Friday, February 13, 2009

Si Lurus

Ia kerap berlaku. Selalu berlaku dan lazimnya, pernah berlaku kepada semua orang. Anda nampak dia melintas di kaki lima. Atau terserempak dengannya di kafe Starbucks. Atau terpandang di padang bola. Dia nampak abang2 sangat dan anda begitu mendambakannya.

Apa yang malang, bila dia anda rapati dan kenali, the truth is revealed. Anda dapati dia straight. Fucking straight! Dan mulalah timbul azam dalam diri. Azam untuk mematahkan si dia. Bermacam cara anda guna. Berbagai petua anda amal. Semata2 untuk melihat si dia yang anda kasihi menjadi bengkok. Kalau tak bengkok habis pun, at least lekuk pun jadi.

Berjaya? Kalau berjaya pun, your so called 'great victory' tidaklah seindah yang disangka. Rata-rata spesies lelaki seumpama ini sebenarnya bengkok untuk sementara. Instant gay punya minat is normally temporary mild curiosity. Sekejap sahaja. Dah puas teroka Gua Tempurung sempit milik anda, mereka akan kembali meneroka Gua Niah yang lebih besar (merujuk kepada perempuan).

So? Kenapa mesti meletakkan risiko yang besar ini ke atas bahu anda? Kita tahu, mamat-mamat straight ni takdelah sayang sangat kat kita. Cinta? Jauh lagilah..Golongan ini hanya ingin mencuba. Sempit ke tak sempit Gua Tempurung. Pisang Berangan sedap ke tak..Itu sahaja..Kalau anda berharta, niat utama mestilah mengikis dan menghakis..

Sebarang peristiwa yang berlaku antara anda berdua, will remains as secret. Seboleh-bolehnya dia akan tutup lubang. Dan dia akan mula menjauhkan diri. Yelah.., dah tahu anda siapa, dah rasa kemasinan peluh anda, lagipun dia takut nak bagi komitment dan paling penting, takut rahsia terbongkar dan diejek kawan-kawan dia. Lebih haru biru, persahabatan yang terjalin, andai sebelum ini bagai isi dengan kuku akan jadi cagu yang memang dia tak perlu. Anda akan dibuang jauh. Bila jumpa dan berselisih bahu, mimik muka bagai tak pernah bertemu. Siapa yang sakit jiwa? Makan hati? Anda..? Kuang-kuang kuang! Penulis tumpang gelak je...

Jadi kenapa anda perlu terlibat? Why do you do this? Kenapa mencari yang straight sedangkan yang bengkok merata2 tersebar di pelusuk alam? Kerana lebih mencabar? Kerr nak bangga kat kawan, kitalah yang paling mantopp? Atau kitalah yang paling meletopp kerana bisa membengkokkan yang lurus?

Penulis dah penat menulis. Straight to the point. Nasihat untuk any and every gay male, lantaklah nak ikut ke tak; leave the straight boys alone!. Carilah hubungan yang lebih bermakna. Yang boleh diharapkan. Bukan yang meaningless, and lack of commitment. Bukan yang hanya mempergunakan anda kerana anda menawarkan apa yang mereka inginkan. Ibarat pepatah Melayu " Habis madu sepah dibuang". Penulis tambah sikit lagi.. "Lobos lubang, wang pun melayang, hati rawan bukan kepalang!" Kalau anda tak boleh terima kenyataan ni, baik anda re-evaluate persepsi anda tentang relationships in general, and what being in a relationship truly means to you. Akhir kata, selamat beramahhh.....

3 comments:

DarcyDiaries said...

Love ur writing..keep it up. :-)

zaineesqandar said...

thanx,.. writing is my passion now dude. Just get it started recently.

Anonymous said...

yup...
nice and lite
penulisan yang ringan dan menarik
tp leh crik lg tajuk yg lg extreme
bukan yg biase kita dgr
tp bnda2 yg biasa kita lalui!
keep u a good work bro!

Ratings and Recommendations by outbrain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails