Friday, December 11, 2009

Stylo


"He must be gay" ucap Chantek selamba. Dia mengoles lembut rambutnya yang panjang mengurai. Ekor matanya pula melirik, mengekori jasad seorang pemuda.

Penulis menjeling sekilas. Pemuda yang dimaksudkan Chantek berjalan melepasi kami, duduk di meja berhampiran. Hanya beberapa meter dari meja kami.

Penulis diam. Tersenyum macho sambil menyalakan sebatang rokok. Asap rokok disedut dalam-dalam dan dihembus keluar perlahan-lahan.

"Awak.." Chantek mula merengek. Muncung mulutnya.

"Ya saya. Ada apa Cik Chantek?"

"Dengar tak? Please say something!" Mata Chantek yang sememangnya bulat bercahaya, kelihatan semakin bulat apabila dia memandang tepat ke mata penulis.

Penulis membetulkan duduk.

"Manalah saya tahu sayang oi! Awak ingat saya ni pakar sexualogy ke apa?"

"Saya rasa.." Chantek mendekatkan dirinya pada penulis

"Dia memang gay!" Bisiknya perlahan.

"Apa yang menyebabkan awak fikir macam tu?" Penulis gentel-gentel straw di dalam gelas besar yang berisi jus tembikai. Minuman tersebut langsung tidak terusik dari tadi.

"The way he dresses. Stylo. Orang lelaki yang straight tak stylo, wak"

Tekak penulis terasa sangat kering. Penulis sedut rakus jus tembikai tersebut.

"Sayang, don't be such a narrow minded person. Fashion is not only belong to women. Kami golongan Adam pun sekarang concern about our body image, our appearance. Lagipun, mana awak tahu, entah-entah Pak Aji yang berjubah, yang berkopiah tu pun suka lelaki? Anything is possible la sayang in this world ni" hujah penulis, panjang lebar.

Penulis sempat pandang pemuda tersebut dari hujung kepala sampai hujung kaki.

Hurm. Not bad. Penulis menelan air liur. Terliur.

Rupanya macho persis Hans Isaac. He's wearing a black v neck t shirt wih a skinny jeans. Berkasut converse putih dan berbeg silang, juga berwarna putih. Simple, yet stylo. Kesimpulan, dia pandai bergaya.

"Tapi awak, semua lelaki hensem, badan cantik dan stylo yang saya pernah kenal adalah gay. Mamat-mamat yang tak hensem, perut boroi ke depan, pakai baju besar-besar barulah lelaki straight yang punya nafsu pada wanita" kata Chantek sambil mencebik. Tanda terkilan.

"I don't know what to say. No idea. Nasihat saya, jangan menilai seseorang dari luaran" balas penulis pula.

"Saya ada kawan masa kat kampus dulu. Hensem. Chindian. Ramai tergila-gilakan dia. Saya pun minat dia dulu wak. Tapi sayang, pun lelaki songsang jugak. Siap kantoi berpegang tangan lagi dengan boyfriend dia masa kat mall. Hai!! Such a waste!"

Erk!

Penulis rasa jus tembikai itu sedikit pahit.

Awak pun stylo jugak. Nasib baik awak tak macam tu kan, Encik Pena?"

Dangg!

I felt like I've been hit by a truck.

14 comments:

effa said...

opsss, cara chantek cakap tu macam nak penulis jawab bahawa penulis tak gay. **security lah tu**

joey said...

hahahaha...

she sense it rite well...

anyway, yeah people kinda associate stylo guy with that 'G' word lurking in the head

Maybe not too much I guess?

sYukCurz said...

omg! she asking u actually. (otherwise PP seorng yang xstylo ---> mesti tak kan, mesti PP seorng yg stylo gak kan hehhee..)

FaizJb said...

ehehe..
atau..
adakah PP x cukup kacak/macho dimata dia yg mengatakan u GAY?
huhu

tidak dikehendaki said...

*ooooooooops*

suka sangat statement chantek. ;)

Lasykar Langit dan Bumi said...

lama tak dengar pasal chantek....
pertanyaan yang benar2 ingin tahu tu...
chantek sengaja membuka topik pasal topik stylo n gay... hakikat sebenar, bukan itu yang chantek mahu sampaikan...
best r si chantek, bijak bermain kata... (tapi lasykar tidak suka org yang macam ni hehe straight to the point boley??) hehe

ismaelzaharee said...

cepat2 habiskan jus tembikai tuh... gulp... telan air liur

Comic Lover said...

Oopss...

DarcyDiaries said...

ermm..

Terkedu gak dibuat nya :-)

Adam said...

ahahahaha...jawab je la ye... teeettt

Penapenis said...

hm, PP tak ade keberanian untuk admit it. biarlah dia judge sendiri. She has my FB, she read my status everyday, the comments and feedbacks. kat sana ramai PLU yang bermulut puaka meninggalkan komen yang berbaur sesuatu on my wall. My fiendlist pun penuh dengan jantan instead of women. So, pandai2lah dia buat rumusan.

Lasykar Langit dan Bumi said...

bermulut puaka yer? hahaha

I think she knows la, saja nk dpt kepastian jer tuh...

sYukCurz said...

nak fb PP ehe

Penapenis said...

lasykar terasa la tu. Hehehe
Copie: erm,. elok cuaca malam ni kan. Tengok! Taik bintang!!

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails