercagu: Lihatlah dunia. Betapa teknologi itu tersangatlah,.. bagus!

12 comments:

Sofi Zainuddin said...

haish parah kalo mcm nih..

hope perang penulis ngan embi x lama lah yer.. take it easy..

ape2 pon, pujuk ler embi aik2 hehehe

selamat hari raya

Penapenis said...

dah baik pun.. perang kami sekejap jer.. penulis kan..
ehemm

pandai mengayat. hee

avegalion said...

penah gak jadik kes tersalah sent sms to bf... ligat kepala otak carik alasan nak cover balik... serik2! hehee
since then, mmg check 2-3x no hp b4antar sms... ehhee

sYukCurz said...

ahahaa...kantoi. :p menggatal lg

Comic Lover said...

lucu... tapi perkara mcm ni kerap berlaku...

i'm shin... i'm inesen said...

aiyooo tak tau...

nazzman ibrahim said...

hehehe aku pun sll ting tong mcm tu gak nak send org lain tapi tersend kat org lain ( matila kantoi)

Anonymous said...

cool...

DarcyDiaries said...

org2 wakaf bahru memey comey :-)

Pojiepooh Abdullah said...

hahhhhh!!
kannn!!
tuh la menggatal lagi kannn!!

Penapenis said...

yela2.. pasni tak nak menggatal lagi..

amalina zamani said...

hahaha...walaupon baru baca entry nie..tp nk gelak jgk...huhuhuh mcm mana la leh slh send...aduih..tp mmg slaloo kena cam tue...kalo nk mengatal tp kantoi lak..hahahha...so funny....

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails